Wednesday, June 24, 2009

tambang bas mungkin akan dinaikkan

tambang bas mungkin akan dinaikkan. (oi sebab apa aku ulang balik tajuk ni ha?) haih. apa-apa pun. inisiatif ini tidaklah digemari orang ramai. terutamanya pelajar universiti yang duduk jauh dan comel macam aku. haha. bila tengok berita. baru aku perasan. dah dekat setahun. surcaj dikenakan. hmm.

mengikut kadar sekarang. tambang bas ekspres. dari tronoh ke johor bahru. adalah rm60. kalau kau beli kat medan gopeng. rm48.5. tapi sebab aku malas nak mencari pengangkutan ke sana. aku rela berbelanja lebih rm10.

kalaulah pelan menaikkan harga tambang bas ekspres diteruskan. mungkin akan mencapai rm75. mungkin. aku malas mengira peratusan. haha. dan. menjelang hari raya. semestinya aku terpaksa menaiki bas tambahan.

masa harga belum naik pon. aku dah kena cas rm80. aku tak boleh bayang harga tiket bas pada hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi.

alasan yang diberikan pihak pengusaha bas:

1. "kami memerlukan wang yang lebih untuk proses penyelenggaraan bas."
2. "kami perlu membayar gaji pemandu bas."
3. "kami nak beli bas baru."

ok alasan ketiga tu. aku saja reka. tak tau la kalau-kalau mereka betul nak beli atau tidak. tu urusan mereka. haha. tapi memang mahal betul la. bayangkan. pengusaha kata nak minta kenaikan antara 30 hingga 100%. ini bermakna. kalau sebelum ni perbelanjaan pergi balik aku hanya rm120. selepas ini mungkin menjadi rm240! wtf?

macam naik kapal terbang saja.

kapal terbang? baru perasan. aku tengok buletin utama tadi. dia cakap. airasia dah mansuhkan caj pentadbiran dalam urusan jual beli tiket. baru aku ingat. syarikat bas ekspres kalut nak naikkan harga tiket. syarikat penerbangan pulak kalut nak turunkan harga tiket.

adakah kos penyelenggaraan kapal terbang lebih murah daripada bas ekspres? hmm.

10 comments:

aishah said...

haha..
alasan ke3 tu x releven la..
"harga minyak naik la dik.."
hahaha..erm..
tket airasia tu bkn smua murah..
1 2 ja murah gla2..yg lain stndard ja..
lg 1..
dia dpt byk duit sbb org byar tket awai..kalau tket burn,dia dh dpt duit..dia wt murah pun sbb nk tarik org naik kpal terbang..
cas mkanan gla2..megi pn rm5..
adoi~

enyheartsdiamond said...

mcm la bus tu selesa sgt~
mcm bas sarkas jaaa~

Faive said...

hahaha,
airasia tu pasal die ade utang belas2 ribu kan..

hang tumpang je member2 yg bawak kete..

ra|nbOw said...

hahaha. aku tetbe nak sarankan ko.
naik je la flight. skali skale...
tp. sebenarnye. penat lg perjlnan nak ke airport tuh~ haih.

HazirahMahadzir said...

penyelenggaraan apadia ntah..bas kdg2 huduh jugak..ngok ngek ngok ngek bunyi!
T__T

-azwanbakhtiar- said...

-aishah
abeh tu syarikat bas nak tolak orang bagi tak naik bas? wakaka

-eny
sarkas pa? sarkastik? haha

-faive
hm. boleh dipertimbangkan.

-ra|nb0w
yeah. kat ipoh tak ada lapangan terbang yang besar. kena p klia gak. zz.

-hazirah
macam bunyi masa hg jalan saja. wakaka

Mrs Camillo said...

ha... mehlah datang sarawak. pegi balik 1++ kalo ade promosi. lagi murah dr balik johor.
:)

-azwanbakhtiar- said...

-mrs camillo
tu la pasal. patutnya masa raya-raya la nak promosi. huhu. membe aku pon ajak gak p sarawak ni. cari geng cari geng. haha

Sopek said...

moto ade xnk pkai...
aiseh..
pe la ko ni...

faiq said...

bas kt mlysia maken hari maken laju..
dh mcm naik f1..
raser mcm kasi nyawa kt driver je.
sbb tu la tiket maken mahal