Monday, May 26, 2008

final bermula..

hari ini.. final bermula.. macam biasa.. sebagai orang yang tak pernah bersedia walaupun periksa dah habis.. aku memang rasa takut gila.. tapi kena la buat2 cool.. haha..

aku dah usaha tidur awal.. tapi bangun lambat jugak.. nak shave lagi.. nak bagi kemas sikit.. nasib2 dapat markah lebih.. =p..

kami konvoi p dewan chanselor.. aku dan iqbal pakai helmet.. annai dan nik juga.. tapi syimie dan duwe tidak.. ingat sekuriti cuti kot hari ini.. tengok2 kantoi tengah2 jalan.. syimie wat gaya rempit cuba la nak lari.. dan menyorok.. tapi akhirnya busted gak dengan pakcik sekuriti yang hebat main GTA.. haha.. selamat tak kena saman.. kalau kena.. mesti moral down.. dah la hari pertama pulak tu..

lepas tu.. kami gerak la p tempat yang tulis nombor tempat duduk.. kira ramai la orang masa tu.. masa tu nampak ramai yang pakai sweater siap2.. aku pun pakai jugak.. 3 lapis baju aku.. haha.. aku menang..

tapi.. aku hairan la.. dalam ramai2 yang pakai sweater.. ada gak yang pakai baju ketat, sendat, dan ada jugak yang mekap.. adoi la..

ni nak wat exam ka nak mengebat?

Sunday, May 25, 2008

final oh final..

ikot tempo lagu bangau oh bangau..
----------------------------------------
final oh final.. kenapa engkau datang..?
macam mana aku tak datang.. memang rektor suro.. memang rektor suruh..

rektor oh rektor.. kenapa engkau suruh..?
macam mana aku tak suro.. wajib untuk undergrad.. wajib untuk undergrad..

undergrad oh undergrad.. kenapa engkau wajib..?
macam mana aku tak wajib.. memang nak dapat degree.. memang nak dapat degree..

degree oh degree.. kenapa nak kena dapat engkau..?
macam mana tak kena dapat.. kalau nak jadi engineer.. kalau nak jadi engineer..

engineer oh engineer.. kenapa aku nak jadi engkau..?
eh kau nak jadi aku ka? suka hati hang la nak ka tak.. suka hati hang la nak ka tak..

nak tak oh nak tak.. yang mana engkau pilih..
macam mana aku nak pilih.. study pon tak abeh.. study pon tak abeh..

----------------------------------------


huhu..
mengarut memang best..
huhu..

Thursday, May 15, 2008

siapa yang paling kejam?

Al-kisah maka bermulalah ceritanya..

Tiga Orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu, dan akhirnya peremuan itu pengsan.Dia perpusing menghadap dua lelaki dan berkata, "Akulah orang yang paling kejam",

Lelaki kedua bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata "Ttidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Sebenarnya..

Perempuan itu adalah Iraq.
Lelaki pertama ialah Saddam.
Lelaki kedua adalah Negara Barat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Nota: Muhasabah lah diri kita, di antara 3 hamba Allah itu mana satu kah kita...

WaLlahu a'lam..

***********************
sempena memperingati ulangtahun an-Nakba yang ke-60..

plkn oh plkn..

baru² ni kita dengar lagi kes kematian seorang pelatih plkn.. masuk kes ni dah brapa kes dah ek? 5? 6? entahlah.. tapi yang pasti.. suara² sumbang yang menuntut agar program ini semua dihentikan semakin kuat dari sehari ke sehari..

erM..
sebagai seorang ex-trainee aku terpukul dengan statement yang mengatakan plkn..
  1. terlalu ganas dan menyeksa pelatih²
  2. berisiko tinggi membawa kematian

ada lagi kot.. tapi aku tak ingat.. macam² alasan yang dicetuskan mereka yang anti plkn.. bagi mereka plkn ni ganas sebab latihan ala tentera la.. mendidik remaja menjadi pengganas la.. macam².. latihan² fizikal yang menyeksa pelatih seperti kawad pagi².. petang².. malam².. kembara halagan yang 90% sebijik dengan latihan tentera.. dan macam²..

bila cakap pasal risiko kematian tu.. mula la mereka ni nak kaitkan dengan isu² jadual yang sangat ketat.. mengongkong.. ganas.. bersifat ketenteraan..

tapi.. pada hakikatnya.. semua tu tak betul pon.. adoi la.. kalau nak ikut.. khidmat negara kat Malaysia ni kira yang paling ringan la kalau nak dibandingkan dengan negara lain.. tak percaya? aku ada 4 orang classmates dari Turkmenistan.. hari tu aku tanya mereka pasal khidmat negara kat sana.. lepas tanya² aku nampak la beberapa perbezaan antara Malaysia dengan Turkmenistan..

--------------------------------------------------------------

MALAYSIA

  • sistem pemilihan pelatih yang rawak.. siapa yang dapat tu nasib la..
  • kem berlangsung selama 3 bulan.. ni pon ikot kumpulan la.. ada yang habis awal lagi..
  • latihan fizikal hanya 25% daripada keseluruhan modul.. ada modul² lain macam pembinaan karektor.. kenegaraan.. dan khidmat sosial.. kira latihan fizikal tu tak adalah penting sangat..
  • pakai baju celoreng warna biru.. kalau duduk dalam hutan mesti jumpa punya la..
  • dapat elaun.. yang ni yang seronok sangat.. haha..

TURKMENISTAN

  • mana ada pemilihan.. memang wajib untuk semua lelaki.. memang kerahan tenaga..
  • program ni berlangsung selama 2 tahun.. tak boleh balik rumah langsung.. tak ada cuti.. kalau nak balik jugak kena pandai² la..
  • 100% latihan fizikal sebab memang dah nama pon kerahan tenaga..
  • memang pakai pakaian tentera.. lepas tu kena berkhidmat dalam tentera lagi.. ada kawan aku kena jaga penjara sambil pegang AK47.. ada jugak yang kena jaga sempadan negara...
  • tak dapat elaun.. dapat makan dan minum free ja..

--------------------------------------------------------------

so.. kalau nak banding.. memang langit dengan bumi la latihan antara 2 negara ni.. habis sebab apa ada golongan yang menentang sangat.. lagipun.. kebanyakan bekas pelatih memang seronok la.. tak kira la dia bangsa apa pon.. kalau mula² memang tak bercampur dengan bangsa lain.. tapi akhirnya boleh bersahabat.. terjalin integrasi.. sebab apa ada jugak yang nak menentang? adakah mereka ni anti perpaduan?

ok.. kalau dibangkitkan isu kematian.. kita pun tau.. kalau dia tu dah ditakdirkan mati.. bila sampai saja waktu dia.. tak kira la kat mana pun.. dia mesti mati jugak.. memang takkan lambat walaupun sesaat.. jadi sebab apa kes kematian kat kem yang dibangkitkan.. tapi kes kematian kat rumah orang macam tak ambil peduli pon?

lagipon.. aku nampak.. dan aku akui sendiri la.. generasi sekarang ni memang sangat manja dan tak lasak macam orang dulu².. zaman sekarang mana ada budak yang patah tangan sebab panjat pokok? semua asyik main permainan komputer ja sekarang ni.. makanan yang generasi sekarang pun ada kaitan jugak dengan benda ni.. aku pun baru ja baca dalam blog siapa entah.. dia ada kaitan diet seharian dengan kes kematian ni..

ibu bapa tak boleh la kerja nak manjakan anak² saja.. biar mereka hidup susah sikit.. barulah mereka ni menghargai hidup dan menggunakan peluang yang ada semasa masih hidup sebaik mungkin..

macam mana pon.. aku menyokong program ni sebab aku dapat banyak sangat manfaat.. terima kasih cikgu²..

ala 3 bulan ja pon..

***************************************

al-Fatihah buat cikgu Mat Ahir yang dah kembali ke rahmatullah.. jasa cikgu takkan kami lupakan.. terima kasih cikgu..

60 tahun..

aku buka internet hari ini.. tengok² ada 1 fakta yang aku baru tahu.. 15 mei adalah tarikh celaka.. sebab apa? sebab hari ini la bermulanya era penindasan yahudi laknatullah ke atas penduduk palestin.. sesungguhnya sebagai seorang umat Islam aku sangat malu sebab aku lambat tau pasal ni.. memang tak ambil berat langsung la isu² saudara di Palestin..



hari ni aku baca banyak post berkaitan dengan tajuk ni.. disebabkan aku sendiri pun tak tahu sangat tentang isu ni.. aku bagi link untuk kawan² tengok dan nilai sendiri..




sama²lah kita berdoa agar saudara² kita mendapat pembelaan sewajarnya..


kepada kawan² yang tengah moral down.. janganlah sedih sangat ya.. masih ada orang yang lebih bernasib malang daripada kita..


ALLAHUAKBAR!!

Wednesday, May 14, 2008

pengajian blog?

semalam aku baca surat khabar.. online.. tengok².. da bahagian yang bangkitkan isu keprofesionalan blogger.. lepas tu ada lagi yang menyokong cadangan tu..

hehe..
aku heran la.. kalau benda tu jadi 1 subjek untuk 1 sem.. rasa² tak ada hal sangat.. tapi kalau nak buat benda tu jadi 1 kos.. serius aku tak faham.. nak belajar apa dalam 3-4 tahun tu?

kiranya.. kalau orang tu tak masuk universiti kira tak boleh jadi blogger la ek? aiya..
memang orang sekarang suka mengarut dan melatah la bila ada isu² macam ni..

tapi betul jugak kan..
dalam dunia ni..
memang orang melayu ja yang boleh melatah.. dengan orang kat selatan perancis..
bak kata azrin gol-x la..

ha ha..
adoi la.. nanti nak kena amek subjek ni jugak ka.. baru boleh grad ha?

Tuesday, May 13, 2008

janji melayu..

********************************
pernah tak kita dengar ayat² macam ni..

"weh, janji nk datang pukul 5.. sekarang dah pukul 530.. apa neh?"

"ala rilek la.. bukan selalu..
********************************

hehe..
contoh di atas adalah fenomena yang dinamakan 'janji melayu'..
fenomena ni adalah fenomena yang sangat selalu berlaku di kalangan orang melayu.. sebab itulah orang panggil 'janji melayu'; bukan cina mahupun india..

sebab apa fenomena ini boleh berlaku..?
entahlah..
tapi.. kalau kita tengok.. buat pemerhatian dalam kehidupan kita sehari².. kita boleh nampak la.. orang melayu kita ni macam kurang menepati janji.. suka buat alasan.. dan tak tepati waktu.. cuba kita fikir.. kalau semua benda ni dapat dielak.. bukankah sangat menguntungkan?

kalau kita tepati janji.. orang yang berurusan dengan kita mesti rasa seronok punyalah.. yela.. senang nak buat kerja.. tambah² kalau kita ni orang yang penting dalam urusan tu.. ala.. kalau kita tak ada kira kerja tak jalan la.. cepat ja kerja tu nak siap kan?

tentang alasan ni.. susah nak cakap.. orang memang suka buat alasan.. tambah² kalau dia xberjaya tunaikan janji..

jangan kita lupa..
orang yang suka buat alasan tu adalah orang yang GAGAL..

sebenarnya..
aku pun tak faham sebab apa orang melayu ja terlibat dalam sindrom 'janji melayu' ni.. takkanlah sebab genetik kot? tak kira siapa pon la.. orang besar ka.. orang kecil ka.. raja ka.. mat rempit ka.. kalau bab berjanji ni.. mesti kantoi la.. cakap nak datang pukul 1030.. tapi sampai pukul 1130.. apa ni?

aku bukan apa..
cuma tak puas hati.. sebab aku pun ada sindrom ni jugak.. macam mana aku nak elak benda ni pun aku tak tau.. ada orang cakap kita kena pandai disiplinkan diri..
tapi.. macam mengarut ja.. susah la kawan..

apa yang aku tengah mengarut ni?
maaflah..
sedikit tertekan sebab malam ni aku tak boleh baca apa² pon.. tak masuk dalam pala otak..
huhu..

alasan lagi..
adakah aku ni orang yang gagal?

Monday, May 12, 2008

hari ibu..

wo wo wo..
hari ibu menjelang..
dah lepas dah pon..

huhu..
semua orang bersemangat hari ibu..
macam² status YM ada..
haha..

tetapi..
adakah kita nak kena tunggu tibanya hari ibu saja ka?
baru nak express rasa cinta.. sayang.. kasih..
baru nak telefon mak..

dan..
lepas hari ibu..
kita kembali ke kehidupan asal kita..
dok ingat kat kawan²..
dok ingat kat kapel..
lupakan mak..
lupakan ayah..

huhu..

kesimpulan hari ini..
kita kna sayang ibu kita..
xpayah nak tunggu hari ibu..
baru nak sayang²..
baru nak beli hadiah²..
haha..

wo wo wo..
hari ibu dah menjelang..

sayangi ibu bapa anda setiap ari..

Thursday, May 8, 2008

bila mahasiswa bersuara..

*************************************
semalam.. lepas solat magrib kat masjid.. kami suma keluar makan kat luar.. kebetulan time kami sampai tu time berita.. Buletin Utama.. sebab malam tu kedai x ramai orang.. kami usaha duduk depan tv.. yela.. dah lama x tengok berita.. saja la nak tengok.. selama ni dok baca paper online ja..

*************************************
sementara tunggu order..
*************************************


"hari ini seorang bekas pelajar UiTM di Selangor telah membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu oleh kerajaan yang baru diwujudkan di sana.."


ha?
apa ini?


waa..

isu ini mengundang pelbagai pandangan..
*************************************

SATU
bagi orang yang semangat nak ubah/pinda/mansuh AUKU..
ramai yang akan cakap..
"peh.. laki ni la hero.. pencetus kebangkitan pelajar dalam arena politik"
memang x dinafikan la.. baru² ni.. pelajar dah mula bersuara.. menuntut hak dalam politik.. yang tu aku xkisah la.. kalau boleh semua benda dia nak..
haha..

DUA
bagi orang macam aku.. laki tu bukan hero.. sebab pa? sebab dia macam saja² nak mencari publisiti murahan.. saja buat laporan polis.. lepas tu masuk TV.. dan paper hari ni.. ceh.. sebab pa nak lapor polis? apa yang polis boleh buat? entahlah..
*************************************

bagi aku yang tengah sakit kepala fikir pasal final.. aku xpaham sangat isu ni.. tapi aku yang paham la..

kerajaan baru ni bukan xboleh tunai manifesto.. tapi depa ni masih baru.. yela.. baru 4 bulan.. xkan la expectation kita ni tinggi sangat kot.. mereka ni ibarat budak² yang baru belajar berjalan.. xdinafikan mereka nak berlari.. naik basikal.. bawak moto.. tapi suma tu xkan berlaku dalam masa yang singkat.. xlogik..

kita xboleh nak condemn kerajaan sama.. kita yang pilih.. maka kena la bagi masa.. benda macam ni pon nak kena bagitau ka? ceh.. cakap lepasan universiti la konon.. tapi mentaliti macam orang² tipikal yang kita boleh jumpa di merata² tempat.. matang la sikit.. aduhai..

yang xboleh tahan bila baca statement laki yang buat laporan tu..
khabarnya dia marah sangat sebab kerajaan xjadi turunkan kadar cukai. hehe.. Standard la tu.. tapi kat bawah tu tulis..
"beliau yang masih menganggur.." ha?
menganggur? nak bising sebab cukai ni kenapa?

lepas tu.. dia ada cakap dia sanggup bawa kes ni ke mahkamah sekiranya ada yang sanggup membiayai kos guaman.. peh..
tu la aku cakap.. dia ni ingat orang akan anggap dia sebagai hero siswa sampai nak biaya kos guaman.. mengarut. haha..

ish.. student "U ni" memang suka mencapub la..

haha..
sori la sebab keja dok cerita isu berat ja..
macam yg aku tulis kat atas tu..
blog ni adalah blog gaya bebas..
memang xda isu tetap..
bangkitkan bila rasa perlu..
haha..
*************************************

Monday, May 5, 2008

cikgu norizan..

erM..
dalam 2-3 ari neh..
aku dengar banyak gak cita pasal soksek..
terutama cikgu² la..

da cita yang best..
da yg xbest..

yang best tu(xda la best sgt)..
cita pasal cikgu mat anis yang dah bersara secara total hari ni..
bc ja post aku sebelum ni..

n yang xbest..
aku baru dengar cerita..
cikgu norizan..
cikgu koop gak..
ajar chem..
kna breast cancer..

malam tadi baru ja aku ym ngn paih omaq..
dia da gak cakap pasal tu..
tapi macam xconfirm lg ja..
so aku wat macam xamik kisah la sangat..

tadi..
bila tengah boring dengar talk raja nazrin kat dewan chanselor..
dapat mesej..
kak fatin antar..
memang komfem la..
sebab dah wat kemoterapi (aku silap eja dh neh) dh pon..

erM..
kepada suma..
sama² la kita doa bagi cikgu norizan kuat ntuk harungi dugaan yg dtg neh ek..
semoga dia dapat balik kesihatan dia n kekuatan untuk mengajar balik..

ha..
sbelum aku lupa..
try la view blog neh..

http://onebreastbouncing.blogspot.com/

cikgu mat anis..

cikgu mat anis..

dia besa ajar aku ka x ha?
aku pon dah lupa la..
haha..



tapi..
sapa xigt dia?



cikgu koop..
cikgu bdk yayasan..
cikgu geo..
warden yg sgt² ganas..
ada jurus yg hebat..
jurus lempar kunci sambil tampar™ bak kata sta[treq]..
peh..
memang hebat la sapa yg kena..
haha..

cikgu ni memang emo skit..
ska marah²..
tp kadang² nampak macam baik ati la plak..
aku pon xpaham..

tp aku igt lagi la..
time f3..
skunk ngn sapa tah..
wat salah pa tah..
(aku xigt.. sori)
lepas tu kantoi dengan dia..
pergh..
tau dia kna hukuman pa..
kena kutip daun luruh dengan tangan woh..
memang dahsyat gila..
dh la time tu daun memang luruh kaw²..
ksian gk la kt dia..
slamat pakcik pekebun tu baik..
take over..

haha..

nak kata kenangan banyak tu tidak la..
sebab yang aku igt..
dia ajar geo kelas aku dalam 2 minggu ja kot..
lpas tu tuko ngn pak non..
(geng skola alam shah sure knal la org tua neh)

entah la..
baru² ni..
aku dengar brita..
dia dah nk bsara..
aku tny la pali..
dia kan semangat sekolah ni sket..
dia comfirmkn..

woh..
kalo cmtu..
selamat bersara cikgu..
harap cikgu da banyak kenangan indah kat soksek ek..
lpas ni cikgu dh boleh rilek²..
xda stress² dh kn..
smoga cikgu hepi slalu..



nway saya la tripleverse 0206 yg suka conteng dinding skola dengan marker tu cikgu..
mntak maaf banyak²..
haha..








ni jela yg kami bleh bagi kat cikgu.. jasa cikgu memang xdapat kami balas.. majlis cikgu pon kami xleh nk datang.. kad ni la pengganti kami ek..

adab beradab..

kita ni orang melayu..
memang terkenal dengan sikap ramah mesra..
lemah lembut..
dan pelbagai lagi..

tetapi..
sejajar dengan peredaran masa..
kita dapat tengok adab² neh macam semakin dilupakan..

paling senang nak tengok..
budak² zaman sekarang..
yang lahir² terus hidup senang..
generasi ignorant bak kata inche FT..

generasi ni..
memang nampak jugak la..
cam kurang sensitif soal sekeliling..
lebih pentingkan diri..
memang x jaga hati orang lain la..
kadang² kalau jumpa org² yg lebih berusia pon..
wat macam dok sembang dengan kawan² ja..
tiada langsung rasa hormat..

kadang²..
kita gak bleh tengok..
budak² ni macam kurang hormat kat tuan rumah ja..
datang sesuka hati..
tanpa mengira waktu..
dah la x diundang..
dok wat bising² lak tu..
kalo hgpa jd tuan rumah..
da trasa macam nak bunuh dpa x?

haha..
isu untuk rini..
memang x dinafikan Malaysia yang tercinta ni makin maju..
tapi nilai² moral dah makin kurang..
macam berkadar songsang la plak..
adoi..
dulu²..
zaman 70-an ~ 80-an..
susah gila nk dengar kes² bunuh masuk paper..
sekarang..
dalam sehari pon..
da 2-3 kes..
apa neh?
haha..

melalut lagi..
tapi memang macam dh jadi satu kewajipan la..
kalo negara tu nk maju ja..
mesti kes jenayah makin meningkat..

macam biasa la..
semakin hari..
aku semakin risau..
kalo la org cakap Malaysia ni negara paling aman kt dunia..
kalo ttiba jadi havoc ka papa..
aku nak lari p mana?

sanggupkah kita mengorbankan nilai moral kita untuk menjadi maju?

Thursday, May 1, 2008

satu malam di irc utp..

malam itu..
aku dan isPan bergerak ke irc utp..
perpustakaan..
dengan niat untuk belajar bersungguh²..
tetapi..
ini hasil kerja kami..




sangat kosong.. sebab bukan study week

kosong lagi..
(kiri) koleksi soalan final.. (kanan) paham² sniri la aku bc buku apa malam tu..


isPan juga enjoy
lepas puas tgkap gambar..
kami makan biskut yang isPan bawak..
sedap woh makan dlm irc..
haha..