Wednesday, September 17, 2008

hari ini hari cuti

ya. hari ini cuti. tu pon aku boleh tak tau. masa meeting. electrEx. baru la aku tau. cuti rupanya hari ni. aku gembira. walaupun agak lambat. tak kisah. dalam mafia berenam. aku paling awal tau. yang lain tu. dok ingat hari ni ada kelas. haha.

apa² pon. hari ni aku gembira. sebab? hari ni cuti. walaupun malam tadi aku dan nik kna fire dengan akak electrEx. sebab tak buat pamplet. aku tetap gembira. sebab liverpool menang malam tadi. 2 gol gerrard memang. cun. haha.

lepas tu. aku gembira juga. sebab. aku dah kembali. ke dunia blog. dah lama aku cuti. nak menulis balik la. hehe. banyak yang aku nak tulis kali ni. selepas agak merajuk dengan pentadbiran persatuan. haha. biarlah. yang penting. mood aku kembali.

tadi. lepas aku post blog. tiba². telefon berdering. aku tengok. eh. azrin bayan lepas. awat dia telefon aku tiba² ni? aku angkat la. dia cakap. dia dah ada depan gate utp. apa? nak datang tak bagitau awal². haha. tak apa. aku p la jumpa kawan mamak aku sorang tu. dah lama tak jumpa depa. lepas pindah jb aku memang tak ada kesempatan langsung la. hehe. aku jumpa depa sat ja tadi. saja ja depa jalan². poli depa pon cuti jugak hari ni. haha.

entah la. aku terasa seronok. walaupun kunjungan depa tu sat saja. lepas tu. aku buka puasa kat masjid. macam biasa la. menyimpan duit. walaupon orang kata elaun bulan ni dah masuk. hehe. makan nasik minyak. sedap. kuah cukup. hehe.

tapi kan. tadi lepas makan. aku terfikir. di kala aku gembira ni. mesti ada orang yang tengah bersedih. kecewa. emosi. pelbagai. bila aku makan makanan percuma kat masjid. aku tengok geng² afrika selatan makan. dengan penuh lahap sekali. memang makanan malaysia ni sedap². tapi. aku terfikir. macam mana la orang lain yang yang tak ada makanan. tapi tak ada pulak orang yang bagi makanan kat depa.

aku terfikir lagi. itu memang kesedihan yang susah nak elak. macam mana pulak. dengan kesedihan yang tak patut berlaku? yang disebabkan kita sendiri. aku? memang selalu gembira. tapi orang² lain gembira sekali dengan aku ka? erM.

memang banyak benda yang berlaku tanpa kita sedar. bagi pembaca blog yang merasakan aku ada salah dengan hgpa. aku mintak maaf banyak². marilah kita bersama memperbaiki diri kita masing².. huhu

-end-

No comments: