Monday, March 30, 2009

hari ini.

hari ni. tiba² aku diserang demam panas. demam yang paling dahsyat sejak aku duduk utp. kepala aku rasa berat sangat. panas tak payah cerita la. sampai aku boleh dapat MC dari klinik utp yang memang susah nak bagi.

yup. aku perlu berehat. ini memang ujian yang getir buat aku. dah la ada banyak kerja. nak kena buat. maafkan aku kawan². aku memang tak larat betul ni.

masa nak tidur. lagu raihan sentiasa berputar2 di minda.

'ingat 5 perkara. sebelum 5 perkara.
sihat sebelum sakit.
muda sebelum tua.
kaya sebelum miskin.
lapang sebelum sempit.
hidup sebelum mati.'

doakan aku bagi cepat sembuh ek. terima kasih.

Friday, March 27, 2009

Earth hour

Mari kita bersama menyahut seruan kempen Earth Hour. 28 mac. 830 hingga 930 malam.

tapi tutup lampu dan peralatan elektrik yang tak penting saja tau. bukan tutup semua ok!

Sunday, March 22, 2009

balik kampung

bila cakap pasal balik kampung. semua orang gembira. boleh balik. tidur. lepak dengan kawan². itu kalau balik rumah kita.

kalau balik rumah datuk dan nenek?

secara tiba². ramai mula bermasam muka. datuk bosan la. rumah nenek tak ada astro. tak boleh tengok man belon. tak shopping complex. macam².

kita sangat mementingkan diri.

kita asyik kira nak balik rumah kita saja. sanggup suruh mak ayah datang dari jauh sebab nak ambil kita. tapi bila sampai masa nak balik kampung. kita asyik mengelak. kita kena faham. ibu bapa kita pun nak jumpa ibu bapa mereka. nak bersembang. bermanja. jumpa kawan lama. tidur kat katil kesayangan. macam masa budak² dulu. takkanlah ibu bapa kita nak balik tanpa kita kot? apa pulak kata datuk dan nenek nanti?

sayangilah mereka sementara masih ada masa.

Wednesday, March 18, 2009

wikipedia

kalau kau taip nama kau. dalam wikipedia. apa yang akan naik ek?

Sunday, March 15, 2009

the curious case of the nail-clipper

kau baru sedar. kuku kau dah panjang. kau rimas. kau ingin mengerat kuku kau. secepat mungkin. lalu. kau segera mendapatkan pengerat kuku kawan kau.

tanpa bercakap banyak. kau dapat mendapatkan pengerat kuku tersebut.

dengan perasaan gembira. kau mula mengerat kuku. kau mulakan dengan jari telunjuk. perlahan² menuju ke jari kelingking. barulah ibu jari. kerana kau pernah dengar. itu sunnah nabi.

setelah selesai mengerat kuku tangan. kau beralih kepada kuku kaki pula. seperti tadi. kau mengikut urutan yang sama. dimulakan dengan bahagian kanan. bila sampai ke ibu jari. kau dapati. sedikit sukar untuk melaksanakan perkara sedemikian.

namun kau gagahkan jua.

tiba². pengerat kuku itu. patah. dan masa itu. baru setengah kuku ibu jari kaki kanan kau yang dikerat. kau berasa sangat ingin menumbuk² penjual air tin di bilik hujung itu.

kau mula hairan. dan geram. ada 1 kaki lagi yang memerlukan pengerat kuku. dan sudah patah. eh. bukan kaki yang patah. pengerat kuku! dan. seperti biasa. kau mula mencari penyebab berlakunya perkara tersebut.

1. adakah pengerat kuku itu yang tidak berkualiti;

atau

2. memang dah ditakdirkan Allah bahawa masa untuk pengerat kuku tu memang dah sampai.

apa pendapat anda semua?

Saturday, March 14, 2009

gori dan nescafe

masa itu. soksek ditimpa demam. nescafe 3 dalam 1. yang mempunyai 3 jenis bungkusan. merah. kuning. hijau. macam lampu isyarat. terdapat label yang berbeza untuk setiap warna.

aku tanya gori.

aku : weh. hang suka yang warna apa?

gori : sama ja semua.

aku : hah? apa pulak. ada mild. yang strong. mesti lain. mesti ada yang hang suka.

gori : merepek ja semua tu. aku pernah dengar. ada seorang saintis. dia cakap. 3² bungkus tu sama saja. cuma warna dan label ditukar. maka. secara psikologinya. pengguna akan set dalam otak dia. yang rasa kopi² tu berbeza.

aku : ..


===

sampai sekarang aku masih tak tau kebenaran. tak tau la betul ka tidak. entah.

siapa nak cuba?


PS: selamat hari jadi oh dindaku~

Friday, March 13, 2009

menjadi bahan

kebelakangan ni. aku agak menjadi bahan. dalam blog kawan². aku. adoi.
kenangan memang mengusik jiwa.
tergelak aku sorang².

BERKAITAN.
my biodata-ku
HKSBP zon utara 2006

Tuesday, March 10, 2009

perbandingan antara kau dan lembu

ni adalah sedikit sedutan daripada ceramah ustaz apa tah. dulu datang sekolah. lepas ceramah. dia suka jual ubat. hehe. siapa² yang tau nama dia tolong roger aku ek.

1. lembu adalah sejenis haiwan ternakan. biasanya dilepaskan oleh tuannya pada pagi hari. dibiarkan bertebaran. mencari rumput. apa² saja. janji tak kacau orang lain. dan. bila hampir waktu maghrib. kawanan lembu ini. akan bergerak. kembali. ke kandang masing². jarang disuruh. kalau disuruh pun. pantas dia mengikut.

manusia pula sejenis makhluk yang mempunyai akal. pagi² juga ia pergi bertebaran di bumi ini. mencari sesuap nasi. atau makanan ruji yang lain. suka hati dia la. tapi. ada jugak yang bertebaran. bukan untuk mencari rezeki. dia pergi buat benda lain. kurang berfaedah. lepak tepi tembok. main gitar kapok. lepas tu. masa maghrib tak reti pulak nak balik rumah. adoi.

1-0

2. lembu ni makhluk yang berguna. dia kuat. boleh tarik banyak benda. boleh tolong orang kat bendang. macam². susu dia pun. kita boleh jual. tapi kena pasteur dulu la. tak kisah. dan. bila dia dah tua. kau boleh sembelih dia. jual daging dia. ha. terlupa lak. tahi dia pun kau boleh jual buat baja. untung woh!

manusia ni. kalau jenis malas nak buat kerja. tu memang dia jenis tak berguna. apa manfaat pun tak ada. nak suruh keluarkan susu. ish geli betol!! kalau kau sembelih dia pun. tak ada siapa nak beli. jauh sekali nak makan. eyy~

kalau kau ambil tahi manusia ni. buat baja. nescaya mati secara segera.

2-0

kalau ikut banyak lagi. isi² yang ada. cuma. tak nak tengok manusia ni kalah macam team bola malaysia. memang tak boleh nak serang balik.

tak percaya?

lembu lagi jaga anak daripada manusia.

3-0

lembu lagi dengar cakap. dia macam tau ja benda tu elok ka tidak nak buat.

4-0

lembu juga tidak tahu apa itu bunuh diri.

5-0


hehe. kan dah cakap. sebijik macam masa malaysia kalah dengan UAE. serius malu.

sekian.

Monday, March 9, 2009

malam minggu yang pelik²

malam tadi. aku sangat bosan. iqbal si rumet pergi bermain boling bersama adinda beliau. begitu juga sufi dan kaptenusop. oleh itu. aku mengambil keputusan untuk meminjam gitar ibanez kaptenusop. dengan niat untuk belajar tabbing. aku mesej isPan. si rumet kaptenusop. tanya beliau di mana. tak sampai seminit. balasan telah diterima.

"aku nak pegi ipoh"

oh begitu. maka aku biarkan saja. nanti² la aku ambil gitar elektrik itu. tak sampai 30 saat lepas tu. telefon bimbit aku berbunyi.

"jom². kita p ipoh. sat kami datang ambil hang."

uik? ok². dalam kekalutan. aku terus turun. maafkanku oh dinda~ . tak sempat nak bagitau. hehe.

kemudian. kelihatan kereta sukan sopek menunggu di depan blok v2a. tanpa menunggu lama. aku terus menerjah kereta tersebut. haha.

"kita nak gerak p mana ni?" aku.
"kita jalan dulu. nanti bincang kemudian." sopek.

kami bergerak ke jusco ipoh. untuk menonton street fighter. niat asal mahu menonton seven pounds. tapi ketika itu tak ada la pulak. adoi. selepas solat isyak kami masuk menonton.

cit. cakap saja filem 18PL. tapi kelakar ja aku tengok. filem ini separa gagal. cuma kristen kreuk tu comey. oleh itu. dapatlah menutup kegagalan terbabit. haha.

destinasi seterusnya merupakan destinasi bajet. gerbang malam. saja seronok². sopek dan isPan semangat nak buat rawatan resdung. aku dan balang pulak semangat nak buat refleksologi kaki.

rm18 untuk setengah jam. 15 minit untuk sebelah kaki. best wo. haha.

lepas sedap diurut. kami bergerak pulang.

***

apa yang aku nak cakap ni?

1. seronok buat benda yang tak dirancang ni. layan ja semua. haha

2. urut kaki ni syok. tapi pastikan anda pergi ke tandas terlebih dahulu. kang tak tau apa nak jadi bila dia picit titik pada kaki yang bersambung ke pundi kencing anda. haha.

3. nak menonton wayang memerlukan baju tebal. haha.

4. jangan buat benda separa berfaedah demi adinda anda. apa aku tengah merepek ni. apa² pon. pastikan kita berada dalam win-win situation. haha.

Saturday, March 7, 2009

hujan memang membawa rahmat

petang ini. aku. pergi menonton. menyokong. pasukan Galacticos FC. di padang utp. sempena Liga UTP. hari ni. ramai orang turun menyokong. walaupun minggu ni ramai orang yang balik. terima kasih.

hari ini Galacticos lawan ACE. pasukan yang majoritinya datang dari batch januari 2007. senior satu semester. Galacticos pula adalah pasukan underdog yang menjadi pilihan setelah menang dengan juara bertahan. Azzuri.

aku menjangkakan perlawanan ni satu perlawanan yang menarik.

aku sampai ke padang sedikit lewat. bila aku sampai. aku lihat pemain belakang ACE bermain sedikit kasar dengan penyerang Galacticos. zahid. lepas tu aku tak hairan bila tengok zahid jadi agresif betul. heh.

perlawanan kali ni kurang seronok bagi aku. sebab.

1. ramai pemain Galacticos tak turun. ada yang balik. ada yang ada kerja lain. tak kisahlah. janji cukup 11 orang. takziah buat kapten Galacticos. Alif. yang neneknya baru saja meninggal dunia. al-Fatihah.

2. aku tengok ramai pemain macam pancit ja hari ni. balang baru bangun tidur. yoe macam tak larat nak kejar bola. apa² pon. khairul cemerlang hari ni. joe juga.

3. pengadil yang nampak sangat macam rasuah. banyak betul kad kuning untuk Galacticos. sedangkan ACE main lagi kasar. ganas. dan Galacticos main secara fair play apa. ish.

4. hujan yang sangat lebat. yeah hujan memang membawa rahmat. galacticos memang bermain dengan sangat baik bila hujan. tapi sejuk sangat la tadi. huhu.

tak lama lepas hujan lebat tu. galacticos telah berjaya menjaringkan gol. gol terhasil akibat kekalutan di hadapan pintu gol ACE. semua orang bersorak. cuma penyokong ACE saja tak.

tapi berita tak seronok berlaku lepas tu. akibat kilat dan guruh. pengadil telah menangguhkan perlawanan. yang tak seronoknya. bila pengadil membatalkan gol berkenaan. tapi. kad² kuning yang telah dilayangkan awal² tadi masih tidak dibatalkan. apakah itu? barua alam?

apa² pon. ini telah memberi peluang kepada pasukan Galacticos untuk berusaha memperbaiki kelemahan yang berlangsung sepanjang perlawanan berat sebelah tadi. semoga kejayaan terus akan dilakar oleh pasukan underdog ini.

Wednesday, March 4, 2009

tumbesaran nespray

masa kecil² dahulu. kalau bersembang dengan kawan² kau. kau pantang. kalau orang persendakan ibu bapa kau. selalunya persendakan pendapat mereka.

masa mula masuk alam sekolah. cikgu kau akan jadi orang yang paling betul. kau akan marah mak kau kalau benda yang dia cakap tu. tak sama dengan teori kat sekolah. kau anggap mereka bodoh. sebab sekolah tak habis.

"apa mak merepek ni. cikgu kat sekolah cakap lain la mak oi."

masa kau masuk alam remaja. kawan² kau akan jadi orang yang paling dipercayai. kalau mak kau tak bagi kau buat sesuatu. kau marah. kau cakap mereka mengongkong. kau cakap mereka kolot. macam².

masa kau dah gatal nak kahwin. kau lebih percaya kat cakap kekasih kau. daripada ibu bapa kau. sanggup lari dari rumah sebab dengar cakap mak.



======

apa yang aku nak cakap?

1. ini bukan iklan nestle buatan yahudi tu. saja nak bagi sedap ayat kononnya.
2. syurga tu kat bawah tapak kaki ibu. apa yang susah sangat. tapi memang masa tu. susah la sikit. hehe.
3. kronologi ni berdasarkan pemerhatian kat orang² zaman sekarang. tak payah susah². tengok spaQ cukup.
4. sayangi ibu bapa anda setiap hari. tak perlu tunggu hari ibu atau hari bapa. klik sini.

sekian.

Monday, March 2, 2009