Friday, May 22, 2009

percutian penuh kejutan. insyaAllah.

esok. bermula cuti semester aku. esok juga. aku akan berkonvoi. 4 biji moto. termasuk aku. menuju ke johor. doakan keselamatan kami semua.

kepada yang masih ada perperiksaan. selamat mengambil giliran kami. bagi yang dah lama cuti. mari kita enjoy. bagi yang dah mula belajar balik. belajar bersungguh2 tau! haha.

lepas ni lambat sikit aku kemas kini blog ni. cuti. haha.

enjoy! assalamualaikum wbt.

Thursday, May 21, 2009

review kertas network analysis

tiada apa yang dapat dikatakan. tak sempat nak buat apa pun. masa tak pernah cukup untuk kertas² yang berkaitan dengan litar ni. dari semester lepas lagi. adoi la.

sampai nak keluar berak pon tak sempat.

oh PETRONAS penaja kami. jangan la naikkan standard pointer kami tinggi² sangat. tak mampu la. dah cuba 2 semester dah ni. huu.

Wednesday, May 20, 2009

review kertas pendidikan Islam.

------------------------
QUESTION 3. c.
Name FIVE (5) Islamic banking products in Malaysia.
[6 marks]
------------------------

jawapan orang:
- al-Mudharabah
- al-Musyarakah
- bit bithaman ajil
- al-Istisna'
- al-Murabahah


jawapan aku:
- tabung haji
- bank Islam
- Takaful Malaysia
- etiqa insurance
- CIMB Islamic


rasa². jawapan siapa betul?

Tuesday, May 19, 2009

kompleks perasaan

apa perasaan kamu. bila kamu ada perperiksaan Digital Electronics II. dan kau tak sedar langsung. yang kau tak bawa kalkulator kau. sehingga 3 minit selepas perperiksaan dimulakan?

selamat aku dapat pinjam kalkulator Faez Adnan 20 minit sebelum waktu perperiksaan tamat. huhu.

Saturday, May 16, 2009

tamak ketika musim perperiksaan

bila menjelangnya musim perperiksaan. semua orang kalut. ada yang kalut mengulangkaji pelajaran. ada yang kalut baru nak mula belajar. tu hangpa tak tengok amir kalut lagi. hehe. ha. dan ada jugak yang semangat menukar status mereka di tukang mesej yahoo. dan juga percakapan google.

'weh banyak lagi tak cover. mati la aku.'

'wah sekejapnya. dah habis satu semester.'

'yeah dah nak cuti!'

ada juga status² yang menarik. mengajak orang yang membaca status itu agar sama² berdoa.

'ya Allah. janganlah Kau bagi kami mengarut berlebihan sebentar lagi.'

ada seorang kawan. dia pun buat status macam tu jugak. mengajak orang berdoa. sila baca seperti seorang yang menggunakan yahoo messenger ketika bosan.

'ya ALLAH!!! permudahkanlah SAHABATku ini menduduki peperiksaan duniaMU, jadikanlah debaran di jiwa disebabkan risau jika gagal melamar redhoMU, dengarilah rintihan hatinya yang sanggup bersusah payah demi ilmuMU, terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMU, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMU....maaf atas segala salah & silap..SALAM IMTIHAN'

nampak tak? dia suruh kita doa untuk dia seorang saja. agar dia seorang saja yang berjaya. dan biarkan orang lain gagal.

apakah ini?

alangkah baiknya jika dia tukar perkataan 'SAHABATku' tersebut kepada 'kami'. bagi sama² dapat rahmat. agar sama² berjaya di dunia dan di akhirat.

haih.

tumbesaran nespray (ii)

dulu². masa kita kecik. kita selalu dengan ibu. dan ayah kita. pergi ke mana. sentiasa bersama. semua input. yang diberikan. diterima. bulat². dan. sekiranya. ada percanggahan. pendapat. antara kita. dan kawan² kita. maka ini. yang akan kedengaran.


" eh mana ada. mak aku cakap macam lain la. hg tipu! bwek"


kita sangat bersifat difensif apa bila orang mempertikaikan ibu bapa kita. sejuk ja hati mereka. hee..


bila kita. mula masuk sekolah. rendah. banyak benda baru. kita baru tau. pelbagai input baru. yang kita dapat. semuanya. menggunakan logik akal. yang tinggi. kali ini. apabila. ada. percanggahan. antara kita. dan ibu bapa kita. ini pula yang akan berkumandang..


" mak. tak boleh macam ni. cikgu kat skola cakap macam tu."


ketika ini. si anak sangat yakin dengan kata gurunya. si ibu tidak mahu berkata apa. mungkin juga ketika itu. si anak tidak sedar bahawa dia mungkin. tersilap. dalam memahami perbualan ibunya. dan juga. tersilap. dalam memahami. pengajaran. gurunya.


bila kita. menjejaki usia remaja. ramai kawan. baru. yang kita dapat. masa ini. kita banyak. menghabiskan masa. bersama. kawan² baru ini. keluar bersama. main bersama. bila mak dan ayah mengajak kita. menghabiskan masa bersama. ini yang akan keluar dari mulut kita..


"ala. segan la nak keluar dengan mak. dan abah."


aik? segan? malu?

Friday, May 15, 2009

dr asif dalam kenangan

ketika berita cikgu aminah yang baru meninggal dunia minggu lepas disebabkan penyamun yang memecah masuk rumah beliau masih segar dalam ingatan. sekali lagi. aku terkejut. apabila mendengar berita. bahawa. pensyarah vector calculus kelas kami. dr asif sadiq. telah meninggal dunia. akibat komplikasi jantung.

sungguh. kami semua terkejut.

meninggal dunia pada usia muda. dalam lingkungan 40 tahun. dan sebelum kami memulakan perperiksaan akhir semester. (untuk pengetahuan semua. kertas pertama kami adalah vector calculus) akibat serangan jantung. amat mengejutkan. ya. kami tahu dia kuat merokok. tapi. terlalu cepat segalanya berlaku.

dr asif merupakan seorang pensyarah yang cukup disenangi pelajar. walaupun beliau dari pakistan. bahasa inggerisnya mudah difahami. cara pengajaran yang tidak pernah terlalu serius. dan selalu tersenyum memang buat kami seronok saja dalam kelas. bahkan. aku dan ayad sanggup duduk depan sekali. betul² depan dia. masa kelas berlangsung. punya la seronok. haha.

kalau dia marah pun. marah yang buat kita tak rasa kecik hati. hari tu. ayad dan sapar. bermain². usik mengusik. di hadapan dr asif. masa dalam kelas. dalam gaya tak berapa serius. dia suruh mereka berdua naik atas.

'if you want to make fun. go play upstairs where i could not see.'

pengajaran macam tu membuatkan kami gembira. dan buat kami berusaha sehabis baik. tak sampai hati nak main² dalam kelas. haha.

pembelajaran menggembirakan berterusan sehingga satu hari.

'friday's class will be canceled. i will have to have a medical check-up. i may have some serious disease.' kata dr asif pada kelas hari rabu.

walaupun itu yang dia cakap. semua buat tak tahu. semua dah gembira tak ada kelas vector hari jumaat. sebab. hari jumaat ada 1 kelas saja. kalau kelas tu tak ada. cuti la hari tu. tak siapa pun sedar. dia tengah serius masa tu. tapi. aku nampak la. ekspresi dia. lain macam bila kami gelak² macam tu saja.

sekarang baru aku tau. mesti dia kecik hati dengan kami semua.

selepas jumaat tu. seminggu dia tak datang. masa tu aku ingat dia tengah dalam proses pemulihan selepas pembedahan. oleh itu aku cuma menunggu kepulangan dr asif. untuk mendapatkan tandatangan dia. untuk meluluskan sambungan elaun aku. haha.

seminggu lepas tu. dia datang balik. tapi masa tu dah study week. tiada kuliah. kami pergi mencari dr asif untuk mendapatkan apa yang dihajati.

aku ingat dia dalam kesakitan. kelesuan. yela. baru lepas pembedahan. heart bypass kalau tak silap. mesti la dalam pemulihan lagi kan. tapi. aku tengok. dia senyum ja. nampak rilek. aku ingat dia ok. aku pun minta la tandatangan dia.

dia tengok aku.

aku ingat dia nak marah la. sebab apa la bodoh sangat sampai elaun kena potong. dia senyum lagi. dia cakap. petang nanti datang la ambil kertas ni. buat masa ni dia nak simpan dulu. dia tak mau bagi aku segan kot masa tengok markah² ujian. sebelum dia tandatangan surat recommendation tersebut.

petang tu aku datang. masa aku ambil surat tu. dia senyum lagi. oh dr asif. aku mesti berusaha bersungguh²!

serius aku tak sangka itu kali terakhir aku jumpa dia.

hari isnin baru ni. aku dikejutkan dengan berita yang dr asif dah meninggal dunia kat hospital pakar ipoh. eh bukan ka dia dah buat pembedahan ka hari tu. macam mana pulak?

berita disambut dengan rasa paling tak boleh percaya. tak sempat jumpa dia secara formal buat kali terakhir. tak sempat nak mintak maaf. sungguh kami tak percaya kata² dia masa kelas hari rabu tu sangat serius.

tapi sekarang semuanya dah terlambat.

biar apapun yang kami cakap. atau buat. dr asif tak akan kembali. sesungguhnya Allah lebih menyayangi dr asif. kami hanya mampu berusaha bersungguh² dalam perperiksaan demi mengenang jasa beliau.

"kita hanya menghargai sesuatu bila benda tu dah tak ada."

semoga roh dr asif dicucurkan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.
al-Fatihah.

***

BERKAITAN

diambil dari e-learning utp:

ALFATIHAH/CONDOLENCE



We regret to inform you that Dr. Muhammad Asif Sadiq, a senior lecturer in Fundamental & Applied Sciences Department, passed away at 12.18pm today at Ipoh Specialist Centre due to cardiac failure. On behalf of the University, we would like to convey our deepest condolences to his wife and family members.

Arrangements are being made to send his body home (Pakistan) for burial. Let us pray so that Allah will bless his soul and place him among His pious servants. Amin.

Dukacita dimaklumkan bahawa Dr. Muhammad Asif Sadiq, pensyarah kanan di Jabatan Sains Asasi dan Gunaan telah meninggal dunia pada pukul 12.18 tengahari tadi di Hospital Pakar Ipoh disebabkan masalah jantung. Bagi pihak Universiti, kami ingin mengucapkan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga beliau.

Urusan sedang dibuat untuk menghantar jenazah Allahyarham ke tanahairnya (Pakistan) untuk pengebumian. Sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Amin.

Wassalam.

Human Resource Management & Administration
Universiti Teknologi PETRONAS

Monday, May 11, 2009

pesanan luqmanul hakim

tomtom: Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. [petikan dr 25 nasihat luqmanul hakim kepada anaknya]

azwan bakhtiar: hg ada lg 24 nasihat tu tak?

serius ni.

Sunday, May 10, 2009

PHOTOSHOOT 02 : minggu perperiksaan

ya. aku tau. utp ni lambat buat periksa. lambat periksa maka lambat balik rumah. lambat balik rumah maka lambat la jumpa kawan². sanak saudara (ada juga ka? bagus².). dan lain². dan. ramai orang. mengklasifikasikan minggu² perperiksaan sebagai minggu² stress. mungkin benar. bagi orang² macam aku. mungkin tidak benar bagi lee yuan huang. pelajar 4.0 sentiasa. dalam kelas aku. haha.



dan. ya. kali ni. bukan bilik aku. bukan aku yang tulis. ek. haha.

Wednesday, May 6, 2009

kenangan tadika

waktu tadika dulu. aku otai. berbadan besar. tinggi la daripada orang lain. dan aku. menangis sepanjang hari. masa hari pertama kat tadika dulu. nak balik! nak balik! yang tu ja aku asyik cakap. bila cikgu aminah cuba pujuk aku. aku buat gaya king kong. wargh! aku jerit. sambil tumbuk² dada. masa tu memang tak sakit woh. haha. aku ingat lagi.

tapi cikgu aminah rilek ja. dia tau. mesti ada jugak budak macam aku dalam kelas dia.

waktu tadika memang sangat seronok. asyik nak main saja. seronok betul. tambah². bila kena menyanyi. budak² lelaki cukup suka menyanyi lagu syamsul ghau ghau. yang masa tu baru menang sinaran pasport kegemilangan. lagu hit buatmu. kalau kena buat persembahan. asyik menyanyi lagu tu saja. haha. sampai budak² perempuan meluat. tambah². mariam. yang dah 2 tahun tadika. oleh itu. boleh saja dia buat otai dalam kelas. heh.

ada 1 lagi lagu nasyid. tapi aku dah lupa tajuk. nak menyanyi pon dah tak ingat. hehe.

cikgu aminah memang best. suka bagi bintang². ikut kualiti kerja para pelajar. maksimum yang aku pernah tengok. 12 bintang. paling tinggi. aku pernah dapat 10 saja. tu pon sekali. lain selalu dapat 3-4 bintang saja. standard orang tangan batu la kot. haha. tapi. cara dia lukis bintang tu memang best. membuat aku berusaha berfikir secara logik pada usia 6 tahun. untuk meniru lukisan bintang tersebut. hehe.

saat paling seronok. WAKTU MAKAN!! nanti semua orang beratur ambil makanan. dan milo kerajaan. jenama wahi. tin warna putih. haha. dan. selalu bila sampai giliran aku. mesti aku nak lebih. sebab tu aku selalu jadi orang terakhir ambil makanan. haha.

lepas tu. mula la acara membaca doa makan. cikgu aminah mengajar kami dengan penuh dedikasi doa tu. memang antara doa yang paling awal aku hafal. tapi sekarang dah malas nak baca. adoi la.

lepas makan. waktu bermain. disebabkan aku berbadan besar. aku selalu diseru kawan². agar menyelesaikan masalah antara mereka. dan gengster kelas. amar. badan kecik. tapi suka buat otai. apa lagi. last². kami dua orang yang bertumbuk. heh.

haah ek. lupa lak. sebelum kelas bermula. kena beratur dulu. ketua kelas. firdaus taro. akan menyeru budak² ni. "angkat tangan! jatuh tangan!" wah sungguh comel beliau ketika itu. haha. kalau tak silap masa tu dah belajar menyanyi lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang.

haha. memang banyak benda yang aku belajar masa tadika dulu. belajar jadi tak takut nak kena tinggal dengan mak. hehe. terima kasih cikgu aminah!

***

siang tadi. tiba². ketua tadika ym aku. dia bagitau 1 berita. yang memang buat aku terkejut. cikgu aminah. meninggal dunia. kelmarin. taro pon tak tau sebab apa. sakit mungkin.

tiba² aku teringat sesuatu. benda yang jadi masa aku sekolah lagi kot. tingkatan 4 atau 5 mungkin. mak terjumpa cikgu aminah masa berjalan². benda pertama yang cikgu aminah tanya kat mak.

"azwan macam mana sekarang? belajar dia ok tak? lama tak jumpa dia."

masa mak cerita kat aku. aku terkejut. sebab dia ingat lagi aku. ingat nama siap. dah berapa tahun dah pon. mak suruh aku pergi jumpa cikgu kat tadika. tapi aku buat² lengai.

'rilek la. nanti² wan p la jumpa cikgu.'

sekarang. aku dah tak dapat jumpa dia dah. buat pertama kali aku rasa betul² menyesal tak jumpa seseorang. betul. aku tak sangka langsung nak jadi macam ni. sebab cikgu pon muda lagi.

alasan tipikal.

maafkan semua salah dan silap saya cikgu. minta cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajar saya selama ni. dunia akhirat. semoga cikgu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. amin..

al-Fatihah.

Monday, May 4, 2009

baju baru manchester united



apa pandangan kau bila tengok gambar prototaip jersi manchester united 2009-2010 ni?

aku nampak power rangers.

menonton bola di separuh masa kedua

malam tadi. aku pergi menonton bola. bersama zahid. setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan. kami berjaya juga sampai ke Salam Corner. kedai tak ramai orang. mungkin sebab perlawanan yang kami tengok tu bukan uefa champions league. EPL cuma. masa tu tengah rehat sebelum masuk separuh masa kedua.

liverpool lawan newcastle.

perlawanan ni boleh dikira sebagai perlawanan yang pasti menang buat liverpool. pertemuan sebelum ini di st james park (stadium newcastle) telah menyaksikan tuan rumah dihentam 1-5. sehingga membuatkan penjaga gawang terus hendak keluar kelab. memang dia keluar pun tak lama lepas tu.

masa nak masuk separuh masa kedua. liverpool dah leading 2-0. hmm. kena bantai lagi sekali la kot.

semua orang fikir macam tu. termasuk la para penyokong dan pengurus newcaste sendiri. tapi. para penyokong mereka tu. setia betul. sentiasa menyanyi lagu pasukan. berdoa (gaya mereka la). dan macam² lagi. dari mula. sampai habis perlawanan.

bila micheal owen masuk pun. 1 stadium pakat tepuk tangan. 2-2 pihak penyokong. memang meriah la.

hmm.

aku cuba banding dengan liga bola sepak malaysia. setakat yang aku tengok kat tv. kalau pasukan dia nak kalah ja. mula la penyokong² nak baling macam². yang paling selalu. botol air la. sampai penuh kat bawah tu. teruk betul.

tu kau tak kira lagi elemen pergaduhan yang boleh tercetus.

pendek kata. selagi mentaliti semua pihak dalam bola sepak malaysia tidak berubah. ke arah yang lebih profesional. selagi tu la arena bola sepak kita tak akan maju. percaya la. dengan keadaan padang yang aku pun tak tau nak cakap macam mana tu. hmm.

zahid cakap. "weh bila la nak maju ni. takkan la sampai aku dah mati kot?"

Friday, May 1, 2009

pengumuman

hujung minggu ni aku tak akan kemas kini blog ni. aku balik penang. yeah! seronok seronok. haha. akhirnya cita² aku untuk menunggang moto balik penang tercapai. terima kasih kepada rumet yang menyambut hari jadi beliau hari ini. dan juga chaknga. yang sudi teman aku balik. haha.

sepanjang sepeninggalan aku. aku harap kita semua menikmati hujung minggu ini dengan penuh kegembiraan. jangan buat benda pelik² tau. haha. kepada geng² penang aku. mari bergembira pada hari sabtu ni. haha.

doakan keselamatan kami pergi dan pulang ek. terima kasih kawan²!