Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan.

dipetik dari malaysiakini:

***

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Jul 8, 09 1:05pm

kemaskini 2.45pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


***

ya. aku termasuk dalam golongan. yang belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. kami kumpulan terakhir yang berbuat demikian. 2006. tapi aku bersyukur PPSMI akan dimansuhkan.

bukan apa. senang sikit nak terang kat adik-adik kalau depa tanya aku nanti. tak perlu aku buka kamus untuk cari 'penyahtinjaan'. 'kondensasi'. 'nyahasli'. 'pemejalwapan'. dan macam-macam lagi perkataan merepek.

tahniah buat semua yang terlibat.

7 comments:

aishah said...

ada baik ngn buruk..
tp..
blaja siap2 dlm bi pn senang gk..
bla dh msuk matrix kna blaja dlm bi gk..
mula2 rasa cm nk nangis woo..
apa ini?

enyheartsdiamond said...

duhhh~

apa ni..

tukar2..

papepon..

gudlux utk generasi akan dtg!

i batch 1st blaja sc n m3 in english d peringkat skola menengah!

mzn. said...

bangang a.
tukar tukar.
habis kami ni yg nk mengajar ni nak belajar bahasa apa ni.
haish.

lynawan said...

bak kata Marina Mahathir, pi mai,pi mai dok tang tu jugak

fatynlicious said...

pincang hadapan, pincang belakang.

saya setuju belajar bm dulu.

bila masuk U dalam english, kita paham bila di translatekan.

kalo belaja english, kang tak paham lak "reverse bias" tu apa. eheh

ra|nbOw said...

hahhhahaha. ku fhm situasi ko. ahah~ ey...taw x. semlm. aku mimpi aku yg kawin. dgn pilihan mak ayah aku. tah laki mane. pdhal aku ckp ttg ko yg bersanding. hahahah XD

Faive said...

bahasa jiwa bangsa..~

(mak aku pernah cakap sape mimpi kawen maksudnye tanda dapat rezeki)