Wednesday, July 22, 2009

selsema babi H1N1

dipetik dari malaysiakini.

***

H1N1: Dua lagi kampus UiTM ditutup
Jul 22, 09 3:51pm

kemaskini 7.16pm Dua cawangan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing di Permatang Pauh dan Seri Iskandar, ditutup selama seminggu bagi mengawal wabak selesema A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, lapor Bernama.

"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala, 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar hari ini.

Beliau berkata arahan penutupan serta-merta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.

Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan prosedur operasi piawai (SOP) sudah diambil.

Tinjauan agensi berita itu di kampus UiTM cawangan Permatang Pauh tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kampus UiTM itu antara lima gugusan penularan wabak yang dikesan hari ini.

Dua gugusan melibatkan lapan kes di Kolej Winfield International, dan tujuh kes di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi - kedua-duanya di Kuala Lumpur.

Dua lagi gugusan melibatkan SMK Seremban 2, Negeri Sembilan dan SMK Kubong, Limbang, Sarawak.

Semuanya 38 kes di lima gugusan kejadian wabak itu termasuk dalam 44 kes terbaru yang disahkan hari ini.

Sementara itu, lewat petang, Kementerian Kesihatan dilapor mengarahkan UiTM Seri Iskandar dekat Ipoh ditutup susulan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit seakan-akan influenza (ILI) kepada 280 orang.

Semalam hanya 55 orang dikesan mempunyai tanda-tanda selesema ILI.

Exco kesihatan negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

"Walaupun arahan ini serta-merta tetapi pihak UiTM diberikan masa
sehingga esok untuk mengosongkan kampus yang kini memuatkan lebih 12,000 penuntut, kakitangan dan pensyarah," katanya kepada pemberita hari ini.

"Selain itu 10 sampel darah diambil secara rawak daripada pelajar kampus itu dan saya berharap akan mendapat keputusan ujian makmal selewat-lewatnya malam ini dan bukan pada hari Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini," tambahnya.

Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujia bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan gugusan wabak ILI berkenaan.

Selain dua cawangan itu, UiTM Lendu, Melaka diarahkan ditutup selama sembilan hari sehingga 24 Julai.

***

adakah ini menandakan budak-budak utp juga akan bercuti selama seminggu? hanya masa yang menentukan.

semoga kita semua terpelihara daripada segala bala yang ada. amin.

4 comments:

.Nora Kacak. said...

seronokla ryzal tuh cuti lagi. wahaha

ra|nbOw said...

amin. ko pun nak cuti sebenarnye kan3? haha XD

Faive said...

cuti mid semester

-azwanbakhtiar- said...

-nora
kena ganti kelas banyak kot

-rainbow
uitm seri iskandar tu sebelah utp ja. haha.

-faive
tu cuti raya. huhu