Wednesday, August 13, 2008

kawan saya dan telefon bimbit beliau..

saya ada seorang kawan. dia tinggal tidak jauh dari kediaman sementara saya. dan rumet saya. dia seorang yang agak cepat. menangkap. teknologi. maknanya dia memang tidak mampu untuk dikatakan seorang yang. kolot. ini dapat dibuktikan dengan kos yang diambilnya dan kesavvyan dia dalam dunia gajet.

hari ini. saya nak cerita. pasal telefon dia. telefon dia. sangat hebat. kot. yela. boleh buka lagu. mp3 tu. telefon orang lain mana ada. dia seorang saja ada. yang lain semua monotone. polifonik. yang bawa telefon bata pon ada.

tapi. yang baiknya. kawan saya ni. tak berlagak. walaupun dia ada telefon hebat. dia tak simpan sorang. dia kongsi dengan semua orang. bukan bermakna dia bagi pinjam telefon itu sendiri. tapi. dia bagi kawan² dia yang lain. dengar koleksi² lagu dia. lagu² dia tu. semua jenis yang orang ramai suka. kadang² dia juga ikut menyanyi. mungkin hendak mengisyaratkan. dia juga mengikut perkembangan semasa. dalam bidang muzik.

yang lebih menyeronokkan. dia suka bawa telefon dia ke mana² saja. share the music with all. masa berjalan² dia buka lagu dalam telefon. pergi ke tandas. mandi. cuci muka. makan. minum. naik moto. eh kira kat mana dia ada. mesti ada lagu la.

semua orang tak komen apa la. takut dia syok sorang² lak. tak baik buat orang riak. haha..

hari hari berlalu. dengan lagu yang sentiasa terpasang.

satu hari. suasana menjadi sunyi sepi. semua orang. telah kehairanan. apakah yang telah berlaku? kelihatan kawan saya ni berjalan keluar dari tandas dengan muka. yang sangat lemah. eh sakit ka dia ni?


awat neh?

..

la cerita la. sakit ka?

..

habis tu? sebab apa hari ni tak buka lagu? macam selalu² tu.

sbb.. (air mata bergenang)

(eh aku buat dia nangis ka neh?) rilek la bro. cerita la. pelan².

aku.. flush telefon aku. dalam jamban. tadi. uwaa~~

oh..
maka. mulai hari itu. memang tidak lagi kedengaran. sebarang bunyi. dalam kawasan kejiranan kami. lagi.

7 comments:

-rye- said...

hahaha...dorm mate aku pernah flush speck sendiri dlm tandas...hahaha..

usop said...

mcm ku knl mamat 2..
adakan bnr dia?

lynntermizi said...

gle ah kesian,ko blikn la kwn ko 2 hp br.. nnt ko gk yg untung leh men2 fon die lg..hehe..=P

firdaus zahari said...

gagal btol la aku ngan komen blog..huhu
nset sapew tu soksek?
cm seronok je aktiviti memflush nset

-rye- said...

itu semua dusta...hahahahahaha....

Suka Bebel said...

kayo kayo kayo botoi budak zaman skarang. lenkali kasik kat aku, jgn buang mcmtu. tapi aku pun dah naik muak dgn nokia aku tu. tunggu duit kutu nak pakai motorola balik la

firdaus zahari said...

soksek..gune la widget shoutbox ke chatbox ke..snang cket aku nk mgarut kt cni..huhu