Sunday, March 15, 2009

the curious case of the nail-clipper

kau baru sedar. kuku kau dah panjang. kau rimas. kau ingin mengerat kuku kau. secepat mungkin. lalu. kau segera mendapatkan pengerat kuku kawan kau.

tanpa bercakap banyak. kau dapat mendapatkan pengerat kuku tersebut.

dengan perasaan gembira. kau mula mengerat kuku. kau mulakan dengan jari telunjuk. perlahan² menuju ke jari kelingking. barulah ibu jari. kerana kau pernah dengar. itu sunnah nabi.

setelah selesai mengerat kuku tangan. kau beralih kepada kuku kaki pula. seperti tadi. kau mengikut urutan yang sama. dimulakan dengan bahagian kanan. bila sampai ke ibu jari. kau dapati. sedikit sukar untuk melaksanakan perkara sedemikian.

namun kau gagahkan jua.

tiba². pengerat kuku itu. patah. dan masa itu. baru setengah kuku ibu jari kaki kanan kau yang dikerat. kau berasa sangat ingin menumbuk² penjual air tin di bilik hujung itu.

kau mula hairan. dan geram. ada 1 kaki lagi yang memerlukan pengerat kuku. dan sudah patah. eh. bukan kaki yang patah. pengerat kuku! dan. seperti biasa. kau mula mencari penyebab berlakunya perkara tersebut.

1. adakah pengerat kuku itu yang tidak berkualiti;

atau

2. memang dah ditakdirkan Allah bahawa masa untuk pengerat kuku tu memang dah sampai.

apa pendapat anda semua?

6 comments:

ra|nbOw said...

takdir nail clipper tu kot da nak ajal d tgn ko. huhu...

-azwanbakhtiar- said...

wow. sangat laju

t a r o said...

kuku hg tebal ka? whoa :o

aishah said...

gla kras kuku..
dlu bg patah jarum..
haha!
p/s sila b'ati2 ngn azwan bakhtiar~

-azwanbakhtiar- said...

-taro
bukan aku. kau.

-aishah
jarum? apakah?

aishah said...

aigu~
wt lpa lak..
tme nk amek darah dlu tu..
haha!