Sunday, August 31, 2008

kawan saya dan peti ajaib beliau

saya ada seorang kawan. dia suka mengembara. pada suatu hari. dalam pengembaraannya. dia telah menemukan sebuah. peti ajaib. peti itu dapat menyejukkan segala benda. yang disimpan di dalamnya.

beliau berasa sangat gembira dengan penemuan itu. maka segeralah beliau membawanya balik. ke teratak kecil beliau. di penghujung kampung. isteri beliau antara orang yang paling gembira dengan kejadian tersebut.

pada mulanya. beliau hanya menggunakan peti tersebut. untuk kegunaan peribadi. yela. peti kecik ja pon.

maka diriwayatkan. dia segera mengisi peti ajaib tersebut. dengan bekalan minuman. air kotak. air tin. air sejuk. air water cooler dan macam² lagi. tetapi. tak lama kemudian. berita tersebar luas. apabila diketahui oleh makhluk² ogre. yakni kawan² kepada inche shrek. mereka segera menyerbu. bukan untuk mendapatkan minuman free dalam peti itu. apa kau ingat raksasa² ni tak berperikemanusiaan ka? tolong sikit. bertamadun tinggi ni. haha.

raksasa² ini. pada mulanya. menyangkakan bahawa. kawan saya ini membuat jualan minuman. bolehlah kiranya mereka membeli sedikit sebanyak bekalan untuk saat² genting. tapi. sangkaan mereka meleset. apabila kawan saya tidak bercadang langsung untuk menjual kepada mereka. maka. raksasa² ini mula memberikan tawaran yang tinggi. kerana mereka sudah bersusah payah datang. dari jauh.

tiba². perasaan tamak haloba. menguasai diri kawan saya. dia bersetuju. akhirnya. untuk menjual minuman² tersebut. tapi. dengan harga. yang MAHA TINGGI. disebabkan raksasa² ini bernaung di bawah suatu entiti yang sangat masyhur lagi kaya raya. mereka peduli apa. maka. bekalan dalam peti ajaib kawan saya cepat sungguh habis.

kawan saya itu tertawa sendirian. sambil menggaru2 perut. yang semakin berisi.

maka. beliau telah berusaha memikirkan strategi untuk mengaut keuntungan yang lebih. daripada raksasa² tersebut.

AHA!

barulah beliau teringat akan kegemaran raksasa² terbabit. bukanlah air tin. jauh sekali air kotak. apa yang diperlukan makhluk² ganas lagi berbulu lebat ini adalah DADIH! ya dadih. oleh kerana beliau takut gagal menghasilkan dadih yang berkualiliti. (beliau memang gagal dalam bidang masak memasak atas sebab yang tak boleh diberitahu) beliau telah membuat kerahan tenaga. kepada isterinya sendiri. disuruhnya memasak dadih setiap hari. tanpa sebarang cuti atau public holiday bak kata orang putih. oleh itu. dapatlah beliau menjual dadih kepada raksasa² berikut dengan rasa senang hati.

raksasa² terbabit memang berasa senang hati.

kawan saya juga senang hati. mengira duit.

kemudian. raksasa² itu. menghantar wakil. untuk menemui kawan saya. itu. untuk berbincang. mari kita ikuti perbualan mereka..

"hei manusia berbulu. kami suka dadih. tapi. kami lagi suka. kalau peti ajaib
engkau tu. boleh mengeluarkan ais kerim. kami sanggup beli. walaupun mahal..
kalaulah peti ajaib engkau. tak boleh keluarkan aiskrim. akan kami pecahkan peti
itu. hahaha!"

kawan saya sudah ketaq. dia. dan isterinya. mana tau cara nak buat ais krim. macam mana ni?

Saturday, August 30, 2008

saya dan pembelit lidah

malam ni. aku sangat boring. tak tau. nak buat apa. nak sambut merdeka. macam mengarut. bukan mengarut apa la. entah. cuma. terasa. tak payah pergi sambut kat mana².

maka. seperti biasa. aku. duduk di hadapan. laptop kesayangan. nyawa ketiga selepas n73. sambil mendengar album viva la vida nyanyian coldplay. sambil surf.

tiba². aku teringat. kenangan di soksek dahulu. suka betul aku. bila pinjam buku rujukan bahasa inggeris. pmr. di perpustakaan sekolah. yang kecik. tapi ramai suka lepak. bila nak burn klas. haha.

ada apa dengan buku tu? buku terbitan pelangi tu. ada ruangan tongue twister. aku suka.

bila aku teringat. terasa nak bagi lidah terbelit lagi la. maka. terus. aku google. ha. jumpa pon. banyak. seronok. memang terbelit lidah. sekarang. aku terasa seronok untuk berkongsi dengan kawan². ni kira sebahagian daripada yang ada la. yang aku ambil kat geocities.

--------------------------------------------------------------------------

"Friendly Frank flips fine flapjacks."
--------------------------------------------------------------------------
"A big black bug bit a big black bear,made the big black bear bleed blood."
--------------------------------------------------------------------------
"Red lorry, yellow lorry, red lorry, yellow lorry."
--------------------------------------------------------------------------
"I need not your needles, they're needless to me;
For kneading of noodles, 'twere needless, you see;
But did my neat knickers but need to be kneed,
I then should have need of your needles indeed."
--------------------------------------------------------------------------
"Ruby Rugby's brother bought and brought herback some rubber baby-buggy
bumpers."
--------------------------------------------------------------------------
"The soldiers shouldered shooters on their shoulders."
--------------------------------------------------------------------------
"Just think, that sphinx has a sphincter that stinks!"
--------------------------------------------------------------------------

orang asli di roadblock..

di sebatang jalan. di Cameron Highlands. terdapat satu. rintangan jalan. roadblock. eh. sekatan jalanraya la. zzz~

ada la. seorang. asli. menaiki motosikal. dengan tiga lagi. penumpang. melalui jalan. tersebut. apabila menghampiri sekatan. jalanraya tersebut. apa lagi. mesti la polis tu tahan. motosikal berkenaan. "BERHENTI!" sambil. mengangkat tangan.

orang asli berkenaan. lalu. terus. tanpa memandang. hanya menjeling. dengan muka kesian.

"barua btoi. orang suruh berhenti dia tak mau. berani dia." polis tu. memaki. hamun. sambil. diketawakan. polis² lain. termasuklah. bos beliau. pegawai yang bertugas. yang sedang duduk dalam trak. mengunyah sirih.

tidak lama kemudian. orang asli tersebut. kembali. ke. sekatan. jalan raya tersebut. seraya. mendapatkan. polis. yang menahannya. sebentar tadi. polis tadi. mestilah hairan. tapi. dia masih. buat² cool. haha.

"inche. marilah naik moto saya. tadi ramai sangat. tak ada ruang untuk inche naik skali. sebab tu la saya tak berhenti. maaf ya. marilah. inche hendak ke mana?" orang asli itu kata.

"apakah??" kata polis berkenaan.

cerita ini diadaptasi dari kelas kaunseling pagi tadi. nak cerita pasal kejujuran manusia yang selalu disalah anggap oleh orang lain. terima kasih cikgu! haha.

Friday, August 29, 2008

kawan saya dan ujian STATIK beliau

saya ada seorang kawan. dia juga tinggal tidak jauh dari kediaman saya. dan rumet saya. kawasan kejiranan saya ni memang penuh orang. yang pelik. pelik. haha.

malam ini. mereka. yakni. dia. dan kawan² sekelasnya. ada ujian. subjek statik. aku tidak tahu. sebab aku. tak ambil subjek tu. aku ambil. teori litar. haha. ujian tu. berlangsung. di tempat yang sama. seperti aku. hari itu. haha.

yang aku nak cerita. ni pon. aku dengar. dari geng² dia. ujian tu. sangat susah. susah sangat tu. tak ada la. tapi. banyak orang yang careless. tak dapat nak buat dengan tepat.

tapi. kawan saya ni. hebat. tengah orang dok sakit kepala. dia boleh. buat rilek ja. siap boleh keluar awal lagi. masa tu. dia dah bawak barang² dia keluar. pass dah kertas. memang psiko gila la. mesti dia dah struggle gila² kat bilik. sebab tu pandai.

dia bergerak keluar. bilik ujian. dengan gaya papa yokies. senang ati.
wohh~

3.7 minit kemudian. kawan saya tu. masuk semula. berbincang dengan pengawas ujian. seraya. mengambil semula. kertas tersebut.

rupa²nya. dia terlupa. buat soalan nombor 3. patutlah cepat saja dia siap.

panas

macam yang kita tau. manusia ni. ada banyak jenis. setiap hari. kita akan jumpa. dengan macam². benda macam ni la. erM. kadang² gak. kita kena ambil masa. untuk tau sifat sebenar. seseorang itu. sebab tu. kadang². kita tengok orang tu. masa tengah bercinta. memang semuanya indah. lama wo bercinta. lebih daripada 5 tahun. contoh. tapi. bila depa ni kahwin. tak tahan lama. kadang². tak sampai setahun dah berpisah. sebab apa? "kami tak sehaluan. tidak memahami diri masing²." apa yang depa buat time bercinta lama² tu ah? takkan la tak kenal² lagi kot. zz..

tapi. entri ni. bukan nak cerita. pasal. orang kapel. atau kawen. atau clash. atau hapa. kali ni aku tertarik nak cakap pasal orang. yang cakap berapi. aku ulang. CAKAP BERAPI.

selalunya. bila orang ditimpa masalah. akan ada orang yang tampil. untuk membantu. orang ini la tempat meluahkan perasaan. berkongsi pendapat. membina cadangan. mengikat janji. macam² la.

kemudian. apabila masalah itu berlaku sekali lagi. walaupun 'pembantu' itu turut berada di tempat kejadian. dia hanya diam. membatukan diri. membuat hal sendiri. tiada implementation. membiarkan. mangsa. terkapai². keseorangan. membuatkannya. menjadi. mangsa. lagi. kasihan.

ketika itu. apabila ditanya. tentang sebab. untuk tidak membantu. sepanjang masa itu. mulalah dia. nak cakap. "maaf. saya dah cuba. tapi gagal jugak." heh. orang yang gagal memang hanya tau buat alasan. ketika itu. orang. dah tak mau percaya.

setiap dari kita ada tahap. kepercayaan. terhadap sesuatu. atau seseorang. untuk lebih spesifik. apabila kepercayaan itu. dimungkiri. dikhianati. kita memang tak akan berada. di hati. mereka. lagi. biarlah. apa² jua sebab. alasan. janji. yang diberi. tetap tidak dapat mendapat kepercayaan.
ini. menyebabkan. mangsa. pergi. menjauhkan diri. dan menghampiri. dan mempercayai. orang lain. yang mungkin. lebih. baik. daripada pembantu. sebelumnya.

apa yang aku nak cakap?

1. nak bagi harapan. biarlah. logik. dan. dapat dicapai.
2. dah bagi harapan. kena la usaha. laksanakan. jangan tau cakap saja.
3. sekali orang tak percaya. memang orang tak akan. percaya dah. percaya la. ingat lagu 'kerana percayakan siti'? tak ada kena mengena pon. haha.


sekian

Tuesday, August 26, 2008

test circuit theory yang menyeronokkan..

hari ni. kami ada. test. teori litar. haha. semua orang sakit kepala. subjek yang paling berat. sem ni. tapi. sebagai pelajar. yang. sangat berdedi.kasi. kami perlu. cemerlang. dalam semua subjek. termasuklah. teori litar. maka. walau sesibuk mana pon kami. atau di mana jua kami berada. kami tetap pilih. untuk buat sehabis baik.

malam itu. eh. malam ini. tadi la tu. ujian tersebut. berlangsung. dalam bilik ujian. yang sangat sejuk. kami. berusaha berbuat yang terbaik. lebih² lagi. aku. sebab. kuiz. yang dijalankan. minggu lepas. sangat ####. aku tak tau. apa yang aku buat. masa tu. benda senang ja pon. budak kecik pun patut tau. macam mana. nak buat. tapi nak buat macam mana. ujian Allah. nak tengok kita kuat ka tak. haha.

erM. kali ni. aku memang cuba sehabis boleh. bila dapat soalan. aku buat. yela. takkan la nak tengok saja. haha. fuh. muka surat pertama. penuh jawapan. aku guna dekat setengah jam nak buat soalan tu. sangat. bersungguh².

bila buka soalan kedua. aku terhenti. apakah semua ini? tiadalah aku memahami. lukisan yang mudah. ringkas. aku pula. tidak faham. maka. aku tengok dulu soalan 3 dan 4.

sama. tiada guna. aku tetap gagal mendapat ilham. hehe. tidak mengapa. aku amalkan perkara selalu aku amalkan. duduk sahaja. memerhati pemandangan. sekeling. agak berkesan. setelah melihat perkara² yang pelik. yang terjadi. di sekeliling. barulah ilham datang menjelmakan. diri. alhamdulillah~

aku. dengan penuh kalut. dan tak sabar. membuat soalan. yela. masa dah nak habis. banyak buat soalan 1 tadi. lepas tu. dok usha orang keliling lagi. lancar ja tulisan aku. haha.

masa tamat. dr jeega suruh hantar. kertas ujian. maka. kena la hantar. juga². aku buat tak habis lagi. cit. nasib baik tempat aku kat belakang. kedua belakang. maka. agak mengambil masa juga la. sempat juga aku nak selesaikan. sekadar yang termampu. haha. memang sangat hodoh. tulisan aku. ketika itu. tapi. tidak mengapa. janji ada gak tulisan. kan? tak lama lepas tu. kertas aku juga diambil.

gembira. sungguh. habis sudah satu bala. haha.

sementara menunggu. kebenaran. untuk berhambus. nguyen. lelaki di belakang. bertanya. jawapan. untuk soalan 2(a).

aku beritahu dia. v=-53.46.

dia cakap. jawapan dia. v=-15.2.

nik. yang kat kiri aku. cakap. v=25.88

yap. kat depan cakap. v=0



jawapan siapa yang betul ni?

Monday, August 25, 2008

m.nasir~~

ha. malam ni. m.nasir. datang. buat. show. malam tadi. nabil datang. bawak lancer NBL 1983. tapi. aku tak sempat. nak tangkap gambar. sebab hujan. sangat lebat. apa pun tak dapat. dapat basah kuyup ja. haha.

maka. malam ni. aku. bertekad. nak menangkap gambar m.nasir. aku bawa kamera. beg plastik. n73. kalau² apa² terjadi. kepada kameraku. bolehlah dibuat ganti. haha.

sementara menunggu. persembahan. kami. dihidangkan. dengan. tarian. geng² south africa. pergh. pakai baju bomba tu. menari². sangat. style. tapi kami datang. bukan nak tengok mereka ini. kami nak tengok m.nasir. aku ulang. m.nasir.

jam dah tunjuk pukul 1015. baru m.nasir keluar. patutnya pukul 945 dah ada. lambat betoi la. erM. dia mula menyanyi. aku malas nak list suma lagu dia. tapi lagu memang best la. haha.

aku. apa lagi. mengeluarkan kamera. untuk. menangkap gambar. bila buka kamera. dia tulis.

'internal memory full.'

ha? aku buka tempat kad memory. kosong.

zzz.


gambar ihsan chaosflare

Sunday, August 24, 2008

mengarut bersama nik dan sapar di convofair..

aku cukup suka. pergi convofair. dalam sehari. 3-4 kali. aku pergi. tak kira la. dengan siapa. dengan apa. janji aku sampai. aku pon tak tau. sebab apa. aku. seronok sangat. dengan convofair tu.

hari pertama. awal² lagi. aku. dan nik. ke sana. berjumpa sapar di pertengahan jalan. membuatkan kami setuju. berjalan bersama. di convofair. haha.

benda yang paling aku ingat. ialah. ketika kami. berjalan². melawat booth pelajar antarabangsa. dari mesir. indonesia. zimbabwe. south africa. myanmar. thailand. turkmenistan. dan pelbagai lagi. ceh. wat macam besar sangat ja. booth depa tu. haha.

kami menangkap gambar di setiap booth. dengan gaya. yang berbeza². lagi poyo. haha. ini ada sikit gambar. kami 3 orang. haha.















lepas puas tangkap gambar. kami pergi membeli makanan. memandangkan aku masih kenyang. aku hanya membungkus. untuk dimakan di bilik. maghrib menjelma. masing² mengundur diri. pulang.

malam tu. nik datang lagi. bila dia tengok makanan. yang masih belum. dijamah. dia seraya bertanya.

eh hang tak makan lagi ka?

ketika itu. barulah aku teringat. aku tak makan lagi. makanan tersebut. nik dah mula kalut.

"oi cepat la makan. nanti basi kang. rugi ja beli."




rugi? kena makan sekarang? hang nak makanan ni basi dalam perut aku ka? cacat la aku malam ni..

convofair oh convofair~

convofair datang lagi.. kali ni saja PETRONAS masuk duit awal. hari tu lambat gila². kali ni awal. gila². memang nak suruh. kami belanja. sakan. lagipun. bulan puasa dah nak sampai. kiranya. tak adala. papa kedana sangat lepas convofair tersebut.

menjelang convofair. aku dah tau. apa aku nak cari. semestinya. baju!! yak yak yay.. dapat banyak baju. dan. tak pernah rasa cukup. kena beli lagi. hehe. menambahkan koleksi baju memang seronok.



sebahagian daripada baju yang dibeli

aku pulang dengan hati gembira. dapat baju baru. lepas ni. beli baju raya pulak. syok². hehe. sampai ja kat bilik. baru aku teringat.

eh hanger tak cukup la. kat convofair ada jual hanger tak?

Thursday, August 21, 2008

pagi yang sungguh hening~

pagi ini. aku bangun awal. macam selalu. tapi subuh memang gajah la. ish. aku dah terjaga. masih dalam waktu. tapi. aku tetap terlena. mengakibatkan aku tetap. gagal. urgh~ DUSH²!!

tapi tak mengapa. aku bangun juga. sebab malam tadi aku tidur awal. bukan malam tadi saja. dah banyak malam dah. haha. sebab dah tau mesti susah nak bangun. aku buat sit up. banyak manfaat yang kita boleh dapat. ye adik². selain daripada mengerah darah. ke seluruh badan. untuk menyegarkan badan. kita juga dapat membakar lemak. maka hit two birds with one stone la ni. haha.

aku telah segar. tapi masih mamun. lali. mangli. blur. bengong. benayoun. eh tak². tak benayoun ok? israel tu. haha. aku tengok jam kat n73 tersayang. dia cakap sekarang pukul 7.35. aku percaya cakap dia. maka aku pun bangun la. sebab terasa nak berak. maka aku berfikir. alangkah baiknya. jika aku terus mandi. oleh itu. aku menyalin pakaian. menjadi hanya bertuala. tapi aku tidak berkemban. sebab apa aku nak berkemban pulak ni?

aku mengambil kunci. baldi kecil yang mengandungi segala toiletries. bergerak ke pintu. untuk menuju ke tandas. yang tak best. tapi tetap aku kunjungi setiap hari. sebaik saja aku menutup pintu. aku memakai selipar.

selepas mengenakan selipar. aku sudah berkira² untuk bergerak. tapi. baru kusedari~ ubat gigi yang telah habis masih belum berganti. aku perlu. kembali. ke dalam bilik.

aku menghulurkan kunci ke lubang kunci. untuk membuka pintu. seketika kemudian. baru kusedari lagi..

..

"eh ni bukan kunci bilik. ni kunci moto la. adoi la."

patutlah aku terasa tebal + besar semacam ja kunci aku tu. macam mana ni. takkan la tak boleh masuk bilik kot. dah la pakai towel saja. ketika ini. segala sumpah seranah bermain di minda. kenapalah aku boleh mamun ni. urgh~ nak kejut iqbal terasa tak sampai hati la pulak. dia tidur lambat tiap² malam. stay up. aiseh..

aku cuba memulas. tombol itu.

terbuka. huhu~ selamat aku juga mamun. tak kunci pintu.



kalau tak..

kunci moto + kunci bilik

Tuesday, August 19, 2008

menjadi komiti electrEx08™

sem ni. aku memang bersemangat. menyertai pelbagai aktiviti. anjuran utp. sebab apa pon aku tak tau. nak cakap ramai awek² cun. macam mengarut ja. orang cakap. aku ulang. orang cakap. manusia² yang cun ni. agak malas buat kerja sikit. asyik nak mekap ja. tak tau la betul atau tidak. haha.

sekali lagi. aku tak tau. macam mana. aku boleh join. e3ss. untuk budak elektrik elektronik la ni. erM. lepas tu. boleh pulak jadi komiti untuk event yang agak besar la jugak. electrEx. electric+electrical exhibition. kira geng² senior akan ambil bahagian la.

aku dan nik masuk komiti ceromony+protocol. duwe+iqbal pulak join komiti promosi. haih. macam sibuk la pulak. test dah dekat ni. adoi la.
tapi tak apa. demi sijil. orang cakap. budak² utp ni sangat gilakan sijil. aku pon nk gila camtu. jugak la. haha.

malam itu ada meeting. masing² kena bincang pasal tugas masing² la. departmen kami sikit ja orang. dalam 6 orang macam tu ja. tu pon. suma baya² ja. haha.

meeting diteruskan. tugas² dibahagi lagi. aku + nik kena buat surat jemputan untuk penilai projek. ala copy paste sikit² ja. apa ada hal.

lepas tu. akak ketua komiti suruh kami bagi gambar. nak letak kat name tag katanya. aiya. aku mana pernah tangkap gambar sorang ni. segan la. maunya kak tu bawak p bomoh. kesian dinda aku tu. haha.

haha. hari² berlalu. kami buat surat tu dulu. lagi penting. sebab malam dateline tu kami ada kuiz circuit theory. kena study la. maka. kami berjaya menyiapkan kerja itu dalam masa sesingkat mungkin. haha. lepas siap. kami terus emel kat akak tu. setel satu kerja. sekarang. kami boleh mula belajar untuk kuiz tersebut. yay!

hari dateline menjelma. kami semua buat tak kisah sebab kerja dah hantar dah pon. apa ada hal. tiba². akak ketua antar msg.

"hei. mana gambar korang ha?"

aiyak. terlupa la pulak pasal gambar. macam mana ni. kalau tangkap sekarang. memang la tak hensem. kuyu ja mata. stim ja muka. yela. stay up sampai pukul berapa nak study.
ini tidak boleh dibiarkan terjadi. sesuatu. perlu dilakukan. tapi. masa dah suntuk. macam mana ni.

"tak pa la. kita bagi ja gambar² lama kita."

ok jugak tu. kn?

maka kami send la gambar. masa muda² dulu. kali ni. aku saja nak kongsi ngn hgpa suma. enjoy!

ni duwe toni


aku


nik villa




iqbal robinho





Wednesday, August 13, 2008

kawan saya dan telefon bimbit beliau..

saya ada seorang kawan. dia tinggal tidak jauh dari kediaman sementara saya. dan rumet saya. dia seorang yang agak cepat. menangkap. teknologi. maknanya dia memang tidak mampu untuk dikatakan seorang yang. kolot. ini dapat dibuktikan dengan kos yang diambilnya dan kesavvyan dia dalam dunia gajet.

hari ini. saya nak cerita. pasal telefon dia. telefon dia. sangat hebat. kot. yela. boleh buka lagu. mp3 tu. telefon orang lain mana ada. dia seorang saja ada. yang lain semua monotone. polifonik. yang bawa telefon bata pon ada.

tapi. yang baiknya. kawan saya ni. tak berlagak. walaupun dia ada telefon hebat. dia tak simpan sorang. dia kongsi dengan semua orang. bukan bermakna dia bagi pinjam telefon itu sendiri. tapi. dia bagi kawan² dia yang lain. dengar koleksi² lagu dia. lagu² dia tu. semua jenis yang orang ramai suka. kadang² dia juga ikut menyanyi. mungkin hendak mengisyaratkan. dia juga mengikut perkembangan semasa. dalam bidang muzik.

yang lebih menyeronokkan. dia suka bawa telefon dia ke mana² saja. share the music with all. masa berjalan² dia buka lagu dalam telefon. pergi ke tandas. mandi. cuci muka. makan. minum. naik moto. eh kira kat mana dia ada. mesti ada lagu la.

semua orang tak komen apa la. takut dia syok sorang² lak. tak baik buat orang riak. haha..

hari hari berlalu. dengan lagu yang sentiasa terpasang.

satu hari. suasana menjadi sunyi sepi. semua orang. telah kehairanan. apakah yang telah berlaku? kelihatan kawan saya ni berjalan keluar dari tandas dengan muka. yang sangat lemah. eh sakit ka dia ni?


awat neh?

..

la cerita la. sakit ka?

..

habis tu? sebab apa hari ni tak buka lagu? macam selalu² tu.

sbb.. (air mata bergenang)

(eh aku buat dia nangis ka neh?) rilek la bro. cerita la. pelan².

aku.. flush telefon aku. dalam jamban. tadi. uwaa~~

oh..
maka. mulai hari itu. memang tidak lagi kedengaran. sebarang bunyi. dalam kawasan kejiranan kami. lagi.

Sunday, August 10, 2008

roda itu bulat

hari ni hari ahad. aku patutnya berehat. tapi. banyak kerja. baru ni tayar moto aku kena paku. jebon betoi. besar wo paku..

aku dengar. banyak juga orang yang kena paku. kebelakangan ni. tak kurang jugak orang yang dulu seronok naik kereta. mula berjalan kaki. sebab? tayar pancit. tak tau kat mana nak cari orang tolong. aku ada jugak dengar. amy pon kena. bayangkan. sebelah tayar kereta dia. kena 4 batang paku.

semua ni buat aku terfikir. sebab apa kena paku ni? nak kata kawasan pembinaan kat taman maju tu. takkan la gila² sangat. ni semua dah buat aku terfikir. apakah ada. orang yang sengaja membubuh paku. ke atas kenderaan kami?

kalau betul la. memang tak guna la orang tu.





marilah kita menjaga kenderaan kita sehabis baik

Thursday, August 7, 2008

lemas di dunia sendiri

setiap hari yang mendatang dipenuhi dengan kerimasan. kelemasan. lemas walaupun aku bukanlah sedang tenggelam dalam laut. sebab apa? rambut aku. rambut ini la sebabnya. memang la tak panjang. tapi. kalau orang lain tengok. memang macam tak mandi sebelum ke kelas. mana boleh macam ni.



sekali lagi. tindakan harus diambil. untuk. memulihara imej diri ini. yela. imej sapa lagi. adoi la.



maka. aku. menaiki moto. pergi ke pekan. yang berhampiran. untuk mencari. kedai gunting. setelah ditemui. aku segera masuk. ramai orang hari ini. tapi. aku yakin. giliran aku akan tiba. sebentar saja. lagi.



'satu tiga satu lima. kaunter tujuh.' wah. moden betoi la. kedai ni. aku pon segera menaiki kerusi yang telah bersedia menantiku. ha ha.



'adik kici. nak gunting mana macam?'

'gunting ja. kasi pendek.'

'ok'



brader tu pon. mula la buat kerja dia. disebabkan letih. memanjat tangga. aku terlelap. macam best ja brader ni gunting. aku buat xtau ja. pejam mata.



..



..



..



'adik kici. bangun. dah siap.' brader tu kejut aku.

aku pon tengok la cermin.
what the fish?!! ini bukan pendek..

ini.. ini.. ini.. botak..

Wednesday, August 6, 2008

program menguruskan badan

penat. penat. penat. tu saja yang aku. boleh cakap. lepas naik tangga. kelas sangat. sangat. jauh. ni baru setakat naik moto pergi kelas. belum berjalan lagi. belum merangkak lagi. adoi la.

itu tidak apa lagi. apabila berjumpa rakan² yang telah lama tidak berjumpa. spontan sahaja.
'eh engkau dah gemuk! dulu macam tiang gol saja. haha!'

ini tidak boleh. tidak sekali² boleh. terjadi. aku perlu berubah. menjadi kurus. semula. aku perlu. menurunkan berat badan. dari 68kg. kepada satu nilai yang lebih meyakinkan. aku memerlukan sesuatu. program. ya program. untuk menguruskan badan. yang semakin bulat ini. aku mula teringatkan perjalanan karier. dalam bola keranjang. di sekolah dulu. erM.. dah setahun aku. tidak bermain. apakah masih boleh? eh poyo la engkau. haha.

maka. aku. dan nik. yang juga berminat. dengan program ini. mula bergerak cergas. waktu petang. yang terluang. digunakan semaksimum. mungkin. kami mula mengenal jim. eh bukan. gim. kami mula melawat beliau. bukan untuk masuk gimrama. jangan salah faham. kami nak cuba bina badan. walaupon. kelihatan sangat bodoh. tanpa sebarang pengetahuan.

kemudian. kami akan mengambil masa. menuruni court basket. cuba membaling satu dua bola. apabila penat. kami berjalan² melalui padang. mengumpul tenaga. yang masih ada.

program ini kami laksanakan selama dua minggu berturut².

hari ini. aku berjalan bersendirian. melintasi klinik utp. aku lihat ada penimbang berat. maka. aku pon. bersemangat ke sana. dengan harapan dapat melihat perubahan positif.

aku memanjat. penimbang itu.

uik?
kenapa sekarang dah 76kg?

Saturday, August 2, 2008

makan makanan di kedai makanan

hari ni. aku. dan usop bilik sebelah. pergi ke ayer tawar. mencari. ya. mencari sedikit barangan. keperluan. rumah tangga. haha. kami menaiki moto. moto LC135 usop. jangan bagitau usop. Dia marah kalau orang tak iktiraf moto dia. sebagai awek. haha.

masa dalam perjalanan balik. usop cakap. nak singgah. kedai roti. usop memang suka beli roti. itu semua orang tahu. maka. kami pon singgah la.

tak sangka. kedai tu. bukan setakat jual roti. ada kek sekali. pendek kata. itu bakeri. aku. sangat seronok. ya. dah lama tak makan. kek ya. bukan nasik. kek. jangan salah faham. memang elaun PETRONAS belum masuk lagi. tapi kami masih boleh. beli. dan makan nasik. haha.

aku. dan usop. bersemangat. hendak makan di situ. maka. kami ambil tray. kami ambil. apa tah nama dia. tapi kami ambil. benda yang sama la. ya. kami bukan gay. sekali lagi. jangan salah faham.




selepas bayar. kami cari tempat. duduk. lepas tu. ada brader. datang mintak order. aku mintak milo ais. usop pulak. lobak susu. peh. minuman yang dia buat. memang kaw la. sangat puas. kami mula makan.

makanan kami sangat sedap. kenyang pulak tu. memang puas la. berbaloi dengan duit.

'peh azwan. memang kenyang la. lepas ni tak payah makan tengah ari la camni.'

'tu la. memang kenyang. ni pon tak baca bismillah. kalau baca. mesti lagi kenyang. kan?'

'erk'

'bismillahi awwalahu waakhirahu~' serentak.