Friday, August 28, 2009

dendang perantau.

cuti merdeka. cuti 3 hari. minggu depan pon cuti 3 hari gak. nuzul Quran. tapi. boleh kata semua balik cuti merdeka. tak mau balik masa cuti nuzul Quran. sebab. lepas cuti tu. penuh test. dan. untuk kami. para pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik. tahun kedua semester pertama. test-test tersebut sangat boleh membunuh.

haha.

ok. ramai orang balik. kat rumah aku ni. semua balik. yang turkmenistan dan myanmar tu pon dah hilang. balik rumah makcik mereka kat taman melawati kot. eh. tu rumah jufri 'lelaki video 3gp.'.

memang dahsyat cuti ni. sampai kat masjid tadi pon. orang yang berbuka puasa secara percuma pon tak ramai.

semua orang yang balik rumah tu. semua rumah dekat-dekat dengan utp. dan. semua tu. adalah geng-geng sepermainan aku kat sini. yang tak balik. semua geng yang duduk jauh-jauh.

agak pelik melihat lelaki yang bercakap utara secara lancar. tidak balik ke rumah. atas alasan. rumah sangat jauh. bagi orang yang tak kenal aku. mesti kata aku seorang yang tak logik.

ditinggalkan seorang diri di utp ketika ini. membuatkan aku berasa macam berada di perantauan. macam kawan-kawan yang dah terbang di serata dunia tu.

jenis yang hantar gambar kat surat khabar tu.

hm. apa yang aku nak buat pada masa-masa macam ni oi? mungkin aku pergi merempit ke utara. nice. best gak.

boleh buka puasa masa tengah jalan nanti. musafir boleh buka puasa kan?

Wednesday, August 26, 2009

usaha menjadi pengguna bijak.

semalam. aku pening. dakwat pencetak aku telah habis. ada laporan makmal pemproses mikro (microprocessor EBB2023) yang perlu dicetak. ada 10 helai semuanya. takkan aku nak suruh lab partner aku cetak lagi kot. hari tu dah suruh dia cetak. segan la. lagipun. dia tengok sibuk mempromosikan klip video terbaru beliau. buat pelajar utp yang masih boleh guna DC++. cari video ni: ceritapanas_jufri.3gp. insyaAllah kamu tak akan menyesal.

hm. aku dengar. ada orang di rumah atas telah berpakat membeli pencetak baru. ini bermakna. dah ada orang untuk dipow. aku pun bersegera naik ke tingkat atas tanpa banyak songeh.

lawa pencetak mereka. yela. pencetak baru. selepas meminta izin untuk mengambil sedikit dakwat mereka. aku pun mencetak dengan hati yang penuh senang. lancar sungguh perjalanan mencetak laporan makmal ni. alhamdulillah.

setelah selesai. aku cuba berbuat ramah dengan tuan-tuan pencetak.

"berapa harga pencetak ni?" aku tanya.
"rm109." kata tuan pencetak.
"woh murah la. jenama HP kot." puji aku.

"kira dapat katrij dakwat dia sekali la kan?" aku tanya lagi. cakap banyak betul.
"ya. tepat sekali. dakwat hitam dan dakwat warna." jawab tuan pencetak dengan semangat.

"kira kalau beli katrij baru mesti murah kan." aku saja puji. konon mereka membuat pembelian bijak.
"hm. aku tanya tadi. dekat rm50 jugak satu katrij." jawab tuan pencetak.

whoa. harga dakwat saja dah menghampiri harga pencetak. kalau macam tu. setiap kali dakwat pencetak habis. boleh la aku terus beli pencetak baru terus. dapat dakwat percuma.

aku ni pengguna bijak kan?

LAMPIRAN.





Sunday, August 23, 2009

hala tuju

kematian beberapa orang yang dikenali dalam masa yang singkat memang agak menarik perhatian banyak pihak. cikgu aminah. dr asif. michael jackson. yasmin ahmad. ustaz asri. dan terbaru. eyann kawan ra|nbOw. yang menyahut seruan ilahi tengah malam tadi. akibat pendarahan otak.

innalillah.

sedih. kecewa. tu ja perkataan-perkataan yang bermain di minda. masih tidak puas bersama. tidak puas bergelak ketawa. dan. masih belum sempat hendak bermaaf-maafan. mungkin ada yang ingat nak buat semua tu. menjelang hari raya nanti. tapi apakan daya.

kita tak dapat tangguh kematian walaupun hanya untuk satu saat.

aku masuk blog yasmin ahmad. aku tengok. macam tergantung. masih banyak yang hendak diceritakan. tapi memang dah takdir. tak sempat nak cerita semua.

kalau orang yang terkenal. senang saja berita ni dihebohkan kepada khalayak ramai. sangat pantas.

kalau orang kebanyakan macam kita ni?

kadang-kadang. aku terfikir gak. maut boleh menjemput aku pada bila-bila masa. dalam apa jua keadaan. dan. jika ditakdirkan kematian aku berlaku secara mengejut. aku tak tau. sapa yang patut menghebahkan benda ni.

tak mungkin aku nak kemaskini blog ni lepas aku mati.

bila dah lama tak kemaskini. takut para pembaca tersalah faham lak. azwan bakhtiar ni saja malas nak kemaskini kot. tak pun. dia dah kena buang dari utp. sebab tu tak boleh kemaskini. bodoh betul. orang suruh masuk utp sebab nak belajar. dia buat benda-benda tak berfaedah. what a waste.

tengok. tiba-tiba aku kena fitnah.

facebook. dan benda-benda internet lain semuanya tak akan dapat dikemaskini. habis begitu sahaja. dan lama-kelamaan. kita akan dilupakan semua orang. yang mengenali kita hanya di dunia maya.

oleh itu. saja aku nak berkempen di sini. cari seorang yang betul-betul boleh dipercayai. bagi dia akses untuk segala benda-benda tersebut. dan bagi amanah kat dia. suruh umumkan terus kat benda-benda tersebut. sekiranya sesuatu terjadi kepada kita. apa-apa saja kejadian yang membuatkan kita tidak mampu untuk melakukan sendiri.

kurang-kurang orang lain boleh tau keadaan sebenar. keadaan semasa.

apa-apa pun. takziah diucapkan kepada semua kenalan si mati. al-Fatihah.

Thursday, August 20, 2009

yang mana satu ni?

apa perasaan kamu. kalau kawan baik kamu. tiba-tiba menjadi emo. dengan kamu. cakap macam tak mau cakap. asyik nak tinggi suara saja. tak layan kamu. buat kerja sendiri.

memang berkelakuan pelik la.

dan. tiba-tiba. berdasarkan pemerhatian kamu. dia menjadi begitu. sebab. dia bergaduh dengan pasangan dia. atas sebab apa pun kamu tak tau. tapi memang gayanya. macam nak lepas geram kat kamu.

tapi benda ni memang bukan salah kamu.

yeka bukan salah kamu? mungkin mereka bergaduh. kerana. pasangan kawan baik kamu tu. tiba-tiba berkenan kepada kamu. itu yang buat kawan baik kamu sakit hati dengan kamu.

ah! kamu ni. bersalah atau tidak?

Wednesday, August 19, 2009

pening.

pagi ni. macam biasa. lepas mandi dan solat subuh. aku buka internet sekejap. sementara sampai waktu untuk ke kelas.

aku buka blogger. tengok mana-mana blog yang dah dikemaskini. aku klik satu link. ke blog yang aku suka la jugak baca.

lepas aku baca entri ni. aku terus pening kepala.

oh~

Monday, August 17, 2009

kerelativitian.

aku naik moto secara berterusan dari jb ke tronoh. selama 8 jam. tanpa henti. dan aku tak rasa apa-apa pun. cuma letih sedikit.

semalam. aku bermain satu-satunya sukan yang aku tahu. basket. aku main sekejap sahaja. tak sampai 2 jam. mula-mula aku berasa badan aku ringan. yela. dah bersukan. pagi ni. bila bangun. terasa sakit-sakit belakang.

selamat aku ada lagi benda ni:


sapa nak tolong lekat benda ni kat belakang badan aku oi? offer neh.

Sunday, August 16, 2009

berbaloi-baloi!

yeah. memang sesuai dijadikan tajuk entri kali ni. sekarang memang musim konvo. oleh itu. secara logik. sekarang juga musim pesta konvo. convofair bak kata orang barat.

tapi bukan nak review pasal tu.

aku nak cakap pasal apa yang aku buat kat booth petronas motorsports. bukan aku saja. ramai lagi orang.

ey! aku tak skodeng akak yang jaga booth tu la. tak boleh membakar mata sendiri wo!

ah malas la nak cakap. tengok la apa yang aku beli ek.


keychain petronas. rm10. tak dapat diskaun.


jaket bmw sauber.
harga asal RM845.
aku beli. RM168.

dengan ini. kelengkapan menaiki moto jarak jauh aku telah lengkap. tahniah kepada diri sendiri. bak kata orang yang naik kereta ni semalam:





berbaloi-baloi!

eh lupa pulak. kredit kepada tamtam yang bagi gambar ni. haha. malam ni nak tengok aizat pulak. nasib-nasib boleh dapat hadiah cabutan bertuah. ke cairo!

semoga azwan bakhtiar dan syukri jamil berjaya ke cairo. amin.

Wednesday, August 12, 2009

laporan makmal dan mapley.

musim cuti telah tamat. tak kira la. cuti sem ka. cuti h1n1 ka. semua dah habis digunakan. yang paling dekat. cuti raya. lambat lagi wo.

dan kita semua tau. sementara nak sampai cuti raya tu. memang terdapat banyak penyeksaan yang telah disediakan oleh para pensyarah. khas buat kita semua.

benda. yang paling digemari oleh mereka. adalah. laporan. makmal. untuk eksperimen. yang telah dijalankan saban minggu.

itu baru satu subjek.

bayangkan kalau kau ada 4 subjek. yang memerlukan sesi bermakmal. untuk melengkapkan pelajaran. setiap minggu. kau ada 4 laporan yang perlu disiapkan. sedangkan. dalam makmal kau tidur saja.

ini sangat tak relevan.

memang memenatkan walaupun hanya untuk memikirkan bahawa kita perlu menyiapkan laporan itu jugak-jugak. sangat terpaksa. sangat tak rela. oh tidak!

alangkah bagusnya. kalau kita boleh dapatkan laporan makmal kita. ketika makan di kedai mamak?

***

"mamak! bagi lab repot satu!" kata kau.

"lab repot microprocessor siap!" kata mamak tebar roti canai.

***
oh dunia sangat indah jika itu berlaku.

Tuesday, August 11, 2009

nasi dan H1N1

penemuan terbaru. telah menunjukkan. bahawa. nasi. ya nasi. bukan pokok ketapang. berpotensi. membuatkan seseorang. itu. dijangkiti H1N1. serius ni wei!

macam yang kita semua tahu. nasi. jika diambil dalam kuantiti yang banyak. lebih kurang 2 pinggan penuh. 3 kali sehari. akan meningkatkan kebarangkalian untuk menjadi obes. seperti ______________________. (isi sendiri tempat kosong ini).

dan menteri kesihatan malaysia pun dah cakap. antara mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. dan serangan virus tersebut. adalah orang-orang yang obes. mari kita tengok persamaan kimia ini:

kebuloq + perut stokin + nasi yang sedap -----> sakit jantung + darah tinggi + kencing manis ------> H1N1.

dan bukan saja nasi. segala jenis makanan. boleh mengakibatkan jangkitan H1N1. tak tipu weh!

oleh itu. pesanan ini ditujukan buat ________________________. jangan makan banyak sangat. ingatlah orang yang kat belakang tu. nak makan jugak. dan. marilah kita. rajin ke kelas. agar kita. dapat melakukan senaman ringan. seperti bersembang dalam kelas (senaman mulut). cuit-cuit orang sebelah (senaman tangan). dan juga tidur (senaman kawalan pernafasan).

oh ya. semoga kawan lina cepat sembuh.

Saturday, August 8, 2009

tag nama baru






macam yang kamu boleh baca. kalau tak bawa. nanti boleh kena hukuman. saman la tu. oleh itu. esok. aku akan usaha. membubuh. laminate. tebuk lubang. masukkan tali rapia. gantung. pergi ke kelas.

yeah!

Tuesday, August 4, 2009

penanda aras

kebelakangan ni. kita banyak mendengar pasal indeks penanda aras. atau sesuatu yang hampir bunyinya. penilaian. pemiawaian. (betulkah?) benda ni penting. untuk melihat prestas semasa sesuatu organisasi.

apakah yang membuatkan sesebuah blog itu hebat?

kadang-kadang. aku berfikir. terfikir. sebab apa blog itu hebat. eh. sebab apa aku ulang soalan ni. adoi. mari kita kembali kepada topik asal kita ya.

hm. kalau nak kata kehebatan blog bergantung kepada bilangan pengunjung. aku terfikir. kalaulah sebuah blog itu memiliki pengunjung seramai 3 juta orang. adakah itu bermakna 3 juta orang telah berkunjung ke blog itu. ataupun 300 pelayar internet telah sampai ke blog itu sebanyak 3000 kali? mungkin tuan blog sendiri rajin 'refresh' blog dia berjuta kali sehari. siapa tahu?

kalau nak kata bergantung kepada jumlah pengikut (follower). ini pun tak boleh diterima jugak. ada orang yang sengaja mengikut pelbagai blog yang memang dia tak kenal. lepas tu berharap agar tuan blog yang diikutinya tu akan mengikut jejak langkah dia. menjadi pengikut blog dia jugak. ini salah satu langkah mempromosikan blog sendiri. oh sangat tidak ikhlas. kadang-kadang. aku terkejut. bila tengok blog yang biasa-biasa saja. cerita kehidupan seharian yang sangat tipikal. kosong. tiada isi. tapi bilangan pengikut hampir mengalahkan pengikut blog faisal tehrani. wah gila betul.

bilangan komen untuk setiap entri? hm. yang ni tak dinafikan. agak mempengaruhi la jugak. kalau aku tulis benda-benda kontroversi. macam ni. ni. dan ni. banyak saja komen yang aku dapat. tapi bagi aku. lagi sekali. tak berapa sesuai digunakan untuk membuat penanda aras. yang aku perasan. kebanyakan komen. kat blog orang lain. yang hebat-hebat. bukanlah sejenis komen. tapi iklan untuk mempromosikan blog mereka. iklan murahan. contoh? kau tengok saja blog chanselor utp. mesti ada 'komen'. yang mempromosikan blog sendiri. tak malu.

secara jujur. aku berasa risau jugak. yela. dah setahun setengah blog aku beroperasi. tapi pengikut masih tak ramai. komen pon tak banyak. tak cemerlangkah blog aku ni? gagal? tak berguna? boleh pergi mati? bagai melepaskan batuk di tangga?

oh maaf. lari tajuk lagi. teringat prem kumar yang hebat berperibahasa spm.

setelah difikir-fikirkan. kehebatan blog ni bukanlah dinilai secara fizikal. macam contoh-contoh di atas. aku terlupa. ada ramai. yang membaca blog. secara halimunan. kita tak tau sapa dia. tapi dia memang rajin baca. haha. bagi aku. ni lagi bernilai. daripada mereka yang saja nak tunjuk dia baca blog. untuk promosi cuma.

tiba-tiba aku terfikir pulak. ada kemungkinan. pembaca halimunan ni. adalah. orang yang minat kat aku secara diam-diam. secret admirer. hm. jangan dilupa. hati saya telah dimiliki dinda. haha. unsur riak di situ.

apa-apa pun. terima kasih kepada semua yang masih membaca dan menyokong blog ni. dan jika kau mendapat inspirasi dari blog aku. untuk memulakan blog sendiri. kekalkan jati diri blog kau. biarlah apa orang nak kata. kau tulis apa yang kau nak. asalkan kau tak ditangkap ISA atau disaman sudahlah ek.

haha. dunia semakin indah.

Saturday, August 1, 2009

pengumuman mengejut

Azwan Bakhtiar tengah bercuti. utp telah ditutup selama seminggu. disebabkan penularan H1N1. kat umah dia tak ada internet. memang dia tak boleh nak kemaskini langsung blog dia. kecuali dia p angsana. itu pun kalau dia p la.

kepada para peminat. don't be sad. nantikan kemunculan entri seterusnya!

p/s jangan rindu dia lebih-lebih tau. nanti dinda jeles.