Friday, July 3, 2009

petang jumaat yang penuh tanda tanya

petang ni. sepatutnya aku keluar. meronda bersama moto kesayangan. sejak aku demam. tak pernah hidupkan langsung moto itu. agak-agak macam dah 2 minggu dah. tak apa. lepas asar nanti kita keluar ya baby?

sementara menunggu masuknya waktu asar bagi kawasan johor bahru. dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. aku duduk di hadapan tv. aku buka. aku tengok. petang ni pon ada cerita yang khas ditujukan buat michael jackson. wah lama betul berkabung. sebulan kot gayanya. tapi memang tak dinafikan la. pengaruh besar kat dunia weh.

selepas beberapa minit bersiaran. tibalah masanya untuk iklan menjelma. aku tengok iklan. aku memang suka tengok iklan. cumanya. iklan kat malaysia ni kurang kreatif berbanding iklan kat luar sana tu. haha.

dalam banyak-banyak iklan. iklan yang paling menarik perhatian aku. iklan susu. iklan susu yang bagi budak-budak pandai tu.

wow. susu pandai.

iklan tersebut mendakwa. kalau minum susu yang dia jual. anak-anak akan menjadi pandai secara tiba-tiba. sebab sel-sel otak telah berhubung sesama sendiri.

wow lagi.

ada juga iklan yang mendakwa boleh meningkatkan minat belajar seseorang murid itu. dari tak minat apa-apa. terus boleh menjadi minat. dan terus boleh menjadi pandai.

wow sekali lagi. susu brainwash.

tapi betulkah dakwaan sedemikian. kita boleh menjadi pandai hanya disebabkan tindakan meminum susu.

mungkin.

aku minum susu dari kecik sampai darjah satu. masa tu. aku memang cemerlang. top 5 sentiasa. mungkin sebab minat belajar aku ditingkatkan susu yang aku minum dulu.

selepas aku tinggalkan amalan meminum susu. atas sebab aku alergi dengan susu. (gila tipu). aku mula menjadi bodoh. dan kebodohan itu semakin ketara ketika ini. selepas 13 tahun meninggalkan amalan tersebut.

wah. lepas ni. aku kena minum susu balik la macam ni. adoi!

11 comments:

.Nora Kacak. said...

eeeeeeeeeee aku mencik susu!
tp aku tetap pandai. hahaha. =]

ra|nbOw said...

haha. aku minum je susu anlene tuh.
tuh pandai sentiase. x de la ngantok je sampai bace blog org pon ngantok. wahahah XD

aishah said...

haha..
guna la teori gori..
minum nescafe = x ngantok..
minum susu = pandai!
hahaha..
minum susu baik untuk tulang!
kalau tak nt mengeliat bunyi prak prak prak~

-azwanbakhtiar- said...

-nora
kau memang pandai. tapi kau tak cukup tinggi. wakaka

-ra|nb0w
zz

-aishah
nescafe susu? layan ja. haha

eli.Suhaili said...

musykil juga disitu. Macam mana dgn budak budak sekolah yg makan pil cerdik? Matsa ke Examo ke apa entah aku pn tk igt nama pil tu.

tolong jwb sikit encik.

hamidi said...

mereka ckp, minum susu terutama susu soya boleh memekatkan.. erk..
erm.
mereka la ckp. aku tak!

azwan said...

-eli
mungkin kalau makan pil-pil tu kau jadi pandai lama sikit kot. entah. aku pengguna. bukan pengeluar. wakaka.

-midi
memekatkan apa?

hamidi said...

kau buat2 tak tahu atau saja2 tanya?
carik lah sendiri. =P

ra|nbOw said...

kejam la azwan! pasni mintak maaf dgn aku bebnyk. huu~

Faive said...

sebenarnye aku rasa hang dah terpengaruh dgn iklan tv ni...

-azwanbakhtiar- said...

-midi
serius aku tak tau. kau cikgu bio. kau bagitau la oi.

-ra|nb0w
hg nak banyak mana?

-faive
mungkin. haha