Saturday, April 4, 2009

pendekatan berbeza diperlukan di sini.

aku. seorang yang memerlukan rehat. 2 malam sudah. aku tak boleh tidur. sebab apa? ha itu yang kita tak tahu. oleh itu. malam tadi aku tidur awal. sebab pagi ni aku memang nak bangun awal. untuk belajar. ujian semakin hampir menjelang. maka. adalah logik untuk aku mula berasa risau.

aku tak suka tidur balik lepas subuh. sebab nanti aku mesti sakit kepala. dah la mesti akan terlajak tidur. haha. oleh itu. aku berpendapat. sekiranya aku bangun untuk solat subuh terlalu awal. aku akan mengalami masalah godaan tidur. maka. aku telah set jam. bagi bunyi pukul 645 pagi. tak awal sangat. tak lambat sangat. dan. aku boleh terus bangun.

pagi tadi aku terjaga. dalam keadaan terang benderang. uih. aku bangun lambat ka? jam aku tak bunyi ka? setelah lama sikit. baru aku perasan. cahaya lampu rupanya. dan aku tengok jam. 618. ah. awalnya. aku tak mau bangun lagi masa ni. awal sangat. aku tak mau tidur balik lepas solat.

aku cuba tidur balik.

lepas tu kedengaran suara menyeru aku bersolat. aku jawab 'ok' dan terus tidur balik. sebab aku memang dah set nak bangun pukul 645. mungkin orang itu sedikit tidak berpuas hati melihat aku tak bangun. dia bertindak membuka lagu dalam volume yang agak tinggi untuk waktu pagi. lepas tu mula membaling beberapa barangan ke atas lantai. dengan harapan aku akan terkejut lalu bangun.

tapi aku buat diam saja.

disebabkan keegoan aku. dan. masih berada dalam pelukan syaitan. mungkin. aku buat tak tau. aku lagi tak mau bangun. haha.

tak lama lepas tu. dia pon macam dah putus asa. dia tutup lagu. tutup lampu. tidur. aku yang memang dari tadi tak boleh tidur. dan memang dok sakit hati. pun terlena juga. bila jam berbunyi. aku tutup. aku teruskan tidur.

habis plan solat subuh aku pagi ni.

niat dia baik. nak suruh aku solat subuh. tak mau aku lewat2kan solat. tapi. aku dah siap dengan plan aku sendiri. cara hidup hampir setiap orang adalah berbeza. ada yang suka tidur lepas subuh dan asar. dan itu bukan cara aku.

mungkin dia harus memikirkan cara yang lebih baik untuk mengejutkan aku. mungkin aku juga perlu bersikap berterus terang dalam hal ni.

mungkin jugak semua orang Islam yang terasa nak berdakwah kepada yang bukan Islam. mengkaji balik pendekatan yang mereka guna. agar. yang jauh tidak menjadi semakin jauh.

kita ambil contoh. ada seorang bukan Islam. datang ke masjid. untuk mempelajari tentang Islam. sebab hati dia dah mula lembut. tapi bila sampai. rasa². apa pandangan orang yang berada kat masjid tu. bila nampak kelibat orang ni?

tanpa penyelidikan. mereka terus memandang serong. memaki hamun orang itu. hinggakan dia berasa amat malu. dan terus bergerak meninggalkan masjid itu.

jangan kata benda ni tak logik. kadang² aku tengok orang² yang 'kuat agama' ni cenderung memandang rendah pada orang lain. pandang slack. macam mereka ni la yang paling elok. dan orang lain semua teruk².

kau kata al-Quran adalah kitab terbaik. tapi pernahkah kau baca bible? kalau tak. macam mana kau boleh buat perbandingan macam tu?

sama² kita fikir pasal isu ni. yeah dan entri kali ni banyak berkait dengan pemerhatian. dan. cerita pasal orang bukan Islam yang diperlekehkan kat masjid tu. aku dengar dalam kelas Islamic Studies minggu lepas. ustaz aku cerita.

sekian.

10 comments:

mzn. said...

kau set bangun 6.45.
ak set bangun 5.45.

awal bukan?

sebab subuh kat sabah masuk awal.

haha

.Nora Kacak. said...

aku mmg akan tdo balek afta subuh,
hehehhehehe :)

aishah said...

btoi2..
smua org da cr masing2..
so biar ja dia nk wt pa..
jnji dia bhgia..haha..
klu dh lmbt, tgk dia x bgn subo lg br la kjot..


erm..cta pase isu tu..
tu la mentaliti org zman skrg..
x b'fikiran tbuka..
judge org mlalui pkaian..
lg 1..
org bkn islam pn dh kliru tgk org islam..
npa ada yg pake tdg..da yg x..
da yg pake tdg lbuh..tdg sgkat..
ssh oo nk mjwb..
ni dpd pglman sy sniri..
sharing is luvin'
haha..

ra|nbOw said...

hua3... betol2. kdng2 kte da rancang hari kte but then da lari dr rancangan mmg a lil bit geram. hurm~~~ tp tu larh. lain org lain care. grr~~~

lynawan said...

owh,subuh aku habis before pukul 5pg ok skrg ni.mmg sejak seminggu subuh dah awal ni,sekali ja aku bjaya subuh tak denosaur

-azwanbakhtiar- said...

-mazni
xpa nanti aku suruh kawan aku ni kejut kau ok?

-nora
hg mmg. wakaka

-aishah
dunia dh nak kiamat dah..

-ra|nbow
yup. benci gila benda tak ikut plan ni.

-lyna
woh memang awal gila. aku mungkin patut bersyukur. hehe

lilacfla said...

rumate aku gi subuh di surau, dibiarnya aku bangun semayang 6.59 dan aku bangun sendri, bukan dia kejut.

kecik ati aku.

hehe eloknya semayang di awal waktukan? jom usaha memperbaiki mutu solat kita. jujom!

BuRuuj said...

azwan, ha...kan dh terlepas subuhnya.

kadang2, bukan mubaligh sj yang nk kena/betul cara dakwahnya pada orang lain, tapi orang lain pun perlu cuba untuk memahami dakwah dan cara berdakwah mubaligh itu.

ya, mmg benar, lain org lain pendapat. tp kalau difikirkan dgn sewajarnya dan lama-kelamaan, kita tetap akan menerima cara dia. wallahu'alam....

-azwanbakhtiar- said...

-LiLacFlA
betul². jangan buat isyak lambat tau. haha.

-buruuj
mula ni yang susah sikit nak terima. macam mana la ati nak lembut camni. hehe

Sopek said...

zzzzzzzzz...
dalam hal ni ak rase 2-2 x salah...
both of u got the point..
sorg nk kjut awal..
sorg plak xnk tido pas sbuh...

yg nk kjut awal tu mmg bgus..
psl mmg x elok pun nk lengah-lengahkan solat...

tp kalo tido pas subuh pun x berkat jgk..psl time tu malaikat turun nk bg rezeki woo...

sng cter..ko bgun sbuh awal..
pas2, ko xyah tido..
tu care terbaik kot..haha