Tuesday, June 24, 2008

interviu bersama inche annai..

hari itu. hari besar bagi aku. interview jpa. untuk fly. tapi aku tak mau fly pun.

hari tu hari pertama aku kenal annai.sebab kami 1 panel. interviu sekali. tapi mana nak berkenalan. semua jaga pride.haha!kami masuk dalam bilik interviu tu dengan muka penuh kehebatan. kalau masuk dengan muka lemah macam mana nak dapat beb!

sesi interviu bermula. biar la aku terjemah siap².

"ok mari kita mula. mula² kenalkan diri."
ha? kenapa nak fly? aku tak mau pun.. huu..

"er.. boleh tak saya berdiri? saya tak biasa la cakap duduk ni" annai cakap."tak boleh.""ala bole la..""tak boleh!""ok². nama saya annai. saya... (bla²)
aku malas nak tulis part ni. sori ek!

"ok! dh setel ek. soalan kedua.kenapa kamu nak sangat fly?
kali ni aku kena jawab dulu. damn! aku mana tau nak jawab apa. aku tak nak fly pun!
"er.. bagi saya.. kalau fly kita boleh dapat pengalaman baru. pendidikan kat malaysia ni masih tak boleh nak kejar yang kat luar.contoh macam jerman dan jepun.. depa kan memang hebat kalau cakap pasal bab automotif dan elektronik.. kan²?lagipun nanti saya boleh belajar budaya mereka.. budaya jepun dan jerman." aku jawab.bajet yakin.walaupun aku tak apply engineering jerman atau jepun.

"oh.. budaya ek.. boleh tak kamu bagitau saya apa budaya jerman yang kamu nak belajar tu ek?"

ha? soalan apa ni? kalau budaya jepun aku tau la. ni jerman. jarang dengar.

"maaf inche. saya blank."

damn! malu betul la. semua buat muka kesian. tapi aku tau semua tengah syok tengok aku kantoi.aku memang kecewa gila. tapi jauh di sudut hati aku rasa gembira sebab peluang nak fly memang dah tak ada.aku boleh stay kat malaysia. yay!

No comments: