Thursday, June 4, 2009

pak ali dan rm2

pak ali seorang yang miskin. pada satu pagi yang permai. beliau terasa lapar yang amat sangat. tak tau sebab apa. selalunya brunch (BReakfast + lUNCH) terus. nak makan. dia tak pergi bekerja lagi. masih belum ada makhluk tuhan yang boleh dimakan terdapat di dapurnya.

lantas. pak ali bersegera mengorek2 poket yang ada. hmm. duit syiling yang banyak. setelah dihitung berkali-kali. beliau redha dengan rezeki yang ditentukan Allah kepadanya. RM2 cuma. namun. itu sudah cukup banyak bagi pak ali.

pak ali kemudiannya bersiap-siap. dan kemudian turun dari rumah. menuju ke kawasan orang berniaga.

beliau tiba di sebuah gerai nasi lemak. tiada pelanggan ketika ketibaannya. lalu. pak ali bersegera memberikan rm1 kepada peniaga tersebut. 'sebungkus nasi lemak telur ek.'. dan pak ali mengambil nasi lemak yang dimaksudkan. 'terima kasih ya.'

peniaga : ha. harga nasi lemak tu seringgit.
(sambil menghulurkan tangan meminta duit)

pak ali : saya dah bayar la tadi.

peniaga : mana ada. kamu jangan nak tipu. berdosa besar makan benda tak bayar. haram tau!

pak ali memang dah tak ada semangat nak cakap banyak. beliau memang lapar sangat. oleh itu. pak ali memberikan seringgit kepada peniaga nasi lemak yang tamak itu.

sekarang pak ali dah tak ada duit. beliau teringin menghirup secawan teh o panas ketika makan nasi lemak. dengan langkah yang tidak bermaya. pak ali bergerak ke warung menjual minuman.

ramai orang di warung tersebut pagi ini. tanpa berlengah. pak ali memesan teh o panas yang diingini. teh o pun sampai. bila diminta wang. pak ali menyatakan bahawa pak ali telahpun membayar harga teh o tersebut. peniaga yang memang sibuk itu. tidak perasan langsung. menyangka bahawa pak ali telah membayar untuk teh o itu. dan berlalu pergi. melayan pelanggan lain.

kini set sarapan pagi pak ali sudah lengkap. nasi lemak ada. teh o panas pun ada. sebelum makan. pak ali berdoa:

'ya Allah, tuhanku yang Maha Mengetahui. dan Maha Pemurah. hanya Engkau yang tahu perkara yang sebenar. aku memohon agar Engkau ambillah seringgitku dari peniaga nasi lemak yang tamak itu. dan serahkan kepada peniaga minuman ni. pemilik sebenar seringgitku itu. amin.'


diadaptasi dari EH! WAT YU TALKING? : chronicles of malay humour oleh syed ali tawfiq al-attas.

4 comments:

aishah said...

wah~x pnah tau pn cta ni..
pa ending cta ni?

ra|nbOw said...

hukkkk. blh ke camtuh???

Sopek said...

secare hukumnya..
yang haram tetap haram...

-azwanbakhtiar- said...

-aishah
tu mmg dah ending dia dah.

-ra|nbow
entah. hehe

-mr 32
tp dia kan orang teraniaya. huhu