Saturday, July 25, 2009

air yasin: 01

dulu. masa kecik-kecik. aku memang rajin pergi ke surau di sebelah rumah. tak adalah betul-betul sebelah rumah macam rumah taro. betul-betul belakang masjid. selalu. aku pergi waktu maghrib dan isyak. eh asar pon pergi juga. sebab masa tu ada sekolah arab. wah bila diingat kembali waktu itu. oh alangkah sucinya aku ketika itu!

perkara yang paling menarik perhatian budak-budak seperti aku ketika itu. adalah. malam jumaat. pada malam tersebut. akan diadakan bacaan yasin secara berjemaah. amalan itu tidak dapat aku tinggalkan. ini kerana selepas selesai membaca yasin dan tahlil. akan diadakan jamuan kecil pula. selalu dapat nasi. bihun goreng. pisang. terpulang kepada orang yang menaja kenduri kecil-kecilan itu. selalunya. makanan telah dipek dalam pek individu.

kalau pergi masjid depan rumah taro. boleh dapat 2-3 bungkus seorang. seronok!

ha. sebelum bermula majlis bacaan ni. ramai orang pergi meletakkan botol berisi air masak di tengah-tengah. tudung botol dibuka. selepas diniatkan. selalu dalam bentuk doa. barulah bacaan bermula. insyaAllah. segala bacaan tadi akan masuk ke dalam air tersebut. maka dengan demikian. jadilah air itu. air yasin.

air ini selalu dibuat ubat untuk penyakit. tanda keyakinan kepada kuasa Allah. juga diminum oleh para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. terpulang kepada penggunaan. tapi selalunya diminum la.

teringat masa kat soksek dulu. ada 1 ceramah pasal molekul air. sentiasa berubah mengikut bunyi yang terhasil berdekatan dengannya. depa ni buat eksperimen. letak air dalam botol-botol. dan letak di sebelah pembesar suara. setiap botol untuk bunyi yang berbeza.

ada yang dimainkan lagu rock. metal. instrumental. nasyid. bacaan al-Quran. ucapan 'terima kasih' dalam pelbagai bahasa. dan macam-macam lagi. aku dah tak ingat.

hasil pemerhatian para pengkaji. apabila dikenakan bunyi yang berunsur positif. seperti bacaan al-Quran dan ucapan 'terima kasih' molekul air tersebut akan menjadi bentuk yang sangat cantik. bersinar-sinar. dan. apabila dikenakan bunyi yang berunsur sebaliknya. hasil yang dilihat juga terbalik dari yang awal tadi tu.

ini membuktikan wujudnya 'keberkatan' dalam air yasin tersebut.

sedari kecil. aku telah mengamalkan meminum air yasin. cuma bila dah masuk utp. dah kurang sangat minum. mungkin aku kekurangan faktor keberkatan. dan bukannya disebabkan oleh susu pandai.

"dan apakah nikmat Tuhanmu yang mahu kau dustakan?"

ps: jangan tanya aku macam mana orang tu boleh tangkap gambar molekul air. aku pun pernah tengok sekali saja. wallahua'lam.

6 comments:

aishah said...

hehe..btol2..
nk exam ja mesti wt air yassin..
bwk dlm dewan..letak ats meja..
mn boleh letak bwh..haha..
kdg2 terpikir..
takot salah ertikan air yassin..
air tu juz sbg ikhtiar..
klu usaha x cukup x bleh skor gk..
walopn dh minum bgelen2..

apa fadilat minum air yassin ek?

ra|nbOw said...

ha'ah. aku pun ingt lg molekul air tuh. cantik... yg buruk tuh mmg buruk. erm. kuasa allah.

Faive said...

aku slalu buat mase kat sekolah menengah je..
kat kawasan rumah aku xde sangat orang buat air yasin tu..

lynawan said...

ceh,xpnh ubah dgn mkn free.hahahaha
lagu terima kasih versi happy birthday.nostalgic

BuRuuj said...

air yaasin mmg penawar. sbb jd penawar adalah kita mnggunakan ayat al-quran pd tmpt yg betul.

molekul air paling cantik adalah air telaga zam-zam. subhanallah...

Niviey16 said...

Azwan..Susu pandai tu apa?