Friday, December 12, 2008

Kalendar

sekarang. bulan 12. minggu kedua. masa ini la. ramai orang. akan mendapat. dan menuntut. kalendar. percuma. dari sebarang kedai. cakap saja. kedai makan. kedai runcit. kedai buku. kedai basikal pon. turut mengambil bahagian. dalam acara memberi kalendar percuma ini. ada jugak yang suro kita beli barang dulu baru dapat kalendar. ada jugak yang suro kita beli kalendar tu. Haha

kalendar ada banyak jenis. pelbagai saiz. rekabentuk. warna. tema.

ada gambar pemandangan. motosikal. kereta. awek2. macam2. tapi. semua kalendar ni mesti ada tulis nama kedai tu. tak kira la bercetak atau bercop. promot2. Haha

ya. disebabkan ada banyak jenis kalendar. maka mesti ada yang fevret. selalu orang letak kalendar dari kedai cat. gambar cat ICI. warna warni. kat sini kalendar bertindak sebagai hiasan penyeri rumah.

tapi.

kita p la rumah siapa pun. dalam malaysia ni. tak mungkin tidak. kita mesti jumpa kalendar kuda. tau kalendar kuda tak? Ala yang kat hari minggu tu ada gambar orang lumba kuda tu. ringkas saja. tak ada la lawa mana pun. tapi tetap jadi pilihan.

sejak zaman berzaman.

ingat aku buat lawak? Cuba tengok filem p.ramlee. seniman bujang lapok. adegan yang tunjuk depa 3 orang p jumpa manager tu. kat dinding pejabat dia. lekat kalendar kuda tu. design dia sebijik macam yang kita guna sekarang. Tapi orang masih suka guna. Haha.

kadang2 benda lama memang bagus. kan?

mari mengutip kalendar!

4 comments:

lazy_rasta said...

saja singgah....bleh thn blog ni..

peace... :D

Mrs Camillo said...

comel...=)

circuit-fighter said...

hahah.
tp kn last yer.
pnya la aku dok cri kt rmh
tp xda pn kalendar2 free b'lebihan.
sll nya blmbak2 kalendar kt sna sni dlm rmh.
aku pn pelik.
n ksudahannya spnjang 2008 aku hidup tnpa kalendar[kalendar yg sbna kalendar la]. depends kt hp ja.
tp utk 2009. aku dh b'jaya dpt kalendar yg lawa.
haahaha
...xda keja

Jessica said...

hey! saya link blog anda! :D