Saturday, May 16, 2009

tamak ketika musim perperiksaan

bila menjelangnya musim perperiksaan. semua orang kalut. ada yang kalut mengulangkaji pelajaran. ada yang kalut baru nak mula belajar. tu hangpa tak tengok amir kalut lagi. hehe. ha. dan ada jugak yang semangat menukar status mereka di tukang mesej yahoo. dan juga percakapan google.

'weh banyak lagi tak cover. mati la aku.'

'wah sekejapnya. dah habis satu semester.'

'yeah dah nak cuti!'

ada juga status² yang menarik. mengajak orang yang membaca status itu agar sama² berdoa.

'ya Allah. janganlah Kau bagi kami mengarut berlebihan sebentar lagi.'

ada seorang kawan. dia pun buat status macam tu jugak. mengajak orang berdoa. sila baca seperti seorang yang menggunakan yahoo messenger ketika bosan.

'ya ALLAH!!! permudahkanlah SAHABATku ini menduduki peperiksaan duniaMU, jadikanlah debaran di jiwa disebabkan risau jika gagal melamar redhoMU, dengarilah rintihan hatinya yang sanggup bersusah payah demi ilmuMU, terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaanMU, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selainMU....maaf atas segala salah & silap..SALAM IMTIHAN'

nampak tak? dia suruh kita doa untuk dia seorang saja. agar dia seorang saja yang berjaya. dan biarkan orang lain gagal.

apakah ini?

alangkah baiknya jika dia tukar perkataan 'SAHABATku' tersebut kepada 'kami'. bagi sama² dapat rahmat. agar sama² berjaya di dunia dan di akhirat.

haih.

6 comments:

ra|nbOw said...

errmmm. betol3. doa utk semua skali.
barulah berkat. hee =]

aishah said...

bkn tamak..
jual ikan la..
haha..

lynawan said...

bc pkataan amir kalut menyebabkan aku t'igt kt sorg hamba Allah ni yg dipanggil Siti Kalut binti Mat Gelabah.

FaKE said...

erk? aku da lame x mai cni..weee weee

BuRuuj said...

betul(3x). hehe...

status nie ok gak, "marilah kita berdoa". ;)

Fatul Akrul Ramli said...

mcm tau je sape org tu..