Sunday, June 21, 2009

penemuan mengejutkan menjelang hari bapa

saya memiliki raut wajah yang hampir serupa dengan abah saya. 'abah saya' ini merujuk kepada abah kandung saya. bukan ustaz saedin yang cukup suka. bila orang panggil dia 'abah' kat sekolah tu. abaikan.

bila kami menghadiri apa-apa majlis kenduri kendara anjuran kenalan keluarga kami. orang ramai suka membandingkan kami berdua. ada yang mencadangkan bahawa kami ini adik beradik. walaupun aku kelihatan lebih tinggi daripada beliau. haha.

dalam realiti. saya dan abah mempunyai perbezaan yang sangat ketara. abah adalah seorang yang suka sangat bersukan. sebut saja segala sukan di sekolah. pada zaman beliau. mesti ada muka beliau dalam pasukan. 1 sahaja sukan yang tidak dimainkan. BOLA KERANJANG. sebab masa tu memang tak banyak gelanggang. dan kalau ada pun. mesti ramai cina. berbanding dengan aku. hanya bola keranjang sahaja yang aku tahu main. bola sepak pun tak reti. harap minat kaka saja. haha.

abah juga seorang yang tak boleh duduk rumah tak buat kerja. mesti ada saja kerja yang dilakukan. kalau kami masih kat bayan lepas dulu. dalam pukul 9 pagi. rajin saja beliau keluar. mencantas apa-apa yang terlebih di halaman rumah. bila dah pindah ke jb ni. abah menjadi rajin mengajak kami berjalan-jalan. berbeza pula dengan aku. kalau boleh tak mahu keluar rumah. duduk rumah main pes lagi seronok. haha.

banyak lagi perbezaan ketara yang wujud. saja malas nak cerita. malulah aku. wakaka.

sempena hari bapa ni. ingin saya mendedahkan perbezaan terbaru antara abah dengan saya.

jurang beza umur saya dan abah adalah 27 tahun. namun begitu. kepala saya diserang uban yang melampau. manakala abah langsung tidak memiliki parasit tersebut. dan. beliau tidak mewarnakan rambutnya langsung.

apakah ini? ini tidak adil!!

haha. selamat hari abah kepada semua abah di malaysia.

9 comments:

Faive said...

uban di kepala,
sebenarnya tanda2 banyak berfikir,
banyak berfikir pula tandanya akan menjadi ahli parlimen..~

enyheartsdiamond said...

hell!!!

lawak siot!!!

hakhahahahaaa...

esp yg uban tuh~

hehe..

tarok la pix~

kasi tambah menarik!!!

ra|nbOw said...

haha. =] owh. perbezaan ttg ayah x blh diam itu. mmg sume ayah yg baik x leh duduk diam. hee.

bola keranjang. rindunya aku nak main. lalalalal~~~

hahahha. keadilan utk org yg benar2 layak je. wakakak =P

aishah said...

haha..lawak2..
tu la..
kecik2 dh pndai pakai gel..
org dulu2 mna pakai gel..
pakai minyak kelapa ja..
haha..
lg 1..mkn la ulam ulaman sket..
baru la awet muda..
haha..

fatynlicious said...

manyak uban eh?
sebab hg dok diam ja. dok diam bermakna berfikir

tengok cam abah hg. tak duduk diam
ada saja benda beliau nak buat
sunggoh aktif di situ.

maka tiada banyak parasit yang hinggap pada diri beliau kerana terlampau aktif.

.Nora Kacak. said...

wakkakaka, aku setuju ngan atyn.
ahahah. aritu mase reunion aku macam nk cabut ja semo uban hg taw tak!
geram aku. hahhaha.XD

mzn. said...

hahaha.
ada uban.
kalau macam tu.
selamat hari abah kepada kau.

-azwanbakhtiar- said...

-pahlawan
hg tak abeh2 suro aku jadi ahli parlimen. haha

-eny
gambar? tak mungkin. haha

-ra|nb0w
apakah aku tidak layak mendapat keadilan? huhu

-aishah
ulam? tak boleh. alergi. haha

-fatyn
berfikir? yeah. bila la nak kawin ni ha?

-nora
o patut la hg usha aku lain macam ja ritu. haha

-mazni
terima kasih. haha

Mrs Camillo said...

gile jiwang, bhai!