Monday, June 29, 2009

monolog pagi isnin

aku ingat lagi. bila aku baca balik esei-esei aku. masa sekolah dulu. esei-esei peperiksaan. dalam bahasa inggeris terutamanya. aku akan berasa sedih. sebak. kecewa. terharu. nak menangis. dan lain-lain perasaan yang sangat kompleks.

bukan sebab tulisan aku la. zz

sebab tekstur ayat. selalunya. bila aku baca esei orang. aku akan cuba buat ayat aku sendiri. konon. nanti jadi sedap la kot. tapi. bila aku baca esei aku sendiri. jadi macam tak reti. tak percaya. aku ka yang tulis ni dulu? sebab apa sekarang aku dah tak reti nak menulis macam dulu? adakah aku semakin bengap? haha.

mungkin aku perlu mengambil kesusasteraan inggeris kot.

Wednesday, June 24, 2009

tambang bas mungkin akan dinaikkan

tambang bas mungkin akan dinaikkan. (oi sebab apa aku ulang balik tajuk ni ha?) haih. apa-apa pun. inisiatif ini tidaklah digemari orang ramai. terutamanya pelajar universiti yang duduk jauh dan comel macam aku. haha. bila tengok berita. baru aku perasan. dah dekat setahun. surcaj dikenakan. hmm.

mengikut kadar sekarang. tambang bas ekspres. dari tronoh ke johor bahru. adalah rm60. kalau kau beli kat medan gopeng. rm48.5. tapi sebab aku malas nak mencari pengangkutan ke sana. aku rela berbelanja lebih rm10.

kalaulah pelan menaikkan harga tambang bas ekspres diteruskan. mungkin akan mencapai rm75. mungkin. aku malas mengira peratusan. haha. dan. menjelang hari raya. semestinya aku terpaksa menaiki bas tambahan.

masa harga belum naik pon. aku dah kena cas rm80. aku tak boleh bayang harga tiket bas pada hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi.

alasan yang diberikan pihak pengusaha bas:

1. "kami memerlukan wang yang lebih untuk proses penyelenggaraan bas."
2. "kami perlu membayar gaji pemandu bas."
3. "kami nak beli bas baru."

ok alasan ketiga tu. aku saja reka. tak tau la kalau-kalau mereka betul nak beli atau tidak. tu urusan mereka. haha. tapi memang mahal betul la. bayangkan. pengusaha kata nak minta kenaikan antara 30 hingga 100%. ini bermakna. kalau sebelum ni perbelanjaan pergi balik aku hanya rm120. selepas ini mungkin menjadi rm240! wtf?

macam naik kapal terbang saja.

kapal terbang? baru perasan. aku tengok buletin utama tadi. dia cakap. airasia dah mansuhkan caj pentadbiran dalam urusan jual beli tiket. baru aku ingat. syarikat bas ekspres kalut nak naikkan harga tiket. syarikat penerbangan pulak kalut nak turunkan harga tiket.

adakah kos penyelenggaraan kapal terbang lebih murah daripada bas ekspres? hmm.

Sunday, June 21, 2009

penemuan mengejutkan menjelang hari bapa

saya memiliki raut wajah yang hampir serupa dengan abah saya. 'abah saya' ini merujuk kepada abah kandung saya. bukan ustaz saedin yang cukup suka. bila orang panggil dia 'abah' kat sekolah tu. abaikan.

bila kami menghadiri apa-apa majlis kenduri kendara anjuran kenalan keluarga kami. orang ramai suka membandingkan kami berdua. ada yang mencadangkan bahawa kami ini adik beradik. walaupun aku kelihatan lebih tinggi daripada beliau. haha.

dalam realiti. saya dan abah mempunyai perbezaan yang sangat ketara. abah adalah seorang yang suka sangat bersukan. sebut saja segala sukan di sekolah. pada zaman beliau. mesti ada muka beliau dalam pasukan. 1 sahaja sukan yang tidak dimainkan. BOLA KERANJANG. sebab masa tu memang tak banyak gelanggang. dan kalau ada pun. mesti ramai cina. berbanding dengan aku. hanya bola keranjang sahaja yang aku tahu main. bola sepak pun tak reti. harap minat kaka saja. haha.

abah juga seorang yang tak boleh duduk rumah tak buat kerja. mesti ada saja kerja yang dilakukan. kalau kami masih kat bayan lepas dulu. dalam pukul 9 pagi. rajin saja beliau keluar. mencantas apa-apa yang terlebih di halaman rumah. bila dah pindah ke jb ni. abah menjadi rajin mengajak kami berjalan-jalan. berbeza pula dengan aku. kalau boleh tak mahu keluar rumah. duduk rumah main pes lagi seronok. haha.

banyak lagi perbezaan ketara yang wujud. saja malas nak cerita. malulah aku. wakaka.

sempena hari bapa ni. ingin saya mendedahkan perbezaan terbaru antara abah dengan saya.

jurang beza umur saya dan abah adalah 27 tahun. namun begitu. kepala saya diserang uban yang melampau. manakala abah langsung tidak memiliki parasit tersebut. dan. beliau tidak mewarnakan rambutnya langsung.

apakah ini? ini tidak adil!!

haha. selamat hari abah kepada semua abah di malaysia.

Saturday, June 20, 2009

PHOTOSHOOT 03 : mi udang

agak-agak. berapa harga hidangan mi udang ni?



klu : hidangan ini untuk tiga orang. dan. mamat belakang buah kelapa itu adalah chaknga. haha

Thursday, June 18, 2009

setuju tak?

aku rasa kerajaan patut mengisytiharkan 1 hari dalam setahun. sebagai:

HARI TIDUR SEMALAYSIA.

di mana setiap orang perlu bercuti daripada melakukan tugas mereka. tak kira kakitangan kerajaan atau swasta. mereka semua diwajibkan berada di rumah. dan tidur sepanjang hari. bangun bila lapar. dan ketika masuk waktu solat fardhu sahaja.

rasional pelaksanaan cuti ini. semua orang dapat berehat secukupnya. rehat yang hakiki adalah tidur. bukan pergi melancong. yang semestinya menambahkan beban keletihan. bila tidur cukup. barulah tahap tekanan berkurangan. ini akan meningkatkan prestasi para pekerja menjelang hari seterusnya. ini juga dapat mengurangkan ketegangan para pelajar yang tengah kalut menyiapkan kerja-kerja yang dikehendaki oleh para pengajar mereka.

kadar penggunaan elektrik juga dapat dijimatkan. kita hanya akan menggunakan kipas angin dan peti sejuk sepanjang hari. sebagai salah sebuah negara yang menyokong earth hour. tak salah kalau kita buat earth day pula.

kamu semua setuju tak?

Tuesday, June 16, 2009

transformasi

sekarang memang musim transformer. kebetulan. aku saja merayau-rayau dalam talian. membaca forum-forum motosikal. agak menyeronokkan bila mengetahui terdapat motosikal baru yang mungkin akan dikeluarkan. dan lebih menarik. membuatkan aku ingin membuat sedikit pengubahsuaian terhadap motosikal aku.

ini motosikal aku sekarang.



kalau ditambah sedikit fairing. dan ditukar lampu hadapan. dan handle bagi pendek sikit.
insyaAllah my baby akan berubah jadi macam ni.



secara relatifnya. dapat kita lihat di sini.



hmm. sebelum aku boleh simpan duit untuk itu. esok aku kena beli kad grafik baru dulu. terlebih panas agaknya. haha. semoga impian dan cita-cita kita semua tercapai. amin.

Monday, June 15, 2009

azwan bakhtiar dan 20 tahun yang lalu.

hari ini. aku telah berubah. yeah! berubah menjadi tua. oh sekejap betul masa berlalu.

aku ingat lagi. sambutan hari jadi pertama. yang aku ingat la. masa tu. yang ketiga. punya la seronok. dapat kek. sebab boleh buat macam dalam tv. boleh tiup lilin. wah stylo! tapi. bila mak pasang lilin. aku jadi cuak. tak berani tiup lilin. sebab api kot. kan mak cakap. jangan main dengan api. haha. bila abah tiup lilin tu. baru la gedik nak tiup balik. suruh mak pasang api balik. haha.

aku ingat lagi masa curi-curi makan aiskrim malaysia yang tok buat. sebenarnya dia nak jual. tapi cucu dia yang comel ni selalu makan. bila ditanya. tak mengaku. lepas tu. terus batuk-batuk. kantoi. haha.

aku ingat lagi bermain ala-ala joe jambul bersama nizam dan naim. terjun sungai yang cetek. haha. selalu kena marah dengan abah sebab pergi sungai sesuka suki. lepas tu selalu pulak gaduh dengan anak jiran sebelah rumah.

aku ingat lagi zaman tadika dulu. walaupun nama mereka aku dah tak ingat. tapi aktiviti dalam kelas tu memang buat aku gelak seorang diri. aku ingat lagi. pensel warna aku. mesti cikgu aminah yang simpan. sebab kalau aku simpan. tak tau apa dah jadi.

aku ingat lagi zaman sekolah rendah. dah tadika setahun pun. nak nangis masa hari pertama. nora memang makhluk paling kecik dalam kelas aku. taro selalu beli milo ais atau teh ais. minuman orang bawak duit banyak ke sekolah. rizal siap pernah ajak aku lawan bertumbuk lepas sekolah. dia tak puas hati kat aku. sebab apa tah. tapi. bila aku tunggu. dia lari pulak. macam-macam. fizi memang setia dengan tupperware tudung biru berisi roti bakar dengan telur. syazwan suhaimi dengan jeruk sedap beliau. aktiviti lucah nizam dalam kelas. haha. cikgu osman yang suka suruh orang meniarap kat lantai. cikgu jamalil yang besar dan menakutkan. tapi suka buat benda pelik-pelik dalam kelas. oh aku teringat bermain bola jaring sebelum kelas tusyen malam. dan membeli jambu batu dari makcik sebelah sekolah sebelum balik rumah. dan sate ikan! aku ingat lagi. aku hutang dengan abang sate ikan. seringgit. haha.

aku ingat lagi zaman sekolah menengah. zaman seluar atas pusat. zaman rambut pendek. zaman kutuk bulat. haha. zaman merasa jadi wakil sekolah. walaupun tak buat apa sangat sumbangan pun. zaman nak segan dengan budak perempuan tak pasal-pasal. dulu ok saja. zaman meninggalkan boyband. mula melayan linkin park. maroon 5. audioslave. like a stone!! zaman mengenal 'fuad dan nina' di dorm 3b5. zaman bermain bingo satu kelas. zaman kenal dengan macam-macam jenis orang. haha

sekarang. zaman universiti. memang boleh ingat lagi suasana masa hari pendaftaran kat utp. peh bangga gila. terasa macam dah mengharumkan nama komuniti setempat. bertekad untuk mendapat dean's list setiap semester. tapi makin lama macam makin susah saja nak dapat. haha.

yeah. masa memang cepat berlalu. memang tak perasan. macam mesej hari jadi yang aku dapat malam tadi.

"kita datang disambut azan.
kita pulang diiringi sembahyang."

oh alangkah singkatnya hidup ini.

bak kata pepatah.
"live life to the fullest!!"

marilah kita menikmati hidup ini sementara masih boleh. jangan buat benda terpesong tau. haha.

Friday, June 12, 2009

penambahan aset.

hari ini. jam aku telah selamat sampai.



banyak gambar lagi boleh dilihat di sini.

hehe

kiri kanan.. kiri kanan.. kiri kanan kiri.. hey!

haha. tiba-tiba teringat kenangan masa kawad kaki dulu. haha. ok. entri ini adalah untuk mempromosikan lagu-lagu dalam single terbaru mereka. left right left right left. yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi coldplay. tak ada la baru sangat. versi konsert. tapi layan ja. terima kasih kepada raihanah tahir yang memberitahu berita ni. dan terima kasih kepada nana sebab tak bagitau awal-awal. zz la kamu.

Thursday, June 11, 2009

pelajar CM dan duit mereka

CM. consequence management. adalah hukuman yang dijatuhkan terhadap semua pelajar naungan PETRONAS yang gagal mencapai tahap yang dikehendaki dalam peperiksaan akhir semester.

ketika mula diperkenalkan. pointer yang perlu kami atasi adalah 2.5. ini berkesan untuk GPA. bukan CGPA. sekiranya gagal. buat kali pertama. elaun akan ditahan untuk beberapa ketika.

beberapa ketika itu sudah cukup untuk membuat ramai orang sengsara. untuk menyambung kembali elaun. kami perlu mendapatkan recommendation dari para pensyarah yang mengajar kami.

ok. selesai sudah semua itu. saja kami memohon lambat. agar duit yang masuk adalah gedebak. banyak. hehe.

dua minggu lalu. elaun yang tertunggak telah masuk. semua yang terlibat. telah menggunakan duit itu sehabis baik. haha.

ada yang shopping



ada yang beli telefon baru.



kereta pun ada kot.




aku beli apa pulak?



tapi. ada jugak orang yang simpan saja duit tu. buat bekalan semester depan. yela. PETRONAS dah naikkan pointer. 2.75. ini tak boleh jadi. kejam la!

Wednesday, June 10, 2009

kaka dan pro evolution soccer 2009

aku seorang pemain permainan komputer tahap permulaan. aku tidaklah ketagih melayan permainan-permainan elektronik secara melampau. aku mula bermain secara serius ketika mula menjadi pelajar utp. masa itu aku main need for speed : carbon dan fifa 07. bila fifa 08 dikeluarkan. aku bermain dengan lebih serius. ditambah dengan kemudahan komputer di rumah.

ramai orang cakap. kalau main fifa. tak true. bukan pemain permainan bolasepak komputer yang sebenar. mereka perlu bermain PES. baru betul.



baik. aku cuba bermain. dalam banyak-banyak pasukan. pasukan yang paling serasi dengan aku (ceh) adalah pasukan AC Milan. liverpool tak seronok digunakan. haha. seronok guna kaka. ronaldinho. pirlo. pato.

tapi bila aku dapat tau kaka dah kena jual ke real madrid. serius aku sedih. kurang semangat untuk bermain PES. tak apa. lepas ni. aku nak beli kaka balik. dalam game jela. haha.

ha. dulu. aku siap boleh keliru antara kaka dan robinho. adoi. sangat tak tahu bola.


ok ini kaka.


ini robinho. haha.

Tuesday, June 9, 2009

assassin's creed 2

agak lama aku tidak mendapat talian internet yang pantas dan tuntas. apabila baru dapat peluang. aku buka youtube. saja nak tengok klip-klip video yang baru. yang sangat menarik perhatian aku adalah trailer assassin's creed 2 yang akan keluar hujung tahun ni. haha.



ni pulak trailer assassin's creed 1 yang aku tak habiskan lagi. haha.



apa-apa pun. game ni memang seronok untuk dimainkan. cuma pelik sikit bila latar tempat dia kat kawasan jerusalem. damascus. siap boleh nampak dome of rock lagi. mari kita menanti game ni dengan penuh kesabaran. haha

Friday, June 5, 2009

misteri jumaat

Aku bersolat di masjid di alor setar sebentar tadi. Ketika mendengar khutbah. Terasa mengantuk sangat2. Mungkin letih sebab lama sangat dalam perjalanan. Dari johor bahru. Tapi. Aku gagahkan jua bertahan. Mengenangkan aku tidak seharusnya tidur ketika khutbah. Aku juga bersabar. Dan bersemangat untuk tidur selepas sampai ke rumah.

bila dh selesai semua. Tak mengantuk lak. Cit!

Thursday, June 4, 2009

pak ali dan rm2

pak ali seorang yang miskin. pada satu pagi yang permai. beliau terasa lapar yang amat sangat. tak tau sebab apa. selalunya brunch (BReakfast + lUNCH) terus. nak makan. dia tak pergi bekerja lagi. masih belum ada makhluk tuhan yang boleh dimakan terdapat di dapurnya.

lantas. pak ali bersegera mengorek2 poket yang ada. hmm. duit syiling yang banyak. setelah dihitung berkali-kali. beliau redha dengan rezeki yang ditentukan Allah kepadanya. RM2 cuma. namun. itu sudah cukup banyak bagi pak ali.

pak ali kemudiannya bersiap-siap. dan kemudian turun dari rumah. menuju ke kawasan orang berniaga.

beliau tiba di sebuah gerai nasi lemak. tiada pelanggan ketika ketibaannya. lalu. pak ali bersegera memberikan rm1 kepada peniaga tersebut. 'sebungkus nasi lemak telur ek.'. dan pak ali mengambil nasi lemak yang dimaksudkan. 'terima kasih ya.'

peniaga : ha. harga nasi lemak tu seringgit.
(sambil menghulurkan tangan meminta duit)

pak ali : saya dah bayar la tadi.

peniaga : mana ada. kamu jangan nak tipu. berdosa besar makan benda tak bayar. haram tau!

pak ali memang dah tak ada semangat nak cakap banyak. beliau memang lapar sangat. oleh itu. pak ali memberikan seringgit kepada peniaga nasi lemak yang tamak itu.

sekarang pak ali dah tak ada duit. beliau teringin menghirup secawan teh o panas ketika makan nasi lemak. dengan langkah yang tidak bermaya. pak ali bergerak ke warung menjual minuman.

ramai orang di warung tersebut pagi ini. tanpa berlengah. pak ali memesan teh o panas yang diingini. teh o pun sampai. bila diminta wang. pak ali menyatakan bahawa pak ali telahpun membayar harga teh o tersebut. peniaga yang memang sibuk itu. tidak perasan langsung. menyangka bahawa pak ali telah membayar untuk teh o itu. dan berlalu pergi. melayan pelanggan lain.

kini set sarapan pagi pak ali sudah lengkap. nasi lemak ada. teh o panas pun ada. sebelum makan. pak ali berdoa:

'ya Allah, tuhanku yang Maha Mengetahui. dan Maha Pemurah. hanya Engkau yang tahu perkara yang sebenar. aku memohon agar Engkau ambillah seringgitku dari peniaga nasi lemak yang tamak itu. dan serahkan kepada peniaga minuman ni. pemilik sebenar seringgitku itu. amin.'


diadaptasi dari EH! WAT YU TALKING? : chronicles of malay humour oleh syed ali tawfiq al-attas.

Wednesday, June 3, 2009

aku telah kembali. tapi?

wah dah lama betul tak berada di atas talian. haha. aku dah hairan. sebab apa ramai orang telah menswastakan blog mereka secara tiba2 ek?

kepada yang menjemput aku untuk turut serta membaca blog mereka. terima kasih diucapkan. kepada yang tak habis kerja lagi tu. cepat siapkan. hehe.

oh tak sabar nak balik utara weh!