Monday, June 16, 2008

perpustakaan sekolah sangat best

tempat : sk bayan lepas
tarikh : tak ingat. tapi 2001 la.

mael kena panggil masuk perpustakaan masa cikgu tak ada dalam kelas. ha?
sampai kat perpustakaan.mael ketuk pintu.masuk perpustakaan pun kena ketuk pintu ka?

"ha mael. masuk la. duduk kat kerusi tu." cikgu yang patut masuk kelas mael sekarang.bagi arahan.
"ok" mael jawab. masih blur.

depan mael ada ramai cikgu. "aku buat salah apa pulak neh.." mael cakap.dalam hati sudah.

"mael.. cikgu panggil hang mai ni sebab nak suruh hang jawab 2-3 soalan."

soalan apa pulak neh? aku tak study pon.malam tadi tengok wwf smackdown.
"er.. ok chegu.. tanya la.." mael cuba buat² muka yakin.macam hakan yakin la kot.

"kamu ni calon pelajar terbaik sekolah kita ni. kamu ni dah la bijak.hensem pon ada jugak.bukan pelajar ja mau kat hang.cikgu² pon nak hang jadi adik angkat."

ha?

"ok². soalan pertama.keputusan kamu bagus tak?"
"bagus tu tidak la sangat. elok² lulus ja chegu." mael jawab.jujur.

"uhuk². macam ni. kamu ada wakil apa² tak untuk sekolah?"
"tak ada la cikgu. saya suka tengok smackdown ja. kalau ada gusti peringkat sekolah mesti saya jadi wakil." yakin betul aku.

"oh begitu" cikgu dah mula berkerut dahi."kamu pernah berjasa tak kepada masyarakat?" cikgu lain pulak tanya.

"contoh?" mael.tak faham.
"pernah selamatkan orang tak?"
"orang? tak pernah la chegu.. kucing lemas dalam longkang ada la. boleh tak chegu?" semangat la mael ni.

semua cikgu berkerut dahi.

"awat ni chegu?" mael makin tak faham.


diam seketika.

"ni siapa yang calon budak ni ha?" guru besar cakap.kuat.

No comments: