Thursday, July 30, 2009

penularan.

semenjak uitm seri iskandar. yang terletak hanya 8 kilometer dari utp ditutup pada minggu lepas. para pelajar utp. mula memikirkan soal yang sama. apakah akan ada pelajar utp yang terjangkit dengan virus H1N1 tersebut? bilakah pihak pengurusan utp pula akan mengambil keputusan untuk menutup utp. dan memberi cuti kepada para pelajar?

aku baca chat dalam hab DC++ v5. ada pendapat mengatakan. utp tak akan ditutup buat masa sekarang. hal ini disebabkan oleh:

1) ada event besar yang akan berlangsung. penutupan utp akan menyaksikan tiada orang yang akan datang untuk memeriahkan event tersebut.

2) pelajar utp sendiri telah menganjurkan pelbagai event. di mana mereka telah bersungguh-sungguh mendapatkan penajaan. sekiranya utp ditutup. semestinya program yang telah dirancangkan akan terpaksa ditangguh. atau dibatalkan. ini memang bukan perkara yang menyeronokkan.

3) kalau utp tutup. mesti la amy search dan aizat (bukan aizat aluwi) tak mau datang. mesti sedih makcik dan pakcik yang tak dapat beli tiket konsert 'di awan biru' hari tu. huu.

4) utp mungkin akan ditutup. tapi selepas event besar itu berlangsung.

entah. aku tak kisah sangat pasal ni. kalau dapat cuti. balik rumah main PES jela. kalau tak dapat cuti. kena duduk main PES kat bilik sebelah. sama ja.

tapi.

kamu rasa. adakah langkah menutup universiti ni termasuk dalam langkah-langkah yang wajar? adakah langkah ini menjamin penyekatan penularan virus tersebut?

orang kita ni cepat betul melatah.

ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk sekiranya kita dibenarkan cuti.

1) kalau perlu balik rumah. memang kebersihan lebih terjamin. tapi ada juga kemungkinan kita mendapat jangkitan virus itu ketika berada di rumah. contoh. bila balik rumah. peluang untuk makan besar adalah tinggi. dan selalunya. ini melibatkan aktiviti makan di luar rumah. peluang bertemu pembawa adalah tinggi. sama saja.

2) ada laporan mengatakan. terdapat pesakit demam yang tak mau pergi mendapatkan rawatan di klinik. kerana takut dikuarantin. yang ni paling buat aku nak mencarut. bukan menyusahkan diri sendiri. tapi boleh menyusahkan orang lain. dah tau sakit tu. pergi la klinik. zz.

3) jika perkara (2) berlaku. ada kemungkinan penyebaran telah berlaku dalam sesuatu kumpulan kecil. tanpa sebarang pengawalan. ini juga akan menjurus kepada penyebaran pada skala yang besar tanpa ada sesiapa yang menyedari perkara tersebut. dan bila diberikan cuti. mungkin kau sendiri yang menyebarkan penyakit tersebut kepada ahli keluarga kau. jangan sampai mereka semua kata kau pembawa sial. sudahlah.

***

jadi. aku cuma nak cakap. jagalah kebersihan diri semaksimum mungkin. dan. suruhlah siapa-siapa. yang malas mandi. agar rajin mandi. apa-apapun. aku tak menentang apa-apa arahan dari pihak utp. asalkan bukan benda pelik-pelik sudah.

ya. tiada unsur racism dalam entri ini. jangan membuat spekulasi. hantar kau pergi mexico baru tau.

Tuesday, July 28, 2009

entri pendek.

aku tak berkesempatan untuk mengemaskini blog sesuka hati seperti dulu. nak tengok coldplay pon tak sempat lagi neh. haha. bagi gambar sikit-sikit ok la ek.


untuk mengingatkan aku tentang cita-cita sebenar nanti. haha. boleh didapati di teluk batik.




ini pulak untuk mengingatkan aku tarikh hari ini. agar aku tak perlu membuka telefon bimbit untuk mengetahuinya. boleh didapati dari mrs camillo. haha. saja nak promosi.



ini peringatan agar tidak melupakan barang-barang yang penting. atau aku akan berkhemah di luar.

kepada duwe. wan cekang. iqbal rumet. semoga cepat sembuh daripada kesakitan masing-masing. nanti kita lawan PES sama-sama. macam selalu-selalu.

Saturday, July 25, 2009

air yasin: 01

dulu. masa kecik-kecik. aku memang rajin pergi ke surau di sebelah rumah. tak adalah betul-betul sebelah rumah macam rumah taro. betul-betul belakang masjid. selalu. aku pergi waktu maghrib dan isyak. eh asar pon pergi juga. sebab masa tu ada sekolah arab. wah bila diingat kembali waktu itu. oh alangkah sucinya aku ketika itu!

perkara yang paling menarik perhatian budak-budak seperti aku ketika itu. adalah. malam jumaat. pada malam tersebut. akan diadakan bacaan yasin secara berjemaah. amalan itu tidak dapat aku tinggalkan. ini kerana selepas selesai membaca yasin dan tahlil. akan diadakan jamuan kecil pula. selalu dapat nasi. bihun goreng. pisang. terpulang kepada orang yang menaja kenduri kecil-kecilan itu. selalunya. makanan telah dipek dalam pek individu.

kalau pergi masjid depan rumah taro. boleh dapat 2-3 bungkus seorang. seronok!

ha. sebelum bermula majlis bacaan ni. ramai orang pergi meletakkan botol berisi air masak di tengah-tengah. tudung botol dibuka. selepas diniatkan. selalu dalam bentuk doa. barulah bacaan bermula. insyaAllah. segala bacaan tadi akan masuk ke dalam air tersebut. maka dengan demikian. jadilah air itu. air yasin.

air ini selalu dibuat ubat untuk penyakit. tanda keyakinan kepada kuasa Allah. juga diminum oleh para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. terpulang kepada penggunaan. tapi selalunya diminum la.

teringat masa kat soksek dulu. ada 1 ceramah pasal molekul air. sentiasa berubah mengikut bunyi yang terhasil berdekatan dengannya. depa ni buat eksperimen. letak air dalam botol-botol. dan letak di sebelah pembesar suara. setiap botol untuk bunyi yang berbeza.

ada yang dimainkan lagu rock. metal. instrumental. nasyid. bacaan al-Quran. ucapan 'terima kasih' dalam pelbagai bahasa. dan macam-macam lagi. aku dah tak ingat.

hasil pemerhatian para pengkaji. apabila dikenakan bunyi yang berunsur positif. seperti bacaan al-Quran dan ucapan 'terima kasih' molekul air tersebut akan menjadi bentuk yang sangat cantik. bersinar-sinar. dan. apabila dikenakan bunyi yang berunsur sebaliknya. hasil yang dilihat juga terbalik dari yang awal tadi tu.

ini membuktikan wujudnya 'keberkatan' dalam air yasin tersebut.

sedari kecil. aku telah mengamalkan meminum air yasin. cuma bila dah masuk utp. dah kurang sangat minum. mungkin aku kekurangan faktor keberkatan. dan bukannya disebabkan oleh susu pandai.

"dan apakah nikmat Tuhanmu yang mahu kau dustakan?"

ps: jangan tanya aku macam mana orang tu boleh tangkap gambar molekul air. aku pun pernah tengok sekali saja. wallahua'lam.

Thursday, July 23, 2009

cita-cita

cita-cita merupakan sesuatu yang sangat gemar berubah. selalunya mengikut masa dan tempat.

contoh paling senang. kad biru yang kita dapat masa sekolah rendah dulu. setiap tahun. cikgu akan tanya: nanti besar kau nak jadi apa?

masa darjah satu. kebanyakan orang akan memilih cita-cita macam ni:
1) ikut ibu dan ayah.
2) ikut orang yang disanjungi. cikgu. polis. askar. ahli bomba.
3) doktor. sebab nampak hebat.
4) ahli perniagaan. nak kaya saja.

lama-kelamaan. cita-cita ni semakin berubah. kita dah mula kenal pelbagai pekerjaan lain. dan mula nampak minat kita terarah ke mana. mulalah nak jadi angkasawan. pelari pecut. pemain bola sepak malaysia. pemain badminton malaysia. dan pelbagai lagi.

apa yang pernah jadi pekerjaan impian aku? lain kali aku cerita.

bila dah besar. aku perasan. cita-cita aku rajin berubah. frekuensinya memang sangat tinggi.

aku tak kisah sangat pasal pekerjaan aku di hari muka nanti. tapi. selepas menonton transformers deux (saja gedik french sikit) hari tu. aku berimpian. untuk membeli sebuah ini:



ducati 848. atau 1198.

sangat teringin. stylo btoi!

tapi. hari tu. masa pergi membeli tiket harry potter. di jusco ipoh. ada roadshow honda. aku mencuba duduk di dalam sebuah kereta. gila-gila. serta merta cita-cita aku berubah.



hal ini demikian kerana. berdasarkan pemikiran logik. adalah lebih baik untuk aku menukar cita-cita. disebabkan harga antara kedua-duanya yang hampir sama. tapi kesan selepas pembelian sangat berbeza. alat ganti yang mungkin lebih mudah dicari. pusat servis yang lebih banyak. dan boleh aku bawak dinda. kalau boleh. tak mau bawak dinda naik moto. haha.

apa-apa pun. segala cita-cita perlu dicapai melalui usaha gigih dan pembelajaran berterusan.

accord! tunggu aku!

ehem-ehem. (usaha mengawal hormon)

semoga kita berjaya mencapai cita-cita kita. sama ada di dunia mahupun. di akhirat. insyaAllah. amin.

Wednesday, July 22, 2009

selsema babi H1N1

dipetik dari malaysiakini.

***

H1N1: Dua lagi kampus UiTM ditutup
Jul 22, 09 3:51pm

kemaskini 7.16pm Dua cawangan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing di Permatang Pauh dan Seri Iskandar, ditutup selama seminggu bagi mengawal wabak selesema A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, lapor Bernama.

"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala, 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar hari ini.

Beliau berkata arahan penutupan serta-merta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.

Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan prosedur operasi piawai (SOP) sudah diambil.

Tinjauan agensi berita itu di kampus UiTM cawangan Permatang Pauh tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kampus UiTM itu antara lima gugusan penularan wabak yang dikesan hari ini.

Dua gugusan melibatkan lapan kes di Kolej Winfield International, dan tujuh kes di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Dua lagi gugusan melibatkan SMK Seremban 2, Negeri Sembilan dan SMK Kubong, Limbang, Sarawak.

Semuanya 38 kes di lima gugusan kejadian wabak itu termasuk dalam 44 kes terbaru yang disahkan hari ini.

Sementara itu, lewat petang, Kementerian Kesihatan dilapor mengarahkan UiTM Seri Iskandar dekat Ipoh ditutup susulan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit seakan-akan influenza (ILI) kepada 280 orang.

Semalam hanya 55 orang dikesan mempunyai tanda-tanda selesema ILI.

Exco kesihatan negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

"Walaupun arahan ini serta-merta tetapi pihak UiTM diberikan masa
sehingga esok untuk mengosongkan kampus yang kini memuatkan lebih 12,000 penuntut, kakitangan dan pensyarah," katanya kepada pemberita hari ini.

"Selain itu 10 sampel darah diambil secara rawak daripada pelajar kampus itu dan saya berharap akan mendapat keputusan ujian makmal selewat-lewatnya malam ini dan bukan pada hari Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini," tambahnya.

Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujia bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan gugusan wabak ILI berkenaan.

Selain dua cawangan itu, UiTM Lendu, Melaka diarahkan ditutup selama sembilan hari sehingga 24 Julai.

***

adakah ini menandakan budak-budak utp juga akan bercuti selama seminggu? hanya masa yang menentukan.

semoga kita semua terpelihara daripada segala bala yang ada. amin.

Tuesday, July 21, 2009

basuhan salji

aku suka pergi ke kedai membasuh kenderaan. ini berlaku disebabkan oleh keadaan fizikal motosikal aku itu. sememangnya tidak mengizinkan aku yang memang malas ini untuk membasuhnya sendiri.

bahagian yang paling aku suka. bila melihat tayar dan rim sukan aku. dikilatkan. yang tu yang buat baby nampak macam baru. suke sgt! yeah! menjadi gedik sebentar.

aku basuh kat 2 kedai. 1 di taman maju. sebelah utp. 1 lagi dekat dengan rumah di jb.

aku tengok orang yang basuhkan baby. kat taman maju. pakcik yang agak berusia. dalam 50-an mungkin. dan kat jb. budak yang muda setahun dua dari aku kot.

bila aku tengok pakcik ni basuh. aku terasa. eh kesian btoi la kat pakcik ni. dah tua-tua pon dok kerja lagi. anak-anak dia tak bantu dia ka? kesian sungguh la!

bila aku tengok budak ni pulak basuh. aku terasa lain lak. eh budak ni ni sekolah lagi ke tak neh. takkan ponteng sekolah sebab tak tahan dengan dasar PPSMI kot? apa nak jadi dengan generasi selepas ni?

orang tua basuh moto salah. orang muda basuh moto masalah. apa neh! pengajaran hari tu: aku seorang prejudis. adoi.

Wednesday, July 15, 2009

perjalanan yang menguji ketahanan fizikal dan mental.

cuti semester akan berahkir. oleh itu. esok. perjalanan yang panjang akan bermula. sekali lagi aku akan merentasi lebuh raya utara selatan. dari susur keluar kempas. atau skudai. mungkin. dan berterusan ke susur keluar simpang pulai.

ya aku dah beli salonpas. syok wo pakai benda tu. sedap.

dan seperti biasa. doakan keselamatan dah kesejahteraan aku ek. kepada yang ada periksa akhir esok. selamat berjaya. kepada yang masih cuti. enjoy! kepada dinda. tunggu 8 jam ek. hee.

aku tak dapat kemaskini blog ni. sekurang-kurangnya sehingga hari ahad. komputer riba aku. ada kat orang yang membawanya pulang. terima kasih semua.

sehingga bertemu lagi di lain waktu. assalamualaikum wbt.

strawberry swing : preview.

strawberry swing adalah salah sebuah lagu yang terkandung dalam album viva la vida yang dihasilkan oleh coldplay.

aku cukup suka lagu ni!

ok-ok. dah lama album ni keluar. orang lain semua dah tak larat hafal. sebab apa aku baru nak buat review neh.

bukan apa.

aku baru dapat info. klip video rasmi akan dikeluarkan tak lama lagi. dan aku berjaya tengok preview selama 30 saat.





betul-betul menantikan video ini! haha. gayanya. klip video ni bakal menjadi klip video paling kreatif dalam album ni.

sapa boleh tolong download kat aku ek.

Monday, July 13, 2009

Friday, July 10, 2009

keputusan semester januari 2009

akhirnya. masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. masa untuk mengetahui adakah usaha yang dijalankan selama ini berbaloi atau tidak. keputusan ini juga sangat penting bagi aku. untuk mengetahui nasib status aku yang hampir semua orang di utp yang kenal aku tahu. adakah kejadian semester lepas akan berterusan. atau adakah aku akan melihat sinar harapan seperti yang digembar-gemburkan ketika sesi pertemuan itu?

dah la semalam ada orang prank kata keputusan dah keluar. kalut saja aku. dan ramai orang lagi. zz.

setelah mendapat info yang akhirnya boleh dipercayai. aku bersegera ke laman web utama utp. mencari pengumuman mengenai perkara ni.



ok ada. aku cuba klik pautan yang diberikan. aku terus ke portal pelajar utp. portal ni baru didirikan. 2 semester lepas kalau tak silap. dan kali ini. keputusan dimasukkan ke dalam portal ni. mungkin tak mau bagi orang-orang tertentu menggodam keputusan orang lain. hehe.

aku cuba login.



tak boleh? invalid? aik. semua kata laluan aku adalah sama. bertujuan untuk mengelak dari lupa mana-mana kata laluan. selama ni tak pernah pon jadi macam ni. adoi.

tak pa. aku klik 'lost password'. untuk cuba mendapatkan kata laluan aku kembali. aku pilih untuk menyeru portal itu untuk menghantar kata laluan aku ke emel aku. senang. tak banyak cerita. aku bukan dalam mood untuk menukar kata laluan pon. sekali aku tengok benda yang harus diisi.



aku tak ingat soalan apa yang aku guna masa mendaftar dahulu. jawapan dia lagi la aku tak ingat. oleh itu. aku tak mampu mendapatkan kata laluan tersebut kembali.

maju sangat utp ni. ada banyak betul benda yang kena login. dengan elearning lagi. PTMS. novell. argh.



gabungkan semua menjadi satu tak boleh ka?

lagipun. kalau nak dapatkan balik kata laluan tu. tak perlu la jawab soalan pelik-pelik. nanti tuan emel tu saja yang akan dapat kata laluan. itu pun kata laluan dia. kiranya. memang insyaAllah terjamin hanya seorang saja yang akan mendapat kata laluan tu. tak perlu susah-susah tanya soalan pelik-pelik itu. adoi.

malasnya nak hubungi ITMS utp. 16 julai ni baru aku dapat tahu keputusan.

kamu semua jangan buat gatal nak tanya keputusan aku esok. zz.

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan.

dipetik dari malaysiakini:

***

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Jul 8, 09 1:05pm

kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


***

ya. aku termasuk dalam golongan. yang belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. kami kumpulan terakhir yang berbuat demikian. 2006. tapi aku bersyukur PPSMI akan dimansuhkan.

bukan apa. senang sikit nak terang kat adik-adik kalau depa tanya aku nanti. tak perlu aku buka kamus untuk cari 'penyahtinjaan'. 'kondensasi'. 'nyahasli'. 'pemejalwapan'. dan macam-macam lagi perkataan merepek.

tahniah buat semua yang terlibat.

Tuesday, July 7, 2009

cara mengambil hati lelaki adalah melalui masakan

serius. buat perempuan yang tak reti masak apa-apa langsung. kamu berada dalam situasi berbahaya. ya. memang kamu semua boleh makan kat luar setiap hari. tapi kamu perlu tahu masak sesuatu yang istimewa buat bakal suami kamu. serius.

jangan marah aku kalau kamu tak dapat kahwin dengan lelaki pilihan hati disebabkan kekurangan itu ek. aku dah cakap. haha.

dan buat adinda. dan sesiapa yang terasa nak mengorat aku. kamu masaklah apa saja yang dirasakan sesuai untuk aku. aku tak memilih sangat. suka saja cuba benda baru.

tapi.

walau apa-apa pun terjadi. janganlah kamu sesekali memasak benda ini.


ikan masak asam.

aku ada masalah kenangan yang kurang enak ketika di sekolah dahulu. menu makan tengah hari selasa memang membuatkan aku ingin berpuasa sunat sahaja. haha.

tapi kalau nak cuba masak jugak. kena pastikan masakan tersebut betul-betul ho liao (cis terpengaruh iklan lagi). dan mampu memadam memori lampau yang kurang enak tersebut.

selamat memasak!

Monday, July 6, 2009

iklan oh iklan

ya. betul bak kata fairol pahlawan. aku memang agak terpengaruh dengan iklan. suka mengajuk iklan-iklan yang aku rasa seronok.

"kalau tak pahit tu bukan tongkat ali namanya" hamid gurkha. iklan apa tah.

"saya bukan peragut beg wanita. saya peragut hati wanita." iklan ragut kat sinar.fm.

"SEMBILAN!" iklan susu pandai.

"kalau tak ada kicap jalen. saya pon tak lalu nak makan." iklan radio kicap jalen.

"ditulis dengan air mawar dan dakwat zaqarat" air apa tah.

dan paling terkenal. "mai sechawarn." iklan kopi radix. ni pon iklan kopi pandai gak. tiba-tiba. lepas minum kopi tu. dapat idea nak keluarkan kereta yang tersepit.

dan macam-macam lagi.

sekarang ni. ada iklan baru. tapi aku cukup meluat tengok. iklan apa?

"bio-aura. hai-o." intonasi iklan tu buat aku nak sepak orang-orang yang berlakon tu. sangat-sangat tak bersemangat la. macam tak seronok saja bila berjaya. dengan timing tak betul. argh.

mungkin para pelakon perlu ditendang terlebih dahulu baru boleh berlakon dengan cemerlang.

"syukur alhamdulillah~"

maaf ya kalau aku terkutuk pakcik dan makcik kamu semua.

Friday, July 3, 2009

petang jumaat yang penuh tanda tanya

petang ni. sepatutnya aku keluar. meronda bersama moto kesayangan. sejak aku demam. tak pernah hidupkan langsung moto itu. agak-agak macam dah 2 minggu dah. tak apa. lepas asar nanti kita keluar ya baby?

sementara menunggu masuknya waktu asar bagi kawasan johor bahru. dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. aku duduk di hadapan tv. aku buka. aku tengok. petang ni pon ada cerita yang khas ditujukan buat michael jackson. wah lama betul berkabung. sebulan kot gayanya. tapi memang tak dinafikan la. pengaruh besar kat dunia weh.

selepas beberapa minit bersiaran. tibalah masanya untuk iklan menjelma. aku tengok iklan. aku memang suka tengok iklan. cumanya. iklan kat malaysia ni kurang kreatif berbanding iklan kat luar sana tu. haha.

dalam banyak-banyak iklan. iklan yang paling menarik perhatian aku. iklan susu. iklan susu yang bagi budak-budak pandai tu.

wow. susu pandai.

iklan tersebut mendakwa. kalau minum susu yang dia jual. anak-anak akan menjadi pandai secara tiba-tiba. sebab sel-sel otak telah berhubung sesama sendiri.

wow lagi.

ada juga iklan yang mendakwa boleh meningkatkan minat belajar seseorang murid itu. dari tak minat apa-apa. terus boleh menjadi minat. dan terus boleh menjadi pandai.

wow sekali lagi. susu brainwash.

tapi betulkah dakwaan sedemikian. kita boleh menjadi pandai hanya disebabkan tindakan meminum susu.

mungkin.

aku minum susu dari kecik sampai darjah satu. masa tu. aku memang cemerlang. top 5 sentiasa. mungkin sebab minat belajar aku ditingkatkan susu yang aku minum dulu.

selepas aku tinggalkan amalan meminum susu. atas sebab aku alergi dengan susu. (gila tipu). aku mula menjadi bodoh. dan kebodohan itu semakin ketara ketika ini. selepas 13 tahun meninggalkan amalan tersebut.

wah. lepas ni. aku kena minum susu balik la macam ni. adoi!

cis berani kau.

dah lama aku tak ada mood nak blog. sejak baik demam hari tu. banyak ja idea nak tulis. tapi memang dah tak ada mood. nak buat macam mana la kan.

tiba-tiba. shafiqah cakap dia tag aku. ok-ok. aku layan la ek. haha.

4 Names I go by:
1- Azwan
2- Soksek
3- Azwan Bakhtiar
4- tripleverse (wakaka)


4 Jobs I have had in my life:
1- Full time student
2- Pengangkat pinggan kat kedai mamu bersama taro
3- Makan (ni kira kerja jugak kan)
4- TIDO'


4 Places I have lived:
1- Penang (lahir. membesar. sekolah. kawan-kawan. semua kat sini)
2- 5 tahun kat soksek.
3- Johor Bahru (best jugak la. pekan tak besar sangat)
4- UTP (2 tahun dah setel. tinggal lagi 3)


4 TV Shows that I watch:
1- House MD (suka sangat tengok gaya Chase. Foreman kena marah.)
2- Spongebob
3- berita (walauwei)
4- ninja worrior. (show kat tv singapore)

4 continents I have been:
1- Asia

4 of my favorite foods:
1- tak mau jawab. cari dinda. tanya dia. wakaka
2-
3-
4-

4 things I would like to do:
1- Kumpul duit nak beli superbike!
2- Habiskan bermain assassin's creed. tak habis-habis lagi main ni.
3- mencari bekalan baju baru untuk semester depan.
4- Belajar masak untuk hidup.

4 friends I think will respond:
1- rasa macam tak ada orang nak buat.
2- sebab.
3- aku tak pernah jawab tag pon.
4- haha

4 Things I am looking forward to:
1- rempit dari jb ke utp
2- jumpa itms utp
3- minta password student portal aku.
4- tengok result semester lepas. zz.

semoga dengan menjawab tag ni. mood blog aku kembali. amin~