Saturday, September 20, 2008

berbuka puasa di masjid

haha. kebelakangan ni. aku terasa. tajuk². yang aku guna. agak menyerupai. cerita. shinchan. aku pon tak tau. sebab apa. haha.

dari. dulu lagi. aku. cukup suka. buka puasa. di masjid. bukan aku sorang saja. chaknga x-rumet aku juga. sekali. ada lagi sorang. cilat. selalu juga aku jumpa dia di masjid. kalau ada ad si miau². dan labi. sure cukup kroni soksek 0206 kat masjid. haha.

seperti biasa. bila ada makanan percuma. mesti orang bersemangat datang. mengimarahkan masjid la konon. ha ha. tapi tak apa. janji depa mai masjid. semayang. walaupun. hanya sebulan. dalam setahun. janji mereka hadir. kan?

memang. kat masjid. sangat meriah. kita boleh jumpa. macam² jenis orang. yang makan kat masjid ni. ada yang. memang susah. nak cari rezeki. yang itu. kita kasihan. bila tengok pelajar² pulak. kasihan jugak. mereka ni selalu tak ada duit. hehe.

ya. membelanja orang berbuka puasa. walaupun hanya sebiji tamar. atau kurma. dalam bahasa mudah. amat besar ganjarannya. dan memenuhi undangan. adalah kewajipan. bagi orang yang dijemput. maka. secara mudah. semua orang dapat pahala. yang besar. lagi banyak.

tapi.

ada beberapa benda. yang aku tengok. agak. kurang manis la. sebelum. dan selepas. masuk. waktu berbuka.

***

SEBELUM
masa ni. akan ada pengisian. selepas selesai. mengambil makanan. selalunya. akan ada slot untuk berselawat. membaca yasin. berzikir. dan macam². seharusnya. kita. turut serta.
berselawat. membaca yasin. berzikir. dan macam² lagi tu. tapi. apa yang aku lihat. ramai. orang. yang. buat tak tahu saja. nak kata tak tau. budak universiti tu. bukan main².

masalahnya. kalau betul la tak reti. dok diam sudah la. ini tidak. lagi kuat orang berzikir. lagi kuat dia bersembang. macam nak tunjuk dia tu otai abeh la. macam haram. orang dah bagi macam² isyarat. gerakan mata. pandangan menjijikkan. tapi. dia boleh buat. tak tau saja. hebat.

***

SELEPAS
yang ni. biasa la. merokok. memang senang la nak tengok. kita pon tau. ada orang. yang buka puasa. dengan benda ni. tapi. yang kurang manisnya. dia isap kat masjid.

orang yang sensitif pasal rokok ni memang tak boleh nak lalu la kat kawasan depa ni. tiba². ada zon rokok kat masjid. tak heran ka? rokok tu kan HARAM. boleh pulak buat benda haram. dengan penuh hati rilek. kat masjid. dah la baru makan free. boleh lagi nak buat dosa. adoi.
aku tak faham.

***

ya. seperti biasa. orang. memang. pandang ringan. benda ni. tapi. ni. suma berkait dengan adab. hormat la sikit. masjid tu. rumah Allah. nak tegur pon. macam susah ja. nama pon orang melayu. selalu sangat nak jaga hati orang. takut pulak bila ditegur. kawan tu dah tak mau datang masjid. adoi.

semoga kita dilindungi daripada perkara² yang membuat kita lupa diri. amin.

No comments: