Friday, February 27, 2009

ada apa dengan nama?

setiap orang ada nama. tak kira la nama tu nama betul. atau nama panggilan. atau nama yang saja direka supaya dipanggil². tak kisahlah. itu masing² punya hal.

aku teringat masa lalu. acee.. macam la lama sangat. dalam 3 semester lepas. julai 2007. masa aku baru masuk utp. dalam kelas pendidikan Islam. aku ada belajar pasal sifat² Allah. erM. ada la senarai. ciri² dia kot. aku pon tak ingat sangat.

tapi. ada la 1 bahagian tu. aku ingat lagi. sampai sekarang.

" kita tak boleh namakan seseorang itu menggunakan nama dari sifat² Allah (yang 99 tu). kalau nak guna jugak. kena bubuh perkataan 'ABDUL' yang bermaksud 'hamba kepada'."

kiranya kalau nak guna. kena jadi 'Abdul Rahim'. 'Abdul Rahman'. kan?

tapi.

orang² kita ni. jarang sangat la sebut nama penuh². suka guna nama singkatan. ringkas. senang nak sebut.

"wey fatah!"

kat sini kita nampak yang kita dah gelar orang tu menggunakan sifat² Allah. yang kita tau. memang tak mungkin ada pada manusia.

apa yang aku nak cakap?

walaupun susah. cuba panggil nama orang tu dengan nama penuh. sebab kalau tak. mungkin maksudnya berbeza. dan takut berdosa la pulak.

sekian.

Wednesday, February 25, 2009

hari ni.

hari ini aku berasa gembira.

1. dapat download album baru Franz Ferdinand. oh dah lama aku cari. kredit kepada hub village 5 dan laptop w hasanudin.



2. dapat jugak cari nobuta wo produce episod 4 dan 8. bukan aku tak pernah tengok. tapi entah. macam seronok tengok balik. hehe. sekali lagi kredit kepada hub village 5 dan laptop w hasanudin. terima kasih banyak².



3. dapat contact dinda macam selalu. thnx sayang! walaupun jauh. kau tetap di hatiku. hehe.

4. kena puji sebab fotostat nota vector calculus awal. wakaka.

5. petama kali main bola dalam 4 tahun. terima kasih tak terhingga kepada FC galacticos. sebab bagi aku cuba main. haha. aku sangat bangku. semoga hangpa menang UTP league. amin~

gembira² pon. mak selalu cakap. jangan dok gembira sangat. nanti tiba² mesti ada kesedihan melanda. tapi apa pun. kita mesti gembira setiap hari! dan aku harap esok kita akan lebih gembira dari hari ini. hehe.

Monday, February 23, 2009

pemikiran yang gagal ii

bila kau berjalan. dan kau tersepak batu. selalunya. kau akan cakap.

"BODOH punya batu!"

dan. bila kau bermain. dengan anak kucing adik kau. dan tiba². kucing itu menggigit tangan kau. selalunya juga. kau akan cakap.

"kucing BODOH!! kenapa kau gigit tangan aku ha?"

soalnya sekarang. siapa yang bodoh? apa? adakah batu tu bersalah? dah dia diizinkan Allah nak berada kat situ. kau yang pergi sepak. siapa suruh kau tak tengok jalan betul²? asyik tengok awek kat sebelah ja. adoi.

yang kucing tu. memang sifat semulajadi dia suka menggigit. kalau tak sia² ada taring. dan. tak siapa suruh kau main dengan kucing tu. kan?

haha.

tu cuma contoh dalam kehidupan kita sehari². manusia memiliki sifat tak mau mengaku salah. silap. dan pelbagai lagi. ada orang cakap. itu ego. tak mau mengakui kelemahan diri.

tapi yang tak seronoknya. orang² ni. ada kecenderungan. untuk mengalihkan kesalahan itu. terhadap benda lain. yang tak bersalah. seolah². benda yang tak bersalah itu la. pencetus segala musibat yang melanda.

ini tak adil!

ya. aku mengaku. sifat tu pon ada gak kat aku ni. kalau aku cakap aku tak. mesti orang ingat aku makhluk asing. oh tidak. haha.

tapi. kita harus berubah ke arah yang baik. berani bertanggungjawab. dah buat silap tu terima saja. jangan asyik nak menafikan. sampai sanggup bersumpah. aku tengok. orang boleh bersumpah secara rilek dan terbuka. tengah² bersembang pun boleh bersumpah. sangat dipermain²kan. kenapa ini berlaku.

setiap yang keluar dari mulut kita adalah doa.

oleh itu. janganlah selalu men'sial'kan sesuatu. aku hairan. benda yang seronok pun boleh dibuat bahan makian. "eh best sial" tu macam selalu sangat dah dengar. adalah sangat tidak manis untuk didengar.

mari kita bersama melatih diri untuk menggunakan perkataan yang baik.


BERKAITAN.
kawan saya dan kucing beliau.

Wednesday, February 18, 2009

perjalanan penuh pengajaran

aku. dalam perjalanan balik rumah. kat jb. bas yang aku naik tu. transit kat pudu. masa dalam perjalanan nak gerak ke lebuh raya. hujan turun. lebat. oh. sejuk sekali. dah la aku duduk kerusi belakang. kerusi yang paling dekat dengan pendingin hawa. sebab tinggi. sweater pon aku tak bawak. aduh malangnya. pemandu bas ni pun satu. tak reti ka nak bagi perlahan sikit pendingin hawa tu ha?

hmm.

aku tengok kat tingkap. tengok pemandangan. kalau ada dinda syok gak. boleh tengok sama². hehe. tiba². pandangan aku tertarik. kat orang yang naik moto. meredah hujan. ada yang bawak bini dia sekali. ada yang bawak anak kecik. walaupun pakai baju hujan. aku tau. mereka tu sangat terseksa.

air hujan mempunyai daya tujahan yang tinggi apabila dikenakan dengan kelajuan tinggi.

kalau depa tu. ada kecemasan. atau hal mustahak. yang kena diselesaikan pada masa itu gak. alangkah sedih dan sakitnya.

macam mana aku nak banding kesejukan aku dengan mereka?

"i complained about my shoes until i saw people without legs"

Tuesday, February 17, 2009

Friday, February 13, 2009

pemikiran yang gagal

"nak. belajar rajin² tau. nanti boleh masuk universiti. senang hidup nak nanti."

pernah dengar ayat tu? ayat tersebut merupakan ayat yang biasa. tipikal. diucapkan oleh ahli keluarga yang lebih senior. kepada junior. ayat ni merupakan galakan agar budak² ni berusaha bersungguh² di sekolah. tidak memonteng kelas. tidak mengorat anak orang lain.

pendek kata. memiliki matlamat untuk berjaya dalam spm. agar diterima masuk universiti. yang baik.

tapi. apakah hanya dengan memasuki universiti. akan membuatkan kau hidup bahagia?

oh tidak. sama sekali tidak benar. perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah tu. memang boleh buat kau mati. ya. memang senior² dalam keluarga meletakkan harapan yang tinggi. tapi. kita. sebagai junior. yang akan terseksa batin dan zahir. untuk berjaya. dan. sekiranya kita. dilabel sebagai 'junior mengecewakan'. kerana gagal mencapai keputusan tertentu. memang kita akan berasa nak memukul orang berkenaan. wakaka.

apa aku nak cakap neh?

kepada para senior keluarga. sila ubah komposisi ayat anda di atas. tukar jadi macam ni.

"nak. belajar rajin². sampai hang grad. bagi dapat kerja elok². cari pasangan hidup elok². masa tu insyaAllah hidup hang senang nanti."

wakaka

Wednesday, February 11, 2009

fanatik

bila kau suka sesuatu. secara berlebih²an. kau akan digelar fanatik. obses. banyak sebab kenapa ini berlaku. kau dan sesuatu itu. mungkin sama aliran pemikiran. mungkin kau memang saja suka kat sesuatu itu. mungkin juga kau. erm. apa² sajalah.

bila kau dah fanatik. akan pantang. bila benda yang kau obseskan itu. dikutuk. dicerca. dimaki. bagi kau. semua itu KARUT!! tiada yang cacat. tidak sekali² tercela.

dan orang macam ni. sangat banyak ditemukan dewasa ini.

1. pasangan kekasih yang tidak direstui kawan². atau ibu bapa. sanggup buat macam². asalkan cinta mereka membuahkan hasil.

2. penyokong parti politik. aku dah bosan dengar masing² berbalas kutukan dalam blog. macam budak². dalam bab² macam ni. aku atas pagar. tak ada siapa yang betul 100% sampai aku nak jadi fanatik.

3. makhluk DoTA.

semoga kita terpelihara daripada menjadi golongan ini.
amin~

Saturday, February 7, 2009

pokok ajaib

sekolah saya ada pokok ajaib. pokok itu terletak di antara tangga aspura dan dewan badminton. saya seorang yang tidak mengenal pokok. apatah lagi sayur. oleh itu. saya tidak dapat mengklasifikasikan pokok itu. maafkan saya.

kenapa saya kata pokok itu ajaib?

tidaklah terlalu ajaib sebenarnya. pokok itu menjadi teman kepada majoriti pelajar lelaki soksek. pokok itu selalu menjadi tempat pelajar meluahkan perasaan. selalunya perasaan marah. sebab. kalau marah pokok. nescaya pokok itu tidak akan membalas. apatah lagi menyerang pemarah tersebut. oleh itu. pelajar lelaki sangat sayangkan pokok itu.

disebabkan itu. kebanyakan pelajar lelaki. akan meninggalkan tanda kenangan. dekat pokok itu. eh kami bukan keturuan mengukir nama pada pokok. kesian kat dia.

"habis ape yang korang buat?" meniru gaya bahasa kawan saya.

kami baling. peyangkut baju. (baca : hanger) kat pokok tu. biar tersangkut. saya tak pasti. sejak bila tradisi ni berlangsung. kalau dari sekolah mula dibuka. 1974. ini pasti sangat hebat.

oleh itu. janganlah kau lalu berdekatan pokok itu. ketika angin kuat. di tengah² malam. atau. kau akan dikejutkan hantu hanger. haha.

MAKLUMAN..
maaf kerana saya tiada gambar pokok itu. insyaAllah. saya akan cuba dapatkan. terima kasih.

Tuesday, February 3, 2009

kekompleksan perasaan

pernah tak kau rasa nak menendang (baca : sepak) muka seseorang? walaupun. dia tu tak buat salah dengan kau. dan kau pun bukanlah ahli seni mempertahankan diri. apatah lagi mempunyai pakaian bruce lee.

aku pernah.

walaupun pemikiran ini digelar pelik. ya. memang pelik. aku sangat hairan. kalau nak banding. orang itu boleh kau anggap loser. buatlah apa pun. mesti kurang berjaya. aku tak kata dia raja gagal.

dalam dunia persahabatan pun. dia ni bukanlah jenis yang dipulau masyarakat. biasa saja. ada yang nak kawan. ada yang tak nak. normal la tu. dia bukan macam orang² lain yang panas (baca : hot). entah.

tapi.

setiap kali aku jumpa dia. mesti aku rasa nak sepak dia. perasaan ini dipersetujui oleh rakan² yang lain. walaupun kami semua tak tau apa penyebabnya.

siapa ada penerangan logik atas permasalahan ini?