Thursday, October 30, 2008

kejahatan sekolah?

heh. tak ada kerja betoi. nak suruh aku cerita pasal kenakalan masa kat sekolah dulu. tapi. bolehlah. aku share sikit.

||5 KENAKALAN YANG AZWAN BAKHTIAR BUAT MASA KAT SEKOLAH DULU.||

1. CONTENG.
benda ni. aku mula buat. sejak aku form 3 kalau tak salah. masa tu. kalau dapat alatulis ja. tak kisah apa pun. pensel. pen. marker. dan segala benda yang boleh digunakan untuk menulis. akan aku guna. untuk tulis. TRIPLEVERSE UNLIMITED [tahun]. kiranya. ada la 2004. 2005. 2006. ni untuk tujuan. arkib. haha. banyak tempat aku tulis benda ni. dinding sekolah. cermin. tandas. juga. kerusi di dewan besar. kerusi tu. memang tak ada siapa yang duduk la. malu wo. penuh depan belakang. haha.

2. MAKAN TANPA MENGIRA ORANG DI DEWAN MAKAN.
erM. yang ni. aku selalu buat. dengan orang lain. selalunya. badang. [nama sebenar fitri sobri]. selalu keluar kelas awal. kalau waktu rehat. selalunya. kami burn kelas. 1 waktu macam tu. p makan. dengan. budak² lower form. makan banyak lak tu. kuota kuih waktu rehat untuk seorang pelajar adalah 2 ketul SAHAJA. tapi. bila aku. dan badang. dan prem. dan matjat. dan paan jo. tiba. dan. hari itu. adalah hari semosa. ataupon karipap. kuota itu berubah. menjadi >5. dan. selalunya. kami makan. sampai 10. rekod aku. makan samosa. adalah sebanyak 14. tu memang kenyang ah. haha.

3. TIRU TANDATANGAN WARDEN UNTUK KELUAR SEKOLAH.
ini normal. tiada komen. haha.

4. USHA AWEK YANG BARU BALIK LEPAS CUTI.
haha. benda ni. aku suka sangat buat. aku akan sampai sekolah awal. selalunya. sebab abah keja. tak kesah pon. sampai awal. boleh rilek sikit. lepas asar. aku. akan p dorm pengawas² kat tingkat bawah. selalunya aku turun dengan izzat ball. kami akan jumpa dengan meon. memang 3 orang ni slalu buat dorm pengawas jadi port usha awek. sebab memang dekat dengan tempat parking waris². haha. hasil pemerhatian kami. kami dah boleh bajet waktu student² ni sampai sekolah pukul berapa. aksi² bersama waris. dan macam² lagi. tapi kami tak da la catat dalam buku nota. haha.

5. GADO DENGAN CHEGU.
ini pon normal. tapi. sebagai ketua kelas. masa tu. aku agak buat kuat juga la dengan chegu². yang paling aku ingat. masa tu. form 4. masa tu. dalam soksek. ada 1 kelas ni. special. ada air-cond. dan. kelas itu. kelas aku. dan dinda. haha. sepanjang kami menghuni kelas tu. memang orang lain tak boleh masuk kelas aku la. walaupun chegu nak buat kelas tambahan untuk senior². aku tak bagi. haha. otai tak aku. yela. aku yang pegang kunci. kalau aku tak bagi. tak boleh masuk kelas. haha. last² aku tak dapat jadi ketua PRS KIMIA. tak dapat p perfect score sbp. macam². haha. padan muka aku. huhu.


heh. benda² ni semua tak ada la impressive sangat. aku kat sekolah dulu tak buat jahat a. skema. haha. fly pon tak pernah. malu gak. sebab tak pernah rasa buat jahat. hehe.

tapi.

sekarang ni. kalau tengok budak² buat kerja nakal. kat tepi jalan. macam keluar outing tak pakai baju outing. lepas tu. buat muka otai. memang buat aku gelak. sekarang. baru aku paham. otai masa sekolah. memang tak ada makna pon. dalam dunia sebenar ni. haha.

Wednesday, October 29, 2008

hairan

ya. hari ni. hari mengundi. dan. seperti biasa. kempen saat² akhir. berlangsung. macam².

poster bertambah banyak pada masa aku keluar dari bilik untuk ke kelas Dr Jega tadi. dalam banyak² poster. 1 ni. lain daripada yang lain. sampai buat aku. nak tunjuk kat kawan² semua. haha.

sila tengok dan bagi komen ya. haha.



haha

pilihan raya kampus

ah. masa ni. masa berjumpa makhluk hipokrit. tanpa perlu. memanggil. ya. tak perlu panggil. wakil mereka. akan terpacak di depan pintu. memberi gula². makanan ringan. kepada. orang². yang berpotensi. mengundi mereka. sambil. berkempen. bermanifesto. apakah ini sejenis rasuah yang kita tak nampak? ish. kecik² dah belajaq buat macam tu. jatuh saham. ha ha.

kat mana². dalam kawasan utp ni. akan kelihatan. poster. pelbagai warna. mengikut tema calon itu sendiri. ada yang merah. biru. kuning. bijik remia. macam² la. yang buat guna warna warni pon ada. tu strategi dia kot. haha.

nik pernah cakap. setakat keropok mamee monster tu. sapa nak pandang. murah. ada pulak. yang bagi wafer masuk angin. adoi. bajet². ha ha. kalao orang tu. bagi dadih. sure kami undi dia. dan. hanya seorang saja. yang boleh buat macam tu. sila rujuk sini.

apa² pon. walaupun kita tak kenal calon yang kita bakal undi esok ni. harap² kita undi orang yang berguna. untuk kita. huhu.

warna warni.

Tuesday, October 28, 2008

dulu dan sekarang [2]

DULU..
aku terkejut bila presiden Iran cakap dia. kalau boleh. tak mau. harga minyak turun. masa tu. aku dok fikir. sebab apa la dia tak turunkan harga. sangat² ni? serius. aku tak faham. masa tu.

SEKARANG..
harga minyak dah 63.7usd. tengok kat sebelah. memang paras paling rendah. sepanjang tahun. ka dah banyak tahun ek. erM. berdasarkan trend semasa. nampak gaya. harga petrol akan makin turun.

habis sebab apa aku dok risau semacam ni?

sebagai anak emas PETRONAS [gila poyo]. aku perasan. kos untuk keluarkan 1 barrel petrol adalah 60usd. tak payah guna kalkulator. pon dah tau. syarikat minyak. cuma untung 2usd untuk 1 barrel berkenaan. kalau trend ni berterusan. memang lama². PETRONAS dah tak boleh nak teruskan usaha menggali minyak. sebab dah tak untung. siap rugi lagi.

yeah. rakyat cuma tau nak salahkan PETRONAS bila harga minyak naik. walaupun bukan PETRONAS yang tentukan harga minyak Malaysia. bila harga pasaran sedunia turun. orang semua buat tak tahu ja. kat PETRONAS. seperti biasa. jangan buat terkejut. kalau tiba² negara kita ni bangkrap. kita pun tahu. banyak duit yang disumbang daripada PETRONAS.

aku bukan la nak suruh naikkan harga minyak. tapi kena la berpatutan. dengan kos nak gali. peralatan dia bukan murah. nak maintain lagi.

apa² pon. semoga kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang. tidak berlarutan. huhu.

Friday, October 24, 2008

dulu dan sekarang

DULU.
aku ni asal dari penang. bila aku terpaksa ikut keluarga. pindah. ke johor bahru. mereka semua. gelak. kat aku. gelak sungguh² hati la.

"hang p la dok sana. dah nak tenggelam tu. selalu sangat banjir. hang tu dah la tak reti berenang.." kawan aku cakap. dan disambut. dengan ketawa kawan² yang lain.

aku terima.



SEKARANG.
bila aku dah duduk jb. tak ada la pulak inche banjir ni. tak pernah lagi la. sejak aku sampai ni. kat penang lak. tiba². banjir. selama ni tak pernah² banjir. pon.

hari itu. aku telefon. kawan aku. di penang.

"wo syok la hang. sekarang tengah banjir kan. hang tu memang suka berenang. mesti best." aku cakap.

kali ni. aku pulak ketawa.

Saturday, October 18, 2008

saya dan sekeping gambar

aku belek². gambar. kat friendster aku. haha. memang kalo tengok gambar². sambil layan lagu photograph [nickelback]. memang bole buat kau. eh bukan kau saja. aku skali. terharu. haha.

gambar ni. menarik perhatian aku. sebab. ada banyak cerita. berkaitan gambar. ni.



gambar ni. ditangkap. masa f5 dulu. hari ini. ada larian merdeka. kena la berlari. keliling taman. dekat soksek tu. macam selalu. kami. memang malas. nak kena lari². kena pakai baju sukan sekola yang tak lawa. sangat. nak kena pegang bendera sambil lari². argh. tapi. nak tangkap gambar. syok la. haha.

disebabkan kami malas sangat. maka. kami mengambil keputusan. untuk membuat. perarakan. sambil berbajet [maafkan tatabahasaku chegu shafei] cun. ya. berjalan. ketika orang lain. bersungguh². berlari. pelajar lelaki dilepaskan dahulu. kami pon. apa lagi. dari mula lagi. dah berjalan.tak lama lepas tu. cikgu lepas pelajar² perempuan lak. sangat hebat. boleh kata. kami sahaja. yang berjalan. aku lihat. adindaku. berlari. dengan penoh semangat. tanpa perasan. aku dok usha dia. haha.

memang seronok la. berjalan kaki. macam tu. chegu² yang menanti di checkpoint. sangat tension. menanti kami. datang. dan. apabila kami sampai. boleh pula kami melambai² bendera. dengan penoh perasaan bodo. mesti chegu² tu. marah. dah la sampai lambat. kami bole melambai² lak. memang tak guna betoi. anak murid sapa la ni ek. haha.

pelarian yang sepatutnya berakhir dalam masa 45 minit. menjadi perjalanan dekat sejam lebih. maka. masa yang lebih itu la. digunakan. para chegu. untuk menyimpan bara. terhadap kami. haha.

kami sampai. memang lambat. gila². masa tu. semua orang. yang menang. dah amek medal dah pon. memang. ya memang. kami sampai lambat gila. maka. semua chegu. melepaskan. bara yang disimpan. terhadap kami.

"hah kamu. ya kamu suma ni. lari padang. 4 round. cepat." cikgu fizik tu. dengan kamera dia. sangat style. menyuruh kami. berlari.

kami pon lari la. 4 round. lepas tu. kami berhenti.

"eh kamu ada lagi 1 round ni. cepat. "what the hell?" masa tu. tu jela. perkataan. bahasa inggeris. yang kami reti cakap. dengan fluent. dan bergaya.

dah la lari dalam hujan. memang kuyup ah.

apa² pon. hari tu. memang best.

Monday, October 13, 2008

pagi ini

aku telah buang aset penting. yang telah menabur bakti. menarik ramai awek. kepada aku. bukan nak kata tak bersyukur. tapi tak apa. nanti aset itu tetap akan kembali.

haha.

aku ingat. nak tunjuk la. dagu aku. yang sempoi. tapi. bila aku tangkap gambar. aku kaget. aku diam. aku. tak tau nak buat apa.

oleh itu.
semangat aku tadi. terpadam. begitu saja. maaf la. kalau nak tengok. nanti datang la kelas. ek.

haha

Saturday, October 11, 2008

kita dan tidur

===

"sebab pa kau suka tido?"
"tido tu memang best pa. aku sanggup tak p tengok sunrise."

"kalo hg suka tido. awat tak tido awal malam²? lagi lama hg bole tido."
".."

===
tak dinafikan tidur berkadar langsung dengan produktiviti kita sehari².
mari kita bersama² menjaga waktu tidur kita.

Thursday, October 9, 2008

bila mereka berbicara

utp adalah satu. institusi. yang boleh buat. lelaki turkmenistan. cakap bahasa melayu. dengan fasih. bukan cakap melayu baku saja. key-elle pon bole.

aku pula. lelaki melayu utara. yang tipikal. eh. bukan. yang tidak mudah. asimilasi. tidak mudah terpengaruh. dengan bahasa lain. itu janji aku. dengan azrin gol-x. ha ha.

ya. seperti dijangka. disebabkan bahasa aku. sedikit lain. maka. ramai la. yang tak berapa paham.

satu hari. sementara menunngu lecturer aku sampai. aku lepak. di luar dewan. kelihatan seorang. cina. kelas aku juga tu. aku pon. pegi la sembang. dengan dia. haha. aku menggunakan bahasa utara yang. agak susah bagi dia. nak paham. lepas tu. dia tanya aku.

"u ni orang mana eh?" dia cakap.
"u rasa?"

"KELANTAN!" dia cakap. semangat.

"wo."

Tuesday, October 7, 2008

kawan saya dan shinchan

shinchan adalah komik yang memang buat semua orang yang membacanya. ketawa. terbahak². berguling². pandai betul. yoshito usui-sensei.

***

hari itu. kelas 4Bestari. memang tak aman. macam la hari lain aman. tapi. hari ni. lain. sebab. ada satu. komik shinchan. terlepas masuk. dalam kelas itu.

dan. seperti biasa. 5 lelaki gagah. daripada 10. membaca. komik itu. bersama². ala. standard sbp la. baca ramai². kesemua mereka. tidak dapat. menahan. ketawa. mereka. memang gila². gelak kuat. membuatkan. lagi 24 daripada 30 ahli kelas itu. kalih. memandang. mereka.

tak lama. lepas tu. datang la. rakan² sekelas. yang lebih ni. untuk. menumpang.
1 kelas gelak.

tapi.

ada seorang ja. tak turut serta. membaca. shinchan. malah. beliau. berasa hairan. dengan kelakuan mereka itu.

oh. lupa nak bagitau. beliau ni. memang seorang yang sangat kuat belajar. tv pon. dia tak tengok. layan buletin utama. sahaja.

ok. kembali ke cerita asal. oleh kerana. beliau sedikit. terganggu. dalam usaha. membuat latihan biologi. beliau bingkas bangun. pergi ke kumpulan. manusia. yang bergelak ketawa itu.

"eh, korang baca ape tu?" beliau bercakap dalam bahasa ibunda beliau.
"shinchan" balas ketua kelas tersebut.
"ape yang seronok sangat tu ha?"beliau tanya lagi.
"nah. hang baca jela." ketua kelas berkata. sambil. menghulurkan komik itu.

beliau ambil. duduk.

1 kelas memerhatikan tindakannya. tak lama lepas tu.

"eh ni korang kate lawak. aku baca 1 cerita tak rase pape pon."

1 kelas tiba² jatuh pengsan. macam dalam komik.

***

ini memang cerita benar. kawan saya itu memang sangat berjaya dalam pendidikan beliau. saya sangat jeles. tapi. saya tak mau hilang deria gelak bila baca shinchan.

mengarut ketika bersendirian

akhirnya. aku menjawab tag. ini. bukan tag pertama aku. kedua sebenarnya. entahlah. kalau ikot. aku malas nak jawab tag ni.

tapi.

tak apa. bukan aku tak ada isu nak diceritakan. ka apa. cuma. sekadar menghabiskan masa. yang sangat terluang ni. OI! bila nak buat padaung? rilek la. enjoy dlu. haha

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
-telefon, kunci moto

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
-nasik lemak cafe v2

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
-masjid

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
-insyaAllah smpai bila2

5. Adakah anda di lamun cinta?
-haha. dah lama dah.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
-cafe v2. eh ni kira restoran ka?

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
-shinchan vol 36+37 sebelum naik bas semalam. ritu beli ayah kita bos ngan tuhan manusia

8. Apakah nama penuh kamu?
-Muhamad Azwan bin Bakhtiar Jamili

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
-secara jujo. mak

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
-Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

11. Christina atau Britney?
-2² aku xmau

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
-tak. sia² ada mesin kat sebelah bilik.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
-Mekah

14. Pelukan atau ciuman?
-2² best

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
-1. suka cakap mengarut
-2. dulu jual topup tapi dah stop sebab tak laku (betoi ka?)
-3. ade janggut skit
-4. rakan masjid yang xda rupa rakan masjid sangat
-5. rumet cerah

16. 8 perkara yang amat saya gilai
-1. blog
-2. makan
-3. minum
-4. naik moto clutch
-5. ym
-6. gtalk
-7. bercakap
-8. shinchan

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-1. Assalamualaikum!
-2. wowowowo~
-3. weh!
-4. dem²..
-5. bangun iqbal.. kelas ni..
-6. uwaa~
-7. aloha~
-8. ..

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
-1. Quran
-2. blog aku (kira buku kan?)
-3. blog orang lain
-4. shinchan vol 36-37
-5. ayah kita bos
-6. tuhan manusia
-7. chedet.com
-8. buku prospektus soksek

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
-1. coldplay
-2. franz ferdinand
-3. lagu nasyid yang tak jiwang
-4. Semua jenis nasyid selawat Rasulullah
-5. ..
-6. ..
-7. ..
-8. dah tak da pon. haha

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-1. kena blog dengan rajin
-2. kena belajar dengan rajin
-3. kena mula bersenam kembali
-4. janganlah kau membenci guru kau. nanti kau akan menyesal di kemudian hari.
-5. baca shinchan bole buat kau jadi pervert..
-6. duit syiling 5kupang sangat berharga
-7. bawak moto clutch
-8. kena bijik simpan duit.. haha


apa2 pon. aku malas nak tag orang lain. baik aku p makan. haha

Monday, October 6, 2008

Snippets

Aku. tengah blog. dalam bas. yang menuju. utp.

dalam. bas ni. ada ramai. budak utp. baru aku tau. ramai bdk utp. orang jb. eh. ya ka. ada gak. yang dok kat terengganu. naik kt jb gk. haha.

utp. tunggu aku! Banyak betul. assignment yang kena. buat. Dush2!

Thursday, October 2, 2008

Satu malam di malam raya

Malam ni. Aku. Xleh tido. Maka. Sahaja aku download opera mini. Seronok gak. Boleh aku blog guna telefon ajaib. Haha.

tapi. Aku tak tau. Berapa maxis cas aku. Kalau kering kredit. Punggah. Ranah. Apa2 pon. Sekarang ni. Liverpool tengah leading psv. Haha.

selamat hari raya.