Wednesday, April 29, 2009

mengambil dadah

esok ada ujian. network analysis. aku cuak. subjek 4 jam kredit memang meresahkan hampir semua orang. terutama yang dapat D+ masa circuit theory semester lepas. masih banyak yang aku belum ulangkaji lagi ni.

oleh itu. aku bertekad. untuk berjaga malam. belajar bersungguh². untuk menjayakan cita² aku tersebut. aku pergi mencari nescafe tin di dalam peti ajaib. aku minum. aku berasa sangat segar. wow!

kemudian aku meneruskan proses pembelajaran aku. cuba menjawab beberapa soalan tutorial. yang sangat mencabar bagiku. selepas membuat beberapa soalan. aku berbual dengan roomate. dia pun dah nak gerak pergi study group punya perjumpaan. haha.

***

dia : eh kita esok kelas straight kan? 8-1. kena tido awal la kan malam ni.

aku : yeka?

***

alamak. aku lupa la pulak. kelas hari rabu memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. aku sepatutnya berehat awal. tapi ketika itu aku sangat segar. argh. esok pasti membunuh.

aku cuba tidur. tapi tidak berjaya. kafein yang berada dalam badan aku sangat efektif malam ini. lalu. aku bergerak menuju ke bilik hujung. mencari bantuan untuk tidur. aku cuba tidur di katil orang. tapi tetap tidak berjaya. erm.

***

pam : jom kita tengok bola. chelsea lawan barcelona

aku : erm. boleh la. aku tak boleh tidur pon ni.

***

akhirnya aku pergi tengok bola. aku mengharapkan perlawanan menarik. tapi memang mengecewakan. oh rugi betul. kalau aku belajar sampai pagi pon tak apa. cit2. haha.

Tuesday, April 28, 2009

kreativiti dalam kesusahan

wah. bila aku tengok dalam bank. akaun aku hanya ada lagi rm10. macam mana nak hidup ni? aku baru plan nak balik penang naik moto dengan chaknga. hujung minggu ni. ingat nak servis moto kat penang. persediaan nak gerak balik jb pulak hujung bulan depan. selepas final.

nampak gayanya. habislah sudah plan aku. dah la elaun kena tahan. abah pulak tengah patrol. hujung minggu depan baru balik. adoi. sekarang. aku sangat terdesak. banyak benda bermain di fikiran. ujian elektronik digital ii yang berlangsung semalam memang merunsingkan. oh fokusku terganggu. menjelang final ini. adoi la.

penyelesaian segera harus dicari. aku tidak memperuntukkan masa untuk memikirkan soal ini. memang tidak pernah disangka² akan berlaku. hutang kian bertimbun. pemberi hutang mula menyeru² nama aku. ah.

apa kata kalau aku jadi gigolo?

spesifikasi aku:
-172cm
-dekat² 80kg
-badan sedap² dipeluk
-memang tak tau apa pasal gigolo. beri tutorial dulu ek.

kepada sesiapa yang berminat. sila tinggalkan komen anda. haha.

Tuesday, April 21, 2009

kreativiti tahap tinggi

betul kata orang. bila dalam keadaan terdesak. kita cenderung. untuk menjadi kreatif. ni sedikit contoh masa kelas ganti digital electronics ii sebentar tadi.







kredit kepada zakwan yang buat benda ni. sangat kreatif.

aku pun buat jugak kapal terbang. tapi tak mau la letak dalam ni. hehe.
yeah. dr fawnizu dah kahwin. oleh itu. jangan la dok mengorat dia lagi. wakaka.

Monday, April 20, 2009

ICN datang lagi

bagi pembaca blog ni dari awal. ada 1 entri yang menceritakan pasal ICN. international culture night. malam tu. kita akan berpeluang menonton pelbagai tarian dari pelbagai kaum dan etnik dari serata dunia.

aku sanggup menggunakan duit yang tinggal untuk mendapatkan tiket. aku sanggup mengabaikan makanan untuk 2 hari demi tiket itu. aku sanggup tidak pergi euphonius dan fesco. haha. memang tak ada niat nak pergi pon. hehe.

tahun lepas. aku pergi menonton dengan 2 orang lagi.

tahun ini. aku bersendirian. seorang dah tak mau tengok. seorang lagi nak pergi menonton dengan awek dia. tak mungkin aku nak ikut sekali. aku ada integriti aku juga woi. haha.

oleh itu. aku ingin membuka tawaran. kepada sesiapa yang ada hati untuk menemani aku pada malam tersebut. segala perbelanjaan ditanggung sendiri ek. haha.

kalau berminat. sila PM aku. nanti kita susun rancangan.



gambar tiket. haha.

jumpa di sana!!

Sunday, April 19, 2009

melihat masa depan yang gemilang. insyaAllah.

aku pergi bilik ayad. saja nak kacau lemak dia. dan seperti biasa. bila aku buka pintu. aku nampak lemak beliau dulu. baru nampak tangan dia. wow. kronologi merepek. tapi dia memang buat perkara rutin beliau. bermain kampung. dota seperti kurang mendapat sambutan kebelakangan ni.

aku pun pergi mendekati ayad.

ayad! lemak 1! eh silap. nak air kotak. oh. rupanya ayad ni la pemilik peti ajaib tu. aku mencari air kotak yang sesuai. tapi terjumpa 1 buku. (jumpa buku dalam peti ais? wow!)

aku pun ambil buku tu. selak². buku itu. bukan buku harta karun. buku GRADUAN. panduan kepada bakal graduan yang ingin mencari pekerjaan. menarik. aku selak² lagi. wah. dah kelihatan lucah la pulak.

ayad cakap buku ni sesuai juga untuk orang² yang mencari tempat untuk internship. latihan praktikal. oh really? aku menjadi lebih bersemangat untuk selak-menyelak. hehe.

selama ni. aku hanya target untuk kerja di bayan lepas. dekat dengan rumah. senang. oleh itu. sasaran aku adalah: intel. amd. western digital. seagate. siemens. apa lagi ek. banyak aku nampak kat tepi² jalan masa nak balik dari queensbay mall. haha.

kali ni. aku nampak lagi banyak syarikat. yang sesuai.

banyak juga syarikat yang mencari orang² yang mengambil kejuruteraan elektrik dan elektronik. salah satunya. nestle.

aku cakap kat ayad.

aku : woh nestle pon mau gak orang macam kita ek.

ayad : yeka? kita apply la. jadi quality control. boleh makan selalu. kalau tak sedap kita rijek.

aku : heh. kalau macam tu. lepas 8 bulan. semua orang dah tak kenal kita dah.

ayad : tak apa. ada gak orang sayang.

**

zz. suka betul bila cakap bab makan. belajar asyik kantoi ada hati nak kerja tempat best. tapi tak apa. ada setahun setengah lagi. masih banyak untuk diusahakan.

nestle! tunggu kami!

Friday, April 10, 2009

kawan² saya dan mesin ajaib di kompleks membeli belah

aku ada 2 orang kawan. mereka sangat mengambil berat tentang berat badan mereka. oleh itu. setiap kali keluar bersiar². di kompleks membeli belah. mereka. akan bersemangat. untuk menimbang berat di mesin penimbang yang disediakan di setiap tangga elektrik. mari kita layan proses penimbangan mereka.

di mesin pertama
uih. tak betul ni. 64kg. mesin ni rosak kot. jom kita ke mesin kat tingkat atas.

di mesin kedua
eh ni lagi la tak betul. 67kg. tipu². mesti waranti mesin ni dah habis. kita cuba mesin yang kat hujung sana pulak.

di mesin ketiga
62kg? ha yang ni betul la. mesin ni tak rosak. lepas ni kita timbang kat sini lagi ek. paling boleh percaya.


***

secara serius. aku tak boleh terima. perlakuan tersebut. perasan betul!

haha.

petang² macam ni. aku pergi merantau. di internet. aku cuba kuiz online. di sini. saja cuba. seronok². nak tau jugak apa yang dia cakap pasal aku ni. mesti dia banyak mengarut.


===========================
RESULTS OF PERSONALITY TEST
===========================

You are a very good looking person. Your charm has melted many opposite sex's heart. Your intelligence has risen the envy of your friends.

You have generous heart, love to help other people without wondering about the rewards. You hate seeing people in helpless situation, as you will lend your help.

A tip for you. You should not be too nice to other people. Or you will find yourself helping people every time, every where.

***

wow. betul apa yang dia cakap tu. tak sangka. hanya berdasarkan jawapan untuk soalan yang ringkas. mereka dah tau personaliti sebenar aku. internet sangat dahsyat. sekarang aku terasa sangat dihargai. hehe.

oh sangat gembira! =)

Monday, April 6, 2009

I NEED A BERAK!!

pada mulanya. entri ini. bersifat luahan perasaan. slalunya. bila aku tengah tensyen. aku akan tulis. i need a break kat mana² tempat. yang aku boleh tulis status aku. dan selalunya. aku akan berdiam diri selama 3 hari. menenangkan fikiran.

kini blog menjadi medan menenangkan fikiran aku. kalau aku tak puas hati ja. nanti aku tulis kat sini. biar semua orang baca. baru puas hati.

dan hari ni pun sama.

tapi. bila aku tengok balik tajuk ni. aku tergelak seorang diri. yeah. bila marah. kau tak tau apa yang kau tulis atau cakap.

dan. disebabkan itu. aku dah tak jadi marah. haha.

Sunday, April 5, 2009

PHOTOSHOOT 01 : mari kita teka



permintaan ini datang dari inche firdaus najib yang tak mau identitinya didedahkan. dia cakap dia tak boleh nak bajet apa yang AdamTZM tengah buat kat desktop pam ni. lepas tu dia tanya aku. eh aku ni blogger la. mana reti nak teka². tak apa. tak apa. mari kita sama² teka.

Saturday, April 4, 2009

pendekatan berbeza diperlukan di sini.

aku. seorang yang memerlukan rehat. 2 malam sudah. aku tak boleh tidur. sebab apa? ha itu yang kita tak tahu. oleh itu. malam tadi aku tidur awal. sebab pagi ni aku memang nak bangun awal. untuk belajar. ujian semakin hampir menjelang. maka. adalah logik untuk aku mula berasa risau.

aku tak suka tidur balik lepas subuh. sebab nanti aku mesti sakit kepala. dah la mesti akan terlajak tidur. haha. oleh itu. aku berpendapat. sekiranya aku bangun untuk solat subuh terlalu awal. aku akan mengalami masalah godaan tidur. maka. aku telah set jam. bagi bunyi pukul 645 pagi. tak awal sangat. tak lambat sangat. dan. aku boleh terus bangun.

pagi tadi aku terjaga. dalam keadaan terang benderang. uih. aku bangun lambat ka? jam aku tak bunyi ka? setelah lama sikit. baru aku perasan. cahaya lampu rupanya. dan aku tengok jam. 618. ah. awalnya. aku tak mau bangun lagi masa ni. awal sangat. aku tak mau tidur balik lepas solat.

aku cuba tidur balik.

lepas tu kedengaran suara menyeru aku bersolat. aku jawab 'ok' dan terus tidur balik. sebab aku memang dah set nak bangun pukul 645. mungkin orang itu sedikit tidak berpuas hati melihat aku tak bangun. dia bertindak membuka lagu dalam volume yang agak tinggi untuk waktu pagi. lepas tu mula membaling beberapa barangan ke atas lantai. dengan harapan aku akan terkejut lalu bangun.

tapi aku buat diam saja.

disebabkan keegoan aku. dan. masih berada dalam pelukan syaitan. mungkin. aku buat tak tau. aku lagi tak mau bangun. haha.

tak lama lepas tu. dia pon macam dah putus asa. dia tutup lagu. tutup lampu. tidur. aku yang memang dari tadi tak boleh tidur. dan memang dok sakit hati. pun terlena juga. bila jam berbunyi. aku tutup. aku teruskan tidur.

habis plan solat subuh aku pagi ni.

niat dia baik. nak suruh aku solat subuh. tak mau aku lewat2kan solat. tapi. aku dah siap dengan plan aku sendiri. cara hidup hampir setiap orang adalah berbeza. ada yang suka tidur lepas subuh dan asar. dan itu bukan cara aku.

mungkin dia harus memikirkan cara yang lebih baik untuk mengejutkan aku. mungkin aku juga perlu bersikap berterus terang dalam hal ni.

mungkin jugak semua orang Islam yang terasa nak berdakwah kepada yang bukan Islam. mengkaji balik pendekatan yang mereka guna. agar. yang jauh tidak menjadi semakin jauh.

kita ambil contoh. ada seorang bukan Islam. datang ke masjid. untuk mempelajari tentang Islam. sebab hati dia dah mula lembut. tapi bila sampai. rasa². apa pandangan orang yang berada kat masjid tu. bila nampak kelibat orang ni?

tanpa penyelidikan. mereka terus memandang serong. memaki hamun orang itu. hinggakan dia berasa amat malu. dan terus bergerak meninggalkan masjid itu.

jangan kata benda ni tak logik. kadang² aku tengok orang² yang 'kuat agama' ni cenderung memandang rendah pada orang lain. pandang slack. macam mereka ni la yang paling elok. dan orang lain semua teruk².

kau kata al-Quran adalah kitab terbaik. tapi pernahkah kau baca bible? kalau tak. macam mana kau boleh buat perbandingan macam tu?

sama² kita fikir pasal isu ni. yeah dan entri kali ni banyak berkait dengan pemerhatian. dan. cerita pasal orang bukan Islam yang diperlekehkan kat masjid tu. aku dengar dalam kelas Islamic Studies minggu lepas. ustaz aku cerita.

sekian.

Thursday, April 2, 2009

pergi ke kelas

pagi ni. aku berjaya. menggagahkan diri. bergerak ke kelas. hari ini hari microelectronics. cuma ada 1 kelas dan 1 sesi makmal sahaja untuk hari ini.

pagi ni kami belajar tajuk baru. MOSFET. metal oxide semiconductor field effect transistor. aku memang kurang faham benda ni. tapi enjoy sajalah. haha.

dr zainal mula bercerita. melukis graf. melukis rajah. wow. sikit saja yang aku faham. masa tu. kelas pun sunyi ja. sampai aku boleh dengar bunyi pendingin hawa yang sedang berfungsi di dalam dewan kuliah itu.

aku tengok ayad. yang dok kat sebelah aku. muka dia blur. aku dah faham. dia pon tak faham la tu. oleh itu. aku saja cuit lambang kemakmuran beliau.


***

aku : oi. susah kan benda ni. semua orang diam ja. bila dr zainal tanya pon. semua diam ja. haha.

ayad : haha. mana hang tau. tengok². kita 2 ja yang tak faham. orang lain memang tengah rilek sebab dah faham. macam mana tu?

aku : ..

***

aku berharap jugak ada orang yang faham. boleh la ajar aku. test dah dekat. takut. haha.

Wednesday, April 1, 2009

kenapa begitu?

malam itu. aku tidur awal. pukul 830 aku dah terlena. kesan ubat. painkiller. mungkin. aku. memang tak boleh nak angkat kepala. walaupun aku tidak makan ubat² berkenaan.

tidur aku memang nyenyak. sehinggalah pukul 230 pagi. aku bangun. ingin mendirikan solat isyak. masa tu. badan aku dah terasa ringan. peluh pun dah banyak keluar. alhamdulillah.

aku bergerak ke tandas. ingin mengambil wuduk. aku perasan ada seseorang berada di jamban. dan aku rasa aku tau siapa dia.

tekaan aku betul.

rupa²nya. orang berkenaan adalah penghuni bilik sebelah. sebelah mana? tak perlu aku beritahu. dia pun bergaya seperti sudah mahu tidur. setelah selesai urusan masing². kami bergerak bersama menuju ke bilik masing². memang tak logik la kalau kami tak bercakap langsung sepanjang perjalanan.

***

aku : oi dah nak tidur ek?

dia : yup².

aku : hang buat apa tadi? study?

dia : ... (buat muka segan². macam tak mau mengaku)

aku : rilek la. study tu bukan perkara yang buruk.

***

kami sampai di bilik masing². aku terfikir. sebab apa kita nak malu kalau buat benda² baik? macam belajar. pergi masjid. tapi. punya bangga bila cakap pasal benda² buruk yang kita buat. cerita dengan penuh bangga?

adakah kita takut ditertawakan?

kita harus sedar. tak boleh nak segan buat kebaikan ni. tak perlu bimbang untuk dikatakan riak. bila orang tanya. kita jawab elok². tak perlu cover². kalau tak pasal² nak cerita kebaikan yang kita buat. itu. tak dapat nak cakap la. haha.

ah. ubat dah habis. tapi dok pening kepala lagi. malasnya nak ke klinik. adoi.