Thursday, June 26, 2008

menonton bola beramai² di rumah masing² di pagi² hari..

malam tadi aku tengok bola. jerman lawan turki. malam penuh kontroversi bagi aku.

memang mengantuk gila. maka aku pun mencari telefon bimbit dan mula menghantar mesej kepada kawan² yang masih berjaga.tengah seronok menghantar mesej.. tiba² tiada liputan siaran? wut?

damn!

tangan aku semakin ligat menaip mesej.

"apa ni? aku usaha bangun awal gila nak tengok. siap semangat pakai jersi dari malam tadi. tengok² tak boleh tengok. haih!""tu la pasal. dah la tengah saat² genting ni. 1-1. jangan la turki buat kejutan. aku nak jerman lawan sepanyol neh."
"tapi turki main kasar wo. ksian lahm. dah la kecik macam aku. jerman main bersih. tapi pengadil buat taik.""memang la jerman main bersih. hang tau tak sebab apa?"

"sebab depa memang pro?"
"x"

"abeh tu?"
"sebab depa pakai DAIA baru tu. memang putih gila. tak hairan la kalau depa main bersih."

"WTF?"

di kala itu aku mula berasa tensyen yang amat. terasa nak suruh jerman main macam hitler ja dengan turki neh.

selamat jerman menang.

Tuesday, June 24, 2008

interviu bersama inche annai..

hari itu. hari besar bagi aku. interview jpa. untuk fly. tapi aku tak mau fly pun.

hari tu hari pertama aku kenal annai.sebab kami 1 panel. interviu sekali. tapi mana nak berkenalan. semua jaga pride.haha!kami masuk dalam bilik interviu tu dengan muka penuh kehebatan. kalau masuk dengan muka lemah macam mana nak dapat beb!

sesi interviu bermula. biar la aku terjemah siap².

"ok mari kita mula. mula² kenalkan diri."
ha? kenapa nak fly? aku tak mau pun.. huu..

"er.. boleh tak saya berdiri? saya tak biasa la cakap duduk ni" annai cakap."tak boleh.""ala bole la..""tak boleh!""ok². nama saya annai. saya... (bla²)
aku malas nak tulis part ni. sori ek!

"ok! dh setel ek. soalan kedua.kenapa kamu nak sangat fly?
kali ni aku kena jawab dulu. damn! aku mana tau nak jawab apa. aku tak nak fly pun!
"er.. bagi saya.. kalau fly kita boleh dapat pengalaman baru. pendidikan kat malaysia ni masih tak boleh nak kejar yang kat luar.contoh macam jerman dan jepun.. depa kan memang hebat kalau cakap pasal bab automotif dan elektronik.. kan²?lagipun nanti saya boleh belajar budaya mereka.. budaya jepun dan jerman." aku jawab.bajet yakin.walaupun aku tak apply engineering jerman atau jepun.

"oh.. budaya ek.. boleh tak kamu bagitau saya apa budaya jerman yang kamu nak belajar tu ek?"

ha? soalan apa ni? kalau budaya jepun aku tau la. ni jerman. jarang dengar.

"maaf inche. saya blank."

damn! malu betul la. semua buat muka kesian. tapi aku tau semua tengah syok tengok aku kantoi.aku memang kecewa gila. tapi jauh di sudut hati aku rasa gembira sebab peluang nak fly memang dah tak ada.aku boleh stay kat malaysia. yay!

Monday, June 16, 2008

mentaliti masyarakat..

semalam aku baca surat khabar mingguan malaysia..

aku tengok muka depan.. sampai belakang.. muka orang pegang duit ramai².. buat muka seronok..

aku terdiam.

brapa ringgit sangat la yang kita dapat dengan rebat tunai tu ek..
rm650 untuk kereta.. rm150 untuk moto..

kalau banyak mana pun kenderaan yang dia ada.. tak mungkin la dia boleh jadi jutawan kan..

tapi bila kerajaan umumkan nak bagi rebet tu.. semua jadi kalut.. tak tentu arah..
terus serbu pejabat pos.. macam la duit tu nak habis.. macam la lepas ni tak boleh ambil dah..
nak ambil nombor giliran pun boleh gaduh².. aiya..

lepas tu.. bila dah dapat duit.. boleh buat muka macam baru menang sport toto.. bangga betul la..
semua muka tersengih²..

isH..
secara jujur lagi serius.. aku sangat malu la tengok bangsa aku macam tu..
bila orang lain tengok.. memang orang akan cakap orang melayu ni jenis kelapaq duit sangat².. berebut² macam pelarian.. entah² pelarian pun tak macam depa.. isH..

cuba bayang pulak kalau ada orang lain datang pejabat pos sebab nak bayar bil ka.. nak selesaikan urusan poslaju ka.. wangpos ka.. kan dah tak boleh buat.. padahal benda tu lagi penting kan?

rilek la bai..
masa banyak lagi.. sampai mac tahun depan tu.. duit tu tak lari ke mana..

aku memang sedih la tengok macam ni..

perpustakaan sekolah sangat best

tempat : sk bayan lepas
tarikh : tak ingat. tapi 2001 la.

mael kena panggil masuk perpustakaan masa cikgu tak ada dalam kelas. ha?
sampai kat perpustakaan.mael ketuk pintu.masuk perpustakaan pun kena ketuk pintu ka?

"ha mael. masuk la. duduk kat kerusi tu." cikgu yang patut masuk kelas mael sekarang.bagi arahan.
"ok" mael jawab. masih blur.

depan mael ada ramai cikgu. "aku buat salah apa pulak neh.." mael cakap.dalam hati sudah.

"mael.. cikgu panggil hang mai ni sebab nak suruh hang jawab 2-3 soalan."

soalan apa pulak neh? aku tak study pon.malam tadi tengok wwf smackdown.
"er.. ok chegu.. tanya la.." mael cuba buat² muka yakin.macam hakan yakin la kot.

"kamu ni calon pelajar terbaik sekolah kita ni. kamu ni dah la bijak.hensem pon ada jugak.bukan pelajar ja mau kat hang.cikgu² pon nak hang jadi adik angkat."

ha?

"ok². soalan pertama.keputusan kamu bagus tak?"
"bagus tu tidak la sangat. elok² lulus ja chegu." mael jawab.jujur.

"uhuk². macam ni. kamu ada wakil apa² tak untuk sekolah?"
"tak ada la cikgu. saya suka tengok smackdown ja. kalau ada gusti peringkat sekolah mesti saya jadi wakil." yakin betul aku.

"oh begitu" cikgu dah mula berkerut dahi."kamu pernah berjasa tak kepada masyarakat?" cikgu lain pulak tanya.

"contoh?" mael.tak faham.
"pernah selamatkan orang tak?"
"orang? tak pernah la chegu.. kucing lemas dalam longkang ada la. boleh tak chegu?" semangat la mael ni.

semua cikgu berkerut dahi.

"awat ni chegu?" mael makin tak faham.


diam seketika.

"ni siapa yang calon budak ni ha?" guru besar cakap.kuat.

izzat ball dan hari jadi

dalam dorm 2b3 kat soksek.kipas ligat berpusing.isH.malas betul.nak stay up.

"eh hari ni besday kawan aku la azwan.." izzat ball cakap.
"la ye ka? cepat la wish kat dia.." aku cakap pulak.

"sebab apa aku nak kena wish sekarang?" izzat ball.hairan.
"kan sekarang dah pukul 12.."aku cakap.kalut.

"apa hang mengarut ni? baru pukul 1145." izzat ball.ganas.
"ha?" aku pulak.hairan.

"oh ya ka.. ok la macam tu.. hang tengok la line. clear ka tak.." aku.blur.


aku pun sambung baca.kreko.eyeshield21.isH! bukan nak baca sejarah.

***

"eh ball.. sekarang dah pukul 1205.. dah wish belum?" aku.ambil berat.
"x" izzat ball cakap.mudah.

"awat?" aku.hairan.sekali lagi.
"erM.." izzat ball.macam tak mau cakap ja.

diam.seketika.

"aku memang nak wish. tapi bukan sekarang." izzat ball.lepas seketika tadi.
"habis tu? bila?" aku cakap.tak habis² hairan.

"pukul 1159 malam esok. aku nak jadi orang last wish kat dia."izzat ball.simple.

"what the fish.."


dalam dorm 2b3 kat soksek.kipas ligat berpusing.isH.malas betul.nak stay up.aku ambil keputusan.baca kreko.sampai aku tak larat.bila nak baca buku entah.

Tuesday, June 10, 2008

sehari bersama inche subsidi..

harga petrol naik lagi..naik sebab kerajaan dah tak tahan nak bagi subsidi petrol..ok².. kita pun faham kan.. belanja setiap tahun memang tinggi untuk petrol saja..

tapi kan..pernah tak kita terfikir..subsidi² ni..memang buat rakyat kita jadi rakyat yang sangat materialis.. dari segi kenderaan yang diguna..tapi sangat bergantung kepada bantuan kerajaan..

paham tak?

aku nak cakap..subsidi petrol hanya akan buat rakyat tidak menghargai pemberian kerajaan tu..dan akan belanja lagi banyak.. beli kereta besar².. tank pun mesti la besar jugak..bawak kereta laju macam nak mampos..semua ni membawa kepada penggunaan petrol yang banyak.. dan bila lagi banyak petrol yang diguna..lagi banyak la subsidi yang kerajaan kena keluarkan.. tak lama lepas tu lagi sakit la.. rakyat yang mintak macam² sangat..

kita kena sentiasa sedar.. malaysia ni tak adalah hebat sangat.. tapi serius.. rakyat suka mengebat..

kita nampak kan.. elok² harga petrol naik.. orang mula jual kereta besar².. beli kereta ekonomi sikit..bawa kereta pun dah slow sikit.. semua sebab harga petrol dah naik.. ha tau la pulak nak berjimat.. hehe..

bukan setakat subsidi petrol ja patut mansuh..subsidi bekalan air tu pon mengarut ja bagi aku..
rasa² la.. kalau dapat air percuma..ada tak harga minuman kat kedai tu nak turun?ada tak pengguna kat rumah nak jimat air?

jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI..bila orang tu dah dapat benda free.. dia memang akan enjoy sehabis baik..dah free.. tak payah bayar apa² pun dalam had tu..hehe..

aku pernah baca dalam buku..keadaan ni dipanggil PENGADAPTASIAN..
contoh..katakanlah duit gaji kita tak cukup.. kita mintak tambah gaji..tak lama lepas tu.. bos tambah gaji kita..kita pun seronok la..boleh bernafas sikit..boleh beli benda² yang kita teringin..
tapi..bila lama².. kita akan terbiasa dengan duit sebanyak tu.. kita akan mula rasa duit kita dah mula tak cukup..dan kita nak mintak tambah gaji lagi..
sebab itu la kita tak pernah rasa cukup dengan gaji kita..

contoh paling senang..budak² biasiswa petronas.. anak emas la konon..dulu.. masa mula² dapat duit.. RM500 sebulan.. rasa macam paling kaya la dalam malaysia..tapi.. tak da la lama sangat.. 1 sem ja.. depa dah mula rasa duit tu tak cukup..semangat nak mintak rektor utp tambah elaun.. hehe..

banyak betul aku mengarut hari ni..haha..
pendek kata.. kita kena la bersyukur dengan apa saja yang kita ada..

ok?

Sunday, June 1, 2008

final yang dah setel..

final exam baru ja habis hari ini..banyak pengajaran yang kami.. khususnya para mafia dapat..

1. janganlah study last minit.. memang tak berkesan.. ingat macam dok kat sbp lagi ka?
2. study dlm grup adalah benda yang mengarut.. proses pembelajaran tak mungkin berlaku dalam situasi ni..
3. kena la guna masa yang dah nak habis tu sebaik mungkin.. jangan la dok ingat masa banyak lagi sampai boleh tengok wwe.. aiya!
4. makan kena cukup.. memang cafe dah banyak tutup sebab budak² undergrad suma dah balik.. usaha la beli bekalan.. hehe..
5. amal ibadat kena cukup.. bukan la nak kata bila dekat exam baru nak semangat beribadat.. tapi kita try la jugak ek.. hehe..

tapi kan..lepas buat exam..ramai sangat orang yang give up wo..tak tahan..nak tukar kos la..macam²..

iqbal yang dah semangat nak amek chemical tiba² tak jadi..
isPan dah mula berangan nak amek medic balik..
usop rasa nak pindah u ja..
nik pon dah nak tukar kos.. nak amek KOSmetik.. tapi nak amek kat mana? haha..
duwe macam semangat nak amek petroleum ja..
supi pon trasa macam usop..
annai ja yang masih semangat nak amek elektrik.. nak ikot jejak ayah dia..

aku?aku ingat nak tukar jugak la.. nak amek PENGAJIAN BLOG..

agak² boleh apply lagi x?

ha ha..