Tuesday, July 21, 2009

basuhan salji

aku suka pergi ke kedai membasuh kenderaan. ini berlaku disebabkan oleh keadaan fizikal motosikal aku itu. sememangnya tidak mengizinkan aku yang memang malas ini untuk membasuhnya sendiri.

bahagian yang paling aku suka. bila melihat tayar dan rim sukan aku. dikilatkan. yang tu yang buat baby nampak macam baru. suke sgt! yeah! menjadi gedik sebentar.

aku basuh kat 2 kedai. 1 di taman maju. sebelah utp. 1 lagi dekat dengan rumah di jb.

aku tengok orang yang basuhkan baby. kat taman maju. pakcik yang agak berusia. dalam 50-an mungkin. dan kat jb. budak yang muda setahun dua dari aku kot.

bila aku tengok pakcik ni basuh. aku terasa. eh kesian btoi la kat pakcik ni. dah tua-tua pon dok kerja lagi. anak-anak dia tak bantu dia ka? kesian sungguh la!

bila aku tengok budak ni pulak basuh. aku terasa lain lak. eh budak ni ni sekolah lagi ke tak neh. takkan ponteng sekolah sebab tak tahan dengan dasar PPSMI kot? apa nak jadi dengan generasi selepas ni?

orang tua basuh moto salah. orang muda basuh moto masalah. apa neh! pengajaran hari tu: aku seorang prejudis. adoi.

2 comments:

ra|nbOw said...

ahhahaha. hg yg terlebeyh2 kuat berpk. nak buat camne. ade la sbb die org memasing. haha. lawak sngguh~

fatynlicious said...

"yang tu yang buat baby nampak macam baru. suke sgt! yeah!"

hahahaha... gila gedik. takpa aku paham.

teruja nak cghita pasai baby la katakan