Thursday, May 15, 2008

plkn oh plkn..

baru² ni kita dengar lagi kes kematian seorang pelatih plkn.. masuk kes ni dah brapa kes dah ek? 5? 6? entahlah.. tapi yang pasti.. suara² sumbang yang menuntut agar program ini semua dihentikan semakin kuat dari sehari ke sehari..

erM..
sebagai seorang ex-trainee aku terpukul dengan statement yang mengatakan plkn..
  1. terlalu ganas dan menyeksa pelatih²
  2. berisiko tinggi membawa kematian

ada lagi kot.. tapi aku tak ingat.. macam² alasan yang dicetuskan mereka yang anti plkn.. bagi mereka plkn ni ganas sebab latihan ala tentera la.. mendidik remaja menjadi pengganas la.. macam².. latihan² fizikal yang menyeksa pelatih seperti kawad pagi².. petang².. malam².. kembara halagan yang 90% sebijik dengan latihan tentera.. dan macam²..

bila cakap pasal risiko kematian tu.. mula la mereka ni nak kaitkan dengan isu² jadual yang sangat ketat.. mengongkong.. ganas.. bersifat ketenteraan..

tapi.. pada hakikatnya.. semua tu tak betul pon.. adoi la.. kalau nak ikut.. khidmat negara kat Malaysia ni kira yang paling ringan la kalau nak dibandingkan dengan negara lain.. tak percaya? aku ada 4 orang classmates dari Turkmenistan.. hari tu aku tanya mereka pasal khidmat negara kat sana.. lepas tanya² aku nampak la beberapa perbezaan antara Malaysia dengan Turkmenistan..

--------------------------------------------------------------

MALAYSIA

  • sistem pemilihan pelatih yang rawak.. siapa yang dapat tu nasib la..
  • kem berlangsung selama 3 bulan.. ni pon ikot kumpulan la.. ada yang habis awal lagi..
  • latihan fizikal hanya 25% daripada keseluruhan modul.. ada modul² lain macam pembinaan karektor.. kenegaraan.. dan khidmat sosial.. kira latihan fizikal tu tak adalah penting sangat..
  • pakai baju celoreng warna biru.. kalau duduk dalam hutan mesti jumpa punya la..
  • dapat elaun.. yang ni yang seronok sangat.. haha..

TURKMENISTAN

  • mana ada pemilihan.. memang wajib untuk semua lelaki.. memang kerahan tenaga..
  • program ni berlangsung selama 2 tahun.. tak boleh balik rumah langsung.. tak ada cuti.. kalau nak balik jugak kena pandai² la..
  • 100% latihan fizikal sebab memang dah nama pon kerahan tenaga..
  • memang pakai pakaian tentera.. lepas tu kena berkhidmat dalam tentera lagi.. ada kawan aku kena jaga penjara sambil pegang AK47.. ada jugak yang kena jaga sempadan negara...
  • tak dapat elaun.. dapat makan dan minum free ja..

--------------------------------------------------------------

so.. kalau nak banding.. memang langit dengan bumi la latihan antara 2 negara ni.. habis sebab apa ada golongan yang menentang sangat.. lagipun.. kebanyakan bekas pelatih memang seronok la.. tak kira la dia bangsa apa pon.. kalau mula² memang tak bercampur dengan bangsa lain.. tapi akhirnya boleh bersahabat.. terjalin integrasi.. sebab apa ada jugak yang nak menentang? adakah mereka ni anti perpaduan?

ok.. kalau dibangkitkan isu kematian.. kita pun tau.. kalau dia tu dah ditakdirkan mati.. bila sampai saja waktu dia.. tak kira la kat mana pun.. dia mesti mati jugak.. memang takkan lambat walaupun sesaat.. jadi sebab apa kes kematian kat kem yang dibangkitkan.. tapi kes kematian kat rumah orang macam tak ambil peduli pon?

lagipon.. aku nampak.. dan aku akui sendiri la.. generasi sekarang ni memang sangat manja dan tak lasak macam orang dulu².. zaman sekarang mana ada budak yang patah tangan sebab panjat pokok? semua asyik main permainan komputer ja sekarang ni.. makanan yang generasi sekarang pun ada kaitan jugak dengan benda ni.. aku pun baru ja baca dalam blog siapa entah.. dia ada kaitan diet seharian dengan kes kematian ni..

ibu bapa tak boleh la kerja nak manjakan anak² saja.. biar mereka hidup susah sikit.. barulah mereka ni menghargai hidup dan menggunakan peluang yang ada semasa masih hidup sebaik mungkin..

macam mana pon.. aku menyokong program ni sebab aku dapat banyak sangat manfaat.. terima kasih cikgu²..

ala 3 bulan ja pon..

***************************************

al-Fatihah buat cikgu Mat Ahir yang dah kembali ke rahmatullah.. jasa cikgu takkan kami lupakan.. terima kasih cikgu..

2 comments:

-rye- said...

cek setuju walopun dlu masa sblum kua nama PLKN, aku mmg doa spya xdpt..haha..alhamdulillah xdpt..pasai kematian tu, mmg la bila nak mati, mati jugak..tp langkah terbaik yang ptut diambil ialah adakan medical check-up b4 g PLKN..xdela nti yg sakit truk pun p n mati kat kem latihan...

Satu tekad
Satu semangat
Khidmat negara
Tanggungjawab bersama!!!

betoi ka ni ha?
xdak pengalaman PLKN...

-HUD- said...

tp kan, plkn skrg mcm jadi makin relax jer.... x laaa setegas cam 1st kuar dulu....