Wednesday, February 18, 2009

perjalanan penuh pengajaran

aku. dalam perjalanan balik rumah. kat jb. bas yang aku naik tu. transit kat pudu. masa dalam perjalanan nak gerak ke lebuh raya. hujan turun. lebat. oh. sejuk sekali. dah la aku duduk kerusi belakang. kerusi yang paling dekat dengan pendingin hawa. sebab tinggi. sweater pon aku tak bawak. aduh malangnya. pemandu bas ni pun satu. tak reti ka nak bagi perlahan sikit pendingin hawa tu ha?

hmm.

aku tengok kat tingkap. tengok pemandangan. kalau ada dinda syok gak. boleh tengok sama². hehe. tiba². pandangan aku tertarik. kat orang yang naik moto. meredah hujan. ada yang bawak bini dia sekali. ada yang bawak anak kecik. walaupun pakai baju hujan. aku tau. mereka tu sangat terseksa.

air hujan mempunyai daya tujahan yang tinggi apabila dikenakan dengan kelajuan tinggi.

kalau depa tu. ada kecemasan. atau hal mustahak. yang kena diselesaikan pada masa itu gak. alangkah sedih dan sakitnya.

macam mana aku nak banding kesejukan aku dengan mereka?

"i complained about my shoes until i saw people without legs"

10 comments:

FaKE said...

T_T

ra|nbOw said...

huhu. betol3. sakit owhhh kene ujan~ hurm.

saffron tia_najib said...

fuh!
sy xpenah rasa nek moto tgh hujan..
tpi,
sy tahu betapa seksanya..

t a r o said...

saya penah berlari ketika hujan, lagi hebat. haha tak tak

hehe =D

usop said...

hg klu nk bli glove moto, jgn bli yg steng pny..yg nmpk jari 2..
hg bli yg full..

mAma PinGu said...

aku nak komen yg berfaedah nih...

sekarang kat mesir tengah musim sejuk,bapak sejuk,
tapi aku suke jalan malam-malam,walaupun sebenarnya tak elok jalan malam-malam,
untuk mengelakkan fitnah atau dirogol,

tapi aku jalan jugak malam,
aku dah pakai baju sejuk tebal-tebal,
tapi aku maseh merungut kesejukan,
sampai la aku terjumpe sorang budak kecik,
agak-agak dalam lima tahun,
tak berkasut,dan berhingus,

waktu tu rasa macam,
nak bagi baju sejuk nih,
tapi aku taw,
aku sendiri tak tahan kesejukan musim sejuk,
so aku mampu bagi dia duit,
semoga dia mampu membeli maknan dengan duit tu,amin.

kadang-kadang bila kita rasa malang,ada orang malang lagi,kan?

-azwanbakhtiar- said...

-maoh
T.T bersama

-ra|nbow
adoi! sakit.

-tia
kamu pernah naik moto?

-taro
main ujan memang best

-usop
kat mana nk cari sarung tangan tersebut ek?

-sofiyyah
yup. setuju sangat.

Sopek said...

snang je nk crik glove tu...
kt kdai moto bersepah...
brand givi nye RM 60...
tu yg stndard rr...nk lg murah bleh tp xde brand la bai...
haha...moto mhal..pkai la brg mhal..bru ade standard

Fatin said...

bkn ka penghawa dingin~
:D

-azwanbakhtiar- said...

-sopek
xpa nanti aku cari.

-palsuu
pendingin hawa. kalau ikut hukum D-M (aku dh lupa nama penuh D-M) tu. benda tu mendinginkan hawa.

macam pisang goreng la. pisang yang digoreng. kalau goreng pisang. itu perbuatan menggoreng pisang. bukan objek itu sendiri.

terima kasih sebab ingatkan aku.