Tuesday, May 13, 2008

janji melayu..

********************************
pernah tak kita dengar ayat² macam ni..

"weh, janji nk datang pukul 5.. sekarang dah pukul 530.. apa neh?"

"ala rilek la.. bukan selalu..
********************************

hehe..
contoh di atas adalah fenomena yang dinamakan 'janji melayu'..
fenomena ni adalah fenomena yang sangat selalu berlaku di kalangan orang melayu.. sebab itulah orang panggil 'janji melayu'; bukan cina mahupun india..

sebab apa fenomena ini boleh berlaku..?
entahlah..
tapi.. kalau kita tengok.. buat pemerhatian dalam kehidupan kita sehari².. kita boleh nampak la.. orang melayu kita ni macam kurang menepati janji.. suka buat alasan.. dan tak tepati waktu.. cuba kita fikir.. kalau semua benda ni dapat dielak.. bukankah sangat menguntungkan?

kalau kita tepati janji.. orang yang berurusan dengan kita mesti rasa seronok punyalah.. yela.. senang nak buat kerja.. tambah² kalau kita ni orang yang penting dalam urusan tu.. ala.. kalau kita tak ada kira kerja tak jalan la.. cepat ja kerja tu nak siap kan?

tentang alasan ni.. susah nak cakap.. orang memang suka buat alasan.. tambah² kalau dia xberjaya tunaikan janji..

jangan kita lupa..
orang yang suka buat alasan tu adalah orang yang GAGAL..

sebenarnya..
aku pun tak faham sebab apa orang melayu ja terlibat dalam sindrom 'janji melayu' ni.. takkanlah sebab genetik kot? tak kira siapa pon la.. orang besar ka.. orang kecil ka.. raja ka.. mat rempit ka.. kalau bab berjanji ni.. mesti kantoi la.. cakap nak datang pukul 1030.. tapi sampai pukul 1130.. apa ni?

aku bukan apa..
cuma tak puas hati.. sebab aku pun ada sindrom ni jugak.. macam mana aku nak elak benda ni pun aku tak tau.. ada orang cakap kita kena pandai disiplinkan diri..
tapi.. macam mengarut ja.. susah la kawan..

apa yang aku tengah mengarut ni?
maaflah..
sedikit tertekan sebab malam ni aku tak boleh baca apa² pon.. tak masuk dalam pala otak..
huhu..

alasan lagi..
adakah aku ni orang yang gagal?

No comments: