Tuesday, August 4, 2009

penanda aras

kebelakangan ni. kita banyak mendengar pasal indeks penanda aras. atau sesuatu yang hampir bunyinya. penilaian. pemiawaian. (betulkah?) benda ni penting. untuk melihat prestas semasa sesuatu organisasi.

apakah yang membuatkan sesebuah blog itu hebat?

kadang-kadang. aku berfikir. terfikir. sebab apa blog itu hebat. eh. sebab apa aku ulang soalan ni. adoi. mari kita kembali kepada topik asal kita ya.

hm. kalau nak kata kehebatan blog bergantung kepada bilangan pengunjung. aku terfikir. kalaulah sebuah blog itu memiliki pengunjung seramai 3 juta orang. adakah itu bermakna 3 juta orang telah berkunjung ke blog itu. ataupun 300 pelayar internet telah sampai ke blog itu sebanyak 3000 kali? mungkin tuan blog sendiri rajin 'refresh' blog dia berjuta kali sehari. siapa tahu?

kalau nak kata bergantung kepada jumlah pengikut (follower). ini pun tak boleh diterima jugak. ada orang yang sengaja mengikut pelbagai blog yang memang dia tak kenal. lepas tu berharap agar tuan blog yang diikutinya tu akan mengikut jejak langkah dia. menjadi pengikut blog dia jugak. ini salah satu langkah mempromosikan blog sendiri. oh sangat tidak ikhlas. kadang-kadang. aku terkejut. bila tengok blog yang biasa-biasa saja. cerita kehidupan seharian yang sangat tipikal. kosong. tiada isi. tapi bilangan pengikut hampir mengalahkan pengikut blog faisal tehrani. wah gila betul.

bilangan komen untuk setiap entri? hm. yang ni tak dinafikan. agak mempengaruhi la jugak. kalau aku tulis benda-benda kontroversi. macam ni. ni. dan ni. banyak saja komen yang aku dapat. tapi bagi aku. lagi sekali. tak berapa sesuai digunakan untuk membuat penanda aras. yang aku perasan. kebanyakan komen. kat blog orang lain. yang hebat-hebat. bukanlah sejenis komen. tapi iklan untuk mempromosikan blog mereka. iklan murahan. contoh? kau tengok saja blog chanselor utp. mesti ada 'komen'. yang mempromosikan blog sendiri. tak malu.

secara jujur. aku berasa risau jugak. yela. dah setahun setengah blog aku beroperasi. tapi pengikut masih tak ramai. komen pon tak banyak. tak cemerlangkah blog aku ni? gagal? tak berguna? boleh pergi mati? bagai melepaskan batuk di tangga?

oh maaf. lari tajuk lagi. teringat prem kumar yang hebat berperibahasa spm.

setelah difikir-fikirkan. kehebatan blog ni bukanlah dinilai secara fizikal. macam contoh-contoh di atas. aku terlupa. ada ramai. yang membaca blog. secara halimunan. kita tak tau sapa dia. tapi dia memang rajin baca. haha. bagi aku. ni lagi bernilai. daripada mereka yang saja nak tunjuk dia baca blog. untuk promosi cuma.

tiba-tiba aku terfikir pulak. ada kemungkinan. pembaca halimunan ni. adalah. orang yang minat kat aku secara diam-diam. secret admirer. hm. jangan dilupa. hati saya telah dimiliki dinda. haha. unsur riak di situ.

apa-apa pun. terima kasih kepada semua yang masih membaca dan menyokong blog ni. dan jika kau mendapat inspirasi dari blog aku. untuk memulakan blog sendiri. kekalkan jati diri blog kau. biarlah apa orang nak kata. kau tulis apa yang kau nak. asalkan kau tak ditangkap ISA atau disaman sudahlah ek.

haha. dunia semakin indah.

6 comments:

aishah said...

adoi..
kalau org baca blog tu tak semestinya dia minat kt blogger tu..perasan btoi..ish3..
abeh tu? aishah secret admirer wan gk ka?
hurm..

sebenarnya blog yg berjaya tu bukan terletak kt pengikut yg ramai ja..
yg paling penting pembaca dpt mesej yg nk disampaikan tu dan dpa mengamalkannya..
baru la dpt pahala..
apa kata ps ni tulis ciri2 blogger berjaya lak?
haha..

ra|nbOw said...

oit. hg ni blog utk ape? kalo aku la. utk diri sdiri. yg link2 tepi aku sume kwn2 yg duk link aku jgk. kwn skola / kolej jgk. kamu duk pk blog gagal ke x awat..? huu. mmg blog hg utk cari ramai pembace ka?

entahnye...ramai kot bace senyap2. org2 yg x de blog, terus bukak link blog die org nak bace. n bace. n halimunan. ngeh3... sabar la weyhhh~ ramainye org sokong.

xyah pk jauh2 ngat. aku terima hg seadenye. wakakakak. XD

Niviey16 said...

kenapa harus melibatkan prem?

aku suka baca blog hg apa..

fatynlicious said...

hehe. saya adalah seorang dari pembaca halimunan awak
itu dulu. saya mesti tak terlepas membaca blog awak secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa.
lepas baca saya takkan tinggalkan sebarang komen
dengan erti kata lain, saya tanak tinggalkan tapak kaki saya.

tetapi itu bukan bermakna saya berminat dengan awak.
saya cuma berminat dengan penulisan awak.
tapi sampai harini saya tak penah ingat link awak
tapi dalam masa yg sama tanak terlepas dari entri baru awak
so susah sgt, saya jadik follower awk.

senang, bila entri baru, dia update.
puas. dah tak halimunan dah huhu

Faive said...

ko tetapkan lah piawaian die..,
senang sket kitorang..
hahaha..~

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

gila ah ayat.. salute beb!!