Monday, February 23, 2009

pemikiran yang gagal ii

bila kau berjalan. dan kau tersepak batu. selalunya. kau akan cakap.

"BODOH punya batu!"

dan. bila kau bermain. dengan anak kucing adik kau. dan tiba². kucing itu menggigit tangan kau. selalunya juga. kau akan cakap.

"kucing BODOH!! kenapa kau gigit tangan aku ha?"

soalnya sekarang. siapa yang bodoh? apa? adakah batu tu bersalah? dah dia diizinkan Allah nak berada kat situ. kau yang pergi sepak. siapa suruh kau tak tengok jalan betul²? asyik tengok awek kat sebelah ja. adoi.

yang kucing tu. memang sifat semulajadi dia suka menggigit. kalau tak sia² ada taring. dan. tak siapa suruh kau main dengan kucing tu. kan?

haha.

tu cuma contoh dalam kehidupan kita sehari². manusia memiliki sifat tak mau mengaku salah. silap. dan pelbagai lagi. ada orang cakap. itu ego. tak mau mengakui kelemahan diri.

tapi yang tak seronoknya. orang² ni. ada kecenderungan. untuk mengalihkan kesalahan itu. terhadap benda lain. yang tak bersalah. seolah². benda yang tak bersalah itu la. pencetus segala musibat yang melanda.

ini tak adil!

ya. aku mengaku. sifat tu pon ada gak kat aku ni. kalau aku cakap aku tak. mesti orang ingat aku makhluk asing. oh tidak. haha.

tapi. kita harus berubah ke arah yang baik. berani bertanggungjawab. dah buat silap tu terima saja. jangan asyik nak menafikan. sampai sanggup bersumpah. aku tengok. orang boleh bersumpah secara rilek dan terbuka. tengah² bersembang pun boleh bersumpah. sangat dipermain²kan. kenapa ini berlaku.

setiap yang keluar dari mulut kita adalah doa.

oleh itu. janganlah selalu men'sial'kan sesuatu. aku hairan. benda yang seronok pun boleh dibuat bahan makian. "eh best sial" tu macam selalu sangat dah dengar. adalah sangat tidak manis untuk didengar.

mari kita bersama melatih diri untuk menggunakan perkataan yang baik.


BERKAITAN.
kawan saya dan kucing beliau.

7 comments:

ra|nbOw said...

sebulat suara setuju!!! hehe.
tu larh. kdng2 g slhkan bnde lain. hurm. owhhh. same la. mencuba utk mengurangkan 'perkataan2 best' keluar dr mulot ini terutame ketika pkran x waras XD

eli.Suhaili said...

Tuh la pasal. Langgar kerusi yg pegun tuh pun nak marah, siap p pukul balik. Haha.

(alahh. Perkataan tak sopan dah macam penyedap ayat sekarang ni; Peribahasa zaman moden.)

FaKE said...

zzz..soksek,aku x terase pown..lalalaa~ tp kn seyes kes batu tu,mmg slh batu tu,da taw kite nk lalu, lari la tepi sket,hahaha
(x perasan slh)

.Nora Kacak. said...

perkataan fav ku:
gempak bongokkkk!
hahahahahha

ayd said...

lol...contoh batu leh terima...contoh kucing??
wtf...

sesuai dgn tajuk...pemikiran gagal penulis blog....

-azwanbakhtiar- said...

-ra|nbow
hehe

-eli
hehe

-maoh
gagal batu

-nora
hehe

-ayad
yeka?

usop said...

mari tuka 'eh best sial'
ke 'eh best siot'..

bley kan penulis?
ayuh prektis!