Wednesday, July 30, 2008

berenang² ke tepian..

huhu. pening kepala. sebab. berenang² bersama cilat dan sekutu. chaknga pon ada sekali.pening kepala ni sangat hebat. malam ni aku tak boleh belajar langsung. rasa macam buang masa saja dalam irc.

balik ke bilik dengan usaha untuk berehat. elok² landing atas katil. rasa mengantuk terus hilang. begitu sahaja.

tensyen.sangat sangat tensyen.

maka. aku cuba berguling² atas katil. pelbagai pose telah dilakukan. aku tak kira. malam ni kena tidur awal jugak². esok kelas pukul 8. damn.

tiba². annai datang. membawa harapan. 'weh jom p v4. aku tau hang nk beli panadol.kn?' annai macam guna kuasa minda untuk baca fikiran aku.aku pon. mula la bersemangat. sebab boleh naik kenderaan rasmi electronix mafia™. RXZ '98. sangat seronok. haha.

tak sampai 5 minit. kami dah sampai. sangat laju. jangan la tanya sebab apa boleh cepat. haha.kami masuk ke kedai v4 dengan penuh harapan.

disebabkan panadol berada di kaunter bayaran.. maka benda pertama yang aku ambil adalah roti. gardenia bonanza.. rm2.80. lepas tu aku ambil air sarsi pulak.lepas tu shaver gillete blue II plus. bila sampai kat kaunter. aku tanya brader yang muka macam shahrir.

'abang! ada topup tak?' aku bertanya. dengan harapan. agar topup habis.'ada. nak berapa? semua ada. jangan kao risau.' brader shahrir jawab. sangat yakin.
erK.. aku kena beli juga la ni..'ok bang.. maxis 10.. digi 10..'

'ok. semua rm26.60.''nah amek la duit.'
annai beli jugak. dia beli air kotak. durian belanda. haha.

kami keluar kedai. dengan hati yang paling senang. yela. shopping. haha. kami naik moto balik v2a.bila sampai. nampak usop bermain. dengan lho. di tepi water cooler. haha. aku pon dah lupa kt dia.
masuk² bilik. aku. dan annai. sangat bersemangat jamuan. makan roti. cicah air durian belanda. haha.aku pun dah ingat nak tidur dah pun.. tiba²..


eh mana panadol ek?

Thursday, July 24, 2008

milik siapakah hamster ini..

ikut tempo lagu milik siapakah gadis ini (sudirman)

milik siapakah hamster ini..
wajah kiut bagaikan seekor hamster..
ingin dirinya aku miliki..
apakah terdaya..(2x)

lama telah kuimpikan..
hamster sepertinya..
mengisi bilik ini..
dengan cahaya kasih..

apa aku mengarut malam ni?
haha..
saja mengarut..
ini hamster yang ditemui di koridor v2a paras bawah..
siapa tuan dia ni?

intro kelas digital electronix..

hari ini.bermula la kelas lagi satu.digital electronix.satu lagi subjek yang kami semua.kena ambil.tak tau la sebab apa.


'ok. murid². saya lecturer korang.macam korang nampak ni.saya tengah pregnant.maka janganlah kamu semua bertindak pelik² ya..'


'BAIK..'


'ha.satu lagi.saya cukup benci kalau orang tu tak reti tutup telefon dalam kelas.sensitif wo.maka.kalau saya dengar saja telefon kamu.saya kutip.jual.buat modal beli baju anak saya.paham?'


'PAHAM CHEGU!!'


'bagus.kamu semua dah tutup telefon?'


'SUDAH CHEGU!' semua orang jawab. aku juga. sangat yakin.


'bagus². baiklah. mari kita mulakan pelajaran. ehem².. digital is very..'


tiba² telefon berbunyi. kuat. sangat kuat.




diam. seketika.




'er.. chegu..' seorang pelajar. di belakang sekali. kepada chegu. yang memberi jelingan manja.

Monday, July 21, 2008

kelas yang kacau bilau..

hari ini.sejarah baru tercipta.bermulanya REVOLUSI di utp.atau MAMALUSI jika anda makan di kafe mama v2.tibalah masanya untuk makhluk² foundation memasuki alaf baru.dunia undergrad.

haha.

bagi kami.terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian apabila bermulanya musim baru ni.

1.keseronokan.melihat awek² baru yang baru masuk.dikhabarkan mereka ni sangat² berbeza jika dibandingkan dengan pelajar yang sedia ada.

2.keghairahan.semua pelajar.tak kira yang baru.atau lama.akan bersemangat menunjukkan kehebatan.dalam pelbagai bidang.

dikhabarkan lagi.bahawa.dalam intake kali ini.kelas EE yang paling ramai.maka.kami semua lagilah berbesar.hati la.menerima mereka semua.

pagi itu.pergi ke kelas.pukul 11.dengan hati paling terbuka.bila sampai.pukul 1050.kelas dah penuh.kami melihat kelibat orang yang di dalam.

'eh sapa ni? suma tak kenal. kita silap kelas ka neh?'

tengok².memang kelas kami.semua tu pelajar baru.dalam 60 orang lebih.waa.
bila membayangkan 125 orang berada dalam satu kelas..

aku terasa macam perjumpaan batch 0206 soksek kat dewan besar ja. masa bincang pasal baju untuk annual dinner. haha.

Sunday, July 20, 2008

minum malam di dewan makan..

malam².lepas prep.kami suka lepak kat dewan makan.makan biskut.cicah milo.
semua orang asyik bersembang kosong..

'kosong kosong kosong..'
'kosong kosong kosong..'

tiba².gori memula topik baru.jadi forum la pulak.
'weh.. hgpa rasa² la kan.. sejak zaman nabi s.a.w. smp sekarang.. dah brapa
zaman ha?'
semua ahli meja yang berjumlah 8 orang mula berfikir.menggunakan logik.dan sejarah spm.dan sirah pendidikan Islam.untuk mencari jawapan.

'erM.. nak kira zaman khalifah 4 orang tu.. zaman uthmaniah.. abbasiyyah.. pastu sekarang.. dalam 4-5 kot.. btol tak?'

'salah!!'

'er.. kira zaman Islam baru nak berkembang.. zaman kegemilangan.. renaissance.. kebangkitan semula.. kena tak?'

'salah gak!!'

'abis tu?'

'bukan nabi dah penah cakap ka.. zaman dia tu memang dah AKHIR ZAMAN.. so.. kira ada SATU zaman jela.. kan?'

'a'ah ek.. betoi gak..'

malam².lepas prep.kami suka lepak kat dewan makan.makan biskut.cicah milo.

Friday, July 4, 2008

masa muhasabah..

hehe.. ramai yang tak puas hati tentang statement aku dalam mentaliti masyarakat..
aku minta maaf.. benda memang la sensitif sikit bila cakap pasal kaum ni..

tapi kan.. tu juz respon aku bila aku baca paper mingguan malaysia hari tu..
tak dinafikan la kaum lain pun sama² tuntut rebat tu..
tapi yang aku nampak dalam paper tu..
gambar kaum² kita gak yang seronok lebih²..

duit tu sebenarnya tak ke mana..
lagipun.. rasa² sapa yang betul² guna duit tu untuk beli petrol?

bagi aku..
rakyat sekarang ni macam diajar untuk menjadi semakin materialistik..
bila cakap pasal nak bagi duit ja.. terus seronok.. semangat..
macam la kalau tak ada duit tu boleh mati..

ya betul..
memang duit boleh selesaikan lebih setengah daripada masalah kita..
tapi.. perhatian rakyat terhadap masalah negara yang lain dah teralih sebab duit..
paham tak ni?

aku juz nak bagi clear la..

haha