Wednesday, May 6, 2009

kenangan tadika

waktu tadika dulu. aku otai. berbadan besar. tinggi la daripada orang lain. dan aku. menangis sepanjang hari. masa hari pertama kat tadika dulu. nak balik! nak balik! yang tu ja aku asyik cakap. bila cikgu aminah cuba pujuk aku. aku buat gaya king kong. wargh! aku jerit. sambil tumbuk² dada. masa tu memang tak sakit woh. haha. aku ingat lagi.

tapi cikgu aminah rilek ja. dia tau. mesti ada jugak budak macam aku dalam kelas dia.

waktu tadika memang sangat seronok. asyik nak main saja. seronok betul. tambah². bila kena menyanyi. budak² lelaki cukup suka menyanyi lagu syamsul ghau ghau. yang masa tu baru menang sinaran pasport kegemilangan. lagu hit buatmu. kalau kena buat persembahan. asyik menyanyi lagu tu saja. haha. sampai budak² perempuan meluat. tambah². mariam. yang dah 2 tahun tadika. oleh itu. boleh saja dia buat otai dalam kelas. heh.

ada 1 lagi lagu nasyid. tapi aku dah lupa tajuk. nak menyanyi pon dah tak ingat. hehe.

cikgu aminah memang best. suka bagi bintang². ikut kualiti kerja para pelajar. maksimum yang aku pernah tengok. 12 bintang. paling tinggi. aku pernah dapat 10 saja. tu pon sekali. lain selalu dapat 3-4 bintang saja. standard orang tangan batu la kot. haha. tapi. cara dia lukis bintang tu memang best. membuat aku berusaha berfikir secara logik pada usia 6 tahun. untuk meniru lukisan bintang tersebut. hehe.

saat paling seronok. WAKTU MAKAN!! nanti semua orang beratur ambil makanan. dan milo kerajaan. jenama wahi. tin warna putih. haha. dan. selalu bila sampai giliran aku. mesti aku nak lebih. sebab tu aku selalu jadi orang terakhir ambil makanan. haha.

lepas tu. mula la acara membaca doa makan. cikgu aminah mengajar kami dengan penuh dedikasi doa tu. memang antara doa yang paling awal aku hafal. tapi sekarang dah malas nak baca. adoi la.

lepas makan. waktu bermain. disebabkan aku berbadan besar. aku selalu diseru kawan². agar menyelesaikan masalah antara mereka. dan gengster kelas. amar. badan kecik. tapi suka buat otai. apa lagi. last². kami dua orang yang bertumbuk. heh.

haah ek. lupa lak. sebelum kelas bermula. kena beratur dulu. ketua kelas. firdaus taro. akan menyeru budak² ni. "angkat tangan! jatuh tangan!" wah sungguh comel beliau ketika itu. haha. kalau tak silap masa tu dah belajar menyanyi lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang.

haha. memang banyak benda yang aku belajar masa tadika dulu. belajar jadi tak takut nak kena tinggal dengan mak. hehe. terima kasih cikgu aminah!

***

siang tadi. tiba². ketua tadika ym aku. dia bagitau 1 berita. yang memang buat aku terkejut. cikgu aminah. meninggal dunia. kelmarin. taro pon tak tau sebab apa. sakit mungkin.

tiba² aku teringat sesuatu. benda yang jadi masa aku sekolah lagi kot. tingkatan 4 atau 5 mungkin. mak terjumpa cikgu aminah masa berjalan². benda pertama yang cikgu aminah tanya kat mak.

"azwan macam mana sekarang? belajar dia ok tak? lama tak jumpa dia."

masa mak cerita kat aku. aku terkejut. sebab dia ingat lagi aku. ingat nama siap. dah berapa tahun dah pon. mak suruh aku pergi jumpa cikgu kat tadika. tapi aku buat² lengai.

'rilek la. nanti² wan p la jumpa cikgu.'

sekarang. aku dah tak dapat jumpa dia dah. buat pertama kali aku rasa betul² menyesal tak jumpa seseorang. betul. aku tak sangka langsung nak jadi macam ni. sebab cikgu pon muda lagi.

alasan tipikal.

maafkan semua salah dan silap saya cikgu. minta cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajar saya selama ni. dunia akhirat. semoga cikgu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. amin..

al-Fatihah.

6 comments:

aishah said...

post yg sgt mnyentuh kalbu..
suka+duka..huhu..
pngajaran:
hargailah sseorg smntara dia masih ada..
jgn ska btangguh sbb kta x tau apa akn jdk msa dpn..
haha..
wktu tadika plg best!
tere ja bc doa..
skrg smua dh lupa..haha

mzn. said...

al-fatihah.

pahlawan said...

ade kalanye perkara yg berlaku tu diluar kawalan kita.., jgn berasa t'lalu kesal..

-semoga cikgu aminah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..(amin)

.Nora Kacak. said...

takziah.
azwan, hg tadika mana uh dgn taro?
pra sek kat skbl eh?

ra|nbOw said...

huuu. sdeyh plak. erm. tadika mmg bnyk kenangan nakal n comel. hehe.. al fatihah utk ckgu aminah. takziah.

-azwanbakhtiar- said...

terima kasih semua.

-nora
tak. aku tadika kemas bayan lepas. kat balai raya tu. tau x? hg tadika binjai kan.