Sunday, August 31, 2008

kawan saya dan peti ajaib beliau

saya ada seorang kawan. dia suka mengembara. pada suatu hari. dalam pengembaraannya. dia telah menemukan sebuah. peti ajaib. peti itu dapat menyejukkan segala benda. yang disimpan di dalamnya.

beliau berasa sangat gembira dengan penemuan itu. maka segeralah beliau membawanya balik. ke teratak kecil beliau. di penghujung kampung. isteri beliau antara orang yang paling gembira dengan kejadian tersebut.

pada mulanya. beliau hanya menggunakan peti tersebut. untuk kegunaan peribadi. yela. peti kecik ja pon.

maka diriwayatkan. dia segera mengisi peti ajaib tersebut. dengan bekalan minuman. air kotak. air tin. air sejuk. air water cooler dan macam² lagi. tetapi. tak lama kemudian. berita tersebar luas. apabila diketahui oleh makhluk² ogre. yakni kawan² kepada inche shrek. mereka segera menyerbu. bukan untuk mendapatkan minuman free dalam peti itu. apa kau ingat raksasa² ni tak berperikemanusiaan ka? tolong sikit. bertamadun tinggi ni. haha.

raksasa² ini. pada mulanya. menyangkakan bahawa. kawan saya ini membuat jualan minuman. bolehlah kiranya mereka membeli sedikit sebanyak bekalan untuk saat² genting. tapi. sangkaan mereka meleset. apabila kawan saya tidak bercadang langsung untuk menjual kepada mereka. maka. raksasa² ini mula memberikan tawaran yang tinggi. kerana mereka sudah bersusah payah datang. dari jauh.

tiba². perasaan tamak haloba. menguasai diri kawan saya. dia bersetuju. akhirnya. untuk menjual minuman² tersebut. tapi. dengan harga. yang MAHA TINGGI. disebabkan raksasa² ini bernaung di bawah suatu entiti yang sangat masyhur lagi kaya raya. mereka peduli apa. maka. bekalan dalam peti ajaib kawan saya cepat sungguh habis.

kawan saya itu tertawa sendirian. sambil menggaru2 perut. yang semakin berisi.

maka. beliau telah berusaha memikirkan strategi untuk mengaut keuntungan yang lebih. daripada raksasa² tersebut.

AHA!

barulah beliau teringat akan kegemaran raksasa² terbabit. bukanlah air tin. jauh sekali air kotak. apa yang diperlukan makhluk² ganas lagi berbulu lebat ini adalah DADIH! ya dadih. oleh kerana beliau takut gagal menghasilkan dadih yang berkualiliti. (beliau memang gagal dalam bidang masak memasak atas sebab yang tak boleh diberitahu) beliau telah membuat kerahan tenaga. kepada isterinya sendiri. disuruhnya memasak dadih setiap hari. tanpa sebarang cuti atau public holiday bak kata orang putih. oleh itu. dapatlah beliau menjual dadih kepada raksasa² berikut dengan rasa senang hati.

raksasa² terbabit memang berasa senang hati.

kawan saya juga senang hati. mengira duit.

kemudian. raksasa² itu. menghantar wakil. untuk menemui kawan saya. itu. untuk berbincang. mari kita ikuti perbualan mereka..

"hei manusia berbulu. kami suka dadih. tapi. kami lagi suka. kalau peti ajaib
engkau tu. boleh mengeluarkan ais kerim. kami sanggup beli. walaupun mahal..
kalaulah peti ajaib engkau. tak boleh keluarkan aiskrim. akan kami pecahkan peti
itu. hahaha!"

kawan saya sudah ketaq. dia. dan isterinya. mana tau cara nak buat ais krim. macam mana ni?

5 comments:

ayd said...

post ini amat menjelekkan...aku cadangkan blog ini di 'banned'

-azwanbakhtiar- said...

haha

xmau

usop said...

oi makhluk b'bulu!! ak cdg kan hg
wat promosi dadih beli 2 dpt free 1..
cpt sket abh..

t a r o said...

hahaha :))

paden said...

lawak2..hahaha