Wednesday, April 29, 2009

mengambil dadah

esok ada ujian. network analysis. aku cuak. subjek 4 jam kredit memang meresahkan hampir semua orang. terutama yang dapat D+ masa circuit theory semester lepas. masih banyak yang aku belum ulangkaji lagi ni.

oleh itu. aku bertekad. untuk berjaga malam. belajar bersungguh². untuk menjayakan cita² aku tersebut. aku pergi mencari nescafe tin di dalam peti ajaib. aku minum. aku berasa sangat segar. wow!

kemudian aku meneruskan proses pembelajaran aku. cuba menjawab beberapa soalan tutorial. yang sangat mencabar bagiku. selepas membuat beberapa soalan. aku berbual dengan roomate. dia pun dah nak gerak pergi study group punya perjumpaan. haha.

***

dia : eh kita esok kelas straight kan? 8-1. kena tido awal la kan malam ni.

aku : yeka?

***

alamak. aku lupa la pulak. kelas hari rabu memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. aku sepatutnya berehat awal. tapi ketika itu aku sangat segar. argh. esok pasti membunuh.

aku cuba tidur. tapi tidak berjaya. kafein yang berada dalam badan aku sangat efektif malam ini. lalu. aku bergerak menuju ke bilik hujung. mencari bantuan untuk tidur. aku cuba tidur di katil orang. tapi tetap tidak berjaya. erm.

***

pam : jom kita tengok bola. chelsea lawan barcelona

aku : erm. boleh la. aku tak boleh tidur pon ni.

***

akhirnya aku pergi tengok bola. aku mengharapkan perlawanan menarik. tapi memang mengecewakan. oh rugi betul. kalau aku belajar sampai pagi pon tak apa. cit2. haha.

4 comments:

FaKE said...

apekah moral of da stories? o_O

-azwanbakhtiar- said...

-maoh
jgn minum nescafe sesuka hati. kalau tak. bengong jadinya. haha

ra|nbOw said...

hahahaha. lain kali utamekan study drpd sesuatu yg kte xtaw lg kesudahan die. haha. =P

-azwanbakhtiar- said...

-ra|b0w
tengok bola best wo. haha. saspen saspen..