Monday, December 29, 2008

busted mafia

peristiwa ni berlaku. masa awal semester kedua. foundation. dulu. masa paling sibuk. untuk menguruskan jadual. menyusun. mendaftar. mengemaskini. kami dikehendaki menulis nama. mendaftar. untuk makmal. ICIS. yang kami tau. berdasarkan jadual yang telah kami susun. hanya 1. ya 1. slot. yang bersesuaian dengan kami. yang lain penuh dengan clash. tak dapat tidak. kami perlu awal mengisi borang tersebut.

dikhabarkan. lecturer. telah melekatkan senarai kosong. di blok 2. di hadapan pintu masuk pejabat. dan kami. sedikit terlewat mengetahuinya. pada mulanya. keputusan diambil untuk bangun awal pada esok pagi. dan bersegera bergerak ke sana. untuk menulis nama. agar. tidak terdesak. memasuki slot lain. yang tidak seronok.

tapi. menyedari. bahawa. kami. tak akan mampu bangun awal. maka. ada seorang itu. memberi cadangan. agar. kami pergi sahaja ke sana. untuk pengetahuan. pada waktu cadangan itu. dibuat. jam menunjukkan pukul 115 PAGI. waktu tempatan. gila ka hapa nak p bangunan akademik. tak ada orang. memang bangunan dia menang anugerah. tapi memang takut la kalau duduk situ malam². haha.

erM. memang memeningkan kepala. namun. menyedari hakikat. yang telah diberitahu dalam perenggan sebelumnya. kami kuatkan semangat. ada 3 moto. 6 orang. aku. iqbalmon. duwemon. supimon. nikmon. annaimon. bergerak ke sana. kami melalui jalan belakang. kerana memang tiada orang. dan tak mau sekuriti. kantoikan kami. oleh itu. dah alang². kami pon. buat² lupa pakai helmet. hehe.

setelah merempit selamat 10 minit. [woh jauh betoi. tapi memang benar]. kami pon tiba ke destinasi bajet kami. untuk mengelak dari dikesan. kami meletak moto. di bawah bangunan. hehe.

tapi.

kami telah melakukan kesilapan agung. menaiki lif yang akan berbunyi bila dah sampai kat tingkat dikehendaki. memang akan membawa musibat alam. dan kami masih tidak menyedari. ketika 2 orang pakcik sekuriti. yang takut². datang ke arah kami. sedang kami menulis nama. kami pon. buat kesilapan agung kedua: berposing ketika menulis nama juga membawa musibat alam. akibatnya. ketika tinggal 1 lagi nama sahaja untuk ditulis. lif bebunyi.

DING!!

argh. damn. macam mana ni. kami cuak. takkan nak main lari² kot.

maka kami hanya kaku. membuat muka comel. dan cuak. melihat keadaan kami sedemikian rupa. pak cik sekuriti itu tiba² berubah. dari cuak kepada bengis. akhirnya dia menyedari kami bukan makhluk halus. seperti yang diberitahu rakan setugasnya yang berada di bawah. yang juga cuak. dan tak sanggup naik ke atas.



PAKCIX : hey! apa kamu buat ni ha? tau tak sekarang dah pukul berapa?

diam seketika.

ANNAIMON : kami datang nak tulis nama ja pak cik.

PAKCIX : ah tarak². lepas pukul 12 tempat ni jadi kawasan larangan. kalau nak datang. kena da sekuriti escort.

NIKMON : lorr.. mana la kami tau. lagipon kami datang nak tulis nama ja.

PAKCIX : hey samseng. jangan nak buat kepala kat sini. kad matrik mana?


apa kes dia mintak kad matrik tengah² malam ni?

apa² pon. kami dibebaskan tanpa ikat jamin. hanya amaran keras daripada pakcik² sekuriti. dalam setengah jam tu saja kami dah langgar 5 peraturan utp:

a)menceroboh kawasan akademik tengah² malam.
b)tidak membawa kad matrik.
c)tidak berpakaian mengikut protokol [sapa nak pakai baju kolar dengan kasut tengah² malam buta?].
d)merempit.
e)tak memakai helmet ketika merempit.

maka. sebagai hukuman. kami kena tolak. moto. dari blok 2. sampai v2. kali ni. kami tak lalu jalan belakang dah. haha.


Thursday, December 25, 2008

program gagal

menjelang hujung tahun. aku perasan. aku dapat tau. ukur lilit perut aku. bertambah. eyy. geli betoi la. sekali lagi. macam ni. saiz pinggang aku bertambah. oh~. ini bermaksud. program menguruskan badan. yang aku usahakan. selama hampir setahun. telah berjaya. menggagalkan aku.

aku runsing.

aku keliru. aku tak dapat. menerima. kenyataan ini. terasa nak hentikan saja. program aku tu. tapi. sebelum tu. aku kena faham kenapa. dan. mencari hikmah.

oleh itu. aku pergi mencari. seseorang. yang mengalami masalah serupa dengan aku. walaupon. dia bukan peserta program aku tu. ala. kawan aku yang ada peti ajaib tu la. haha.

"weh, hang pon dah gemok macam aku. tapi. sebab apa hang boleh dok rilek lagi ha?" aku.
"gemok? (mengusap perot sendiri) ini bukan gemok." dia.

"ha? macam ni pon tak gemok ka." aku. sangat tak percaya.
"memang la. kalau orang biasa tengok. nampak boroi. tapi. depa tak tau. hikmah dia.

"apa lak hikmah dia?" aku. hairan.
"ni ha. (tampar perot sendiri) ni bukan sebarang gemok. ni LAMBANG KEMAKMURAN." dia. menggelikan aku.

ha? aku terdiam. berfikir. betoi juga. kiranya. makan cukup. tidur cukup. pakai cukup. enjoy saja hidup.

hidup kena riang. hati kena senang. haha.

oleh itu. aku nak teruskan balik program aku ni. tak payah pening² pasal saiz badan. yang penting. badan sihat. dan ada orang sayang. haha.

Wednesday, December 24, 2008

hujan yang turun~

pagi tadi. pukul 520. mesej masuk. dinda cakap. dia dah selamat sampai rumah. wah. sensitif sungguh aku. mesej masuk pon. dah boleh terjaga.

oh tidak.

bukan mesej itu puncanya. masa mesej tu masuk. aku memang dah separa sedar. kenapa? hujan lebat beb. katil aku tepi tingkap. serius. sejuk. sejuk keding. haha. aku bermesej dengan dinda. sampai masuk waktu subuh. kat penang. sebab subuh kat johor awal. haha. lepas solat. aku tidur balik.

aku bangun pukul 8. aku nak kena pergi latihan bawak keta. heh. lambat betul aku ambil lesen. aku tengok. kat luar. hujan. masih lebat. macam pagi tadi. macam mana aku nak p berlatih ni? hee. bila aku cakap kat mak aku. yang aku tak mau p. terus aku kena fire. padan muka.

oi. hujan lebat sangat ni. pakai sweater pon masih sejuk. dinda cakap lemak aku kurang. mana ada kurang. taburan lemak tak sekata la. dinda ni. pandai² ja. haha.

aku selesaikan latihan intensif seperti jadual. lepas tu aku balik rumah. masa tu. hujan dah berhenti. sepanjang petang aku dok rilek. bermesej. bermain fifa09.

menjelang pukul 630. tiba² gelap. aku nak tengok key kat keyboard pon susah. aku dah rasa semacam. tindakan perlu diambil. aku segera mandi. hari ni aku mandi awal. sebelum pukul 7. masa aku keluar. aku lihat. memang dah hujan. lebat. wo. masa aku mandi tu. memang macam mandi air terjun. sejuk.

dan. sehingga post ini ditaip. hujan lebat masih berlangsung di sini. pesanan buat kapten nana. kalau hujan tak berhenti jugak. nanti kita belajar berenang sama² ek. haha.

Wednesday, December 17, 2008

mandi pagi

pagi ni. aku masuk bilik air.

aku nak mandi. aku buka shower. aku capai sabun.
aku nak cuci muka. aku dapatkan pencuci muka.
aku nak syampu. aku ambil. syampu la.
aku nak gosok gigi. aku ambil ubat gigi. aku ambil berus gigi.

eh?

mana berus gigi aku ni? ala. malas la nak ambil kat luar. isy. macam mana ni. mulut kena cuci jugak. kalau tak. tak seronok makan. nak sembang dengan orang lain pon susah. haha.

penyelesaian harus dicari. segera.

aku tengok ubat gigi aku. colgate. dengan cecair kalsium. wo. teknologi baru. sekurang²nya. untuk orang yang tak ambil tau sangat pasal produk² kesihatan dan kecantikan ni.

erM. aku berfikir lagi.

eh. kalau aku masukkan ubat gigi ni. dalam mulut aku.lepas tu. aku kumur². macam lysterine. [maafkan kesalahan ejaan aku ni]. rasa². berkesan tak?

kalau tak. cepatla. cipta ubat gigi. yang tak perlukan berus gigi. hehe

Friday, December 12, 2008

Kalendar

sekarang. bulan 12. minggu kedua. masa ini la. ramai orang. akan mendapat. dan menuntut. kalendar. percuma. dari sebarang kedai. cakap saja. kedai makan. kedai runcit. kedai buku. kedai basikal pon. turut mengambil bahagian. dalam acara memberi kalendar percuma ini. ada jugak yang suro kita beli barang dulu baru dapat kalendar. ada jugak yang suro kita beli kalendar tu. Haha

kalendar ada banyak jenis. pelbagai saiz. rekabentuk. warna. tema.

ada gambar pemandangan. motosikal. kereta. awek2. macam2. tapi. semua kalendar ni mesti ada tulis nama kedai tu. tak kira la bercetak atau bercop. promot2. Haha

ya. disebabkan ada banyak jenis kalendar. maka mesti ada yang fevret. selalu orang letak kalendar dari kedai cat. gambar cat ICI. warna warni. kat sini kalendar bertindak sebagai hiasan penyeri rumah.

tapi.

kita p la rumah siapa pun. dalam malaysia ni. tak mungkin tidak. kita mesti jumpa kalendar kuda. tau kalendar kuda tak? Ala yang kat hari minggu tu ada gambar orang lumba kuda tu. ringkas saja. tak ada la lawa mana pun. tapi tetap jadi pilihan.

sejak zaman berzaman.

ingat aku buat lawak? Cuba tengok filem p.ramlee. seniman bujang lapok. adegan yang tunjuk depa 3 orang p jumpa manager tu. kat dinding pejabat dia. lekat kalendar kuda tu. design dia sebijik macam yang kita guna sekarang. Tapi orang masih suka guna. Haha.

kadang2 benda lama memang bagus. kan?

mari mengutip kalendar!

Tuesday, December 9, 2008

kebetulan yang buat kita berfikir

malam tadi aku tengok cerita criminal minds kat 8tv. tunjuk pasal sorang laki ni bunuh orang. tapi buat macam mangsa tu bunuh diri. hebat betoi laki ni. Haha.

bila dh habis. tukar buka tv1. tunjuk cerita p.ramlee. aku tak tau tajuk. tak pernah tengok. cerita p.ramlee yang sedih memang aku tak tengok. ada adegan tunjuk perempuan yang kejar p.ramlee kena langgar kereta api. sebab kaki dia tersepit kat rel. masa tu p.ramlee tengah dalam perjalanan p terjun tebing tinggi. bunuh diri gak. selamat tak jadi.

lepas tu tukar saluran lagi. kali ni cerita hongkong. tv2 kot. adegan mula dia pon. tunjuk laki terjun bangunan.

aiya. banyak betul adegan bunuh diri ni. dah la kes2 ni kat malaysia ni makin meningkat. ya semua tu kebetulan. tapi. memang buat aku berfikir la.

ya Allah. janganlah kau pesongkan akidah kami. Amin~

Thursday, December 4, 2008

Siapa #2?

Hari itu. Kami balik. dari kelas. menuju. ke dewan makan. dalam perjalanan. kami akan singgah kat papan kenyataan. selalunya. kami baca surat khabar. yang. Pak halim tolong tampal.

wo. STROKE PEMBUNUH NOMBOR SATU RAKYAT MALAYSIA

kami semua. sangat takut. macam tak pernah dengar sangat. pasal penyakit ni. Sakit jantung tau la.

eh.

Bukan sakit jantung ka. pembunuh utama rakyat kita. ha?

aku ada jugak baca.

Darah tinggi pembunuh no 1..

kencing manis juga.

kanser pon.

adoi.

'Kalau semua nombor 1. siapa nombor 2 ha? 'gori tanya.

macam biasa. semua tak tau. nak jwb apa.

'jom makan la. Lapaq ni' fizi cakap.

maka sesi pembentangan falsafah bersama profesor gori ditangguh. sehinga habis makan. Tapi. nampaknya. selepas 2 tahun. mungkin 3 sebenarnya. tak ada siapa yang ingat.

kau tak akan jemu makan di dewan makan. walaupun makanan sangat tak best.

haha!