Monday, June 15, 2009

azwan bakhtiar dan 20 tahun yang lalu.

hari ini. aku telah berubah. yeah! berubah menjadi tua. oh sekejap betul masa berlalu.

aku ingat lagi. sambutan hari jadi pertama. yang aku ingat la. masa tu. yang ketiga. punya la seronok. dapat kek. sebab boleh buat macam dalam tv. boleh tiup lilin. wah stylo! tapi. bila mak pasang lilin. aku jadi cuak. tak berani tiup lilin. sebab api kot. kan mak cakap. jangan main dengan api. haha. bila abah tiup lilin tu. baru la gedik nak tiup balik. suruh mak pasang api balik. haha.

aku ingat lagi masa curi-curi makan aiskrim malaysia yang tok buat. sebenarnya dia nak jual. tapi cucu dia yang comel ni selalu makan. bila ditanya. tak mengaku. lepas tu. terus batuk-batuk. kantoi. haha.

aku ingat lagi bermain ala-ala joe jambul bersama nizam dan naim. terjun sungai yang cetek. haha. selalu kena marah dengan abah sebab pergi sungai sesuka suki. lepas tu selalu pulak gaduh dengan anak jiran sebelah rumah.

aku ingat lagi zaman tadika dulu. walaupun nama mereka aku dah tak ingat. tapi aktiviti dalam kelas tu memang buat aku gelak seorang diri. aku ingat lagi. pensel warna aku. mesti cikgu aminah yang simpan. sebab kalau aku simpan. tak tau apa dah jadi.

aku ingat lagi zaman sekolah rendah. dah tadika setahun pun. nak nangis masa hari pertama. nora memang makhluk paling kecik dalam kelas aku. taro selalu beli milo ais atau teh ais. minuman orang bawak duit banyak ke sekolah. rizal siap pernah ajak aku lawan bertumbuk lepas sekolah. dia tak puas hati kat aku. sebab apa tah. tapi. bila aku tunggu. dia lari pulak. macam-macam. fizi memang setia dengan tupperware tudung biru berisi roti bakar dengan telur. syazwan suhaimi dengan jeruk sedap beliau. aktiviti lucah nizam dalam kelas. haha. cikgu osman yang suka suruh orang meniarap kat lantai. cikgu jamalil yang besar dan menakutkan. tapi suka buat benda pelik-pelik dalam kelas. oh aku teringat bermain bola jaring sebelum kelas tusyen malam. dan membeli jambu batu dari makcik sebelah sekolah sebelum balik rumah. dan sate ikan! aku ingat lagi. aku hutang dengan abang sate ikan. seringgit. haha.

aku ingat lagi zaman sekolah menengah. zaman seluar atas pusat. zaman rambut pendek. zaman kutuk bulat. haha. zaman merasa jadi wakil sekolah. walaupun tak buat apa sangat sumbangan pun. zaman nak segan dengan budak perempuan tak pasal-pasal. dulu ok saja. zaman meninggalkan boyband. mula melayan linkin park. maroon 5. audioslave. like a stone!! zaman mengenal 'fuad dan nina' di dorm 3b5. zaman bermain bingo satu kelas. zaman kenal dengan macam-macam jenis orang. haha

sekarang. zaman universiti. memang boleh ingat lagi suasana masa hari pendaftaran kat utp. peh bangga gila. terasa macam dah mengharumkan nama komuniti setempat. bertekad untuk mendapat dean's list setiap semester. tapi makin lama macam makin susah saja nak dapat. haha.

yeah. masa memang cepat berlalu. memang tak perasan. macam mesej hari jadi yang aku dapat malam tadi.

"kita datang disambut azan.
kita pulang diiringi sembahyang."

oh alangkah singkatnya hidup ini.

bak kata pepatah.
"live life to the fullest!!"

marilah kita menikmati hidup ini sementara masih boleh. jangan buat benda terpesong tau. haha.

10 comments:

lynawan said...

selamat hari tua.even aku kelas dgn hg 5 tahun tp aku blur la.pnh ka kita sekelas main bingo?true n dare iya la.tp plg xbleh lupa cikgu ghazali main chess sekali tym lps uat form 1

ra|nbOw said...

ape dkt chatbox? time bday baru nak jd peramah skit? wakaka. peramah ade makne~ haha. errr. ble la agaknye nak bayar hutang abg sate ikan tuh?

HazirahMahadzir said...

selamat hari jadi versi terlambat!
hehe~
hg lupa tulih wehh..zaman tulih nota cinta atas meja!
ahahaahahah~~

.Nora Kacak. said...

wakakakka. asal aku lak paling kecik?
ade je org lain lagi, buwekkkk!
maksud aku, kelas lain la. hahaha.
rizal ajak tumbuk? wakakakak.
fizi. aku xpena taw pon. maybe aku tak amik port. hahah syazwan suhaimi. apasal aku tataw eh? sepatotnye aku kena taw., ahahha, ni drjh brape punye memori nih? aku ingat drjh 5 n 6 ja. wakakakka.



btw. HAPPY BIRTHDAY skali ag, Ingat 2 pesanan aku tghmalam semalam. hikhik =]

Rizal Yusof [© REJECTshot 2009] said...

Aku ajak bertumbuk???
Weh, serius x ingat!!!!
Huhuhuhhh....
Mesti aku tgh gila ka
hapa time tuh....=D

Apa2 aku paling ingat
kes nizam dgn sumi beliau!!!
Hhuuhuhh...
Sampai cikgu osman cop
'pemuda lucah'!!!...
Kesian member!!!

Oit buku log cikgu osman lupa ka???
Huhuhu...
Ckg Jamalil suka tampaq blakang orang!!! Sakit gila... Dah la
dia saiz Pakistan!!

Gila2 time muda2 dlu!!!

t a r o said...

haha apa plak aku beli teh ais ngan milo ais, aku pon lupa, teh ais dulu 6kupang ja, pastu makan nasi klu boh ayam goreng kira dah hebat, haha

kena jalan itik ngan cikgu osman awat hg tk boh? haha lg apa lg ha?
hg jadi pengawas jaga kat tangga kot? ntah aku ingat2 lupa, haha

selamat hari jadi wei, nak aku nyanyi dak? =D

happy birdday to hang,
happy birdday to hang,
happy birdday to azwann,
happy birdday to hang,

(tiup lilin, fuhhhh)
haha
selamat hari jadi wei!

-azwanbakhtiar- said...

-lina
truth and date pon pernah main satu kelas. shafiqah kena menyanyi. puteri kena menari. wakaka.

-ra|nb0w
ok. lepas ni aku menjadi ramah tanpa makna ek. ntah la. bila nak jumpa abang tu pun tak tau. mesti dah tua skarang ni. huhu.

-hazirah
nota cinta? tak ingat tak ingat. wakaka.

-nora
aku dah lupa la pesanan tu. ulang balik boleh? haha

-rizal
buku log tu paling tak boleh blah. haha. memang banyak lagi. nanti aku tulis. haha

-taro
kena denda sebab bising kat masjid bayan lepas masa solat jumaat. playground kita kot tu. haha

aishah said...

haha..byk btoi knangan..
tu br 20 thun..
hurm..
skrg dh 20 thun lyan pa pulak?
oldies? gagaga..

Anonymous said...

woihh
smpai hati hg
zaman skolah menengah satu nama pn xboh!
ni nak kcik ati ni

-azwanbakhtiar- said...

-aishah
layan wo oldies. haha. best-best.

-profesor azri silmi azami
weh aku letak jugak la nama bulat. haha