Friday, May 15, 2009

dr asif dalam kenangan

ketika berita cikgu aminah yang baru meninggal dunia minggu lepas disebabkan penyamun yang memecah masuk rumah beliau masih segar dalam ingatan. sekali lagi. aku terkejut. apabila mendengar berita. bahawa. pensyarah vector calculus kelas kami. dr asif sadiq. telah meninggal dunia. akibat komplikasi jantung.

sungguh. kami semua terkejut.

meninggal dunia pada usia muda. dalam lingkungan 40 tahun. dan sebelum kami memulakan perperiksaan akhir semester. (untuk pengetahuan semua. kertas pertama kami adalah vector calculus) akibat serangan jantung. amat mengejutkan. ya. kami tahu dia kuat merokok. tapi. terlalu cepat segalanya berlaku.

dr asif merupakan seorang pensyarah yang cukup disenangi pelajar. walaupun beliau dari pakistan. bahasa inggerisnya mudah difahami. cara pengajaran yang tidak pernah terlalu serius. dan selalu tersenyum memang buat kami seronok saja dalam kelas. bahkan. aku dan ayad sanggup duduk depan sekali. betul² depan dia. masa kelas berlangsung. punya la seronok. haha.

kalau dia marah pun. marah yang buat kita tak rasa kecik hati. hari tu. ayad dan sapar. bermain². usik mengusik. di hadapan dr asif. masa dalam kelas. dalam gaya tak berapa serius. dia suruh mereka berdua naik atas.

'if you want to make fun. go play upstairs where i could not see.'

pengajaran macam tu membuatkan kami gembira. dan buat kami berusaha sehabis baik. tak sampai hati nak main² dalam kelas. haha.

pembelajaran menggembirakan berterusan sehingga satu hari.

'friday's class will be canceled. i will have to have a medical check-up. i may have some serious disease.' kata dr asif pada kelas hari rabu.

walaupun itu yang dia cakap. semua buat tak tahu. semua dah gembira tak ada kelas vector hari jumaat. sebab. hari jumaat ada 1 kelas saja. kalau kelas tu tak ada. cuti la hari tu. tak siapa pun sedar. dia tengah serius masa tu. tapi. aku nampak la. ekspresi dia. lain macam bila kami gelak² macam tu saja.

sekarang baru aku tau. mesti dia kecik hati dengan kami semua.

selepas jumaat tu. seminggu dia tak datang. masa tu aku ingat dia tengah dalam proses pemulihan selepas pembedahan. oleh itu aku cuma menunggu kepulangan dr asif. untuk mendapatkan tandatangan dia. untuk meluluskan sambungan elaun aku. haha.

seminggu lepas tu. dia datang balik. tapi masa tu dah study week. tiada kuliah. kami pergi mencari dr asif untuk mendapatkan apa yang dihajati.

aku ingat dia dalam kesakitan. kelesuan. yela. baru lepas pembedahan. heart bypass kalau tak silap. mesti la dalam pemulihan lagi kan. tapi. aku tengok. dia senyum ja. nampak rilek. aku ingat dia ok. aku pun minta la tandatangan dia.

dia tengok aku.

aku ingat dia nak marah la. sebab apa la bodoh sangat sampai elaun kena potong. dia senyum lagi. dia cakap. petang nanti datang la ambil kertas ni. buat masa ni dia nak simpan dulu. dia tak mau bagi aku segan kot masa tengok markah² ujian. sebelum dia tandatangan surat recommendation tersebut.

petang tu aku datang. masa aku ambil surat tu. dia senyum lagi. oh dr asif. aku mesti berusaha bersungguh²!

serius aku tak sangka itu kali terakhir aku jumpa dia.

hari isnin baru ni. aku dikejutkan dengan berita yang dr asif dah meninggal dunia kat hospital pakar ipoh. eh bukan ka dia dah buat pembedahan ka hari tu. macam mana pulak?

berita disambut dengan rasa paling tak boleh percaya. tak sempat jumpa dia secara formal buat kali terakhir. tak sempat nak mintak maaf. sungguh kami tak percaya kata² dia masa kelas hari rabu tu sangat serius.

tapi sekarang semuanya dah terlambat.

biar apapun yang kami cakap. atau buat. dr asif tak akan kembali. sesungguhnya Allah lebih menyayangi dr asif. kami hanya mampu berusaha bersungguh² dalam perperiksaan demi mengenang jasa beliau.

"kita hanya menghargai sesuatu bila benda tu dah tak ada."

semoga roh dr asif dicucurkan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman.
al-Fatihah.

***

BERKAITAN

diambil dari e-learning utp:

ALFATIHAH/CONDOLENCE



We regret to inform you that Dr. Muhammad Asif Sadiq, a senior lecturer in Fundamental & Applied Sciences Department, passed away at 12.18pm today at Ipoh Specialist Centre due to cardiac failure. On behalf of the University, we would like to convey our deepest condolences to his wife and family members.

Arrangements are being made to send his body home (Pakistan) for burial. Let us pray so that Allah will bless his soul and place him among His pious servants. Amin.

Dukacita dimaklumkan bahawa Dr. Muhammad Asif Sadiq, pensyarah kanan di Jabatan Sains Asasi dan Gunaan telah meninggal dunia pada pukul 12.18 tengahari tadi di Hospital Pakar Ipoh disebabkan masalah jantung. Bagi pihak Universiti, kami ingin mengucapkan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga beliau.

Urusan sedang dibuat untuk menghantar jenazah Allahyarham ke tanahairnya (Pakistan) untuk pengebumian. Sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Amin.

Wassalam.

Human Resource Management & Administration
Universiti Teknologi PETRONAS

4 comments:

niKkL said...

Dr. Asif Sadiq
u've taught us well
we thank you
may Allah bless ur soul

~~~Al-Fatihah~~~

Rizal Yusof [© REJECTshot 2009] said...

Al-Fatihah....
Banyak pahala dia,
sebab jadi guru...

Mrs Camillo said...

:'( tensen sgt kot jadi lecturer...alfatihah~

aishah said...

semoga dr asif ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
amin~
sempena 16 mei yg akn mnjelang sok..
epi teacher's day for all dedicated teachers! =)
ari lecturer xda ka?
hoho..