Monday, December 29, 2008

busted mafia

peristiwa ni berlaku. masa awal semester kedua. foundation. dulu. masa paling sibuk. untuk menguruskan jadual. menyusun. mendaftar. mengemaskini. kami dikehendaki menulis nama. mendaftar. untuk makmal. ICIS. yang kami tau. berdasarkan jadual yang telah kami susun. hanya 1. ya 1. slot. yang bersesuaian dengan kami. yang lain penuh dengan clash. tak dapat tidak. kami perlu awal mengisi borang tersebut.

dikhabarkan. lecturer. telah melekatkan senarai kosong. di blok 2. di hadapan pintu masuk pejabat. dan kami. sedikit terlewat mengetahuinya. pada mulanya. keputusan diambil untuk bangun awal pada esok pagi. dan bersegera bergerak ke sana. untuk menulis nama. agar. tidak terdesak. memasuki slot lain. yang tidak seronok.

tapi. menyedari. bahawa. kami. tak akan mampu bangun awal. maka. ada seorang itu. memberi cadangan. agar. kami pergi sahaja ke sana. untuk pengetahuan. pada waktu cadangan itu. dibuat. jam menunjukkan pukul 115 PAGI. waktu tempatan. gila ka hapa nak p bangunan akademik. tak ada orang. memang bangunan dia menang anugerah. tapi memang takut la kalau duduk situ malam². haha.

erM. memang memeningkan kepala. namun. menyedari hakikat. yang telah diberitahu dalam perenggan sebelumnya. kami kuatkan semangat. ada 3 moto. 6 orang. aku. iqbalmon. duwemon. supimon. nikmon. annaimon. bergerak ke sana. kami melalui jalan belakang. kerana memang tiada orang. dan tak mau sekuriti. kantoikan kami. oleh itu. dah alang². kami pon. buat² lupa pakai helmet. hehe.

setelah merempit selamat 10 minit. [woh jauh betoi. tapi memang benar]. kami pon tiba ke destinasi bajet kami. untuk mengelak dari dikesan. kami meletak moto. di bawah bangunan. hehe.

tapi.

kami telah melakukan kesilapan agung. menaiki lif yang akan berbunyi bila dah sampai kat tingkat dikehendaki. memang akan membawa musibat alam. dan kami masih tidak menyedari. ketika 2 orang pakcik sekuriti. yang takut². datang ke arah kami. sedang kami menulis nama. kami pon. buat kesilapan agung kedua: berposing ketika menulis nama juga membawa musibat alam. akibatnya. ketika tinggal 1 lagi nama sahaja untuk ditulis. lif bebunyi.

DING!!

argh. damn. macam mana ni. kami cuak. takkan nak main lari² kot.

maka kami hanya kaku. membuat muka comel. dan cuak. melihat keadaan kami sedemikian rupa. pak cik sekuriti itu tiba² berubah. dari cuak kepada bengis. akhirnya dia menyedari kami bukan makhluk halus. seperti yang diberitahu rakan setugasnya yang berada di bawah. yang juga cuak. dan tak sanggup naik ke atas.



PAKCIX : hey! apa kamu buat ni ha? tau tak sekarang dah pukul berapa?

diam seketika.

ANNAIMON : kami datang nak tulis nama ja pak cik.

PAKCIX : ah tarak². lepas pukul 12 tempat ni jadi kawasan larangan. kalau nak datang. kena da sekuriti escort.

NIKMON : lorr.. mana la kami tau. lagipon kami datang nak tulis nama ja.

PAKCIX : hey samseng. jangan nak buat kepala kat sini. kad matrik mana?


apa kes dia mintak kad matrik tengah² malam ni?

apa² pon. kami dibebaskan tanpa ikat jamin. hanya amaran keras daripada pakcik² sekuriti. dalam setengah jam tu saja kami dah langgar 5 peraturan utp:

a)menceroboh kawasan akademik tengah² malam.
b)tidak membawa kad matrik.
c)tidak berpakaian mengikut protokol [sapa nak pakai baju kolar dengan kasut tengah² malam buta?].
d)merempit.
e)tak memakai helmet ketika merempit.

maka. sebagai hukuman. kami kena tolak. moto. dari blok 2. sampai v2. kali ni. kami tak lalu jalan belakang dah. haha.


Thursday, December 25, 2008

program gagal

menjelang hujung tahun. aku perasan. aku dapat tau. ukur lilit perut aku. bertambah. eyy. geli betoi la. sekali lagi. macam ni. saiz pinggang aku bertambah. oh~. ini bermaksud. program menguruskan badan. yang aku usahakan. selama hampir setahun. telah berjaya. menggagalkan aku.

aku runsing.

aku keliru. aku tak dapat. menerima. kenyataan ini. terasa nak hentikan saja. program aku tu. tapi. sebelum tu. aku kena faham kenapa. dan. mencari hikmah.

oleh itu. aku pergi mencari. seseorang. yang mengalami masalah serupa dengan aku. walaupon. dia bukan peserta program aku tu. ala. kawan aku yang ada peti ajaib tu la. haha.

"weh, hang pon dah gemok macam aku. tapi. sebab apa hang boleh dok rilek lagi ha?" aku.
"gemok? (mengusap perot sendiri) ini bukan gemok." dia.

"ha? macam ni pon tak gemok ka." aku. sangat tak percaya.
"memang la. kalau orang biasa tengok. nampak boroi. tapi. depa tak tau. hikmah dia.

"apa lak hikmah dia?" aku. hairan.
"ni ha. (tampar perot sendiri) ni bukan sebarang gemok. ni LAMBANG KEMAKMURAN." dia. menggelikan aku.

ha? aku terdiam. berfikir. betoi juga. kiranya. makan cukup. tidur cukup. pakai cukup. enjoy saja hidup.

hidup kena riang. hati kena senang. haha.

oleh itu. aku nak teruskan balik program aku ni. tak payah pening² pasal saiz badan. yang penting. badan sihat. dan ada orang sayang. haha.

Wednesday, December 24, 2008

hujan yang turun~

pagi tadi. pukul 520. mesej masuk. dinda cakap. dia dah selamat sampai rumah. wah. sensitif sungguh aku. mesej masuk pon. dah boleh terjaga.

oh tidak.

bukan mesej itu puncanya. masa mesej tu masuk. aku memang dah separa sedar. kenapa? hujan lebat beb. katil aku tepi tingkap. serius. sejuk. sejuk keding. haha. aku bermesej dengan dinda. sampai masuk waktu subuh. kat penang. sebab subuh kat johor awal. haha. lepas solat. aku tidur balik.

aku bangun pukul 8. aku nak kena pergi latihan bawak keta. heh. lambat betul aku ambil lesen. aku tengok. kat luar. hujan. masih lebat. macam pagi tadi. macam mana aku nak p berlatih ni? hee. bila aku cakap kat mak aku. yang aku tak mau p. terus aku kena fire. padan muka.

oi. hujan lebat sangat ni. pakai sweater pon masih sejuk. dinda cakap lemak aku kurang. mana ada kurang. taburan lemak tak sekata la. dinda ni. pandai² ja. haha.

aku selesaikan latihan intensif seperti jadual. lepas tu aku balik rumah. masa tu. hujan dah berhenti. sepanjang petang aku dok rilek. bermesej. bermain fifa09.

menjelang pukul 630. tiba² gelap. aku nak tengok key kat keyboard pon susah. aku dah rasa semacam. tindakan perlu diambil. aku segera mandi. hari ni aku mandi awal. sebelum pukul 7. masa aku keluar. aku lihat. memang dah hujan. lebat. wo. masa aku mandi tu. memang macam mandi air terjun. sejuk.

dan. sehingga post ini ditaip. hujan lebat masih berlangsung di sini. pesanan buat kapten nana. kalau hujan tak berhenti jugak. nanti kita belajar berenang sama² ek. haha.

Wednesday, December 17, 2008

mandi pagi

pagi ni. aku masuk bilik air.

aku nak mandi. aku buka shower. aku capai sabun.
aku nak cuci muka. aku dapatkan pencuci muka.
aku nak syampu. aku ambil. syampu la.
aku nak gosok gigi. aku ambil ubat gigi. aku ambil berus gigi.

eh?

mana berus gigi aku ni? ala. malas la nak ambil kat luar. isy. macam mana ni. mulut kena cuci jugak. kalau tak. tak seronok makan. nak sembang dengan orang lain pon susah. haha.

penyelesaian harus dicari. segera.

aku tengok ubat gigi aku. colgate. dengan cecair kalsium. wo. teknologi baru. sekurang²nya. untuk orang yang tak ambil tau sangat pasal produk² kesihatan dan kecantikan ni.

erM. aku berfikir lagi.

eh. kalau aku masukkan ubat gigi ni. dalam mulut aku.lepas tu. aku kumur². macam lysterine. [maafkan kesalahan ejaan aku ni]. rasa². berkesan tak?

kalau tak. cepatla. cipta ubat gigi. yang tak perlukan berus gigi. hehe

Friday, December 12, 2008

Kalendar

sekarang. bulan 12. minggu kedua. masa ini la. ramai orang. akan mendapat. dan menuntut. kalendar. percuma. dari sebarang kedai. cakap saja. kedai makan. kedai runcit. kedai buku. kedai basikal pon. turut mengambil bahagian. dalam acara memberi kalendar percuma ini. ada jugak yang suro kita beli barang dulu baru dapat kalendar. ada jugak yang suro kita beli kalendar tu. Haha

kalendar ada banyak jenis. pelbagai saiz. rekabentuk. warna. tema.

ada gambar pemandangan. motosikal. kereta. awek2. macam2. tapi. semua kalendar ni mesti ada tulis nama kedai tu. tak kira la bercetak atau bercop. promot2. Haha

ya. disebabkan ada banyak jenis kalendar. maka mesti ada yang fevret. selalu orang letak kalendar dari kedai cat. gambar cat ICI. warna warni. kat sini kalendar bertindak sebagai hiasan penyeri rumah.

tapi.

kita p la rumah siapa pun. dalam malaysia ni. tak mungkin tidak. kita mesti jumpa kalendar kuda. tau kalendar kuda tak? Ala yang kat hari minggu tu ada gambar orang lumba kuda tu. ringkas saja. tak ada la lawa mana pun. tapi tetap jadi pilihan.

sejak zaman berzaman.

ingat aku buat lawak? Cuba tengok filem p.ramlee. seniman bujang lapok. adegan yang tunjuk depa 3 orang p jumpa manager tu. kat dinding pejabat dia. lekat kalendar kuda tu. design dia sebijik macam yang kita guna sekarang. Tapi orang masih suka guna. Haha.

kadang2 benda lama memang bagus. kan?

mari mengutip kalendar!

Tuesday, December 9, 2008

kebetulan yang buat kita berfikir

malam tadi aku tengok cerita criminal minds kat 8tv. tunjuk pasal sorang laki ni bunuh orang. tapi buat macam mangsa tu bunuh diri. hebat betoi laki ni. Haha.

bila dh habis. tukar buka tv1. tunjuk cerita p.ramlee. aku tak tau tajuk. tak pernah tengok. cerita p.ramlee yang sedih memang aku tak tengok. ada adegan tunjuk perempuan yang kejar p.ramlee kena langgar kereta api. sebab kaki dia tersepit kat rel. masa tu p.ramlee tengah dalam perjalanan p terjun tebing tinggi. bunuh diri gak. selamat tak jadi.

lepas tu tukar saluran lagi. kali ni cerita hongkong. tv2 kot. adegan mula dia pon. tunjuk laki terjun bangunan.

aiya. banyak betul adegan bunuh diri ni. dah la kes2 ni kat malaysia ni makin meningkat. ya semua tu kebetulan. tapi. memang buat aku berfikir la.

ya Allah. janganlah kau pesongkan akidah kami. Amin~

Thursday, December 4, 2008

Siapa #2?

Hari itu. Kami balik. dari kelas. menuju. ke dewan makan. dalam perjalanan. kami akan singgah kat papan kenyataan. selalunya. kami baca surat khabar. yang. Pak halim tolong tampal.

wo. STROKE PEMBUNUH NOMBOR SATU RAKYAT MALAYSIA

kami semua. sangat takut. macam tak pernah dengar sangat. pasal penyakit ni. Sakit jantung tau la.

eh.

Bukan sakit jantung ka. pembunuh utama rakyat kita. ha?

aku ada jugak baca.

Darah tinggi pembunuh no 1..

kencing manis juga.

kanser pon.

adoi.

'Kalau semua nombor 1. siapa nombor 2 ha? 'gori tanya.

macam biasa. semua tak tau. nak jwb apa.

'jom makan la. Lapaq ni' fizi cakap.

maka sesi pembentangan falsafah bersama profesor gori ditangguh. sehinga habis makan. Tapi. nampaknya. selepas 2 tahun. mungkin 3 sebenarnya. tak ada siapa yang ingat.

kau tak akan jemu makan di dewan makan. walaupun makanan sangat tak best.

haha!

Friday, November 21, 2008

gloomy finale

haha. semalam. habis. sudah. segala. bala. sepanjang. 1 sem. yang bagi aku. sangat teruk. adoi. macam mana. kak aida. bole cakap. sem aku. sem paling senang. haha.

ah. biarkan. benda dah lepas. kalau kau nangis pon. bukan bole tambah markah kau. sapa tah bagitau aku. haha.

apabila setel final. maka. bermulalah sesi kemas mengemas. tapi. malam tadi. aku kemas sorang². yang lain. semua keluar dengan awek. yang p ipoh la. p basuh keta la. cit. mentang² dinda bkn student utp. bole hgpa wat aku jeles. haha.

lepas tu. aku pergi. v6. untuk menghantar. barangan. yang malas. dihantar. ke rumah. makcik. di sitiawan. ok. masa tu. aku tengok. abang anas. inche supervisor. bermuka kalot. aku hairan. aku tanya. 'what the hell happen?'

dia jawab. 'baru balik hospital batu gajah. ada budak baru meninggal tadi.'

'uik?'

maka dia pon sambung la cerita.

"tadi. ada budak ni main bola. kat belakang blok METANA [ni blok aku masa foundation 1st dulu. ooh chaknga~]. main macam biasa. lepas tu. dia pancit. dia duduk. dekat divider. orang semua buat tak tau ja. biasa la. dah pancit. duduk jela. tiba². dia jatuh. terlentang. wo. semua orang terkejut. diaorang bawak la dia pergi. klinik utp. kat poket c tu. jauh wo. masa sampai kat klinik. pukul 7. doktor tak ada. telefon pon tak angkat. adoi. macam mana ni. maka. ramai2 la. rush. pergi. hospital batu gajah. jauh jugak la. dalam setengah jam macam tu.

sampai² hospital. doktor check. doktor cakap. budak tu dah tak ada dah. meninggal masa dalam perjalanan. SAKIT JANTUNG. serius. kesian kat budak tu. bukan tak ada klinik. dalam utp ni. tak sempat dia nak buat final [final budak² foundation mula isnin depan].


..

aku dan iqbal terdiam. dengar. dengan khusyuk. innalillah.. tak sangka. boleh gak. kes macam ni. jadi. dalam utp. yang orang cakap. ya. orang cakap. grand ni. eh aku tak ada la nak condemn universiti tercinta. nanti rektor mengamuk pulak. punggah. ranah. cuma. kalau nak buat kerja tu. buat la sehabis baik. kecemasan boleh berlaku bila² masa ja. kita kena la sentiasa. bersedia. kan? hari tu. iqbal dan supi. eksiden. kat taman maju. punya la ketuk pintu klinik. call banyak kali. tak angkat. wo. nak kata pergi lunch. bulan puasa masa tu. erm. sebab tu. orang cakap. kalau eksiden. pegi la klinik lain. klinik utp tak guna pon.

ha. cakap pasal eksiden. teringat lak kat kawan² tuto aku sem lepas. aiman ajmal. dengan naufal. sorang petroleum. sorang lagi mekanikal. 2 ari sudah. masa dalam perjalanan. p makan. boleh lak terlanggar tiang kat mana tah. KOMA. wo. memang laju betul la masa tu. masa post ini ditulis. depa 2 tu macam dok separa sedar lagi la. ya Allah. baru pagi tu ja aku sembang dengan aiman tu. sebelum pergi buat paper circuit theory. kapten usop cakap jari tangan naufal putus. ya Allah, biar betoi. tak dapat nak bayang macam mana keadaan dia sekarang ni. selamat masa eksiden tu depa konvoi 3 moto. kiranya ada jugak la orang nak telefon ambulans.

pagi tadi. aku buka gtalk. status. tulis. 'sorg foundy n sorg jan07 baru kembali ke rahmatullah..alfatihah~smoga roh mereka diletakkan dlm golongan y dirahmatiNya'. eh ada lagi ka yang meninggal. innalillah..

aku duduk sorang2. terfikir. ya. memang kejadian² yang berlaku ni. buat aku teringat mati. ya. aku dah lupa. aku hanyut. baru aku sedar. masa untuk aku pon. tak tau la. lama mana yang tinggal. cukup ka bekalan aku sekarang ni? ya. memang orang akan cakap. 'eh poyo la engkau. tulis benda2 ni dalam blog.' entah la. tapi. tak salah nak ingatkan orang kan. pada masa yang sama. kita pon akan mengingatkan diri kita gak.

apa² pon. memang semua orang tengah bersedia untuk trip jauh. nak balik umah. aku selalu teringat pesanan mak. yang sekarang kat umah.

'ha hang jangan dok seronok sangat. sampai lupa dunia. nanti. dalam sekelip mata. tiba². hang dok sedih. kecewa. macam². baru hang tau.'

ni memang betul. selalu dah tengok. kalau over sangat gembira tu. mesti tiba². ada ja benda. nak buat sedih. time tu memang sedih betul².

ok. ni post terakhir. untuk sem ni. sebab kat rumah. tak ada internet. aku tak boleh nak update selalu.

ucapan last sebelum balik rumah:

1)geng² utp : slamat cuti. slamat enjoy. jangan enjoy sangat. study kena jugak. takut² kena balik awal. haha.

2)geng² penang : raya aji ni insyaAllah aku balik penang. tak lama sangat. tapi insyaAllah sempat jumpa hangpa suma. nanti kita set la ek.

3)inche bebel : SLAMAT MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN!! sedih lak tak dapat datang majlis tu. jauh. transpot tak ada. apa2 pon. kerja elok2. idop bahgia. rajin2 update blog ek.

haha. sekian. terima kasih. assalamualaikum wbt..

Monday, November 17, 2008

kenapa begini?

ya.aku terikut.ikut.raihanah.tahir. di blog. beliau. dan. aku terasa teringin. berbuat demikian. juga. haha. tapi. aku hairan. dengan keputusan tersebut. haha. layan~

Your results:
You are Superman
























Superman
75%
Hulk
65%
The Flash
65%
Green Lantern
55%
Iron Man
50%
Robin
45%
Catwoman
45%
Spider-Man
40%
Batman
40%
Supergirl
35%
Wonder Woman
25%
You are mild-mannered, good,
strong and you love to help others.


Click here to take the Superhero Personality Test



ya. sepatutnya. annai. yang jadi superman. bukan aku. haha.

Tuesday, November 11, 2008

minggu final

hari ini. aku berjalan. setelah penat. belajar. [konon]. sepanjang perjalanan. melalui bilik² di sini. aku. ya. ketika itu. aku seorang diri. melihat. ini.



ya. minggu final ni. memang boleh buat orang jadi macam².

Sunday, November 9, 2008

intensiti densiti kapasiti

aku buka buku math. aku mengantuk.
aku buka buku digital. aku mengantuk.
aku buka buku circuit theory. aku mengantuk.
aku buka buku programming. aku mengantuk.
aku buka buku academic writing. aku mengantuk.

ini tak boleh jadi. aku perlukan rehat. aku tutup buku. apa nak jadi. jadilah. nak baca pon. dah tak masuk.

aku baring atas katil. aku tak boleh tido. tak mengantuk. langsung.
..

haih~ twisted logic btoi la.

all the best buat semua rakan yang akan [atau sudah] periksa akhir.

Wednesday, November 5, 2008

kenduri kahwin

musim cuti sekolah dah dekat. bagi kebanyakan orang. ini masa untuk membuat satu persamaan kimia.

cuti sekolah + musim orang kahwin ---> makan tengahari percuma

ya. aku pon dapat undangan perkahwinan. ada seorang kenalan. wo. bukan senang nak dapat undangan macam ni. khas untuk aku. selalu. teman (paksa rela) mak + dengan abah. haha.

aku tengok alamat majlis tu. aku diam. kelu. keliru. aku tak pernah dengar. nama tempat. tersebut. ya. aku. memang lemah. dalam geografi.

maka bersegeralah aku. mendapatkan kawan². untuk mendapatkan kepastian. hehe.

"oi mael! boleh tolong aku tak?"
"apa?"

"kau tau tak mana tempat ni. batang berjuntai."

diam seketika. sejurus kemudian. mael. tengok bawah.

"oi²! hang tengok apa tu? aku bukan cakap pasal benda tu la. jebon tua!"

ya. aku memang lemah. geografi. tapi. aku yakin. batang berjuntai yang dimaksudkan. dalam kad undangan tu. bukanlah. sepertimana. yang difikirkan mael.

sapa bole tolong aku wei? nanti aku bawak dia sekali. haha

Sunday, November 2, 2008

final datang lagi~

CUKUP! jangan kau buat iklan tora di sini. hehe..
tak ada apa sangat nak dikongsi kali ni.

minggu belajar [terjemah secara terus dari study week] telah bermula. bila minggu belajar bermula. hanya ada 1. perkara. iaitu. perperiksaan akhir sem. wa. semangat betul aku eja penuh. haha.

dan. bila final. dah dekat. tak dapat tidak. aku akan teringat. kepada. ini. dan ini.

ya ya. memang nostalgik. haha

Thursday, October 30, 2008

kejahatan sekolah?

heh. tak ada kerja betoi. nak suruh aku cerita pasal kenakalan masa kat sekolah dulu. tapi. bolehlah. aku share sikit.

||5 KENAKALAN YANG AZWAN BAKHTIAR BUAT MASA KAT SEKOLAH DULU.||

1. CONTENG.
benda ni. aku mula buat. sejak aku form 3 kalau tak salah. masa tu. kalau dapat alatulis ja. tak kisah apa pun. pensel. pen. marker. dan segala benda yang boleh digunakan untuk menulis. akan aku guna. untuk tulis. TRIPLEVERSE UNLIMITED [tahun]. kiranya. ada la 2004. 2005. 2006. ni untuk tujuan. arkib. haha. banyak tempat aku tulis benda ni. dinding sekolah. cermin. tandas. juga. kerusi di dewan besar. kerusi tu. memang tak ada siapa yang duduk la. malu wo. penuh depan belakang. haha.

2. MAKAN TANPA MENGIRA ORANG DI DEWAN MAKAN.
erM. yang ni. aku selalu buat. dengan orang lain. selalunya. badang. [nama sebenar fitri sobri]. selalu keluar kelas awal. kalau waktu rehat. selalunya. kami burn kelas. 1 waktu macam tu. p makan. dengan. budak² lower form. makan banyak lak tu. kuota kuih waktu rehat untuk seorang pelajar adalah 2 ketul SAHAJA. tapi. bila aku. dan badang. dan prem. dan matjat. dan paan jo. tiba. dan. hari itu. adalah hari semosa. ataupon karipap. kuota itu berubah. menjadi >5. dan. selalunya. kami makan. sampai 10. rekod aku. makan samosa. adalah sebanyak 14. tu memang kenyang ah. haha.

3. TIRU TANDATANGAN WARDEN UNTUK KELUAR SEKOLAH.
ini normal. tiada komen. haha.

4. USHA AWEK YANG BARU BALIK LEPAS CUTI.
haha. benda ni. aku suka sangat buat. aku akan sampai sekolah awal. selalunya. sebab abah keja. tak kesah pon. sampai awal. boleh rilek sikit. lepas asar. aku. akan p dorm pengawas² kat tingkat bawah. selalunya aku turun dengan izzat ball. kami akan jumpa dengan meon. memang 3 orang ni slalu buat dorm pengawas jadi port usha awek. sebab memang dekat dengan tempat parking waris². haha. hasil pemerhatian kami. kami dah boleh bajet waktu student² ni sampai sekolah pukul berapa. aksi² bersama waris. dan macam² lagi. tapi kami tak da la catat dalam buku nota. haha.

5. GADO DENGAN CHEGU.
ini pon normal. tapi. sebagai ketua kelas. masa tu. aku agak buat kuat juga la dengan chegu². yang paling aku ingat. masa tu. form 4. masa tu. dalam soksek. ada 1 kelas ni. special. ada air-cond. dan. kelas itu. kelas aku. dan dinda. haha. sepanjang kami menghuni kelas tu. memang orang lain tak boleh masuk kelas aku la. walaupun chegu nak buat kelas tambahan untuk senior². aku tak bagi. haha. otai tak aku. yela. aku yang pegang kunci. kalau aku tak bagi. tak boleh masuk kelas. haha. last² aku tak dapat jadi ketua PRS KIMIA. tak dapat p perfect score sbp. macam². haha. padan muka aku. huhu.


heh. benda² ni semua tak ada la impressive sangat. aku kat sekolah dulu tak buat jahat a. skema. haha. fly pon tak pernah. malu gak. sebab tak pernah rasa buat jahat. hehe.

tapi.

sekarang ni. kalau tengok budak² buat kerja nakal. kat tepi jalan. macam keluar outing tak pakai baju outing. lepas tu. buat muka otai. memang buat aku gelak. sekarang. baru aku paham. otai masa sekolah. memang tak ada makna pon. dalam dunia sebenar ni. haha.

Wednesday, October 29, 2008

hairan

ya. hari ni. hari mengundi. dan. seperti biasa. kempen saat² akhir. berlangsung. macam².

poster bertambah banyak pada masa aku keluar dari bilik untuk ke kelas Dr Jega tadi. dalam banyak² poster. 1 ni. lain daripada yang lain. sampai buat aku. nak tunjuk kat kawan² semua. haha.

sila tengok dan bagi komen ya. haha.



haha

pilihan raya kampus

ah. masa ni. masa berjumpa makhluk hipokrit. tanpa perlu. memanggil. ya. tak perlu panggil. wakil mereka. akan terpacak di depan pintu. memberi gula². makanan ringan. kepada. orang². yang berpotensi. mengundi mereka. sambil. berkempen. bermanifesto. apakah ini sejenis rasuah yang kita tak nampak? ish. kecik² dah belajaq buat macam tu. jatuh saham. ha ha.

kat mana². dalam kawasan utp ni. akan kelihatan. poster. pelbagai warna. mengikut tema calon itu sendiri. ada yang merah. biru. kuning. bijik remia. macam² la. yang buat guna warna warni pon ada. tu strategi dia kot. haha.

nik pernah cakap. setakat keropok mamee monster tu. sapa nak pandang. murah. ada pulak. yang bagi wafer masuk angin. adoi. bajet². ha ha. kalao orang tu. bagi dadih. sure kami undi dia. dan. hanya seorang saja. yang boleh buat macam tu. sila rujuk sini.

apa² pon. walaupun kita tak kenal calon yang kita bakal undi esok ni. harap² kita undi orang yang berguna. untuk kita. huhu.

warna warni.

Tuesday, October 28, 2008

dulu dan sekarang [2]

DULU..
aku terkejut bila presiden Iran cakap dia. kalau boleh. tak mau. harga minyak turun. masa tu. aku dok fikir. sebab apa la dia tak turunkan harga. sangat² ni? serius. aku tak faham. masa tu.

SEKARANG..
harga minyak dah 63.7usd. tengok kat sebelah. memang paras paling rendah. sepanjang tahun. ka dah banyak tahun ek. erM. berdasarkan trend semasa. nampak gaya. harga petrol akan makin turun.

habis sebab apa aku dok risau semacam ni?

sebagai anak emas PETRONAS [gila poyo]. aku perasan. kos untuk keluarkan 1 barrel petrol adalah 60usd. tak payah guna kalkulator. pon dah tau. syarikat minyak. cuma untung 2usd untuk 1 barrel berkenaan. kalau trend ni berterusan. memang lama². PETRONAS dah tak boleh nak teruskan usaha menggali minyak. sebab dah tak untung. siap rugi lagi.

yeah. rakyat cuma tau nak salahkan PETRONAS bila harga minyak naik. walaupun bukan PETRONAS yang tentukan harga minyak Malaysia. bila harga pasaran sedunia turun. orang semua buat tak tahu ja. kat PETRONAS. seperti biasa. jangan buat terkejut. kalau tiba² negara kita ni bangkrap. kita pun tahu. banyak duit yang disumbang daripada PETRONAS.

aku bukan la nak suruh naikkan harga minyak. tapi kena la berpatutan. dengan kos nak gali. peralatan dia bukan murah. nak maintain lagi.

apa² pon. semoga kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang. tidak berlarutan. huhu.

Friday, October 24, 2008

dulu dan sekarang

DULU.
aku ni asal dari penang. bila aku terpaksa ikut keluarga. pindah. ke johor bahru. mereka semua. gelak. kat aku. gelak sungguh² hati la.

"hang p la dok sana. dah nak tenggelam tu. selalu sangat banjir. hang tu dah la tak reti berenang.." kawan aku cakap. dan disambut. dengan ketawa kawan² yang lain.

aku terima.



SEKARANG.
bila aku dah duduk jb. tak ada la pulak inche banjir ni. tak pernah lagi la. sejak aku sampai ni. kat penang lak. tiba². banjir. selama ni tak pernah² banjir. pon.

hari itu. aku telefon. kawan aku. di penang.

"wo syok la hang. sekarang tengah banjir kan. hang tu memang suka berenang. mesti best." aku cakap.

kali ni. aku pulak ketawa.

Saturday, October 18, 2008

saya dan sekeping gambar

aku belek². gambar. kat friendster aku. haha. memang kalo tengok gambar². sambil layan lagu photograph [nickelback]. memang bole buat kau. eh bukan kau saja. aku skali. terharu. haha.

gambar ni. menarik perhatian aku. sebab. ada banyak cerita. berkaitan gambar. ni.



gambar ni. ditangkap. masa f5 dulu. hari ini. ada larian merdeka. kena la berlari. keliling taman. dekat soksek tu. macam selalu. kami. memang malas. nak kena lari². kena pakai baju sukan sekola yang tak lawa. sangat. nak kena pegang bendera sambil lari². argh. tapi. nak tangkap gambar. syok la. haha.

disebabkan kami malas sangat. maka. kami mengambil keputusan. untuk membuat. perarakan. sambil berbajet [maafkan tatabahasaku chegu shafei] cun. ya. berjalan. ketika orang lain. bersungguh². berlari. pelajar lelaki dilepaskan dahulu. kami pon. apa lagi. dari mula lagi. dah berjalan.tak lama lepas tu. cikgu lepas pelajar² perempuan lak. sangat hebat. boleh kata. kami sahaja. yang berjalan. aku lihat. adindaku. berlari. dengan penoh semangat. tanpa perasan. aku dok usha dia. haha.

memang seronok la. berjalan kaki. macam tu. chegu² yang menanti di checkpoint. sangat tension. menanti kami. datang. dan. apabila kami sampai. boleh pula kami melambai² bendera. dengan penoh perasaan bodo. mesti chegu² tu. marah. dah la sampai lambat. kami bole melambai² lak. memang tak guna betoi. anak murid sapa la ni ek. haha.

pelarian yang sepatutnya berakhir dalam masa 45 minit. menjadi perjalanan dekat sejam lebih. maka. masa yang lebih itu la. digunakan. para chegu. untuk menyimpan bara. terhadap kami. haha.

kami sampai. memang lambat. gila². masa tu. semua orang. yang menang. dah amek medal dah pon. memang. ya memang. kami sampai lambat gila. maka. semua chegu. melepaskan. bara yang disimpan. terhadap kami.

"hah kamu. ya kamu suma ni. lari padang. 4 round. cepat." cikgu fizik tu. dengan kamera dia. sangat style. menyuruh kami. berlari.

kami pon lari la. 4 round. lepas tu. kami berhenti.

"eh kamu ada lagi 1 round ni. cepat. "what the hell?" masa tu. tu jela. perkataan. bahasa inggeris. yang kami reti cakap. dengan fluent. dan bergaya.

dah la lari dalam hujan. memang kuyup ah.

apa² pon. hari tu. memang best.

Monday, October 13, 2008

pagi ini

aku telah buang aset penting. yang telah menabur bakti. menarik ramai awek. kepada aku. bukan nak kata tak bersyukur. tapi tak apa. nanti aset itu tetap akan kembali.

haha.

aku ingat. nak tunjuk la. dagu aku. yang sempoi. tapi. bila aku tangkap gambar. aku kaget. aku diam. aku. tak tau nak buat apa.

oleh itu.
semangat aku tadi. terpadam. begitu saja. maaf la. kalau nak tengok. nanti datang la kelas. ek.

haha

Saturday, October 11, 2008

kita dan tidur

===

"sebab pa kau suka tido?"
"tido tu memang best pa. aku sanggup tak p tengok sunrise."

"kalo hg suka tido. awat tak tido awal malam²? lagi lama hg bole tido."
".."

===
tak dinafikan tidur berkadar langsung dengan produktiviti kita sehari².
mari kita bersama² menjaga waktu tidur kita.

Thursday, October 9, 2008

bila mereka berbicara

utp adalah satu. institusi. yang boleh buat. lelaki turkmenistan. cakap bahasa melayu. dengan fasih. bukan cakap melayu baku saja. key-elle pon bole.

aku pula. lelaki melayu utara. yang tipikal. eh. bukan. yang tidak mudah. asimilasi. tidak mudah terpengaruh. dengan bahasa lain. itu janji aku. dengan azrin gol-x. ha ha.

ya. seperti dijangka. disebabkan bahasa aku. sedikit lain. maka. ramai la. yang tak berapa paham.

satu hari. sementara menunngu lecturer aku sampai. aku lepak. di luar dewan. kelihatan seorang. cina. kelas aku juga tu. aku pon. pegi la sembang. dengan dia. haha. aku menggunakan bahasa utara yang. agak susah bagi dia. nak paham. lepas tu. dia tanya aku.

"u ni orang mana eh?" dia cakap.
"u rasa?"

"KELANTAN!" dia cakap. semangat.

"wo."

Tuesday, October 7, 2008

kawan saya dan shinchan

shinchan adalah komik yang memang buat semua orang yang membacanya. ketawa. terbahak². berguling². pandai betul. yoshito usui-sensei.

***

hari itu. kelas 4Bestari. memang tak aman. macam la hari lain aman. tapi. hari ni. lain. sebab. ada satu. komik shinchan. terlepas masuk. dalam kelas itu.

dan. seperti biasa. 5 lelaki gagah. daripada 10. membaca. komik itu. bersama². ala. standard sbp la. baca ramai². kesemua mereka. tidak dapat. menahan. ketawa. mereka. memang gila². gelak kuat. membuatkan. lagi 24 daripada 30 ahli kelas itu. kalih. memandang. mereka.

tak lama. lepas tu. datang la. rakan² sekelas. yang lebih ni. untuk. menumpang.
1 kelas gelak.

tapi.

ada seorang ja. tak turut serta. membaca. shinchan. malah. beliau. berasa hairan. dengan kelakuan mereka itu.

oh. lupa nak bagitau. beliau ni. memang seorang yang sangat kuat belajar. tv pon. dia tak tengok. layan buletin utama. sahaja.

ok. kembali ke cerita asal. oleh kerana. beliau sedikit. terganggu. dalam usaha. membuat latihan biologi. beliau bingkas bangun. pergi ke kumpulan. manusia. yang bergelak ketawa itu.

"eh, korang baca ape tu?" beliau bercakap dalam bahasa ibunda beliau.
"shinchan" balas ketua kelas tersebut.
"ape yang seronok sangat tu ha?"beliau tanya lagi.
"nah. hang baca jela." ketua kelas berkata. sambil. menghulurkan komik itu.

beliau ambil. duduk.

1 kelas memerhatikan tindakannya. tak lama lepas tu.

"eh ni korang kate lawak. aku baca 1 cerita tak rase pape pon."

1 kelas tiba² jatuh pengsan. macam dalam komik.

***

ini memang cerita benar. kawan saya itu memang sangat berjaya dalam pendidikan beliau. saya sangat jeles. tapi. saya tak mau hilang deria gelak bila baca shinchan.

mengarut ketika bersendirian

akhirnya. aku menjawab tag. ini. bukan tag pertama aku. kedua sebenarnya. entahlah. kalau ikot. aku malas nak jawab tag ni.

tapi.

tak apa. bukan aku tak ada isu nak diceritakan. ka apa. cuma. sekadar menghabiskan masa. yang sangat terluang ni. OI! bila nak buat padaung? rilek la. enjoy dlu. haha

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
-telefon, kunci moto

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
-nasik lemak cafe v2

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
-masjid

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
-insyaAllah smpai bila2

5. Adakah anda di lamun cinta?
-haha. dah lama dah.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
-cafe v2. eh ni kira restoran ka?

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
-shinchan vol 36+37 sebelum naik bas semalam. ritu beli ayah kita bos ngan tuhan manusia

8. Apakah nama penuh kamu?
-Muhamad Azwan bin Bakhtiar Jamili

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
-secara jujo. mak

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
-Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

11. Christina atau Britney?
-2² aku xmau

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
-tak. sia² ada mesin kat sebelah bilik.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
-Mekah

14. Pelukan atau ciuman?
-2² best

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
-1. suka cakap mengarut
-2. dulu jual topup tapi dah stop sebab tak laku (betoi ka?)
-3. ade janggut skit
-4. rakan masjid yang xda rupa rakan masjid sangat
-5. rumet cerah

16. 8 perkara yang amat saya gilai
-1. blog
-2. makan
-3. minum
-4. naik moto clutch
-5. ym
-6. gtalk
-7. bercakap
-8. shinchan

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-1. Assalamualaikum!
-2. wowowowo~
-3. weh!
-4. dem²..
-5. bangun iqbal.. kelas ni..
-6. uwaa~
-7. aloha~
-8. ..

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
-1. Quran
-2. blog aku (kira buku kan?)
-3. blog orang lain
-4. shinchan vol 36-37
-5. ayah kita bos
-6. tuhan manusia
-7. chedet.com
-8. buku prospektus soksek

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
-1. coldplay
-2. franz ferdinand
-3. lagu nasyid yang tak jiwang
-4. Semua jenis nasyid selawat Rasulullah
-5. ..
-6. ..
-7. ..
-8. dah tak da pon. haha

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-1. kena blog dengan rajin
-2. kena belajar dengan rajin
-3. kena mula bersenam kembali
-4. janganlah kau membenci guru kau. nanti kau akan menyesal di kemudian hari.
-5. baca shinchan bole buat kau jadi pervert..
-6. duit syiling 5kupang sangat berharga
-7. bawak moto clutch
-8. kena bijik simpan duit.. haha


apa2 pon. aku malas nak tag orang lain. baik aku p makan. haha

Monday, October 6, 2008

Snippets

Aku. tengah blog. dalam bas. yang menuju. utp.

dalam. bas ni. ada ramai. budak utp. baru aku tau. ramai bdk utp. orang jb. eh. ya ka. ada gak. yang dok kat terengganu. naik kt jb gk. haha.

utp. tunggu aku! Banyak betul. assignment yang kena. buat. Dush2!

Thursday, October 2, 2008

Satu malam di malam raya

Malam ni. Aku. Xleh tido. Maka. Sahaja aku download opera mini. Seronok gak. Boleh aku blog guna telefon ajaib. Haha.

tapi. Aku tak tau. Berapa maxis cas aku. Kalau kering kredit. Punggah. Ranah. Apa2 pon. Sekarang ni. Liverpool tengah leading psv. Haha.

selamat hari raya.

Saturday, September 20, 2008

saya dan raptai hari raya

ya. tak dapat tidak. raya dah dekat. saya sangat gembira. dah nak balik rumah. yay. dah lama. saya tak jumpa. keluarga saya. huhu.

maka. disebabkan dah tak sabar. saya membuat beberapa benda di bilik. untuk menyambut kedatangan raya. kemas beg. tu dah mesti. habis tu. apa yang lain?

ha. kat sini. hehe..


kepada kapten nana. lampu ni memang lawa la. thnx.
kapten memang semangat electrEx. haha

berbuka puasa di masjid

haha. kebelakangan ni. aku terasa. tajuk². yang aku guna. agak menyerupai. cerita. shinchan. aku pon tak tau. sebab apa. haha.

dari. dulu lagi. aku. cukup suka. buka puasa. di masjid. bukan aku sorang saja. chaknga x-rumet aku juga. sekali. ada lagi sorang. cilat. selalu juga aku jumpa dia di masjid. kalau ada ad si miau². dan labi. sure cukup kroni soksek 0206 kat masjid. haha.

seperti biasa. bila ada makanan percuma. mesti orang bersemangat datang. mengimarahkan masjid la konon. ha ha. tapi tak apa. janji depa mai masjid. semayang. walaupun. hanya sebulan. dalam setahun. janji mereka hadir. kan?

memang. kat masjid. sangat meriah. kita boleh jumpa. macam² jenis orang. yang makan kat masjid ni. ada yang. memang susah. nak cari rezeki. yang itu. kita kasihan. bila tengok pelajar² pulak. kasihan jugak. mereka ni selalu tak ada duit. hehe.

ya. membelanja orang berbuka puasa. walaupun hanya sebiji tamar. atau kurma. dalam bahasa mudah. amat besar ganjarannya. dan memenuhi undangan. adalah kewajipan. bagi orang yang dijemput. maka. secara mudah. semua orang dapat pahala. yang besar. lagi banyak.

tapi.

ada beberapa benda. yang aku tengok. agak. kurang manis la. sebelum. dan selepas. masuk. waktu berbuka.

***

SEBELUM
masa ni. akan ada pengisian. selepas selesai. mengambil makanan. selalunya. akan ada slot untuk berselawat. membaca yasin. berzikir. dan macam². seharusnya. kita. turut serta.
berselawat. membaca yasin. berzikir. dan macam² lagi tu. tapi. apa yang aku lihat. ramai. orang. yang. buat tak tahu saja. nak kata tak tau. budak universiti tu. bukan main².

masalahnya. kalau betul la tak reti. dok diam sudah la. ini tidak. lagi kuat orang berzikir. lagi kuat dia bersembang. macam nak tunjuk dia tu otai abeh la. macam haram. orang dah bagi macam² isyarat. gerakan mata. pandangan menjijikkan. tapi. dia boleh buat. tak tau saja. hebat.

***

SELEPAS
yang ni. biasa la. merokok. memang senang la nak tengok. kita pon tau. ada orang. yang buka puasa. dengan benda ni. tapi. yang kurang manisnya. dia isap kat masjid.

orang yang sensitif pasal rokok ni memang tak boleh nak lalu la kat kawasan depa ni. tiba². ada zon rokok kat masjid. tak heran ka? rokok tu kan HARAM. boleh pulak buat benda haram. dengan penuh hati rilek. kat masjid. dah la baru makan free. boleh lagi nak buat dosa. adoi.
aku tak faham.

***

ya. seperti biasa. orang. memang. pandang ringan. benda ni. tapi. ni. suma berkait dengan adab. hormat la sikit. masjid tu. rumah Allah. nak tegur pon. macam susah ja. nama pon orang melayu. selalu sangat nak jaga hati orang. takut pulak bila ditegur. kawan tu dah tak mau datang masjid. adoi.

semoga kita dilindungi daripada perkara² yang membuat kita lupa diri. amin.

Wednesday, September 17, 2008

PERHATIAN

kepada mana² pelajar utp yang berminat untuk menjadi UTP HOTLINER operator sila hubungi saya melalui YM [freestylistix] atau gTalk juga [freestylistix]. pelbagai intensif yang tak dapat anda tolak akan diberi.

untuk maklumat lanjut sila komen di ruangan yang disediakan.

terima kasih.

hari ini hari cuti

ya. hari ini cuti. tu pon aku boleh tak tau. masa meeting. electrEx. baru la aku tau. cuti rupanya hari ni. aku gembira. walaupun agak lambat. tak kisah. dalam mafia berenam. aku paling awal tau. yang lain tu. dok ingat hari ni ada kelas. haha.

apa² pon. hari ni aku gembira. sebab? hari ni cuti. walaupun malam tadi aku dan nik kna fire dengan akak electrEx. sebab tak buat pamplet. aku tetap gembira. sebab liverpool menang malam tadi. 2 gol gerrard memang. cun. haha.

lepas tu. aku gembira juga. sebab. aku dah kembali. ke dunia blog. dah lama aku cuti. nak menulis balik la. hehe. banyak yang aku nak tulis kali ni. selepas agak merajuk dengan pentadbiran persatuan. haha. biarlah. yang penting. mood aku kembali.

tadi. lepas aku post blog. tiba². telefon berdering. aku tengok. eh. azrin bayan lepas. awat dia telefon aku tiba² ni? aku angkat la. dia cakap. dia dah ada depan gate utp. apa? nak datang tak bagitau awal². haha. tak apa. aku p la jumpa kawan mamak aku sorang tu. dah lama tak jumpa depa. lepas pindah jb aku memang tak ada kesempatan langsung la. hehe. aku jumpa depa sat ja tadi. saja ja depa jalan². poli depa pon cuti jugak hari ni. haha.

entah la. aku terasa seronok. walaupun kunjungan depa tu sat saja. lepas tu. aku buka puasa kat masjid. macam biasa la. menyimpan duit. walaupon orang kata elaun bulan ni dah masuk. hehe. makan nasik minyak. sedap. kuah cukup. hehe.

tapi kan. tadi lepas makan. aku terfikir. di kala aku gembira ni. mesti ada orang yang tengah bersedih. kecewa. emosi. pelbagai. bila aku makan makanan percuma kat masjid. aku tengok geng² afrika selatan makan. dengan penuh lahap sekali. memang makanan malaysia ni sedap². tapi. aku terfikir. macam mana la orang lain yang yang tak ada makanan. tapi tak ada pulak orang yang bagi makanan kat depa.

aku terfikir lagi. itu memang kesedihan yang susah nak elak. macam mana pulak. dengan kesedihan yang tak patut berlaku? yang disebabkan kita sendiri. aku? memang selalu gembira. tapi orang² lain gembira sekali dengan aku ka? erM.

memang banyak benda yang berlaku tanpa kita sedar. bagi pembaca blog yang merasakan aku ada salah dengan hgpa. aku mintak maaf banyak². marilah kita bersama memperbaiki diri kita masing².. huhu

-end-

kenapa saya blog?

kadang². aku dok sorang. terfikir. kenapa aku suka menulis? kenapa blog? adakah aku nak feymes? nak gedik²? nak bajet macam style? entah la.

aku tengok blog orang lain. rajin ja dia post. sinaganaga rajin jugak. cakap ja bulan Ramadhan nak berhenti sekejap. tapi. setiap hari ada entri baru.

ada juga. yang dalam 1 hari. masukkan sampai 4-5 entri. sampai boleh jadi blogger of the month la. kiranya. kena hantar entri banyak². baru boleh dapat gelaran tersebut. mungkin.

aku tengok lagi. macam² cara. yang dia buat. nak bagi orang suka. melawat blog dia. pelbagai warna. warni. dengan muzik. wah. canggih. tapi. bukan untuk aku. aku tak suka. muzik orang tu. aku pon. tengah mendengar mp3. dalam laptop aku ni. bila aku masuk ja. blog dia. lagu² yang aku dengar. bertindih. aku tak suka. ya. aku tau. orang tu nak kongsi. lagu kegemaran dia. dengan orang ramai. tapi. website jenis itu. yang aku. selalu elak. bila aku nak dengar sangat. baru aku ke laman tersebut.


ha ha.

ya. setiap orang ada pendapat dia sendiri. suka hati la. itu hak demokrasi masing². memetik gaya bahasa. penarik beca. aku suka bahasa mereka.

memang ada yang menulis. untuk mencari publisiti. tak kurang pula. yang hanya. nak menghegeh². yang saja seronok². lepas tu malas nak kemas kini. pun ramai juga. penat ja aku. letak link mereka.


erM.

apa² pon. bagi aku. bila orang tanya. sebab apa aku blog? aku akan teringat ramli sarip. penyanyi kegemaran iqbal rumet aku. lagu yang bertajuk bukan kerana nama sangat menarik perhatian aku.

mari kita layan sama².

===============================
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu

Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
===============================

ya. cuti dari blog selama seminggu memang buat aku. banyak berfikir.

Sunday, September 14, 2008

monolog

pagi ini. aku duduk. depan laptop. teringin sekali. kembali. ke dunia blog.

maka.

aku pun. mula menaip. setelah sekian lama. banyak benda. ingin aku kongsi. bersama. huhu. banyak betul aku taip hari ini.

aku menaip.
dan menaip.
dan menaip.

dah siap. aku klik "PUBLISH POST".

tengok². aku tak perasan. line tenet putus. autodraft pon. tak berkesan. bila aku buka page draft. dia sempat save 3 perenggan saja.


moral jatuh.

Wednesday, September 3, 2008

pada bulan ini..

bulan ni aku nak kurangkan. blog. kepada para pembaca setia. jangan risau. hgpa masih boleh. jumpa aku. kat kedai. menjual topeng. sekarang ni. identiti sebenar. perlu dirahsiakan. atas kempen sahabat yang telah menjadi mangsa. haha. nanti. bila aku dah beli topeng. aku akan kembali.

tunggu~

Sunday, August 31, 2008

kawan saya dan peti ajaib beliau

saya ada seorang kawan. dia suka mengembara. pada suatu hari. dalam pengembaraannya. dia telah menemukan sebuah. peti ajaib. peti itu dapat menyejukkan segala benda. yang disimpan di dalamnya.

beliau berasa sangat gembira dengan penemuan itu. maka segeralah beliau membawanya balik. ke teratak kecil beliau. di penghujung kampung. isteri beliau antara orang yang paling gembira dengan kejadian tersebut.

pada mulanya. beliau hanya menggunakan peti tersebut. untuk kegunaan peribadi. yela. peti kecik ja pon.

maka diriwayatkan. dia segera mengisi peti ajaib tersebut. dengan bekalan minuman. air kotak. air tin. air sejuk. air water cooler dan macam² lagi. tetapi. tak lama kemudian. berita tersebar luas. apabila diketahui oleh makhluk² ogre. yakni kawan² kepada inche shrek. mereka segera menyerbu. bukan untuk mendapatkan minuman free dalam peti itu. apa kau ingat raksasa² ni tak berperikemanusiaan ka? tolong sikit. bertamadun tinggi ni. haha.

raksasa² ini. pada mulanya. menyangkakan bahawa. kawan saya ini membuat jualan minuman. bolehlah kiranya mereka membeli sedikit sebanyak bekalan untuk saat² genting. tapi. sangkaan mereka meleset. apabila kawan saya tidak bercadang langsung untuk menjual kepada mereka. maka. raksasa² ini mula memberikan tawaran yang tinggi. kerana mereka sudah bersusah payah datang. dari jauh.

tiba². perasaan tamak haloba. menguasai diri kawan saya. dia bersetuju. akhirnya. untuk menjual minuman² tersebut. tapi. dengan harga. yang MAHA TINGGI. disebabkan raksasa² ini bernaung di bawah suatu entiti yang sangat masyhur lagi kaya raya. mereka peduli apa. maka. bekalan dalam peti ajaib kawan saya cepat sungguh habis.

kawan saya itu tertawa sendirian. sambil menggaru2 perut. yang semakin berisi.

maka. beliau telah berusaha memikirkan strategi untuk mengaut keuntungan yang lebih. daripada raksasa² tersebut.

AHA!

barulah beliau teringat akan kegemaran raksasa² terbabit. bukanlah air tin. jauh sekali air kotak. apa yang diperlukan makhluk² ganas lagi berbulu lebat ini adalah DADIH! ya dadih. oleh kerana beliau takut gagal menghasilkan dadih yang berkualiliti. (beliau memang gagal dalam bidang masak memasak atas sebab yang tak boleh diberitahu) beliau telah membuat kerahan tenaga. kepada isterinya sendiri. disuruhnya memasak dadih setiap hari. tanpa sebarang cuti atau public holiday bak kata orang putih. oleh itu. dapatlah beliau menjual dadih kepada raksasa² berikut dengan rasa senang hati.

raksasa² terbabit memang berasa senang hati.

kawan saya juga senang hati. mengira duit.

kemudian. raksasa² itu. menghantar wakil. untuk menemui kawan saya. itu. untuk berbincang. mari kita ikuti perbualan mereka..

"hei manusia berbulu. kami suka dadih. tapi. kami lagi suka. kalau peti ajaib
engkau tu. boleh mengeluarkan ais kerim. kami sanggup beli. walaupun mahal..
kalaulah peti ajaib engkau. tak boleh keluarkan aiskrim. akan kami pecahkan peti
itu. hahaha!"

kawan saya sudah ketaq. dia. dan isterinya. mana tau cara nak buat ais krim. macam mana ni?

Saturday, August 30, 2008

saya dan pembelit lidah

malam ni. aku sangat boring. tak tau. nak buat apa. nak sambut merdeka. macam mengarut. bukan mengarut apa la. entah. cuma. terasa. tak payah pergi sambut kat mana².

maka. seperti biasa. aku. duduk di hadapan. laptop kesayangan. nyawa ketiga selepas n73. sambil mendengar album viva la vida nyanyian coldplay. sambil surf.

tiba². aku teringat. kenangan di soksek dahulu. suka betul aku. bila pinjam buku rujukan bahasa inggeris. pmr. di perpustakaan sekolah. yang kecik. tapi ramai suka lepak. bila nak burn klas. haha.

ada apa dengan buku tu? buku terbitan pelangi tu. ada ruangan tongue twister. aku suka.

bila aku teringat. terasa nak bagi lidah terbelit lagi la. maka. terus. aku google. ha. jumpa pon. banyak. seronok. memang terbelit lidah. sekarang. aku terasa seronok untuk berkongsi dengan kawan². ni kira sebahagian daripada yang ada la. yang aku ambil kat geocities.

--------------------------------------------------------------------------

"Friendly Frank flips fine flapjacks."
--------------------------------------------------------------------------
"A big black bug bit a big black bear,made the big black bear bleed blood."
--------------------------------------------------------------------------
"Red lorry, yellow lorry, red lorry, yellow lorry."
--------------------------------------------------------------------------
"I need not your needles, they're needless to me;
For kneading of noodles, 'twere needless, you see;
But did my neat knickers but need to be kneed,
I then should have need of your needles indeed."
--------------------------------------------------------------------------
"Ruby Rugby's brother bought and brought herback some rubber baby-buggy
bumpers."
--------------------------------------------------------------------------
"The soldiers shouldered shooters on their shoulders."
--------------------------------------------------------------------------
"Just think, that sphinx has a sphincter that stinks!"
--------------------------------------------------------------------------

orang asli di roadblock..

di sebatang jalan. di Cameron Highlands. terdapat satu. rintangan jalan. roadblock. eh. sekatan jalanraya la. zzz~

ada la. seorang. asli. menaiki motosikal. dengan tiga lagi. penumpang. melalui jalan. tersebut. apabila menghampiri sekatan. jalanraya tersebut. apa lagi. mesti la polis tu tahan. motosikal berkenaan. "BERHENTI!" sambil. mengangkat tangan.

orang asli berkenaan. lalu. terus. tanpa memandang. hanya menjeling. dengan muka kesian.

"barua btoi. orang suruh berhenti dia tak mau. berani dia." polis tu. memaki. hamun. sambil. diketawakan. polis² lain. termasuklah. bos beliau. pegawai yang bertugas. yang sedang duduk dalam trak. mengunyah sirih.

tidak lama kemudian. orang asli tersebut. kembali. ke. sekatan. jalan raya tersebut. seraya. mendapatkan. polis. yang menahannya. sebentar tadi. polis tadi. mestilah hairan. tapi. dia masih. buat² cool. haha.

"inche. marilah naik moto saya. tadi ramai sangat. tak ada ruang untuk inche naik skali. sebab tu la saya tak berhenti. maaf ya. marilah. inche hendak ke mana?" orang asli itu kata.

"apakah??" kata polis berkenaan.

cerita ini diadaptasi dari kelas kaunseling pagi tadi. nak cerita pasal kejujuran manusia yang selalu disalah anggap oleh orang lain. terima kasih cikgu! haha.

Friday, August 29, 2008

kawan saya dan ujian STATIK beliau

saya ada seorang kawan. dia juga tinggal tidak jauh dari kediaman saya. dan rumet saya. kawasan kejiranan saya ni memang penuh orang. yang pelik. pelik. haha.

malam ini. mereka. yakni. dia. dan kawan² sekelasnya. ada ujian. subjek statik. aku tidak tahu. sebab aku. tak ambil subjek tu. aku ambil. teori litar. haha. ujian tu. berlangsung. di tempat yang sama. seperti aku. hari itu. haha.

yang aku nak cerita. ni pon. aku dengar. dari geng² dia. ujian tu. sangat susah. susah sangat tu. tak ada la. tapi. banyak orang yang careless. tak dapat nak buat dengan tepat.

tapi. kawan saya ni. hebat. tengah orang dok sakit kepala. dia boleh. buat rilek ja. siap boleh keluar awal lagi. masa tu. dia dah bawak barang² dia keluar. pass dah kertas. memang psiko gila la. mesti dia dah struggle gila² kat bilik. sebab tu pandai.

dia bergerak keluar. bilik ujian. dengan gaya papa yokies. senang ati.
wohh~

3.7 minit kemudian. kawan saya tu. masuk semula. berbincang dengan pengawas ujian. seraya. mengambil semula. kertas tersebut.

rupa²nya. dia terlupa. buat soalan nombor 3. patutlah cepat saja dia siap.

panas

macam yang kita tau. manusia ni. ada banyak jenis. setiap hari. kita akan jumpa. dengan macam². benda macam ni la. erM. kadang² gak. kita kena ambil masa. untuk tau sifat sebenar. seseorang itu. sebab tu. kadang². kita tengok orang tu. masa tengah bercinta. memang semuanya indah. lama wo bercinta. lebih daripada 5 tahun. contoh. tapi. bila depa ni kahwin. tak tahan lama. kadang². tak sampai setahun dah berpisah. sebab apa? "kami tak sehaluan. tidak memahami diri masing²." apa yang depa buat time bercinta lama² tu ah? takkan la tak kenal² lagi kot. zz..

tapi. entri ni. bukan nak cerita. pasal. orang kapel. atau kawen. atau clash. atau hapa. kali ni aku tertarik nak cakap pasal orang. yang cakap berapi. aku ulang. CAKAP BERAPI.

selalunya. bila orang ditimpa masalah. akan ada orang yang tampil. untuk membantu. orang ini la tempat meluahkan perasaan. berkongsi pendapat. membina cadangan. mengikat janji. macam² la.

kemudian. apabila masalah itu berlaku sekali lagi. walaupun 'pembantu' itu turut berada di tempat kejadian. dia hanya diam. membatukan diri. membuat hal sendiri. tiada implementation. membiarkan. mangsa. terkapai². keseorangan. membuatkannya. menjadi. mangsa. lagi. kasihan.

ketika itu. apabila ditanya. tentang sebab. untuk tidak membantu. sepanjang masa itu. mulalah dia. nak cakap. "maaf. saya dah cuba. tapi gagal jugak." heh. orang yang gagal memang hanya tau buat alasan. ketika itu. orang. dah tak mau percaya.

setiap dari kita ada tahap. kepercayaan. terhadap sesuatu. atau seseorang. untuk lebih spesifik. apabila kepercayaan itu. dimungkiri. dikhianati. kita memang tak akan berada. di hati. mereka. lagi. biarlah. apa² jua sebab. alasan. janji. yang diberi. tetap tidak dapat mendapat kepercayaan.
ini. menyebabkan. mangsa. pergi. menjauhkan diri. dan menghampiri. dan mempercayai. orang lain. yang mungkin. lebih. baik. daripada pembantu. sebelumnya.

apa yang aku nak cakap?

1. nak bagi harapan. biarlah. logik. dan. dapat dicapai.
2. dah bagi harapan. kena la usaha. laksanakan. jangan tau cakap saja.
3. sekali orang tak percaya. memang orang tak akan. percaya dah. percaya la. ingat lagu 'kerana percayakan siti'? tak ada kena mengena pon. haha.


sekian

Tuesday, August 26, 2008

test circuit theory yang menyeronokkan..

hari ni. kami ada. test. teori litar. haha. semua orang sakit kepala. subjek yang paling berat. sem ni. tapi. sebagai pelajar. yang. sangat berdedi.kasi. kami perlu. cemerlang. dalam semua subjek. termasuklah. teori litar. maka. walau sesibuk mana pon kami. atau di mana jua kami berada. kami tetap pilih. untuk buat sehabis baik.

malam itu. eh. malam ini. tadi la tu. ujian tersebut. berlangsung. dalam bilik ujian. yang sangat sejuk. kami. berusaha berbuat yang terbaik. lebih² lagi. aku. sebab. kuiz. yang dijalankan. minggu lepas. sangat ####. aku tak tau. apa yang aku buat. masa tu. benda senang ja pon. budak kecik pun patut tau. macam mana. nak buat. tapi nak buat macam mana. ujian Allah. nak tengok kita kuat ka tak. haha.

erM. kali ni. aku memang cuba sehabis boleh. bila dapat soalan. aku buat. yela. takkan la nak tengok saja. haha. fuh. muka surat pertama. penuh jawapan. aku guna dekat setengah jam nak buat soalan tu. sangat. bersungguh².

bila buka soalan kedua. aku terhenti. apakah semua ini? tiadalah aku memahami. lukisan yang mudah. ringkas. aku pula. tidak faham. maka. aku tengok dulu soalan 3 dan 4.

sama. tiada guna. aku tetap gagal mendapat ilham. hehe. tidak mengapa. aku amalkan perkara selalu aku amalkan. duduk sahaja. memerhati pemandangan. sekeling. agak berkesan. setelah melihat perkara² yang pelik. yang terjadi. di sekeliling. barulah ilham datang menjelmakan. diri. alhamdulillah~

aku. dengan penuh kalut. dan tak sabar. membuat soalan. yela. masa dah nak habis. banyak buat soalan 1 tadi. lepas tu. dok usha orang keliling lagi. lancar ja tulisan aku. haha.

masa tamat. dr jeega suruh hantar. kertas ujian. maka. kena la hantar. juga². aku buat tak habis lagi. cit. nasib baik tempat aku kat belakang. kedua belakang. maka. agak mengambil masa juga la. sempat juga aku nak selesaikan. sekadar yang termampu. haha. memang sangat hodoh. tulisan aku. ketika itu. tapi. tidak mengapa. janji ada gak tulisan. kan? tak lama lepas tu. kertas aku juga diambil.

gembira. sungguh. habis sudah satu bala. haha.

sementara menunggu. kebenaran. untuk berhambus. nguyen. lelaki di belakang. bertanya. jawapan. untuk soalan 2(a).

aku beritahu dia. v=-53.46.

dia cakap. jawapan dia. v=-15.2.

nik. yang kat kiri aku. cakap. v=25.88

yap. kat depan cakap. v=0



jawapan siapa yang betul ni?

Monday, August 25, 2008

m.nasir~~

ha. malam ni. m.nasir. datang. buat. show. malam tadi. nabil datang. bawak lancer NBL 1983. tapi. aku tak sempat. nak tangkap gambar. sebab hujan. sangat lebat. apa pun tak dapat. dapat basah kuyup ja. haha.

maka. malam ni. aku. bertekad. nak menangkap gambar m.nasir. aku bawa kamera. beg plastik. n73. kalau² apa² terjadi. kepada kameraku. bolehlah dibuat ganti. haha.

sementara menunggu. persembahan. kami. dihidangkan. dengan. tarian. geng² south africa. pergh. pakai baju bomba tu. menari². sangat. style. tapi kami datang. bukan nak tengok mereka ini. kami nak tengok m.nasir. aku ulang. m.nasir.

jam dah tunjuk pukul 1015. baru m.nasir keluar. patutnya pukul 945 dah ada. lambat betoi la. erM. dia mula menyanyi. aku malas nak list suma lagu dia. tapi lagu memang best la. haha.

aku. apa lagi. mengeluarkan kamera. untuk. menangkap gambar. bila buka kamera. dia tulis.

'internal memory full.'

ha? aku buka tempat kad memory. kosong.

zzz.


gambar ihsan chaosflare

Sunday, August 24, 2008

mengarut bersama nik dan sapar di convofair..

aku cukup suka. pergi convofair. dalam sehari. 3-4 kali. aku pergi. tak kira la. dengan siapa. dengan apa. janji aku sampai. aku pon tak tau. sebab apa. aku. seronok sangat. dengan convofair tu.

hari pertama. awal² lagi. aku. dan nik. ke sana. berjumpa sapar di pertengahan jalan. membuatkan kami setuju. berjalan bersama. di convofair. haha.

benda yang paling aku ingat. ialah. ketika kami. berjalan². melawat booth pelajar antarabangsa. dari mesir. indonesia. zimbabwe. south africa. myanmar. thailand. turkmenistan. dan pelbagai lagi. ceh. wat macam besar sangat ja. booth depa tu. haha.

kami menangkap gambar di setiap booth. dengan gaya. yang berbeza². lagi poyo. haha. ini ada sikit gambar. kami 3 orang. haha.















lepas puas tangkap gambar. kami pergi membeli makanan. memandangkan aku masih kenyang. aku hanya membungkus. untuk dimakan di bilik. maghrib menjelma. masing² mengundur diri. pulang.

malam tu. nik datang lagi. bila dia tengok makanan. yang masih belum. dijamah. dia seraya bertanya.

eh hang tak makan lagi ka?

ketika itu. barulah aku teringat. aku tak makan lagi. makanan tersebut. nik dah mula kalut.

"oi cepat la makan. nanti basi kang. rugi ja beli."




rugi? kena makan sekarang? hang nak makanan ni basi dalam perut aku ka? cacat la aku malam ni..

convofair oh convofair~

convofair datang lagi.. kali ni saja PETRONAS masuk duit awal. hari tu lambat gila². kali ni awal. gila². memang nak suruh. kami belanja. sakan. lagipun. bulan puasa dah nak sampai. kiranya. tak adala. papa kedana sangat lepas convofair tersebut.

menjelang convofair. aku dah tau. apa aku nak cari. semestinya. baju!! yak yak yay.. dapat banyak baju. dan. tak pernah rasa cukup. kena beli lagi. hehe. menambahkan koleksi baju memang seronok.



sebahagian daripada baju yang dibeli

aku pulang dengan hati gembira. dapat baju baru. lepas ni. beli baju raya pulak. syok². hehe. sampai ja kat bilik. baru aku teringat.

eh hanger tak cukup la. kat convofair ada jual hanger tak?

Thursday, August 21, 2008

pagi yang sungguh hening~

pagi ini. aku bangun awal. macam selalu. tapi subuh memang gajah la. ish. aku dah terjaga. masih dalam waktu. tapi. aku tetap terlena. mengakibatkan aku tetap. gagal. urgh~ DUSH²!!

tapi tak mengapa. aku bangun juga. sebab malam tadi aku tidur awal. bukan malam tadi saja. dah banyak malam dah. haha. sebab dah tau mesti susah nak bangun. aku buat sit up. banyak manfaat yang kita boleh dapat. ye adik². selain daripada mengerah darah. ke seluruh badan. untuk menyegarkan badan. kita juga dapat membakar lemak. maka hit two birds with one stone la ni. haha.

aku telah segar. tapi masih mamun. lali. mangli. blur. bengong. benayoun. eh tak². tak benayoun ok? israel tu. haha. aku tengok jam kat n73 tersayang. dia cakap sekarang pukul 7.35. aku percaya cakap dia. maka aku pun bangun la. sebab terasa nak berak. maka aku berfikir. alangkah baiknya. jika aku terus mandi. oleh itu. aku menyalin pakaian. menjadi hanya bertuala. tapi aku tidak berkemban. sebab apa aku nak berkemban pulak ni?

aku mengambil kunci. baldi kecil yang mengandungi segala toiletries. bergerak ke pintu. untuk menuju ke tandas. yang tak best. tapi tetap aku kunjungi setiap hari. sebaik saja aku menutup pintu. aku memakai selipar.

selepas mengenakan selipar. aku sudah berkira² untuk bergerak. tapi. baru kusedari~ ubat gigi yang telah habis masih belum berganti. aku perlu. kembali. ke dalam bilik.

aku menghulurkan kunci ke lubang kunci. untuk membuka pintu. seketika kemudian. baru kusedari lagi..

..

"eh ni bukan kunci bilik. ni kunci moto la. adoi la."

patutlah aku terasa tebal + besar semacam ja kunci aku tu. macam mana ni. takkan la tak boleh masuk bilik kot. dah la pakai towel saja. ketika ini. segala sumpah seranah bermain di minda. kenapalah aku boleh mamun ni. urgh~ nak kejut iqbal terasa tak sampai hati la pulak. dia tidur lambat tiap² malam. stay up. aiseh..

aku cuba memulas. tombol itu.

terbuka. huhu~ selamat aku juga mamun. tak kunci pintu.



kalau tak..

kunci moto + kunci bilik

Tuesday, August 19, 2008

menjadi komiti electrEx08™

sem ni. aku memang bersemangat. menyertai pelbagai aktiviti. anjuran utp. sebab apa pon aku tak tau. nak cakap ramai awek² cun. macam mengarut ja. orang cakap. aku ulang. orang cakap. manusia² yang cun ni. agak malas buat kerja sikit. asyik nak mekap ja. tak tau la betul atau tidak. haha.

sekali lagi. aku tak tau. macam mana. aku boleh join. e3ss. untuk budak elektrik elektronik la ni. erM. lepas tu. boleh pulak jadi komiti untuk event yang agak besar la jugak. electrEx. electric+electrical exhibition. kira geng² senior akan ambil bahagian la.

aku dan nik masuk komiti ceromony+protocol. duwe+iqbal pulak join komiti promosi. haih. macam sibuk la pulak. test dah dekat ni. adoi la.
tapi tak apa. demi sijil. orang cakap. budak² utp ni sangat gilakan sijil. aku pon nk gila camtu. jugak la. haha.

malam itu ada meeting. masing² kena bincang pasal tugas masing² la. departmen kami sikit ja orang. dalam 6 orang macam tu ja. tu pon. suma baya² ja. haha.

meeting diteruskan. tugas² dibahagi lagi. aku + nik kena buat surat jemputan untuk penilai projek. ala copy paste sikit² ja. apa ada hal.

lepas tu. akak ketua komiti suruh kami bagi gambar. nak letak kat name tag katanya. aiya. aku mana pernah tangkap gambar sorang ni. segan la. maunya kak tu bawak p bomoh. kesian dinda aku tu. haha.

haha. hari² berlalu. kami buat surat tu dulu. lagi penting. sebab malam dateline tu kami ada kuiz circuit theory. kena study la. maka. kami berjaya menyiapkan kerja itu dalam masa sesingkat mungkin. haha. lepas siap. kami terus emel kat akak tu. setel satu kerja. sekarang. kami boleh mula belajar untuk kuiz tersebut. yay!

hari dateline menjelma. kami semua buat tak kisah sebab kerja dah hantar dah pon. apa ada hal. tiba². akak ketua antar msg.

"hei. mana gambar korang ha?"

aiyak. terlupa la pulak pasal gambar. macam mana ni. kalau tangkap sekarang. memang la tak hensem. kuyu ja mata. stim ja muka. yela. stay up sampai pukul berapa nak study.
ini tidak boleh dibiarkan terjadi. sesuatu. perlu dilakukan. tapi. masa dah suntuk. macam mana ni.

"tak pa la. kita bagi ja gambar² lama kita."

ok jugak tu. kn?

maka kami send la gambar. masa muda² dulu. kali ni. aku saja nak kongsi ngn hgpa suma. enjoy!

ni duwe toni


aku


nik villa




iqbal robinho





Wednesday, August 13, 2008

kawan saya dan telefon bimbit beliau..

saya ada seorang kawan. dia tinggal tidak jauh dari kediaman sementara saya. dan rumet saya. dia seorang yang agak cepat. menangkap. teknologi. maknanya dia memang tidak mampu untuk dikatakan seorang yang. kolot. ini dapat dibuktikan dengan kos yang diambilnya dan kesavvyan dia dalam dunia gajet.

hari ini. saya nak cerita. pasal telefon dia. telefon dia. sangat hebat. kot. yela. boleh buka lagu. mp3 tu. telefon orang lain mana ada. dia seorang saja ada. yang lain semua monotone. polifonik. yang bawa telefon bata pon ada.

tapi. yang baiknya. kawan saya ni. tak berlagak. walaupun dia ada telefon hebat. dia tak simpan sorang. dia kongsi dengan semua orang. bukan bermakna dia bagi pinjam telefon itu sendiri. tapi. dia bagi kawan² dia yang lain. dengar koleksi² lagu dia. lagu² dia tu. semua jenis yang orang ramai suka. kadang² dia juga ikut menyanyi. mungkin hendak mengisyaratkan. dia juga mengikut perkembangan semasa. dalam bidang muzik.

yang lebih menyeronokkan. dia suka bawa telefon dia ke mana² saja. share the music with all. masa berjalan² dia buka lagu dalam telefon. pergi ke tandas. mandi. cuci muka. makan. minum. naik moto. eh kira kat mana dia ada. mesti ada lagu la.

semua orang tak komen apa la. takut dia syok sorang² lak. tak baik buat orang riak. haha..

hari hari berlalu. dengan lagu yang sentiasa terpasang.

satu hari. suasana menjadi sunyi sepi. semua orang. telah kehairanan. apakah yang telah berlaku? kelihatan kawan saya ni berjalan keluar dari tandas dengan muka. yang sangat lemah. eh sakit ka dia ni?


awat neh?

..

la cerita la. sakit ka?

..

habis tu? sebab apa hari ni tak buka lagu? macam selalu² tu.

sbb.. (air mata bergenang)

(eh aku buat dia nangis ka neh?) rilek la bro. cerita la. pelan².

aku.. flush telefon aku. dalam jamban. tadi. uwaa~~

oh..
maka. mulai hari itu. memang tidak lagi kedengaran. sebarang bunyi. dalam kawasan kejiranan kami. lagi.

Sunday, August 10, 2008

roda itu bulat

hari ni hari ahad. aku patutnya berehat. tapi. banyak kerja. baru ni tayar moto aku kena paku. jebon betoi. besar wo paku..

aku dengar. banyak juga orang yang kena paku. kebelakangan ni. tak kurang jugak orang yang dulu seronok naik kereta. mula berjalan kaki. sebab? tayar pancit. tak tau kat mana nak cari orang tolong. aku ada jugak dengar. amy pon kena. bayangkan. sebelah tayar kereta dia. kena 4 batang paku.

semua ni buat aku terfikir. sebab apa kena paku ni? nak kata kawasan pembinaan kat taman maju tu. takkan la gila² sangat. ni semua dah buat aku terfikir. apakah ada. orang yang sengaja membubuh paku. ke atas kenderaan kami?

kalau betul la. memang tak guna la orang tu.





marilah kita menjaga kenderaan kita sehabis baik

Thursday, August 7, 2008

lemas di dunia sendiri

setiap hari yang mendatang dipenuhi dengan kerimasan. kelemasan. lemas walaupun aku bukanlah sedang tenggelam dalam laut. sebab apa? rambut aku. rambut ini la sebabnya. memang la tak panjang. tapi. kalau orang lain tengok. memang macam tak mandi sebelum ke kelas. mana boleh macam ni.



sekali lagi. tindakan harus diambil. untuk. memulihara imej diri ini. yela. imej sapa lagi. adoi la.



maka. aku. menaiki moto. pergi ke pekan. yang berhampiran. untuk mencari. kedai gunting. setelah ditemui. aku segera masuk. ramai orang hari ini. tapi. aku yakin. giliran aku akan tiba. sebentar saja. lagi.



'satu tiga satu lima. kaunter tujuh.' wah. moden betoi la. kedai ni. aku pon segera menaiki kerusi yang telah bersedia menantiku. ha ha.



'adik kici. nak gunting mana macam?'

'gunting ja. kasi pendek.'

'ok'



brader tu pon. mula la buat kerja dia. disebabkan letih. memanjat tangga. aku terlelap. macam best ja brader ni gunting. aku buat xtau ja. pejam mata.



..



..



..



'adik kici. bangun. dah siap.' brader tu kejut aku.

aku pon tengok la cermin.
what the fish?!! ini bukan pendek..

ini.. ini.. ini.. botak..

Wednesday, August 6, 2008

program menguruskan badan

penat. penat. penat. tu saja yang aku. boleh cakap. lepas naik tangga. kelas sangat. sangat. jauh. ni baru setakat naik moto pergi kelas. belum berjalan lagi. belum merangkak lagi. adoi la.

itu tidak apa lagi. apabila berjumpa rakan² yang telah lama tidak berjumpa. spontan sahaja.
'eh engkau dah gemuk! dulu macam tiang gol saja. haha!'

ini tidak boleh. tidak sekali² boleh. terjadi. aku perlu berubah. menjadi kurus. semula. aku perlu. menurunkan berat badan. dari 68kg. kepada satu nilai yang lebih meyakinkan. aku memerlukan sesuatu. program. ya program. untuk menguruskan badan. yang semakin bulat ini. aku mula teringatkan perjalanan karier. dalam bola keranjang. di sekolah dulu. erM.. dah setahun aku. tidak bermain. apakah masih boleh? eh poyo la engkau. haha.

maka. aku. dan nik. yang juga berminat. dengan program ini. mula bergerak cergas. waktu petang. yang terluang. digunakan semaksimum. mungkin. kami mula mengenal jim. eh bukan. gim. kami mula melawat beliau. bukan untuk masuk gimrama. jangan salah faham. kami nak cuba bina badan. walaupon. kelihatan sangat bodoh. tanpa sebarang pengetahuan.

kemudian. kami akan mengambil masa. menuruni court basket. cuba membaling satu dua bola. apabila penat. kami berjalan² melalui padang. mengumpul tenaga. yang masih ada.

program ini kami laksanakan selama dua minggu berturut².

hari ini. aku berjalan bersendirian. melintasi klinik utp. aku lihat ada penimbang berat. maka. aku pon. bersemangat ke sana. dengan harapan dapat melihat perubahan positif.

aku memanjat. penimbang itu.

uik?
kenapa sekarang dah 76kg?

Saturday, August 2, 2008

makan makanan di kedai makanan

hari ni. aku. dan usop bilik sebelah. pergi ke ayer tawar. mencari. ya. mencari sedikit barangan. keperluan. rumah tangga. haha. kami menaiki moto. moto LC135 usop. jangan bagitau usop. Dia marah kalau orang tak iktiraf moto dia. sebagai awek. haha.

masa dalam perjalanan balik. usop cakap. nak singgah. kedai roti. usop memang suka beli roti. itu semua orang tahu. maka. kami pon singgah la.

tak sangka. kedai tu. bukan setakat jual roti. ada kek sekali. pendek kata. itu bakeri. aku. sangat seronok. ya. dah lama tak makan. kek ya. bukan nasik. kek. jangan salah faham. memang elaun PETRONAS belum masuk lagi. tapi kami masih boleh. beli. dan makan nasik. haha.

aku. dan usop. bersemangat. hendak makan di situ. maka. kami ambil tray. kami ambil. apa tah nama dia. tapi kami ambil. benda yang sama la. ya. kami bukan gay. sekali lagi. jangan salah faham.




selepas bayar. kami cari tempat. duduk. lepas tu. ada brader. datang mintak order. aku mintak milo ais. usop pulak. lobak susu. peh. minuman yang dia buat. memang kaw la. sangat puas. kami mula makan.

makanan kami sangat sedap. kenyang pulak tu. memang puas la. berbaloi dengan duit.

'peh azwan. memang kenyang la. lepas ni tak payah makan tengah ari la camni.'

'tu la. memang kenyang. ni pon tak baca bismillah. kalau baca. mesti lagi kenyang. kan?'

'erk'

'bismillahi awwalahu waakhirahu~' serentak.

Wednesday, July 30, 2008

berenang² ke tepian..

huhu. pening kepala. sebab. berenang² bersama cilat dan sekutu. chaknga pon ada sekali.pening kepala ni sangat hebat. malam ni aku tak boleh belajar langsung. rasa macam buang masa saja dalam irc.

balik ke bilik dengan usaha untuk berehat. elok² landing atas katil. rasa mengantuk terus hilang. begitu sahaja.

tensyen.sangat sangat tensyen.

maka. aku cuba berguling² atas katil. pelbagai pose telah dilakukan. aku tak kira. malam ni kena tidur awal jugak². esok kelas pukul 8. damn.

tiba². annai datang. membawa harapan. 'weh jom p v4. aku tau hang nk beli panadol.kn?' annai macam guna kuasa minda untuk baca fikiran aku.aku pon. mula la bersemangat. sebab boleh naik kenderaan rasmi electronix mafia™. RXZ '98. sangat seronok. haha.

tak sampai 5 minit. kami dah sampai. sangat laju. jangan la tanya sebab apa boleh cepat. haha.kami masuk ke kedai v4 dengan penuh harapan.

disebabkan panadol berada di kaunter bayaran.. maka benda pertama yang aku ambil adalah roti. gardenia bonanza.. rm2.80. lepas tu aku ambil air sarsi pulak.lepas tu shaver gillete blue II plus. bila sampai kat kaunter. aku tanya brader yang muka macam shahrir.

'abang! ada topup tak?' aku bertanya. dengan harapan. agar topup habis.'ada. nak berapa? semua ada. jangan kao risau.' brader shahrir jawab. sangat yakin.
erK.. aku kena beli juga la ni..'ok bang.. maxis 10.. digi 10..'

'ok. semua rm26.60.''nah amek la duit.'
annai beli jugak. dia beli air kotak. durian belanda. haha.

kami keluar kedai. dengan hati yang paling senang. yela. shopping. haha. kami naik moto balik v2a.bila sampai. nampak usop bermain. dengan lho. di tepi water cooler. haha. aku pon dah lupa kt dia.
masuk² bilik. aku. dan annai. sangat bersemangat jamuan. makan roti. cicah air durian belanda. haha.aku pun dah ingat nak tidur dah pun.. tiba²..


eh mana panadol ek?

Thursday, July 24, 2008

milik siapakah hamster ini..

ikut tempo lagu milik siapakah gadis ini (sudirman)

milik siapakah hamster ini..
wajah kiut bagaikan seekor hamster..
ingin dirinya aku miliki..
apakah terdaya..(2x)

lama telah kuimpikan..
hamster sepertinya..
mengisi bilik ini..
dengan cahaya kasih..

apa aku mengarut malam ni?
haha..
saja mengarut..
ini hamster yang ditemui di koridor v2a paras bawah..
siapa tuan dia ni?

intro kelas digital electronix..

hari ini.bermula la kelas lagi satu.digital electronix.satu lagi subjek yang kami semua.kena ambil.tak tau la sebab apa.


'ok. murid². saya lecturer korang.macam korang nampak ni.saya tengah pregnant.maka janganlah kamu semua bertindak pelik² ya..'


'BAIK..'


'ha.satu lagi.saya cukup benci kalau orang tu tak reti tutup telefon dalam kelas.sensitif wo.maka.kalau saya dengar saja telefon kamu.saya kutip.jual.buat modal beli baju anak saya.paham?'


'PAHAM CHEGU!!'


'bagus.kamu semua dah tutup telefon?'


'SUDAH CHEGU!' semua orang jawab. aku juga. sangat yakin.


'bagus². baiklah. mari kita mulakan pelajaran. ehem².. digital is very..'


tiba² telefon berbunyi. kuat. sangat kuat.




diam. seketika.




'er.. chegu..' seorang pelajar. di belakang sekali. kepada chegu. yang memberi jelingan manja.

Monday, July 21, 2008

kelas yang kacau bilau..

hari ini.sejarah baru tercipta.bermulanya REVOLUSI di utp.atau MAMALUSI jika anda makan di kafe mama v2.tibalah masanya untuk makhluk² foundation memasuki alaf baru.dunia undergrad.

haha.

bagi kami.terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian apabila bermulanya musim baru ni.

1.keseronokan.melihat awek² baru yang baru masuk.dikhabarkan mereka ni sangat² berbeza jika dibandingkan dengan pelajar yang sedia ada.

2.keghairahan.semua pelajar.tak kira yang baru.atau lama.akan bersemangat menunjukkan kehebatan.dalam pelbagai bidang.

dikhabarkan lagi.bahawa.dalam intake kali ini.kelas EE yang paling ramai.maka.kami semua lagilah berbesar.hati la.menerima mereka semua.

pagi itu.pergi ke kelas.pukul 11.dengan hati paling terbuka.bila sampai.pukul 1050.kelas dah penuh.kami melihat kelibat orang yang di dalam.

'eh sapa ni? suma tak kenal. kita silap kelas ka neh?'

tengok².memang kelas kami.semua tu pelajar baru.dalam 60 orang lebih.waa.
bila membayangkan 125 orang berada dalam satu kelas..

aku terasa macam perjumpaan batch 0206 soksek kat dewan besar ja. masa bincang pasal baju untuk annual dinner. haha.

Sunday, July 20, 2008

minum malam di dewan makan..

malam².lepas prep.kami suka lepak kat dewan makan.makan biskut.cicah milo.
semua orang asyik bersembang kosong..

'kosong kosong kosong..'
'kosong kosong kosong..'

tiba².gori memula topik baru.jadi forum la pulak.
'weh.. hgpa rasa² la kan.. sejak zaman nabi s.a.w. smp sekarang.. dah brapa
zaman ha?'
semua ahli meja yang berjumlah 8 orang mula berfikir.menggunakan logik.dan sejarah spm.dan sirah pendidikan Islam.untuk mencari jawapan.

'erM.. nak kira zaman khalifah 4 orang tu.. zaman uthmaniah.. abbasiyyah.. pastu sekarang.. dalam 4-5 kot.. btol tak?'

'salah!!'

'er.. kira zaman Islam baru nak berkembang.. zaman kegemilangan.. renaissance.. kebangkitan semula.. kena tak?'

'salah gak!!'

'abis tu?'

'bukan nabi dah penah cakap ka.. zaman dia tu memang dah AKHIR ZAMAN.. so.. kira ada SATU zaman jela.. kan?'

'a'ah ek.. betoi gak..'

malam².lepas prep.kami suka lepak kat dewan makan.makan biskut.cicah milo.

Friday, July 4, 2008

masa muhasabah..

hehe.. ramai yang tak puas hati tentang statement aku dalam mentaliti masyarakat..
aku minta maaf.. benda memang la sensitif sikit bila cakap pasal kaum ni..

tapi kan.. tu juz respon aku bila aku baca paper mingguan malaysia hari tu..
tak dinafikan la kaum lain pun sama² tuntut rebat tu..
tapi yang aku nampak dalam paper tu..
gambar kaum² kita gak yang seronok lebih²..

duit tu sebenarnya tak ke mana..
lagipun.. rasa² sapa yang betul² guna duit tu untuk beli petrol?

bagi aku..
rakyat sekarang ni macam diajar untuk menjadi semakin materialistik..
bila cakap pasal nak bagi duit ja.. terus seronok.. semangat..
macam la kalau tak ada duit tu boleh mati..

ya betul..
memang duit boleh selesaikan lebih setengah daripada masalah kita..
tapi.. perhatian rakyat terhadap masalah negara yang lain dah teralih sebab duit..
paham tak ni?

aku juz nak bagi clear la..

haha

Thursday, June 26, 2008

menonton bola beramai² di rumah masing² di pagi² hari..

malam tadi aku tengok bola. jerman lawan turki. malam penuh kontroversi bagi aku.

memang mengantuk gila. maka aku pun mencari telefon bimbit dan mula menghantar mesej kepada kawan² yang masih berjaga.tengah seronok menghantar mesej.. tiba² tiada liputan siaran? wut?

damn!

tangan aku semakin ligat menaip mesej.

"apa ni? aku usaha bangun awal gila nak tengok. siap semangat pakai jersi dari malam tadi. tengok² tak boleh tengok. haih!""tu la pasal. dah la tengah saat² genting ni. 1-1. jangan la turki buat kejutan. aku nak jerman lawan sepanyol neh."
"tapi turki main kasar wo. ksian lahm. dah la kecik macam aku. jerman main bersih. tapi pengadil buat taik.""memang la jerman main bersih. hang tau tak sebab apa?"

"sebab depa memang pro?"
"x"

"abeh tu?"
"sebab depa pakai DAIA baru tu. memang putih gila. tak hairan la kalau depa main bersih."

"WTF?"

di kala itu aku mula berasa tensyen yang amat. terasa nak suruh jerman main macam hitler ja dengan turki neh.

selamat jerman menang.

Tuesday, June 24, 2008

interviu bersama inche annai..

hari itu. hari besar bagi aku. interview jpa. untuk fly. tapi aku tak mau fly pun.

hari tu hari pertama aku kenal annai.sebab kami 1 panel. interviu sekali. tapi mana nak berkenalan. semua jaga pride.haha!kami masuk dalam bilik interviu tu dengan muka penuh kehebatan. kalau masuk dengan muka lemah macam mana nak dapat beb!

sesi interviu bermula. biar la aku terjemah siap².

"ok mari kita mula. mula² kenalkan diri."
ha? kenapa nak fly? aku tak mau pun.. huu..

"er.. boleh tak saya berdiri? saya tak biasa la cakap duduk ni" annai cakap."tak boleh.""ala bole la..""tak boleh!""ok². nama saya annai. saya... (bla²)
aku malas nak tulis part ni. sori ek!

"ok! dh setel ek. soalan kedua.kenapa kamu nak sangat fly?
kali ni aku kena jawab dulu. damn! aku mana tau nak jawab apa. aku tak nak fly pun!
"er.. bagi saya.. kalau fly kita boleh dapat pengalaman baru. pendidikan kat malaysia ni masih tak boleh nak kejar yang kat luar.contoh macam jerman dan jepun.. depa kan memang hebat kalau cakap pasal bab automotif dan elektronik.. kan²?lagipun nanti saya boleh belajar budaya mereka.. budaya jepun dan jerman." aku jawab.bajet yakin.walaupun aku tak apply engineering jerman atau jepun.

"oh.. budaya ek.. boleh tak kamu bagitau saya apa budaya jerman yang kamu nak belajar tu ek?"

ha? soalan apa ni? kalau budaya jepun aku tau la. ni jerman. jarang dengar.

"maaf inche. saya blank."

damn! malu betul la. semua buat muka kesian. tapi aku tau semua tengah syok tengok aku kantoi.aku memang kecewa gila. tapi jauh di sudut hati aku rasa gembira sebab peluang nak fly memang dah tak ada.aku boleh stay kat malaysia. yay!

Monday, June 16, 2008

mentaliti masyarakat..

semalam aku baca surat khabar mingguan malaysia..

aku tengok muka depan.. sampai belakang.. muka orang pegang duit ramai².. buat muka seronok..

aku terdiam.

brapa ringgit sangat la yang kita dapat dengan rebat tunai tu ek..
rm650 untuk kereta.. rm150 untuk moto..

kalau banyak mana pun kenderaan yang dia ada.. tak mungkin la dia boleh jadi jutawan kan..

tapi bila kerajaan umumkan nak bagi rebet tu.. semua jadi kalut.. tak tentu arah..
terus serbu pejabat pos.. macam la duit tu nak habis.. macam la lepas ni tak boleh ambil dah..
nak ambil nombor giliran pun boleh gaduh².. aiya..

lepas tu.. bila dah dapat duit.. boleh buat muka macam baru menang sport toto.. bangga betul la..
semua muka tersengih²..

isH..
secara jujur lagi serius.. aku sangat malu la tengok bangsa aku macam tu..
bila orang lain tengok.. memang orang akan cakap orang melayu ni jenis kelapaq duit sangat².. berebut² macam pelarian.. entah² pelarian pun tak macam depa.. isH..

cuba bayang pulak kalau ada orang lain datang pejabat pos sebab nak bayar bil ka.. nak selesaikan urusan poslaju ka.. wangpos ka.. kan dah tak boleh buat.. padahal benda tu lagi penting kan?

rilek la bai..
masa banyak lagi.. sampai mac tahun depan tu.. duit tu tak lari ke mana..

aku memang sedih la tengok macam ni..

perpustakaan sekolah sangat best

tempat : sk bayan lepas
tarikh : tak ingat. tapi 2001 la.

mael kena panggil masuk perpustakaan masa cikgu tak ada dalam kelas. ha?
sampai kat perpustakaan.mael ketuk pintu.masuk perpustakaan pun kena ketuk pintu ka?

"ha mael. masuk la. duduk kat kerusi tu." cikgu yang patut masuk kelas mael sekarang.bagi arahan.
"ok" mael jawab. masih blur.

depan mael ada ramai cikgu. "aku buat salah apa pulak neh.." mael cakap.dalam hati sudah.

"mael.. cikgu panggil hang mai ni sebab nak suruh hang jawab 2-3 soalan."

soalan apa pulak neh? aku tak study pon.malam tadi tengok wwf smackdown.
"er.. ok chegu.. tanya la.." mael cuba buat² muka yakin.macam hakan yakin la kot.

"kamu ni calon pelajar terbaik sekolah kita ni. kamu ni dah la bijak.hensem pon ada jugak.bukan pelajar ja mau kat hang.cikgu² pon nak hang jadi adik angkat."

ha?

"ok². soalan pertama.keputusan kamu bagus tak?"
"bagus tu tidak la sangat. elok² lulus ja chegu." mael jawab.jujur.

"uhuk². macam ni. kamu ada wakil apa² tak untuk sekolah?"
"tak ada la cikgu. saya suka tengok smackdown ja. kalau ada gusti peringkat sekolah mesti saya jadi wakil." yakin betul aku.

"oh begitu" cikgu dah mula berkerut dahi."kamu pernah berjasa tak kepada masyarakat?" cikgu lain pulak tanya.

"contoh?" mael.tak faham.
"pernah selamatkan orang tak?"
"orang? tak pernah la chegu.. kucing lemas dalam longkang ada la. boleh tak chegu?" semangat la mael ni.

semua cikgu berkerut dahi.

"awat ni chegu?" mael makin tak faham.


diam seketika.

"ni siapa yang calon budak ni ha?" guru besar cakap.kuat.

izzat ball dan hari jadi

dalam dorm 2b3 kat soksek.kipas ligat berpusing.isH.malas betul.nak stay up.

"eh hari ni besday kawan aku la azwan.." izzat ball cakap.
"la ye ka? cepat la wish kat dia.." aku cakap pulak.

"sebab apa aku nak kena wish sekarang?" izzat ball.hairan.
"kan sekarang dah pukul 12.."aku cakap.kalut.

"apa hang mengarut ni? baru pukul 1145." izzat ball.ganas.
"ha?" aku pulak.hairan.

"oh ya ka.. ok la macam tu.. hang tengok la line. clear ka tak.." aku.blur.


aku pun sambung baca.kreko.eyeshield21.isH! bukan nak baca sejarah.

***

"eh ball.. sekarang dah pukul 1205.. dah wish belum?" aku.ambil berat.
"x" izzat ball cakap.mudah.

"awat?" aku.hairan.sekali lagi.
"erM.." izzat ball.macam tak mau cakap ja.

diam.seketika.

"aku memang nak wish. tapi bukan sekarang." izzat ball.lepas seketika tadi.
"habis tu? bila?" aku cakap.tak habis² hairan.

"pukul 1159 malam esok. aku nak jadi orang last wish kat dia."izzat ball.simple.

"what the fish.."


dalam dorm 2b3 kat soksek.kipas ligat berpusing.isH.malas betul.nak stay up.aku ambil keputusan.baca kreko.sampai aku tak larat.bila nak baca buku entah.

Tuesday, June 10, 2008

sehari bersama inche subsidi..

harga petrol naik lagi..naik sebab kerajaan dah tak tahan nak bagi subsidi petrol..ok².. kita pun faham kan.. belanja setiap tahun memang tinggi untuk petrol saja..

tapi kan..pernah tak kita terfikir..subsidi² ni..memang buat rakyat kita jadi rakyat yang sangat materialis.. dari segi kenderaan yang diguna..tapi sangat bergantung kepada bantuan kerajaan..

paham tak?

aku nak cakap..subsidi petrol hanya akan buat rakyat tidak menghargai pemberian kerajaan tu..dan akan belanja lagi banyak.. beli kereta besar².. tank pun mesti la besar jugak..bawak kereta laju macam nak mampos..semua ni membawa kepada penggunaan petrol yang banyak.. dan bila lagi banyak petrol yang diguna..lagi banyak la subsidi yang kerajaan kena keluarkan.. tak lama lepas tu lagi sakit la.. rakyat yang mintak macam² sangat..

kita kena sentiasa sedar.. malaysia ni tak adalah hebat sangat.. tapi serius.. rakyat suka mengebat..

kita nampak kan.. elok² harga petrol naik.. orang mula jual kereta besar².. beli kereta ekonomi sikit..bawa kereta pun dah slow sikit.. semua sebab harga petrol dah naik.. ha tau la pulak nak berjimat.. hehe..

bukan setakat subsidi petrol ja patut mansuh..subsidi bekalan air tu pon mengarut ja bagi aku..
rasa² la.. kalau dapat air percuma..ada tak harga minuman kat kedai tu nak turun?ada tak pengguna kat rumah nak jimat air?

jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI..bila orang tu dah dapat benda free.. dia memang akan enjoy sehabis baik..dah free.. tak payah bayar apa² pun dalam had tu..hehe..

aku pernah baca dalam buku..keadaan ni dipanggil PENGADAPTASIAN..
contoh..katakanlah duit gaji kita tak cukup.. kita mintak tambah gaji..tak lama lepas tu.. bos tambah gaji kita..kita pun seronok la..boleh bernafas sikit..boleh beli benda² yang kita teringin..
tapi..bila lama².. kita akan terbiasa dengan duit sebanyak tu.. kita akan mula rasa duit kita dah mula tak cukup..dan kita nak mintak tambah gaji lagi..
sebab itu la kita tak pernah rasa cukup dengan gaji kita..

contoh paling senang..budak² biasiswa petronas.. anak emas la konon..dulu.. masa mula² dapat duit.. RM500 sebulan.. rasa macam paling kaya la dalam malaysia..tapi.. tak da la lama sangat.. 1 sem ja.. depa dah mula rasa duit tu tak cukup..semangat nak mintak rektor utp tambah elaun.. hehe..

banyak betul aku mengarut hari ni..haha..
pendek kata.. kita kena la bersyukur dengan apa saja yang kita ada..

ok?

Sunday, June 1, 2008

final yang dah setel..

final exam baru ja habis hari ini..banyak pengajaran yang kami.. khususnya para mafia dapat..

1. janganlah study last minit.. memang tak berkesan.. ingat macam dok kat sbp lagi ka?
2. study dlm grup adalah benda yang mengarut.. proses pembelajaran tak mungkin berlaku dalam situasi ni..
3. kena la guna masa yang dah nak habis tu sebaik mungkin.. jangan la dok ingat masa banyak lagi sampai boleh tengok wwe.. aiya!
4. makan kena cukup.. memang cafe dah banyak tutup sebab budak² undergrad suma dah balik.. usaha la beli bekalan.. hehe..
5. amal ibadat kena cukup.. bukan la nak kata bila dekat exam baru nak semangat beribadat.. tapi kita try la jugak ek.. hehe..

tapi kan..lepas buat exam..ramai sangat orang yang give up wo..tak tahan..nak tukar kos la..macam²..

iqbal yang dah semangat nak amek chemical tiba² tak jadi..
isPan dah mula berangan nak amek medic balik..
usop rasa nak pindah u ja..
nik pon dah nak tukar kos.. nak amek KOSmetik.. tapi nak amek kat mana? haha..
duwe macam semangat nak amek petroleum ja..
supi pon trasa macam usop..
annai ja yang masih semangat nak amek elektrik.. nak ikot jejak ayah dia..

aku?aku ingat nak tukar jugak la.. nak amek PENGAJIAN BLOG..

agak² boleh apply lagi x?

ha ha..

Monday, May 26, 2008

final bermula..

hari ini.. final bermula.. macam biasa.. sebagai orang yang tak pernah bersedia walaupun periksa dah habis.. aku memang rasa takut gila.. tapi kena la buat2 cool.. haha..

aku dah usaha tidur awal.. tapi bangun lambat jugak.. nak shave lagi.. nak bagi kemas sikit.. nasib2 dapat markah lebih.. =p..

kami konvoi p dewan chanselor.. aku dan iqbal pakai helmet.. annai dan nik juga.. tapi syimie dan duwe tidak.. ingat sekuriti cuti kot hari ini.. tengok2 kantoi tengah2 jalan.. syimie wat gaya rempit cuba la nak lari.. dan menyorok.. tapi akhirnya busted gak dengan pakcik sekuriti yang hebat main GTA.. haha.. selamat tak kena saman.. kalau kena.. mesti moral down.. dah la hari pertama pulak tu..

lepas tu.. kami gerak la p tempat yang tulis nombor tempat duduk.. kira ramai la orang masa tu.. masa tu nampak ramai yang pakai sweater siap2.. aku pun pakai jugak.. 3 lapis baju aku.. haha.. aku menang..

tapi.. aku hairan la.. dalam ramai2 yang pakai sweater.. ada gak yang pakai baju ketat, sendat, dan ada jugak yang mekap.. adoi la..

ni nak wat exam ka nak mengebat?