Monday, May 4, 2009

menonton bola di separuh masa kedua

malam tadi. aku pergi menonton bola. bersama zahid. setelah melalui pelbagai dugaan dan rintangan. kami berjaya juga sampai ke Salam Corner. kedai tak ramai orang. mungkin sebab perlawanan yang kami tengok tu bukan uefa champions league. EPL cuma. masa tu tengah rehat sebelum masuk separuh masa kedua.

liverpool lawan newcastle.

perlawanan ni boleh dikira sebagai perlawanan yang pasti menang buat liverpool. pertemuan sebelum ini di st james park (stadium newcastle) telah menyaksikan tuan rumah dihentam 1-5. sehingga membuatkan penjaga gawang terus hendak keluar kelab. memang dia keluar pun tak lama lepas tu.

masa nak masuk separuh masa kedua. liverpool dah leading 2-0. hmm. kena bantai lagi sekali la kot.

semua orang fikir macam tu. termasuk la para penyokong dan pengurus newcaste sendiri. tapi. para penyokong mereka tu. setia betul. sentiasa menyanyi lagu pasukan. berdoa (gaya mereka la). dan macam² lagi. dari mula. sampai habis perlawanan.

bila micheal owen masuk pun. 1 stadium pakat tepuk tangan. 2-2 pihak penyokong. memang meriah la.

hmm.

aku cuba banding dengan liga bola sepak malaysia. setakat yang aku tengok kat tv. kalau pasukan dia nak kalah ja. mula la penyokong² nak baling macam². yang paling selalu. botol air la. sampai penuh kat bawah tu. teruk betul.

tu kau tak kira lagi elemen pergaduhan yang boleh tercetus.

pendek kata. selagi mentaliti semua pihak dalam bola sepak malaysia tidak berubah. ke arah yang lebih profesional. selagi tu la arena bola sepak kita tak akan maju. percaya la. dengan keadaan padang yang aku pun tak tau nak cakap macam mana tu. hmm.

zahid cakap. "weh bila la nak maju ni. takkan la sampai aku dah mati kot?"

No comments: