Monday, March 9, 2009

malam minggu yang pelik²

malam tadi. aku sangat bosan. iqbal si rumet pergi bermain boling bersama adinda beliau. begitu juga sufi dan kaptenusop. oleh itu. aku mengambil keputusan untuk meminjam gitar ibanez kaptenusop. dengan niat untuk belajar tabbing. aku mesej isPan. si rumet kaptenusop. tanya beliau di mana. tak sampai seminit. balasan telah diterima.

"aku nak pegi ipoh"

oh begitu. maka aku biarkan saja. nanti² la aku ambil gitar elektrik itu. tak sampai 30 saat lepas tu. telefon bimbit aku berbunyi.

"jom². kita p ipoh. sat kami datang ambil hang."

uik? ok². dalam kekalutan. aku terus turun. maafkanku oh dinda~ . tak sempat nak bagitau. hehe.

kemudian. kelihatan kereta sukan sopek menunggu di depan blok v2a. tanpa menunggu lama. aku terus menerjah kereta tersebut. haha.

"kita nak gerak p mana ni?" aku.
"kita jalan dulu. nanti bincang kemudian." sopek.

kami bergerak ke jusco ipoh. untuk menonton street fighter. niat asal mahu menonton seven pounds. tapi ketika itu tak ada la pulak. adoi. selepas solat isyak kami masuk menonton.

cit. cakap saja filem 18PL. tapi kelakar ja aku tengok. filem ini separa gagal. cuma kristen kreuk tu comey. oleh itu. dapatlah menutup kegagalan terbabit. haha.

destinasi seterusnya merupakan destinasi bajet. gerbang malam. saja seronok². sopek dan isPan semangat nak buat rawatan resdung. aku dan balang pulak semangat nak buat refleksologi kaki.

rm18 untuk setengah jam. 15 minit untuk sebelah kaki. best wo. haha.

lepas sedap diurut. kami bergerak pulang.

***

apa yang aku nak cakap ni?

1. seronok buat benda yang tak dirancang ni. layan ja semua. haha

2. urut kaki ni syok. tapi pastikan anda pergi ke tandas terlebih dahulu. kang tak tau apa nak jadi bila dia picit titik pada kaki yang bersambung ke pundi kencing anda. haha.

3. nak menonton wayang memerlukan baju tebal. haha.

4. jangan buat benda separa berfaedah demi adinda anda. apa aku tengah merepek ni. apa² pon. pastikan kita berada dalam win-win situation. haha.

15 comments:

FaKE said...

muke soksek dlm pic tu sedo jek org urut kaki..lol

hamidi said...

tukang urut tawarkan perkhidmatan XXX tak?

ra|nbOw said...

yup. street fighter biase2 je. owhhh ho. lame x urut kaki mcm tuh. hahahaha. mmg sedap + sakit dkt tmpt yg berpenyakit. XD

-azwanbakhtiar- said...

-maoh
sedap wo time tu. hehe

-midi
tak ada kot. takkan la aku nak suruh abang tu buat urutan cmtu kat aku kot. adoi

-nur aqilah
huu. silap tak tanya review filem kat hang dulu. haha

usop said...

haha muka feeling gla..

Sopek said...

ceh..
ckp keta ak keta sukan plak..
skyline la wei..
hahaha

Rizal Yusof [© REJECTshot 2009] said...

Oitz!!!
Melayan nmpk!!! =D

-azwanbakhtiar- said...

-usop
aku terpejam mata la time tu

-mr 3
kalau aku ckp skyline. mesti orang tau yang mana satu kereta hg. hehe.

-rizal
memang layan~ patut cuba wo!

MiSS @Mir@ said...

uish..bess nmpk g wat rflks..
ada pmpuan urt ak..t bley ak p..
haha..smata2 nk urut kaki..

-azwanbakhtiar- said...

-mira
ada². aku baru nak promote. tapi bukan kat brader ni. hang kena jalan depan sikit. hehe

-rye- said...

jalan x rancang mmg best tp bila dh ending2 pergh poket rabak badan saket saket banyak benda kena setel tp buat pengalaman mmg best!

.Nora Kacak. said...

street fighter tu bosan uh.
amboi enaknye urut kaki!!
heee

circuit-fighter said...

wah3.

kliPps said...

ak tau hg tgh tahan pa tyme nih..heheh...
jap2..ibanez kaptenusop?
hg bkn jambu ka?=P

Mrs Camillo said...

hurm...

perkara no 1 : kalau tak sempat nak bitaw dinda kat laptop, handphone kan ada, call, cakap terus terang, bgtw situasi gawat, hang terkejar2 sebab kawan dah tunggu lama kat luar.

perkara no 2 : takde dah. itu je aku nak pesan.

apa maksud FIRST lam blog aku tuh? aih? ta paham~ ;)