Monday, December 29, 2008

busted mafia

peristiwa ni berlaku. masa awal semester kedua. foundation. dulu. masa paling sibuk. untuk menguruskan jadual. menyusun. mendaftar. mengemaskini. kami dikehendaki menulis nama. mendaftar. untuk makmal. ICIS. yang kami tau. berdasarkan jadual yang telah kami susun. hanya 1. ya 1. slot. yang bersesuaian dengan kami. yang lain penuh dengan clash. tak dapat tidak. kami perlu awal mengisi borang tersebut.

dikhabarkan. lecturer. telah melekatkan senarai kosong. di blok 2. di hadapan pintu masuk pejabat. dan kami. sedikit terlewat mengetahuinya. pada mulanya. keputusan diambil untuk bangun awal pada esok pagi. dan bersegera bergerak ke sana. untuk menulis nama. agar. tidak terdesak. memasuki slot lain. yang tidak seronok.

tapi. menyedari. bahawa. kami. tak akan mampu bangun awal. maka. ada seorang itu. memberi cadangan. agar. kami pergi sahaja ke sana. untuk pengetahuan. pada waktu cadangan itu. dibuat. jam menunjukkan pukul 115 PAGI. waktu tempatan. gila ka hapa nak p bangunan akademik. tak ada orang. memang bangunan dia menang anugerah. tapi memang takut la kalau duduk situ malam². haha.

erM. memang memeningkan kepala. namun. menyedari hakikat. yang telah diberitahu dalam perenggan sebelumnya. kami kuatkan semangat. ada 3 moto. 6 orang. aku. iqbalmon. duwemon. supimon. nikmon. annaimon. bergerak ke sana. kami melalui jalan belakang. kerana memang tiada orang. dan tak mau sekuriti. kantoikan kami. oleh itu. dah alang². kami pon. buat² lupa pakai helmet. hehe.

setelah merempit selamat 10 minit. [woh jauh betoi. tapi memang benar]. kami pon tiba ke destinasi bajet kami. untuk mengelak dari dikesan. kami meletak moto. di bawah bangunan. hehe.

tapi.

kami telah melakukan kesilapan agung. menaiki lif yang akan berbunyi bila dah sampai kat tingkat dikehendaki. memang akan membawa musibat alam. dan kami masih tidak menyedari. ketika 2 orang pakcik sekuriti. yang takut². datang ke arah kami. sedang kami menulis nama. kami pon. buat kesilapan agung kedua: berposing ketika menulis nama juga membawa musibat alam. akibatnya. ketika tinggal 1 lagi nama sahaja untuk ditulis. lif bebunyi.

DING!!

argh. damn. macam mana ni. kami cuak. takkan nak main lari² kot.

maka kami hanya kaku. membuat muka comel. dan cuak. melihat keadaan kami sedemikian rupa. pak cik sekuriti itu tiba² berubah. dari cuak kepada bengis. akhirnya dia menyedari kami bukan makhluk halus. seperti yang diberitahu rakan setugasnya yang berada di bawah. yang juga cuak. dan tak sanggup naik ke atas.



PAKCIX : hey! apa kamu buat ni ha? tau tak sekarang dah pukul berapa?

diam seketika.

ANNAIMON : kami datang nak tulis nama ja pak cik.

PAKCIX : ah tarak². lepas pukul 12 tempat ni jadi kawasan larangan. kalau nak datang. kena da sekuriti escort.

NIKMON : lorr.. mana la kami tau. lagipon kami datang nak tulis nama ja.

PAKCIX : hey samseng. jangan nak buat kepala kat sini. kad matrik mana?


apa kes dia mintak kad matrik tengah² malam ni?

apa² pon. kami dibebaskan tanpa ikat jamin. hanya amaran keras daripada pakcik² sekuriti. dalam setengah jam tu saja kami dah langgar 5 peraturan utp:

a)menceroboh kawasan akademik tengah² malam.
b)tidak membawa kad matrik.
c)tidak berpakaian mengikut protokol [sapa nak pakai baju kolar dengan kasut tengah² malam buta?].
d)merempit.
e)tak memakai helmet ketika merempit.

maka. sebagai hukuman. kami kena tolak. moto. dari blok 2. sampai v2. kali ni. kami tak lalu jalan belakang dah. haha.


8 comments:

ridhwan said...

soksek..aku bawak helmet..tibe2 ade dalam bonet moto..ekekekek..~(belot2)..

sambungan besowk nye citer pown ad gak r soksek..annaimon memaksekan diri bangown awal gak sebab nk tulish saki baki nme yang x ditulis..tenkiu annai..~

Rizal Yusof [© REJECTshot 2009] said...

Steady la weh azwan!!!
Samseng dari bayan lepas!!!
Huhuhuh...

-azwanbakhtiar- said...

-duwemon
hehe.. saja xmau cita.. part annaimon tu xda aku.. so xbest.. haha

-rizalmon
haha.. kita memang otai bayan lepas.. huhuh

Niviey16 said...

uih..

kalu aku..

sanggup aku x pergi.. cuak weh..

aRa_HaNi said...

salam..tumpang lalu..
mcm mat rempit kena tangkap je=P

-azwanbakhtiar- said...

-olimon
kami p ramai2.. layan ja.. haha

-farahmon
wsalam.. best gak a wat jahat kadang2.. hoho

Suka Bebel said...

skema giler utp rupanya.hehe...aku kat UM dulu lepak kat fakulti sampai pagi pun takde sape kesah.slamat tahun baru!

-azwanbakhtiar- said...

-bebelmon
ala skema la sangat.. pakcix2 tu memang saja suka cari pasal dgn student.. keja nak saman ja..

oh baru aku tau dulu hg UM.. hee