Saturday, February 7, 2009

pokok ajaib

sekolah saya ada pokok ajaib. pokok itu terletak di antara tangga aspura dan dewan badminton. saya seorang yang tidak mengenal pokok. apatah lagi sayur. oleh itu. saya tidak dapat mengklasifikasikan pokok itu. maafkan saya.

kenapa saya kata pokok itu ajaib?

tidaklah terlalu ajaib sebenarnya. pokok itu menjadi teman kepada majoriti pelajar lelaki soksek. pokok itu selalu menjadi tempat pelajar meluahkan perasaan. selalunya perasaan marah. sebab. kalau marah pokok. nescaya pokok itu tidak akan membalas. apatah lagi menyerang pemarah tersebut. oleh itu. pelajar lelaki sangat sayangkan pokok itu.

disebabkan itu. kebanyakan pelajar lelaki. akan meninggalkan tanda kenangan. dekat pokok itu. eh kami bukan keturuan mengukir nama pada pokok. kesian kat dia.

"habis ape yang korang buat?" meniru gaya bahasa kawan saya.

kami baling. peyangkut baju. (baca : hanger) kat pokok tu. biar tersangkut. saya tak pasti. sejak bila tradisi ni berlangsung. kalau dari sekolah mula dibuka. 1974. ini pasti sangat hebat.

oleh itu. janganlah kau lalu berdekatan pokok itu. ketika angin kuat. di tengah² malam. atau. kau akan dikejutkan hantu hanger. haha.

MAKLUMAN..
maaf kerana saya tiada gambar pokok itu. insyaAllah. saya akan cuba dapatkan. terima kasih.

6 comments:

lynawan said...

yah,aku tau itu pokok.rindunya sm itu pokok yg tpacak sorg2 between laulan-laluan ke blok a n blok b

emmatomei said...

tak ajaib pon :p

-azwanbakhtiar- said...

-lina
pokok tu dah kena tebang dah. huu.

-emmatomei
memang pon.

Suka Bebel said...

kat mana pokok tu?aku nak p kutip hanger tu.kat umah aku tak penah cukup hanger lah.hehe

ra|nbOw said...

wakakaka. nak tgk pkok tuh!

-azwanbakhtiar- said...

-bebel + ra|nbow
pokok tu dah kena tebang. sebab banyak sangat hanger kot. wakaka.