Friday, July 10, 2009

keputusan semester januari 2009

akhirnya. masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. masa untuk mengetahui adakah usaha yang dijalankan selama ini berbaloi atau tidak. keputusan ini juga sangat penting bagi aku. untuk mengetahui nasib status aku yang hampir semua orang di utp yang kenal aku tahu. adakah kejadian semester lepas akan berterusan. atau adakah aku akan melihat sinar harapan seperti yang digembar-gemburkan ketika sesi pertemuan itu?

dah la semalam ada orang prank kata keputusan dah keluar. kalut saja aku. dan ramai orang lagi. zz.

setelah mendapat info yang akhirnya boleh dipercayai. aku bersegera ke laman web utama utp. mencari pengumuman mengenai perkara ni.



ok ada. aku cuba klik pautan yang diberikan. aku terus ke portal pelajar utp. portal ni baru didirikan. 2 semester lepas kalau tak silap. dan kali ini. keputusan dimasukkan ke dalam portal ni. mungkin tak mau bagi orang-orang tertentu menggodam keputusan orang lain. hehe.

aku cuba login.



tak boleh? invalid? aik. semua kata laluan aku adalah sama. bertujuan untuk mengelak dari lupa mana-mana kata laluan. selama ni tak pernah pon jadi macam ni. adoi.

tak pa. aku klik 'lost password'. untuk cuba mendapatkan kata laluan aku kembali. aku pilih untuk menyeru portal itu untuk menghantar kata laluan aku ke emel aku. senang. tak banyak cerita. aku bukan dalam mood untuk menukar kata laluan pon. sekali aku tengok benda yang harus diisi.



aku tak ingat soalan apa yang aku guna masa mendaftar dahulu. jawapan dia lagi la aku tak ingat. oleh itu. aku tak mampu mendapatkan kata laluan tersebut kembali.

maju sangat utp ni. ada banyak betul benda yang kena login. dengan elearning lagi. PTMS. novell. argh.



gabungkan semua menjadi satu tak boleh ka?

lagipun. kalau nak dapatkan balik kata laluan tu. tak perlu la jawab soalan pelik-pelik. nanti tuan emel tu saja yang akan dapat kata laluan. itu pun kata laluan dia. kiranya. memang insyaAllah terjamin hanya seorang saja yang akan mendapat kata laluan tu. tak perlu susah-susah tanya soalan pelik-pelik itu. adoi.

malasnya nak hubungi ITMS utp. 16 julai ni baru aku dapat tahu keputusan.

kamu semua jangan buat gatal nak tanya keputusan aku esok. zz.

4 comments:

aishah said...

wakaka..
camna boleh tertinggal password neh..
sabar ja la ek..
eh?
wan ada pet ka?
bkn hanis punya ka garfield tu..
haha..

fatynlicious said...

hehe aku taw hang boleh buat so result mesti gempak

takpa aku tetap tunggu result mu itu

Faive said...

camna hang amek gambar screen,
ajaq aku..

Niviey16 said...

ohoho..aku tanya hang lepas 1 minggu boleh?