Saturday, January 31, 2009

mari menendang AdamTZM

kalau hangpa tengok status ym dan googletalk aku dalam 2 hari ni. aku ada cakap aku nak tendang AdamTZM. siapakah dia? itu tak penting. haha.

enjoy!



haha

Thursday, January 29, 2009

kebenaran yang buat kita berfikir

kita. perlu berbuat baik. kepada semua. makhluk ciptaan Allah. terutamanya. yang bernyawa.

klik sini. lepas tu klik la link yang berkaitan dengan entri tersebut.

semoga kita dapat berfikir sejenak. hehe

Sunday, January 25, 2009

ketidakkonsistenan

hari itu. ada orang tanya aku.

diamon : weh sebab apa entri² hang tak konsisten? sat pendek sat panjang. tak syok ah.

akumon : erM..

ketika itu. aku teringat. kata² aluan. dalam blook 'Ayah Kita Bos'. yang memetik. kata² Dr Ismail Thambi. pakar sakit tuan. yang kita sayangi.

"yang penting bukan panjang atau pendek. tetapi kepuasan."

ya. itu prinsip yang aku pegang. wakaka.

Thursday, January 22, 2009

peringatan

sehari kau tak berak. nescaya seharian kau tak akan mampu ketawa secara ikhlas.

Friday, January 16, 2009

penyampaian berkesan

dewasa ni. kita banyak menggunakan perkataan inggeris. dalam perbualan kita sehari². kalau kita tengok spaQ. nampak hebat betul. kalau cakap guna inggeris. sampai penulis sarikata kat bawah tu keliru nak taip apa.

lagi satu. penggunaan bahasa inggeris ni memudahkan penyampaian. sebab tak dapat cari perkataan melayu sesuai. ataupun mahu ringkas. ianya lebih senang untuk menggunakan perkataan handphone daripada telefon bimbit. atau telefon mudah alih.

ada juga yang suka guna perkataan inggeris ni sebab nak nampak hebat. yela. dia budak sekolah hebat. maka berbahasa inggeris membuatkan kau sangat hebat. bangga wo.

tapi.

kalau difikirkan balik. perkataan inggeris yang digunakan tu. tak adalah hebat sangat. kebanyakannya perkataan biasa.

contoh.

dulu pernah ada filem hollywood yang bertajuk "THE CAVE". kalau ikut terjemahan kamus oxford fajar. yang terjual hampir berjuta² cetakan itu. sepatutnya menjadi "GUA ITU". tapi. disebabkan tidak kelihatan hebat bagi penonton malaysia. terjemahan tajuk (di bawah tajuk asal) menjadi "GUA PUAKA". apakah itu?

lagipun. adalah senang. untuk membicarakan sesuatu. dalam bahasa inggeris. mengucapkan "i love you" adalah lebih mudah daripada "saya cintakan awak". mungkin menggunakan bahasa melayu memperlihatkan kegagalan anda dalam gaya. walaupun maknanya sama.

kita juga dapat lihat betapa senangnya orang mengucapkan "i'm sorry". tapi sangat sukar untuk menggunakan "minta maaf". bagi aku. kalau orang tu cakap "i'm sorry". dia tak cukup ikhlas. kalau "minta maaf" tu. insyaAllah dia memang bersungguh.

apa yang aku nak cakap?

1. bahasa inggeris bukanlah bahasa agung. ia cuma bahasa antarabangsa yang memudahkan komunikasi. antara kau. dan lelaki turkmenistan. yang tak tau jalan nak ke kedai gunting rambut.

2. tak salah nak guna dalam perbualan seharian. tapi. kena guna secara lengkap. tak perlu rojak di sini. setakat menggunakan beberapa perkataan yang sesuai sudah cukup.

3. nak buat sesuatu kena ikhlas. orang boleh tau kalau kau buat kerja tak ikhlas. bukan susah sangat nak nampak.

4. jangan malu nak berbahasa melayu. kalau kau malu. kira kau malu jadi orang melayu la. wakaka. tapi kena ikut tempat la jugak. takkanlah nak sembang dengan lelaki chad pun nak cakap melayu. itu ayam bercakap dengan itik. haha.

sekian.

Monday, January 12, 2009

HAPPY BATCH DAY!!

hari ni. ulang tahun. ketujuh. pada tarikh yang sama. 7 tahun lalu. budak² batch aku. 0206. mendaftar. sebagai pelajar baru. soksek. atau nama panggilannya SMSTSSS. masa ni la aku mula kenal dunia. jauh dari ibu bapa.




yeah. masa ni aku teringat. program orientasi. yang mempunyai motif. tapi aktiviti² dia. sangat mencabar kewarasan. sama la macam hukuman naqib². kat kawan aku tu.

petang tu. sebelum maghrib. kami semua kena beratur. kat bawah asrama. pengawas² bagi kami tag nama. yang diperbuat daripada. biskut hup seng. yeah. biskut 4 sagi bak kata syahir. biskut itu ibarat nyawa. sebarang kejadian buruk terhadap biskut itu. akan membawa musibat alam yang hebat. kepada kami.

operasi burung hantu. OBH. juga merupakan aktiviti yang mengarut. malam yang sengaja digunakan untuk membubuh budak² baru. dihentamnya dengan kayu hoki. memang tak sakit zahir. tapi batin sapa yang tahu. haha.

tapi aktiviti yang paling aku ingat. sebab paling mencabar. adalah aktiviti. mendaki bukit mertajam. malu la jadi budak soksek kalau tak pernah panjat bukit mertajam. yeah sangat mencabar aku. sebagai budak comel(ketika itu). yang dah lama tak bergerak aktif. hehe.

aktiviti seminggu tu. termasuk dalam kenangan yang paling indah bagi aku kat soksek. aku tak ada gambar untuk letak dalam entri ni. dah lama. hehe.

yang penting. memori itu tak akan terpadam. insyaAllah.

HAPPY BATCH DAY!! semoga persahabatan kita berterusan. sampai bila². amin~

kemaskini
sedikit gambar masa sekolah. haha..





teori kerelativitian masa

bila kau tunggu awek. yang tak sampai². kau akan berasa. sangat lambat masa berlalu.
bila kau tengah dating dengan awek kau. kau rasa cepat sangat.
pulak dah.

bila cuti baru bermula. kau cakap. "eh cuti lama neh. boleh enjoy".
bila cuti dah nak habis. "oi cuti dah nak habis ka? tak rasa apa pun".

yeah. masa berlalu. tanpa kita sedar. tengok². dah nak habis masa. yang kita ada. untuk hidup. uih. banyak lagi benda kita tak capai rupanya.

yeah lagi. aku dah pernah rasa berjaya. pernah rasa gagal. aku rasa hampir sempurna. wakaka.

PEMBERITAHUAN
post ini adalah post tanpa motif. cuma aku mimpi tengah menulis post ni masa tidur malam tadi. wakaka.

hargailah masa yang kita ada di dunia ini.

sedangkan nabi nuh as yang hidup dekat 1000 tahun pun cakap hidup dia tu. umpama hang balik rumah. masuk pintu depan. keluar pintu belakang. (betulkan jika tersilap). oh sungguh singkat masa tu. hee

Thursday, January 8, 2009

drastikalisme

mulai entri ini. blog ini akan dikemaskini dalam frekuensi yang sangat rendah.

harap maklum.

Wednesday, January 7, 2009

crossbar

petang tadi. aku tak tau nak buat apa. buka footytube. tengok video yang ada. yang baru. dalam banyak². 1 vclip sangat menarik perhatian.

the best crossbar challenge..



hehe

Tuesday, January 6, 2009

BABI LAUT!!

dalam entri ni. ada banyak yang aku nak cakap. tapi tak boleh. bukan. tak dapat. sebab. benda² ni. tak terucap dengan kata². more than words.

ya. aku akui. aku termasuk. dalam golongan ignorant. yang kurang mengambil kisah. hal orang. tambah² palestin. sebab. jauh. bukan ada apa aku boleh buat. pun.

tapi.

berdasarkan buletin utama semalam. dah disahkan. oleh doktor. bahawa. mangsa² serangan bom. mempunyai kesan. uranium. aku buka buku kimia spm. jumpa persamaan.

uranium ----> radioaktif ----> kalau tak mati. bawak kesan panjang.

haram ah. ini. tak boleh dibiarkan macam tu saja. akhirnya. aku buat. research. aku perlu tau. apa patut aku buat. maka. tak lama lepas tu. aku jumpa. 1 cara.

dulu.

aku pernah cakap. boikot ni. idea jangka pendek. tak berkesan sangat. tapi sekarang aku dah paham. bukan tak berkesan sangat. tapi ada perubahan.

oleh itu aku nak senarai la syarikat² yang bersalah. kalau setakat McD KFC tu orang dah tau. ni nak tunjuk yang lain²..

- johnson+johnson
- disney
- danone
- nokia [ha apakah aku kena buang n73 aku?]
- team bola arsenal

woh. erM. banyak lagi dalam list. sila klik sini untuk maklumat lanjut. macam mana pon. nak boikot ka tak. tu suma hak masing² la kan. terpulang. tapi aku percaya. nilai moral masyarakat malaysia masih tinggi. walaupon sosial macam haram. dan aku juga percaya. tak mati kalau tak p makan McD dalam seminggu.

dan aku yakin. arsenal tak boleh menang la. jangan berangan la woi.

KEMASKINI..
tadi aku tengok blog kak aiman. aku tertarik dengan vclip yang dia + geng² dia wat.. tengok la ek..



apa² pon.. SILENCE IS NOT AN OPTION..

Sunday, January 4, 2009

memakai tali pinggang keledar di belakang~

sebagai seorang lelaki yang akan mengambil ujian jpj khamis depan. aku mengikut undang² baru itu. dengan hati yang sangat. terbuka. syok jugak pakai tali pinggang ni. bukan tak selesa sangat. ok ja. hehe.

selepas 5 minit perjalanan. aku mula terasa lain. aku tengok. tali pinggang itu. mencari apa yang tak kena. aku nampak. erM.
bentuk perut yang sangat ketara. adoi. tak syok la macam ni. segan i. haha..

tapi kena pakai la jugak. takut kena saman. wakaka

Saturday, January 3, 2009

kekesalan sekolah

sepanjang zaman persekolahan aku kat soksek. ada beberapa benda yang aku agak kesal. sebab aku tak dapat buat. tak mampu nak capai. erM. pelbagai

1. tak dapat jadi kapten sekolah. haha
2. tak dapat nak rasa HKSBP kebangsaan. huu
3. tak dapat tulis mural "TRIPLEVERSE UNLIMITED 0206" kat belakang kantin
4. tak pernah fly. skemanya saya.
5. tak pernah gado dengan akak² dewan makan. wakaka.
6. tak ngorat dinda awal². huhuh
7. tak dapat curi buku library. walaupun aku tau aku tak akan jumpa dah buku tu kat mana². uwaa~

so kepada sesiapa yang pernah jumpa buku KANAK² KACA cetakan 197*. sila la bagitau aku. aku nak pinjam. baca tak habis lagi tu..


APA KEKESALAN SEKOLAH ANDA?

Thursday, January 1, 2009

kawan saya dan naqib beliau

semalam. midimon. telefon aku. wow. tiba². ajak aku. p sambut tahun baru. ya betul. dia dah lupa. sekarang aku kat jb. apa² pon. terima kasih.

lepas dia telefon. tiba². aku teringat. kisah yang jadi suatu masa dulu. masa tu. kami masih budak hingusan. kat soksek. masih dalam jagaan naqib². form 4.

kisahnya begini. masa tu. kami. budak² form 1 dan form 2. digalakkan. untuk menunaikan solat sunat selepas solat maghrib. dah jadi macam kewajipan dah pon. semua macam dah terbiasa. bagus jugak sistem ni.

satu hari. ada 1 geng ni. tak buat solat sunat. saja duduk². rilek. letih bermain pada sebelah petang kot. entah.

tapi. seorang abang naqib. yang telah menyedari perkara tersebut. maka. dia. bersegera. mendapatkan 1 geng itu. walaupun ibadat tu sunat. tapi kena marah. macam dah buat dosa besar ja.

dan sebagai hukuman. 1 geng tu kena SOLAT TAUBAT BERJEMAAH. serta merta. woh!

sampai sekarang kami masih tak paham rasional hukuman tu. erM.