Friday, January 16, 2009

penyampaian berkesan

dewasa ni. kita banyak menggunakan perkataan inggeris. dalam perbualan kita sehari². kalau kita tengok spaQ. nampak hebat betul. kalau cakap guna inggeris. sampai penulis sarikata kat bawah tu keliru nak taip apa.

lagi satu. penggunaan bahasa inggeris ni memudahkan penyampaian. sebab tak dapat cari perkataan melayu sesuai. ataupun mahu ringkas. ianya lebih senang untuk menggunakan perkataan handphone daripada telefon bimbit. atau telefon mudah alih.

ada juga yang suka guna perkataan inggeris ni sebab nak nampak hebat. yela. dia budak sekolah hebat. maka berbahasa inggeris membuatkan kau sangat hebat. bangga wo.

tapi.

kalau difikirkan balik. perkataan inggeris yang digunakan tu. tak adalah hebat sangat. kebanyakannya perkataan biasa.

contoh.

dulu pernah ada filem hollywood yang bertajuk "THE CAVE". kalau ikut terjemahan kamus oxford fajar. yang terjual hampir berjuta² cetakan itu. sepatutnya menjadi "GUA ITU". tapi. disebabkan tidak kelihatan hebat bagi penonton malaysia. terjemahan tajuk (di bawah tajuk asal) menjadi "GUA PUAKA". apakah itu?

lagipun. adalah senang. untuk membicarakan sesuatu. dalam bahasa inggeris. mengucapkan "i love you" adalah lebih mudah daripada "saya cintakan awak". mungkin menggunakan bahasa melayu memperlihatkan kegagalan anda dalam gaya. walaupun maknanya sama.

kita juga dapat lihat betapa senangnya orang mengucapkan "i'm sorry". tapi sangat sukar untuk menggunakan "minta maaf". bagi aku. kalau orang tu cakap "i'm sorry". dia tak cukup ikhlas. kalau "minta maaf" tu. insyaAllah dia memang bersungguh.

apa yang aku nak cakap?

1. bahasa inggeris bukanlah bahasa agung. ia cuma bahasa antarabangsa yang memudahkan komunikasi. antara kau. dan lelaki turkmenistan. yang tak tau jalan nak ke kedai gunting rambut.

2. tak salah nak guna dalam perbualan seharian. tapi. kena guna secara lengkap. tak perlu rojak di sini. setakat menggunakan beberapa perkataan yang sesuai sudah cukup.

3. nak buat sesuatu kena ikhlas. orang boleh tau kalau kau buat kerja tak ikhlas. bukan susah sangat nak nampak.

4. jangan malu nak berbahasa melayu. kalau kau malu. kira kau malu jadi orang melayu la. wakaka. tapi kena ikut tempat la jugak. takkanlah nak sembang dengan lelaki chad pun nak cakap melayu. itu ayam bercakap dengan itik. haha.

sekian.

14 comments:

eli.Suhaili said...

aku setuju.

tang minta maaf tu plg aku rse kena dgn aku. kalu igt blik, senang je ckp sori kat org, klu maaf tu susah sikit nk sebut, sbb takut org igt kita ckp baku.

*melayu segan ckp bahasa baku, sbb takut nanti org perli. haiish~

-azwanbakhtiar- said...

-elimon
apa nak malu guna bahasa sendiri. orang jepun tak malu pon. walaupun kita selalu gelak bila tengok video depa cakap inggeris.. haha

-lynamon
ikut tempat dan situasi. ok nanti aku edit. haha..

kira ok la hg cakap inggeris dengan orang chech dia nganga. kalau hang cakap melayu takut dia cakap hang mencarut la plak.

emmatomei said...

aku stuju tp kn, klo kite lbeh2 mst org ckp kite perasan pandai....

hmm part telefon bimbit tu aku stuju gak...hp aku slalu tertinggal, then aku suh nora amkkan. tak ah terbelit lidah aku nk ckp telefon bimbit, panjang sngt... hahahaha

satu lg klo aku buat salah aku jus say sorry ja.... tak ah panjang kne ckp saya mintak maaf... huhuhu skema siot :)

-azwanbakhtiar- said...

-emmatomeimon
apa yg 'lbeh2 mst org ckp kite perasan pandai....'?

ikot kesalahan la.. kalau kecik2 tu xpa.. kalo salah besar2 ni. guna sorry tu nampak kurang manis skit.

emmatomei said...

ye ah... bile kite speaking ada org cakap kite ni berlagak pandai....

hmm btl2 :)
"soryy azwan" hehehehe

CAHAYA said...

haha. itu lah dia.

contoh:

1) tolong tutup pintu pagar.
-tolong tutup gate.

2) saya kemalangan.
-woi, aku accident.

dan banyak lagi. rakyat Malaysia lebih senang ber'english' gitu. haha.

-azwanbakhtiar- said...

-emmatomeimon..
yup. memang pon. sebab tu bahasa inggeris kita tak akan maju. takut kena perli. kita nak cakap gak. tapi segan. so. jadi rojak. tak nampak berlagak sangat.

haha mana boleh maaf macam tu ja..
hoho

-kak cahaya..
woi, aku accident? terbaik! haha

t a r o said...

haha aku selalu tergelak dengan automatik bila baca artikel hg. haha
hidup mamu!!

hamidi said...

aku mula benci spaQ bila watak perempuan tua memakai rambut palsu berwarna coklat dan bercakap bahasa inggeris campur.
hello?
ko dah tua, sesuai watak ibu kat kampung je.
tetiba emo.
apa, nak tunjuk duit kau byk juta2, kena speaking ke? ops, maksud aku, kena bercakap ke? maksud aku, kena barcakap bahasa melayu ke.
eh susahla guna perkataan bahasa melayu. kena jelaskan byk kali.

Mrs Camillo said...

aduyai~
ikut tempatla pun kalo nak cakap bahasa apa pun... tak bertempat memangla rase nak menampar~

tempat yang sesuai nak berbahasa inggeris sepenuhnya:

1) pejabat2 di UTP
2) berborak dengan pensyarah di blok akademik

kalo nak cakap rojak (melayu-inggeris)

1) cakapla dengan kawan2 kamu
2) atau buah hati kamu
3) di dalam penulisan blog dan sbgainya

ianya boleh menambah keyakinan dalam berbahasa inggeris.

bila nak cakap melayu sepenuhnya:

1) masa jumpa mak mertua
2) masa ada ramai orang tua
3) masa pertandingan pidato/bahas/syarahan/bercerita BAHASA MELAYU
4) masa menyertai acara2 melibatkan bangsa dan agama ;)

maka aku telah berjaya mengelakkan diri aku daripada menaip perkataan2 inggeris seperti JOIN, BOYFRIEND, LECTURER, OFFICE...

wahahaha~ setuju!!!!

Enter Paradox said...

bernas2.

selamat memulakan sem baru inche azwan

-azwanbakhtiar- said...

-taromon
yeah mamu selamanya!! wakaka

-midimon
benci tapi nak tengok gak kan. adoi.

-mrs camillomon
kalau mak mertua orang sudan?

-enterparadoxmon
yeah! slamat sem baru.. tak jumpa² pon lagi. rindu betul. haha

Sopek said...

ape ni soksek?
bhase inggeris la best...
bleh mencarut puas2..
FUCK YOU!
hahaha..

-azwanbakhtiar- said...

-mR.3mon
tak baik mencarut. =D