Thursday, June 18, 2009

setuju tak?

aku rasa kerajaan patut mengisytiharkan 1 hari dalam setahun. sebagai:

HARI TIDUR SEMALAYSIA.

di mana setiap orang perlu bercuti daripada melakukan tugas mereka. tak kira kakitangan kerajaan atau swasta. mereka semua diwajibkan berada di rumah. dan tidur sepanjang hari. bangun bila lapar. dan ketika masuk waktu solat fardhu sahaja.

rasional pelaksanaan cuti ini. semua orang dapat berehat secukupnya. rehat yang hakiki adalah tidur. bukan pergi melancong. yang semestinya menambahkan beban keletihan. bila tidur cukup. barulah tahap tekanan berkurangan. ini akan meningkatkan prestasi para pekerja menjelang hari seterusnya. ini juga dapat mengurangkan ketegangan para pelajar yang tengah kalut menyiapkan kerja-kerja yang dikehendaki oleh para pengajar mereka.

kadar penggunaan elektrik juga dapat dijimatkan. kita hanya akan menggunakan kipas angin dan peti sejuk sepanjang hari. sebagai salah sebuah negara yang menyokong earth hour. tak salah kalau kita buat earth day pula.

kamu semua setuju tak?

9 comments:

.Nora Kacak. said...

**ini juga dapat mengurangkan ketegangan para pelajar yang tengah kalut menyiapkan kerja-kerja yang dikehendaki oleh para pengajar mereka.**



AKU SETUJU!!!!
aku nk tdo. wawaawawa nak balek penang!!!! waaaa tension keja,
azwan. hg p htq permohonan ni kat government! hehehe

ra|nbOw said...

ya allah. 3 perkataan je!
setuju gile babeng!!!!!!!!!!!!
wakakakaka XD

Nur -al- Ain said...

haha. sgt2 setuju, tdo tu terapi gk kn..
bagus2 idea ni
bernas!

t a r o said...

haha, semua kedai tutup, mall tutup, takdak rancangan dkt television, radio tutup,,

tapi kemungkinan jgak takdak bekalan elektrik sbb pekerja dekat power plant ngan tnb pon tidor skali, sapa nk jaga. haha

hari sunyi semalaysia. haha =D

usop said...

bunyi cam hartal ja..
10 taun sblom merdeka..

aku stuju!!!

aishah said...

wakaka..
klakar gla..
setuju2!
1 ari ja? mn ckup..
wt la 2 ari ka..br la puas tdo..
ksian kt org insomnia..
sure bengong ja..org lain tdo..
dia nk wt pa lak?
sedih2..haha..

eli.Suhaili said...

tapi, aku tk boleh tido lama2, pening kepala weh.
ini tidak aci.

Faive said...

hang ni patut ya jadi wakil rakyat ni..
bukan engineer..

-azwanbakhtiar- said...

-nora
aku xmau p sorang. kita pakat la p ramai-ramai. haha

-ra|nb0w
setuju? cari nora. dia penganjur program menghantar petisyen. haha

-ain
tidur juga boleh menghilangkan kedutan. yeah!

-taro
hari sunyi semalaysia pun ok gak tu. haha

-usop
kat mana bunyi hartal tu? haha

-aishah
cadangan ini hanya untuk dilaksanakan di malaysia. yang kat australia tu mintak sniri ek. wakaka.

-eli
tak boleh tidur pon tak apa. golek-golek pon jadi la. haha

-faive
boleh ja kalau engineer nak jadi wakil rakyat kan. haha