Thursday, July 30, 2009

penularan.

semenjak uitm seri iskandar. yang terletak hanya 8 kilometer dari utp ditutup pada minggu lepas. para pelajar utp. mula memikirkan soal yang sama. apakah akan ada pelajar utp yang terjangkit dengan virus H1N1 tersebut? bilakah pihak pengurusan utp pula akan mengambil keputusan untuk menutup utp. dan memberi cuti kepada para pelajar?

aku baca chat dalam hab DC++ v5. ada pendapat mengatakan. utp tak akan ditutup buat masa sekarang. hal ini disebabkan oleh:

1) ada event besar yang akan berlangsung. penutupan utp akan menyaksikan tiada orang yang akan datang untuk memeriahkan event tersebut.

2) pelajar utp sendiri telah menganjurkan pelbagai event. di mana mereka telah bersungguh-sungguh mendapatkan penajaan. sekiranya utp ditutup. semestinya program yang telah dirancangkan akan terpaksa ditangguh. atau dibatalkan. ini memang bukan perkara yang menyeronokkan.

3) kalau utp tutup. mesti la amy search dan aizat (bukan aizat aluwi) tak mau datang. mesti sedih makcik dan pakcik yang tak dapat beli tiket konsert 'di awan biru' hari tu. huu.

4) utp mungkin akan ditutup. tapi selepas event besar itu berlangsung.

entah. aku tak kisah sangat pasal ni. kalau dapat cuti. balik rumah main PES jela. kalau tak dapat cuti. kena duduk main PES kat bilik sebelah. sama ja.

tapi.

kamu rasa. adakah langkah menutup universiti ni termasuk dalam langkah-langkah yang wajar? adakah langkah ini menjamin penyekatan penularan virus tersebut?

orang kita ni cepat betul melatah.

ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk sekiranya kita dibenarkan cuti.

1) kalau perlu balik rumah. memang kebersihan lebih terjamin. tapi ada juga kemungkinan kita mendapat jangkitan virus itu ketika berada di rumah. contoh. bila balik rumah. peluang untuk makan besar adalah tinggi. dan selalunya. ini melibatkan aktiviti makan di luar rumah. peluang bertemu pembawa adalah tinggi. sama saja.

2) ada laporan mengatakan. terdapat pesakit demam yang tak mau pergi mendapatkan rawatan di klinik. kerana takut dikuarantin. yang ni paling buat aku nak mencarut. bukan menyusahkan diri sendiri. tapi boleh menyusahkan orang lain. dah tau sakit tu. pergi la klinik. zz.

3) jika perkara (2) berlaku. ada kemungkinan penyebaran telah berlaku dalam sesuatu kumpulan kecil. tanpa sebarang pengawalan. ini juga akan menjurus kepada penyebaran pada skala yang besar tanpa ada sesiapa yang menyedari perkara tersebut. dan bila diberikan cuti. mungkin kau sendiri yang menyebarkan penyakit tersebut kepada ahli keluarga kau. jangan sampai mereka semua kata kau pembawa sial. sudahlah.

***

jadi. aku cuma nak cakap. jagalah kebersihan diri semaksimum mungkin. dan. suruhlah siapa-siapa. yang malas mandi. agar rajin mandi. apa-apapun. aku tak menentang apa-apa arahan dari pihak utp. asalkan bukan benda pelik-pelik sudah.

ya. tiada unsur racism dalam entri ini. jangan membuat spekulasi. hantar kau pergi mexico baru tau.

7 comments:

Niviey16 said...

Ya..aku sangat bersetuju. Semalah aku gi HEP kolej kediaman aku..staf2 kat sana kecoh pasal H1N1. Universiti tercinta aku pun ada yang dah kena kuarantin. details dia aku tak berapa pasti sebab banyak versi kan.

hamidi said...

kolej aku dah tutup, 3 org positif. seb bek la aku dah tamatkan pengajian di kolej aku bulan lepas.
kes (2) adalah hanjeng bedebah. there aku dah mencarut yg ringan2.

aishah said...

hurm..
kalau stakat cuti smggu tu..
boleh jamin ka virus tu dh hilang?
pening2..
apa2 pun tingkatkan 'immunity' anda!
mkn sayur byk2 ngn buah-buahan!
mkn yogurt..
bila immune system kuat baru bleh defense pyakit..

ayd said...

wow..ade name aku dlm post nieh...

mzn. said...

zzzzz.

~kuyam~ said...

huuuu..cane nk stop da virus? T_T

ra|nbOw said...

btol. mane2 blh kne. just jage2 d mane saje, utk ape dan demi siape. wahahah.